Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • ‘Erti Rindu’ Karya Terbaharu daripada Vanessa Reynauld
  • Entertainment
  • Music

‘Erti Rindu’ Karya Terbaharu daripada Vanessa Reynauld

Helmi Aziz June 10, 2024 3 minutes read
150123 - VanessaReynauld 38 PP

Pemilik nama Vanessa Reynauld merupakan seorang wanita yang mempunyai banyak pengikut di media sosial. Ini semua berkat bakatnya yang luar biasa dan kehebatan vokalnya yang memukau. Sejak mula menjadi artis rakaman beberapa tahun lalu, dirinya semakin hari semakin dikenali ramai. Vanessa juga pernah memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di acara penuh berprestij, Anugerah Industri Muzik pada tahun 2022.

Vanessa kini kembali dengan sebuah lagi karya baharu bertajuk ‘Erti Rindu’ buat para pencinta seni muzik tempatan. Lagu yang dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh Affan Mazlan itu merupakan sebuah balada yang dijangka mampu mencuri perhatian para pendengar.

“Seperti tajuknya, lagu ini mengisahkan perasaan rindu pada seseorang. Malah ia boleh dikaitkan dengan orang yang masih bersama kita namun berada jauh di tempat yang lain atau ia boleh juga menggambarkan perasaan rindu pada seseorang yang telah tiada ataupun telah pergi, jadi terpulang pada pendengar untuk menginterpretasikan lagu ini dengan cara mereka sendiri. Intinya, lagu ini tentang rindu,” ungkap Vanessa membuka bicara sambil menjelaskan maksud karya terbaharunya ini.

Saat ditanya tentang proses rakaman, Vanessa tidak menafikan bahawa terdapat beberapa cabaran untuk menyiapkannya. “Biasanya saya akan sentiasa cuba menyampaikan lagu mengikut gaya persembahan dan nyanyian saya tersendiri. Namun kali ini semasa bekerjasama dengan Affan Mazlan selaku produser dan pencipta lagu, saya diminta untuk mengubah gaya penyampaian saya. Ini kerana Affan telah pun mempunyai gambarannya yang tersendiri tentang cara ia ingin lagu ini dipersembahkan.

Jelas Vanessa, di dalam rakaman lagu ini sebutan dan lontaran suaranya lebih bulat dan penuh seperti yang diminta Affan. Namun ia ada sedikit bayangan seperti lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi dari seberang iaitu Mahalini. Affan yakin jika sebutan saya dalam lagu ini lebih penuh, ia akan membuat lagu ini lebih sedap didengar. Cabaran utama saya semasa rakaman adalah terpaksa beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan gaya nyanyian yang berbeza. Namun saya sahut cabarannya dan berjaya memberikan apa yang diminta penerbit.”

“Pada saya, hasilnya bagus walaupun ada beberapa perkara yang menurut saya mungkin boleh diubah. Tapi oleh kerana produser dan pencipta lagu ini sudah mempunyai visinya yang jelas dan tersendiri untuk karyanya ini, saya ikut arahannya kerana yakin bahawa inilah yang terbaik buat lagu tersebut menurut pencipta lagu walaupun proses rakaman mengambil masa sekitar empat jam.

Saya harap para pendengar akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan menyukai karya ini seperti mana saya menyukainya. Lebih penting, saya harap semua orang boleh merasai maksud lagu ini dan akan memutarkannya berkali-kali,” bingkas Vanessa menutup bicara.

‘Erti Rindu’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music dan bakal delurking pada tarikh 7 Jun 2024.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kisah Cinta Sejati Dalam “Wow! Barang Baik” Rico Setiabudi
Next: OldTown White Coffee Unveils Spectacular Heritage Centre in Ipoh: A Paradigm Shift in Malaysia’s Culinary and Cultural Landscape

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.