Category: ATTRACTION

  • TOUCH ‘N GO EWALLET IS NOW ENABLED AT ALL 7-ELEVEN OUTLETS IN MALAYSIA

    Touch ‘n Go eWallet, Malaysia’s leading e-wallet has announced its partnership with 7-Eleven to enable payment and reload conveniences across all 7-Eleven’s outlets nationwide.  This enablement is part of Touch ‘n Go eWallet’s continuous expansion effort to make the Touch ‘n Go eWallet usage more common place and increase its presence at more retail touch points, covering urban and untapped areas alike. Touch ‘n Go eWallet users can also purchase the reload pins at any of the 7-Eleven outlets that’s available 24/7.

    “Malaysians are driven by speed and convenience, both of which are the essence that the Touch ‘n Go eWallet lives by. We are excited to be a payment partner with 7-Eleven, Malaysia’s largest convenience retailer as this will supercharge the rakyat’s lifestyle to live, pay and transact digitally anywhere in Malaysia. The addition of 7-Eleven to our large pool of retail points, brings an immense value to our presence and users,” said Ignatius Ong, CEO of TNG Digital Sdn Bhd.

    “The central theme to 7-Eleven’s commitment has always been about catering to consumer needs, in which the key driver of our business is 24/7 convenience. We believe our partnership with Touch ‘n Go eWallet, Malaysia’s leading e-wallet provider, keeps us on point with the ever–changing business landscape, at the same time fulfills our consumers’ evolving payment preferences as well as supports the Government’s drive for the rakyat to adopt digital payments,” said Colin Harvey, Chief Executive Officer of 7-Eleven Malaysia.

    The Touch ‘n Go eWallet has over 5.5 million registered users to-date, with close to 100,000 retail points. Users of the Touch ‘n Go eWallet can expect more offerings on the platform, beyond retail purchases like movies and flight tickets, shopping, mobile reloads, entertainment and F&B deals.

  • VISI 20/20: TINJAUAN PASARAN DARI PROPERTYGURU

    Pemegang saham dan penganalisis industri akhirnya dapat menilai visi yang pernah dikongsi pada masa lalu dengan realiti yang mendatang.  Syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara  dan selaras dengan komitmennya memaklumkan kepada pelanggan mengenai perkembangan terkini pasaran dan kemas kini polisi yang berkenaan, PropertyGuru Malaysia telah mengambil sikap yang neutral terhadap tinjauan pasarannya bagi tahun 2020.

    Banyak faktor-faktor yang telah diperkenalkan dalam Bajet 2020 yang sangat baik untuk pasaran dan juga dapat menangani isu-isu tertentu dalam landskap hartanah Malaysia.  Walau bagaimanapun, indikator bercampur ekonomi dalaman dan luaran, termasuk kelembapan ekonomi global disebabkan oleh ketegangan perdagangan AS-China serta ketidaktentuan dalam matawang Ringgit, telah menghalang prospek pertumbuhan.

    Mengadakan sempadan baru bagi hartanah

    “Tahun 2020 telah diposisikan sebagai mercu tanda masa bagi Malaysia, dengan sasaran untuk status berpendapatan tinggi dan kecekapan ekonomi, termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM920 bilion yang bersamaan dengan nilai Ringgit semasa tahun 1990 – yang pada masa kini sepatutnya dalam lingkungan RM1.81 trilion,” kata Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez.

    “Dengan KDNK sebanyak RM1.45 trilion pada 2018, kita tidak terlalu jauh dari tanda tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia telah melangkah jauh ke hadapan sejak tahun 1990-an, dan dengan fokus yang diberi pada transformasi digital oleh Bajet 2020, nampaknya kita akan terus maju. Suruhanjaya Sekuriti telah mendaftarkan platform ‘crowdfunding’ hartanah pertama negara, dan inovasi lain sedang mencari jalan masuk ke dalam industri itu, meningkatkan lagi kepelbagaian dan ketahanannya. “

    Skim ‘crowdfunding’, sewa untuk memiliki (RTO), dan alat semakan kelayakan kewangan seperti PropertyGuru Loan Pre-Approval (www.PropertyGuru.com.my/preapproval) adalah penyelesaian dan platform alternatif yang diperkenalkan untuk menangani cabaran pemilikan rumah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Khususnya, Bajet 2020 memberi penekanan kepada RTO, dengan sokongan kewangan sebanyak RM10 bilion, termasuk jaminan RM3 bilion oleh kerajaan.

