Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda Hadirkan Cinta Tanpa Sempadan Menerusi Karya Terbaharu “Menamakanmu Cinta”
  • Entertainment
  • Music
  • music
  • News

Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda Hadirkan Cinta Tanpa Sempadan Menerusi Karya Terbaharu “Menamakanmu Cinta”

Helmi Aziz July 22, 2025 (Last updated: July 22, 2025) 2 minutes read
DSSN-ADE-1-1

Dua figura berpengaruh dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda, kembali bersatu menerusi sebuah karya terbaharu yang penuh makna berjudul “Menamakanmu Cinta”.

Single ini merupakan hasil kolaborasi istimewa antara dua nama besar yang bukan sahaja terkenal di negara masing-masing, malah turut mendapat tempat di hati peminat muzik serantau. Lagu ini membawa tema cinta yang mendalam serta sarat dengan emosi, menjadikannya berpotensi untuk menjadi kegemaran baharu dalam kalangan pencinta muzik di Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia.

Kerjasama ini bukanlah yang pertama buat mereka. Sebelum ini, Ade Govinda pernah mencipta tiga buah lagu popular untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi album Fragmen (2014), iaitu “Terbaik Bagimu”, “Engkau”, dan “Tak Pernah Ragu”.

Kini, kedua-dua sahabat dalam dunia seni ini kembali berganding bahu menghasilkan sebuah karya yang lebih matang dan penuh penghayatan iaitu“Menamakanmu Cinta”.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan rasa syukurnya kerana berpeluang bekerjasama semula dengan Ade Govinda setelah sekian lama. Beliau menyifatkan lagu ini sebagai karya yang sangat indah dan menampilkan sentuhan unik daripada Ade, yang terkenal dengan keupayaannya menghasilkan lagu-lagu popular masa kini. Lagu ini juga membawa mesej positif tentang pentingnya menghargai insan tersayang dalam kehidupan seharian.

Selain itu, lagu ini turut dicipta dengan harapan agar dapat dinikmati oleh semua pendengar, serta menjadi lagu cinta yang mampu menyatukan kenangan dan emosi mereka yang menghargai cinta sejati. Setiap lirik dan melodi disusun untuk membangkitkan perasaan dan membawa pendengar melalui perjalanan emosi yang menyentuh hati.

Bagi Ade Govinda pula, pengalaman bekerjasama dengan Siti kali ini dianggap istimewa dan menyenangkan. Proses rakaman berlangsung dengan lancar dan dalam suasana santai namun tetap profesional. Ade turut menghargai peluang untuk meneroka potensi vokal Siti dalam tempoh masa yang singkat dan berkesan.

Beliau turut berkongsi kenangan manis sepanjang proses rakaman, termasuk sikap prihatin Siti yang sentiasa membawa makanan ke studio, sekali gus mewujudkan suasana kerja yang mesra dan selesa bagi semua pihak yang terlibat.

“Menamakanmu Cinta” dicipta sebagai sebuah lagu cinta universal yang sesuai dinyanyikan dalam pelbagai majlis, terutamanya perkahwinan. Lagu ini diharapkan dapat menjadi lagu tema buat pasangan yang sedang melalui detik bahagia, serta menjadi pengiring momen-momen indah dalam perjalanan cinta mereka.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HONOR Enhances Foldable Phone Experience with Customised Worry-Free Support
Next: Get Ready: The Sleek & Smart vivo X Fold5 is Almost Here

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.