Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Elak dehidrasi, strok haba
  • Sport

Elak dehidrasi, strok haba

Helmi Aziz March 6, 2019 5 minutes read
211976.jpg

ANDA MUSYKIL, DOKTOR JAWAB

SOALAN 1

Doktor, kenyataan media MetMalaysia pada 25 Februari lalu memaklumkan negara kini berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada hujung bulan Mac 2019. Dalam keadaan cuaca panas dan kering tidak menentu kini, apa perlu dilakukan bagi mengelak diri terkena strok haba?

– ANTISTROKHABA, SOLIHIN MOHD DZULKIFLI, JOHOR BAHRU, JOHOR

Jawapan:

PADA tempoh berkenaan, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam jangka masa lama memang boleh menyebabkan keadaan cuaca yang panas.

Sudah pasti, ia merupakan fenomena alam yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam kita perlu percaya apa yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Sebenarnya, cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh.

Kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan seseorang itu akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, orang ramai haruslah mengikuti beberapa panduan yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko ke atas kesihatan tubuh seperti:

1 Minum air secukupnya dan minumlah lebih banyak air kosong yang telah dimasak. Minum dalam kuantiti banyak sangat penting tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan.

2 Hadkan aktiviti di luar. Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan pancaran mentari dan cuaca panas.

3 Elakkan pakaian tebal dan ketat. Pakai pakaian lebih nipis dan mudah menyerap peluh.

4 Usahakan berada di tempat redup dan mengelak pancaran mentari terlalu kuat.

5 Jika berada dalam bangunan atau rumah pula, pastikan premis mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa (sekiranya berkemampuan).

Air isotonik

Selain itu, kita juga boleh minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Dalam pada itu, anda perlu mengurangkan minuman berkafein, mengandungi alkohol atau bergula.

Aktiviti riadah dan sukan terutama dalam kalangan pelajar sekolah diharapkan dapat dikurangkan terutama dari pukul 10 pagi hingga 3 petang kerana pada waktu itu cuaca paling panas.

Pihak sekolah serta majikan digalakkan memantau suhu pada ketika itu terutama jika melebihi 37 darjah celcius.

Langkah-langkah di atas penting dalam penjagaan kesihatan ketika musim panas, selain mengelakkan seseorang itu daripada terkena strok haba (heat stroke) dan kelesuan haba (heat exhaustion).

Boleh koma

Kenal pasti gejala-gejala akibat cuaca panas antaranya seseorang itu boleh sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot-otot atau kekejangan.

Ada ketikanya boleh mual atau muntah dan jika dehidrasi terlalu teruk, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak, orang tua serta mereka yang bekerja terdedah kepada cuaca panas (petani, peladang, pekerja binaan), sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika merasakan kondisi badan tidak berapa selesa.

Kepada mereka yang mengalami batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik juga harus berjumpa pakar.

Perokok, pengguna rokok elektronik dan penghisap vape juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape.

SOALAN 2

Boleh doktor kongsikan, benarkah pada musim panas, lebih mudah berlaku penyebaran penyakit seperti kes demam denggi?

-INGIN JAWAPAN, NOR AMIRAH MOHD HAMDAN, KEPONG, KUALA LUMPUR

Jawapan:

Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk terutama nyamuk jenis anopheles dan aedes aegypti.

Nyamuk jenis ini adalah penyebar parasit malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul ketika musim hujan dan kemarau tetapi kini serangannya boleh dikatakan berlaku hampir di kesemua musim sepanjang tahun.

Nyamuk aedes lebih cepat matang terutama jika tahap kepanasan yang tinggi, pada jangka masa panjang (tiga hingga tujuh hari) dalam cuaca panas berulang dalam setahun.

Harap semua pihak dapat membantu mengurangkan simpanan air yang terdedah dan pantau serta bersihkan bekas simpanan air sekerap mungkin.

Selain itu, cuaca panas boleh mengakibatkan kebakaran.

Oleh itu, amalan pembakaran terbuka harus tidak dilakukan dan diberhentikan termasuk di kawasan pertanian, pembinaan, perumahan dan kilang-kilang bagi kebakaran yang tidak dapat dikawal dan memberi kesan tahap kesihatan masyarakat.

NOTA KAKI: Nasihat kesihatan mengenai cuaca panas dan kering ini boleh diperoleh menerusi portal sesawang Kementerian Kesihatan http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan

Profil Dr Rozlan Ishak

Merupakan Exco Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM). Beliau juga bekas Ahli Panel Pakar Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) (1998-2010) dan bekas Pegawai Teknikal WHO (Kesihatan Alam Sekitar) tahun 2003.

ANEKDOT

TIP KEKAL SIHAT PADA MUSIM PANAS

3 Perkara Utama

Hadkan aktiviti fizikalAktiviti fizikal meningkatkan pembakaran tenaga, menjana haba yang banyak dan meningkatkan suhu badan.

Banyakkan minum air kosong

Kerap minum air, jangan tunggu sehingga terasa dahaga atau bibir menjadi kering.

Pastikan lebih 8 gelas sehari.

Jika melakukan aktiviti fizikal, ulangi minum 200ml hingga 250ml setiap 15 hingga 20 minit.

Tahap hidrasi badan yang baik sangat penting bagi kekalkan suhu badan normal.

Optimumkan proses nyah haba dari badanBanyakkan berada di persekitaran lebih sejuk dan teduh.

Lebihkan masa di dalam bangunan.

Pilih bangunan berhawa dingin.

Kerap mandi, lembapkan badan dan hidupkan kipas.

6 Perkara Tambahan

1 Makan Buah-buahanBanyakkan makan buah-buahan berjus kerana ia baik bagi hidrasi badan.

2 Elak aktiviti lasakHanya individu fit sahaja sesuai untuk aktiviti lasak.

3 Kurangkan minuman berkafein/alkohol/manisBoleh menggalakkan kehilangan air dalam badan.

4 Minum minuman isotonikDigalakkan minum minuman isotonik jika banyak berpeluh.

5 Pakai payung/topi bila berada di bawah sinaran matahariSingkatkan tempoh berada di bawah sinaran matahari.

6 Pilih pakaian berwarna terang, ringan dan longgarJenis pakaian membantu proses serap dan nyah haba



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mahu rambut bergaya perlu ikut cara ini
Next: Rungkai rahsia perubatan kuno

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.