Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • ‘Dapat cara baik, lepas pun kena baik’
  • Ekspo

‘Dapat cara baik, lepas pun kena baik’

Helmi Aziz March 3, 2023 3 minutes read
595784.jpg

SIRI 2

PENSYARAH Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood menyifatkan, dalam mengharungi alam rumah tangga, cinta sahaja tidak mencukupi kerana pasangan suami isteri harus saling mempercayai dan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Pada masa sama, ujar Siti Fatahiyah, kedua-duanya juga perlu memiliki ilmu, iman dan adab yang terbaik bagi mewujudkan institusi keluarga yang harmoni.

“Tanpa nilai-nilai tersebut, bimbang rumah tangga yang sebelum ini dibina atas dasar cinta terlerai begitu sahaja.

“Justeru, bermulalah konflik dan pergaduhan sehingga mendorong para suami bertindak menceraikan isteri secara zalim meskipun dalam keadaan hamil atau membiarkan wanita digantung tidak bertali. Walhal, tindakan sedemikian tidak berlandaskan syariat Islam,” katanya.

USTAZAH Siti Fatahiyah Mahamood

USTAZAH Siti Fatahiyah Mahamood

Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Tidak halal bagimu mewarisi perempuan dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian daripada apa yang telah kamu berikan kepadanya kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.

“(Dan) bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” (Surah al-Nisa’, ayat 19).

ALLAH SWT juga berfirman: “Talak (yang boleh dirujuk semula) itu dua kali. (Setelah itu suami dapat) menahan dengan baik atau melepaskan dengan baik. Tidak halal bagimu mengambil kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka kecuali kedua-dua (suami dan isteri) khuatir tidak mampu menjalankan hukum-hukum ALLAH.” (Surah al-Baqarah, ayat 229).

Mengulas lanjut, Ustazah Siti Fatahiyah berkata, ayat-ayat al-Quran tersebut jelas menunjukkan jika seorang suami mendapatkan dan mengahwini isteri dengan cara yang baik, maka ceraikanlah mereka secara baik selepas habis tempoh idah.

Ayat berkenaan juga menjelaskan, suami berkuasa menjatuhkan talak kepada isteri, tetapi perlu memenuhi rukun talak.

“Henti menggunakan alasan bahawa dalam al-Quran menjelaskan lelaki dibenarkan berkahwin satu, dua dan tiga, tetapi apabila bercerai mereka tidak pula mengikut seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran,” tegas beliau.

Menjawab persoalan mengenai hukum suami menceraikan isteri yang sedang hamil, Ustazah Siti Fatahiyah turut merujuk kepada Surah al-Talaq (ayat 4) yang membawa pengertian:

“(Dan) perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH memudahkan baginya segala urusan.”Katanya lagi, jika wanita diceraikan pada bulan pertama kehamilan, maka masa yang panjang untuk menunggu tempoh idah. Namun begitu, sekiranya diceraikan sehari sebelum bersalin tempoh idah akan tamat serta-merta.

“Bagaimanapun, tanggungjawab lelaki tidak berakhir di situ kerana selepas bercerai mereka wajib menitikberatkan soal nafkah kepada isteri. Jika tidak ditunaikan dengan sempurna, ia dianggap sebagai hutang. Umum mengetahui, hutang sememangnya wajib dibayar, ” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai cara terbaik pasangan bebas daripada anasir negatif dan perceraian, Ustazah Siti Fatahiyah berkata: “Setiap dugaaan yang berlaku ada hikmahnya, ALLAH tidak akan menguji seseorang hamba-NYA dengan perkara yang tidak mampu ditanggungnya.

“Justeru, sentiasa meminta bantuan daripada ALLAH dengan sabar dan jangan sesekali lalai menunaikan solat lima waktu termasuk solat tahajud, dhuha dan istikharah. Jangan lupa mengamalkan doa-doa terbaik agar YANG MAHA ESA sentiasa melindungi hubungan suami isteri.”

Artikel berkaitan:

DARI KIRI: Syafiqah, Iesya Elle dan Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood pada program Borak Bibir Merah Siri 1 yang membincangkan tajuk Apabila Isteri Diceraikan Secara Zalim di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

DARI KIRI: Syafiqah, Iesya Elle dan Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood pada program Borak Bibir Merah Siri 1 yang membincangkan tajuk Apabila Isteri Diceraikan Secara Zalim di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

ANEKDOT

– Borak Bibir Merah Sinar Harian merupakan rancangan bual bicara kendalian akhbar Sinar Harian.

– Pengisian program tersebut adalah membincangkan isu-isu berkaitan wanita, keluarga dan kanak-kanak.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: My #QuranTime 2.0 bakal tampil pengisian lebih mendalam
Next: Interpretasi imej grafik dua negara

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.