Dunia ratu cantik melakar sejarah baharu dengan penganjuran Miss M World & Miss M Universe 2025 yang berlangsung gilang-gemilang di W Hotel Kuala Lumpur pada 21 September 2025. Bertemakan “Beauty, Earth & Peace”, pertandingan ini menghimpunkan 40 peserta daripada 25 negara bagi meraikan kecantikan dalaman, kelestarian alam sekitar dan perdamaian sejagat.
Antara pemenang utama yang mencuri tumpuan ialah Katerina Vlasenko (Ukraine) dan Angie Jane (Malaysia) yang dinobatkan sebagai Miss M World 2025, manakala Kristina Barskaia (Russia) merangkul gelaran Miss M Universe 2025. Turut diumumkan sebagai pemenang ialah Tatiana Fedorishcheva (Russia) bagi kategori Mrs M Universe 2025, Yuni Putri (Indonesia) sebagai Miss Global M Universe 2025 & Duta Keamanan Dunia (UNPKFC), Sharon Gool Sek Hui (Malaysia) sebagai Mrs Global M Universe 2025, Julie Rolle (USA) sebagai International M World 2025, serta wakil dari Azerbaijan Culochra Rao dan Gulchokhra Faro bagi kategori Mr & Mrs International M World 2025. Para pemenang ini bakal mewakili negara masing-masing dalam pelbagai program seni dan kebajikan global bersama World Peace Committee dan UNPKFC.

Sebagai penaja rasmi, LnR EMPIRE tampil memperkenalkan produk unggulan mereka LnR Luxury Hair Mist, haruman rambut mewah yang diiktiraf Halal, mesra wudhu, serta sesuai untuk semua jenis rambut dengan keharuman lembut dan tahan lama. Kejayaan LnR EMPIRE turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menerima International Entrepreneurial Excellence Award 2025, Global Honor Award 2025 dan Prestige International Entrepreneurial Excellence Award 2025.
Bersempena kejayaan tersebut, acara eksklusif bertajuk “An Afternoon with M World and LnR EMPIRE” telah diadakan di W Hotel Kuala Lumpur dan diteruskan di Royale Chulan Damansara. Acara ini dihadiri tetamu kehormat seperti Dato Freddie Fernandez, Mr Aaron Tan, dan Tan Sri Kayveas, menjadi titik pertemuan antara diplomasi wanita, kecantikan berjiwa dan jenama yang mengangkat nilai spiritual sebagai definisi kecantikan sebenar.
Dalam satu pengumuman istimewa, Dato Dr Reiss Tiara, Pengasas & Penganjur Miss M Universe/M World, melantik secara rasmi Dato Dr Azlin, Pengasas LnR EMPIRE, sebagai Duta Kecantikan & Martabat bagi program Islamic Beauty Empowerment Pageant 2026. Pelantikan ini menandakan komitmen bersama dalam memperkasa wanita melalui keanggunan spiritual, martabat dan representasi berjiwa.