Helah untuk wanita nampak kurus

Helah untuk wanita nampak kurus

BERAT badan yang tak turun-turun membuatkan segelintir wanita murung dan sukar untuk memilih pakaian yang mereka mahukan. Banyak pakaian cantik dengan pelbagai warna gagal disarung ke badan gara-gara lemak pada lengan, perut, paha dan punggung.

Namun begitu, anda jangan risau. Femina mahu kongsikan beberapa tip atau helah untuk anda nampak kurus ketika berpakaian. Paling penting anda kena yakin dan berani!

1) Jangan pakai pakaian yang ketat
Elakkan memilih pakaian atau seluar yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan anda. Ia akan memburukkan lagi keadaan, sebaliknya, pilihlah pakaian yang agak longgar namun masih mengekalkan potongan bentuk badan. Anda boleh cuba blouse, oversized shirt, kaftan dan banyak lagi.

2) Corak pakaian berjalur melintang

Jangan pilih pakaian yang bercetak melintang. Tak kisahlah warnanya gelap atau tidak namun ia tetap akan memberi ilustrasi tubuh lebih besar dan kembang. Jika anda tetap meminati cetakan ini, pilihlah jaluran menegak yang bercorak kecil. Jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai.

3) Pilih pakaian yang berwarna gelap

Terdapat pandangan yang mengatakan pakaian berwarna gelap atau hitam berupaya menampakkan anda kurus. Ya. benar sekali. Namun, jangan hadkan diri anda untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja seolah-olah dunia anda terbatas. Sebaliknya, cuba bermain dengan warna-warna gelap lain seperti biru gelap, ungu gelap dan merah hati.

4) Pilih fabrik pakaian yang sesuai

Jangan sekali-kali memilih fabrik yang melekat pada tubuh seperti spandex. Sebaliknya, pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi kesan flowing seperti chiffon, kain kapas, crepe dan banyak lagi. Bukan susah pun hendak cari. Anda kena pandai dan rajin jika mahu nampak cantik walaupun bertubuh agak gempal.

5) Pakai denim potongan lurus

Bagi anda yang menggemari jean atau seluar denim, pilihlah denim jenis potongan lurus. Sebaik-baiknya warna yang gelap. Kenapa? Sebab ia mampu memberikan efek lebih kecil pada kaki anda. Jangan pakai denim jenis skinny kerana ia akan menampakkan paha anda yang besar. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki. Ingat, keselesaan berpakaian juga harus diambil kira.

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *