Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Promotion
  • Cicak Salamander Jadi Raksasa Dalam Filem Kaiju Pertama Malaysia, ABU SI RAKSASA
  • Digital
  • Entertainment
  • Filem
  • Movie
  • Promotion
  • Technology

Cicak Salamander Jadi Raksasa Dalam Filem Kaiju Pertama Malaysia, ABU SI RAKSASA

Helmi Aziz September 11, 2025 (Last updated: September 11, 2025) 2 minutes read

Dalam dunia perfileman Malaysia, genre sains fiksyen jarang sekali menjadi taruhan berbanding filem seram, aksi atau komedi yang lebih mendominasi pawagam. Namun syarikat produksi M Toons Media Sdn Bhd tampil mencuba sesuatu yang baharu dengan menghasilkan sebuah naskhah berjudul Abu Si Raksasa.

Filem ini diilhamkan daripada perbincangan penerbit Zamin Fakry bersama Profesor Dr Hezri Adnan yang banyak berkongsi pandangan tentang isu alam sekitar. Dari situ lahirlah idea untuk menampilkan kisah seekor cicak salamander yang membesar menjadi makhluk gergasi akibat pencemaran bahan kimia di sebuah empangan.

Cerita bermula apabila Zaara membela seekor cicak salamander bernama Abu. Tanpa disangka Abu mengalami mutasi selepas terdedah kepada sisa pencuci jamban berjenama ROXCCID. Zaara bersama rakan rapatnya Sofiyan dan Zidan kemudian bergabung tenaga untuk melindungi haiwan itu daripada buruan pihak berkuasa yang diketuai Kolonel Zamrose serta Kapten Fayyad.

Keunikan utama filem ini terletak pada genre yang diketengahkan. Abu Si Raksasa menjadi filem Kaiju pertama di Malaysia dan jalan ceritanya disesuaikan dengan budaya tempatan agar lebih dekat di hati penonton. Ramdan Che Hassan bertindak sebagai pengarah sekaligus penulis skrip, dengan barisan pelakon popular termasuk Sophia Al Barakbah, Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Afieq Shazwan, Azhar Sulaiman dan Maria Farida.

Dengan peruntukan sekitar RM2 juta termasuk kos CGI dan VFX, produksi ini berdepan cabaran besar untuk menjayakan visual makhluk gergasi tersebut. Sokongan dana daripada Kementerian Komunikasi dan Finas banyak membantu menjayakan pembikinannya. Ramdan menjelaskan pemilihan cicak salamander dibuat kerana sifatnya yang unik sebagai haiwan amfibia yang berpotensi membesar, selain tidak dianggap ganas, sekali gus sesuai dijadikan pusat penceritaan.

Penggambaran dijalankan sekitar Lembah Klang seperti Tasik Tadom, Kajang, Banting dan Sungai Buaya bermula September 2023. Ramdan turut mengakui hampir 40 peratus filem ini bergantung pada teknik CGI sekali gus menuntut tahap imaginasi tinggi daripada pasukan produksi.

Abu Si Raksasa akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 11 September 2025. Antara pelakon yang membintangi ialah Sophia Al Barakbah sebagai Zaara, Jaa Suzuran sebagai Sofiyan, Zalif Sidek sebagai Zidan, Afieq Shazwan sebagai Kapten Fayyad, Azhar Sulaiman sebagai Zarmand dan Maria Farida sebagai Fathiya. Turut serta ialah Adam Shahz, Samarinna Tolhip, Farid Amirul Hisham, Azri Iskandar, Along Eyzendy dan Daddy Rock, selain penampilan khas daripada Dato Rizal Mansor, Ayahanda Rani Kulop, Mustaqim Bahadon dan Kamarool Hj Yusof.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pop Up Muzik Membawa Harmoni Muzik Dunia Mengisi Jiwa Kuala Lumpur
Next: Grab the ZEISS Portrait Master for only RM1,999! Experience the vivo V60 Superday live in KL & Selangor

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
MTR Penang_carousel_v3 -01
  • Arts & Culture
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • News

Satukan Ahli Majlis, Konsert Ella Edisi 60 Permata Biru Bakal Gegar Utara

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.