Dari Pentas ke Rutin Harian – Zahirah Macwilson Kongsi Rahsia Kecantikan Ulike

Alaf kecantikan baharu kini menjelma di Sunway Pyramid! Ulike, jenama peranti penyingkir bulu No.1 dunia yang diiktiraf oleh Akademi Dermatologi Amerika (AAD), telah mengubah Blue Atrium di Sunway Pyramid menjadi pusat teknologi kecantikan interaktif. Acara ini memperkenalkan peranti inovatif terkini seperti Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro. Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama bagi pelancaran antarabangsa Ulike (SEA), membawa teknologi kecantikan canggih lebih dekat kepada pengguna.

Sorotan utama acara ini adalah kehadiran duta jenama, Zahirah Macwilson, yang memikat perhatian hadirin dengan perkongsian mengenai kecantikan serta pengalaman peribadinya bersama Ulike. Beliau turut mempersembahkan demonstrasi penggunaan Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro, mencetuskan revolusi kecantikan yang mendapat sambutan hebat daripada peminat.

Para pengunjung bertuah berpeluang menyertai cabaran bersama Zahirah Macwilson, Bella Astillah serta barisan pakar kecantikan dan penjagaan kulit terkenal seperti Dr. Say, Dr. Aen, Dr. Wina, Dr1 Share, dan Dr. Mya. Aktiviti interaktif ini menambahkan lagi keterujaan di acara berprestij ini.

Zahirah Macwilson berkongsi pengalamannya menggunakan Ulike Air10 Pro dengan menyatakan, “Memiliki kulit licin tanpa bulu memberikan saya keyakinan untuk tampil menawan setiap masa. Dengan jadual saya yang sibuk, Ulike membantu saya menjimatkan masa tanpa perlu ke salon. Ia lembut, tidak menyakitkan, dan mudah digunakan – memberikan hasil setaraf salon dalam keselesaan rumah sendiri. Selain itu, Ulike Clear Pro menjadi sebahagian daripada rutin kecantikan saya dengan teknologi pemulihan kulit profesional yang membantu mencerahkan, mengurangkan jeragat, dan melembutkan kulit.”

Menurut Christine Ho, Pengarah Pemasaran Ulike, “Kami percaya kecantikan harus mudah dan berkesan. Dengan Ulike Air10 Pro, kami membawa teknologi penyingkiran bulu IPL profesional terus ke tangan pengguna, memberikan hasil yang tahan lama dan selesa. Ulike membantu pengguna mengurus kesihatan kulit dengan lebih yakin, menjembatani jurang antara rawatan klinikal dan penjagaan harian. Sambutan luar biasa di Sunway Pyramid mengukuhkan lagi misi kami untuk merevolusi teknologi kecantikan, menjadikan rawatan salon lebih selamat, mudah, dan berkesan di rumah bagi seluruh Asia Tenggara.”

Acara ini berlangsung sehingga 23 Mac, membolehkan pengunjung menjadi antara yang pertama mencuba Ulike Air10 Pro, Ulike Clear Pro, dan Ulike ReGlow LED Mask. Pelbagai aktiviti menarik, promosi eksklusif, dan hadiah percuma turut menanti para pengunjung.

Ulike Air10 Pro merupakan peranti IPL yang mampu menyingkirkan sehingga 96% bulu dalam tempoh dua minggu. Dengan teknologi Dual Lights dan Sapphire Ice Cooling, ia memastikan proses penyingkiran bulu hampir tanpa rasa sakit, termasuk di kawasan sensitif, dan boleh digunakan di seluruh badan hanya dalam 10 minit.

Sementara itu, Ulike Clear Pro direka untuk meningkatkan penampilan kulit dengan mengurangkan jeragat, kesan jerawat, dan memperbaiki tona kulit. Ia dilengkapi dengan tiga mod berbeza: NIR Mode untuk mencerahkan kulit, REDNESS Mode untuk mengurangkan kemerahan dan iritasi, serta BRIGHTEN Mode bagi memudarkan jeragat dan bekas jerawat. Tidak kira mod yang dipilih, Ulike Clear Pro direka untuk memberikan kulit seri semula jadi.

Ulike ReGlow LED Mask pula membawa teknologi penjagaan kulit LED profesional ke rumah anda dengan empat mod berbeza: Anti-Jerawat, Pencerahan, Peneguhan, dan Penyegaran. Ia membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat dalam dua minggu, menyamaratakan tona kulit dalam empat minggu, serta memberikan kesan pencerahan segera dalam hanya 10 minit. Dengan tenaga bertintensi tinggi 100mW/cm² dan empat sumber cahaya bersasar, ia menembusi lapisan kulit bagi menangani pelbagai masalah kulit secara efektif.

Selain memperkenalkan produk inovatif, acara ini juga menampilkan zon pengalaman interaktif dengan pelbagai aktiviti menarik, tawaran istimewa, serta cabutan bertuah. Pengunjung boleh mengumpul cop dan mengikuti laman Facebook serta Instagram Ulike Malaysia untuk menebus hadiah eksklusif seperti Losyen Badan dan Krim Tona Pelindung Matahari Ulike. Pertandingan mesra turut diadakan, membolehkan peserta membawa pulang lebih banyak barangan eksklusif Ulike.

Acara Ulike ini bukan sekadar pameran produk, tetapi juga meraikan inovasi kecantikan masa depan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Ulike Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok. Ulike juga telah melancarkan laman web rasmi untuk pasaran Malaysia, membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan eksklusif dengan produk asli serta khidmat bantuan pakar di my.ulike.com.