Gaya isteri putera Harry ketika hamil..,

Gaya isteri putera Harry ketika hamil..,

BERITA kehamilan Meghan Markle bukan sahaja telah mengembirakan Putera Harry malah seluruh penduduk dunia.

Akaun Instagram rasmi keluarga diraja Britain, @kensingtonroyal dipenuhi dengan ucapan tahniah sebaik pengumuman seorang lagi bayi diraja.

Apa yang menariknya, lensa media kini lebih terarah kepada fesyen hamil Markle yang tampak cantik dan kekal langsing meskipun beliau berbadan dua.

Sejak hamil, pelakon wanita Amerika Syarikat yang terkenal dengan wataknya dalam Suits dilaporkan lebih ceria dab nampak berkeyakinan dengan setiap busana yang dipakai.

Femina kali ini kongsinya pakaian hamil milik wanita jelita itu:

1) Dress tuksedo putih paras lutut

Markle mengenakan pakaian tersebut ketika tiba di Courtenay Creative bersama suaminya untuk sebuah acara seni.

Beliau kelihatan sangat chic dan ayu dalam persalinan gaun tuksedo putih rekaan Maggie Marilyn.

Warna putih melambangkan kesucian, jadi sesuai sangat dengan kedudukannya sebagai isteri kerabat diraja.

2) Dress hitam paras lutut

Dress hitam menjadi pilihan Markle ketika bersama suaminya menghadiri satu majlis rasmi bersama Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Beliau terlihat sangat anggun dengan mengenakan gaun Gabriela Hearst bersama rantai leher tradisional Māori.

3) Dress biru casual berbutang

Warna biru menjadi pilihan Meghan ketika hadir ke majlis memperingati Tupou College Boys.

Pada acara itu, Markle kelihatan sangat manis dan eksklusif dalam persalinan yang berbutang.

Dress yang dilengkapi dengan tali di pinggang ini juga membuatkan penampilan Markle makin mempesona.

4) Dress merah lengan panjang

Merah selalunya dikaitkan dengan keberanian. Ya, Markle sememangnya wanita yang berani apabila memilih warna itu ketika hadir pada satu program di Fiji.

Gaun merah berlengan panjang dengan corak floral menampakkan beliau wanita yang hebat.

Beliau cuba membuktikan bahawa wanita hamil tidak perlu takut untuk bermain dengan warna.

Dress berwarna merah membuatkan penampilan Markle penuh bergaya ketika berjalan bersama suaminya ke program berkenaan.

5) Dress floral sutera

Markle kelihatan santai dalam persalinan dress floral sutera.

Corak bunga-bungaan kecil berwarna biru pada dressnya kelihatan ‘match’ dengan kemeja polos Putera Harry sekali gus menampakkan kedua-duanya sedondon.

Tali yang diikat pada bahagian pinggangnya tetap menampakkan tubuhnya yang langsing.

Seri wajah wanita yang sedang hamil itu tetap menyerlah.

6) Gaun labuh biru

Warna biru menyerlahkan lagi kelembutan pelakon wanita terkenal itu.

Dia mengenakan persalinan itu ketika bersama suaminya menghadiri acara makan malam dengan Presiden Fiji, Jioji Konrote di Grand Pacific Hotel di Suva.

Markle terlihat anggun dalam balutan gaun labuh hasil rekaan pereka fesyen, SAFiYAA.

Dress tersebut tampak lebih manis dengan tambahan kepak di bahagian punggung.

Walaupun perutnya sedikit menyerlah, namun, fesyen itu berjaya menjadi tumpuan ramai.

7) Dress bergaris tanpa lengan

Kebiasaannya corak menegak boleh memberikan impak kurus kepada si pemakai.

Ya, Markle telah mengenakan dress bercorak tersebut ketika tiba di Pulau Fraser bersama suami. Kedua-duanya disambut Perdana Menteri Queensland.

Wanita diraja itu kelihatan ramping ketika mengenakan dress tersebut.

Tali tambahan pada bahagian pinggang dan kaca mata hitam yang dipakai membuatkan penampilannya mempunyai kelas yang tersendiri.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *