Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Gleneagles beri sinar buat pesakit jantung kongenital cilik
  • Sport

Gleneagles beri sinar buat pesakit jantung kongenital cilik

Helmi Aziz March 6, 2019 2 minutes read
211989.jpg

DATA Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, lapan dalam setiap 1,000 bayi yang baru lahir mengalami penyakit jantung kongenital.

Jantung kongenital merujuk kepada sebarang kecacatan struktur pada jantung atau saluran darah.

Penyakit ini boleh berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu lubang dalam jantung, penyumbatan aliran darah dan kekurangan oksigen dalam darah.

Sesetengah pesakit hanya memerlukan pemantauan berterusan manakala yang lain harus menerima perhatian perubatan yang intensif seperti pembedahan.

Bagi yang berkemampuan, mungkin proses prosedur berkenaan tidak mendatangkan masalah. Namun bagaimana mereka yang sebaliknya?

Melihat situasi itu, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur melalui program tanggungjawab sosial korporat, A-Heart for A-Heart mengambil inisiatif yang melegakan banyak pihak.

Tahukah anda, sejak tahun lalu, seramai 52 kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung kongenital menerima rawatan percuma di hospital ini.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih 1,300 pesakit yang bermanfaat daripada inisiatif ini sejak dilancarkan pada tahun 1996.

Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kuala Lumpur, Hoo Ling Lee berkata, A-Heart for A-Heart bertujuan menyediakan bantuan penjagaan jantung pediatrik percuma kepada golongan kurang bernasib baik yang tidak mampu membiayai kos rawatan yang diperlukan.

Ujarnya, penyakit jantung kongenital menimbulkan beban yang berat pada kanak-kanak dan ibu bapa, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

“Pihak hospital ini berdedikasi untuk mewujudkan perbezaan dalam masyarakat di sekeliling kami.

“Kami berbangga untuk membolehkan kanak-kanak ini menjalani kehidupan yang lebih memuaskan. Pihak hospital juga berharap untuk menghulurkan bantuan pada kapasiti yang lebih banyak melalui usaha amal kami,” katanya semasa program berkenaan di Hospital Gleneagles di ibu negara baru-baru ini.

Program yang dianjurkan sempena Hari Penyakit Jantung Kongenital Sedunia turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 30 bekas pesakit.

Turut hadir Pakar Kardiologi Pediatrik, Dr Lim Miin Kang dan Pakar Bedah Kardiotorasik, Dr Lee Weng Seng yang menyumbangkan kemahiran dan tenaga mereka kepada program ini.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: IORT alternatif rawat kanser payudara
Next: Difteria menjemput ajal

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.