    Pendekatan RTO tersebut, di mana pembeli boleh menduduki unit dengan serta-merta dan menggunakan sewa sebagai ganti bayaran pendahuluan, digemari oleh beberapa penganalisis industri kerana ia menangani kos pendahuluan pemilikan rumah yang tinggi bagi ramai pencari rumah. Ada pula yang mengatakan skim RTO boleh menyebabkan kos keseluruhan yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman konvensional.

    Walaupun terma dan kelayakan RTO berbeza dari program ke program, kaedah tersebut telah diterima pakai oleh beberapa institusi kewangan dan pemaju, termasuk Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Gamuda Land Sdn Bhd.

    Strategi perumahan alternatif lain di Malaysia adalah termasuk perumahan mikro dan pemilikan bersama. Tidak ada satu pun lagi definisi untuk perumahan mikro buat masa ini; namun, secara amnya, ia termasuk ruang perumahan yang ‘compact’ dan elemen ruang berciri komunal.

    Perumahan mikro telah diterajui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) awal tahun ini untuk para belia dalam segmen B40 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan juga sedang diterokai untuk pelajar Universiti Malaya dengan kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

    Sementara itu, pemilikan bersama adalah satu kaedah di mana pendapatan digabungkan untuk membeli hartanah bersama-sama dan ia kini semakin popular digunakan sebagai penyelesaian kerana masalah kemampuan. Perkembangan penyelesaian-penyelesaian ini menggambarkan yang pembelian hartanah di Malaysia sedang berkembang dengan masa, menuju ke arah tahun 2020.

    Pemilikan rumah: dilema kontemporari

    Walau bagaimanapun, keperluan untuk penyelesaian alternatif ini juga menggariskan isu-isu yang sedang dihadapi oleh hartanah tempatan, dan isu-isu ini nampaknya akan berterusan hingga ke tahun depan. Kemampuan, ketidakseimbangan bekalan-permintaan dalam pasaran dan pembiayaan pinjaman kekal menjadi cabaran utama.

    Berkenaan dengan pembiayaan pinjaman, contohnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyaksikan kenaikan bagi jumlah yang gagal membayar hutang atau ‘default’ dari tahun 2018 hingga 2019, terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai pendapatan berubah-ubah dan mereka yang memiliki hartanah bernilai lebih daripada RM500,000.

    “Isu-isu ini tidak terhad kepada pasaran hartanah Malaysia sahaja, dan ia terjadi kerana peningkatan jumlah penduduk dan kekurangan tanah di kawasan bandar. Oleh kerana lebih ramai pembeli bersaing untuk hartanah yang sedikit, harga telah meningkat, dan pemaju pula memilih untuk memenuhi keperluan segmen yang mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi,” kata Fernandez.

    Di Malaysia, trend ini digariskan oleh persepsi yang pendapatan tidak berubah dan kos sara hidup sedang meningkat. Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas terkini dari Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa pendapatan bulanan median di negara ini adalah sebanyak RM5,228 pada 2016, yang mana ia meningkat pada kadar 6.6% setahun.

    Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) pula meningkat pada purata 2.5% tahun ke tahun (YoY), dengan peningkatan sebanyak 1.1% YoY pada bulan Oktober. Ketidakselarian antara inflasi sebenar dan jangkaan telah dijelaskan oleh BNM kerana dipengaruhi oleh pandangan yang berprasangka berdasarkan kekerapan dan ingatan.

    Walau apa pun, dengan penanda aras untuk tahap kemampuan yang ditetapkan oleh perundingan dari Amerika Syarikat, Demographia International, yang mengatakan ia sepatutnya tiga kali daripada pendapatan isi rumah tahunan, ini bermakna siling harga untuk perumahan mampu milik adalah kira-kira RM188,208 pada tahun 2016. Hari ini, angka ini telah dilaporkan pada RM282,000, sementara harga purata untuk rumah yang baru dilancarkan adalah RM417,262.

    Peruntukan hartanah dalam Bajet 2020

    Ketidaksamaan ini menyumbang kepada cabaran melibatkan kemampuan dan pembiayaan pinjaman untuk rakyat Malaysia, kerana pencari rumah tidak mampu membeli hartanah atau mendapatkan pinjaman yang diperlukan untuk membelinya. Terdapat juga ketidakseimbangan bekalan-permintaan di pasaran, kerana para pemaju menumpukan ke arah margin yang lebih tinggi untuk pelancaran hartanah mewah.

    “Tekanan yang memacu isu-isu ini adalah rumit dan saling berkaitan, dan telah terkumpul sejak beberapa dekad, kini memanggil beberapa pihak untuk penstrukturan semula asas industri hartanah di Malaysia. Bajet 2020 telah mengambil beberapa langkah ke arah menangani masalah ini, melalui kedua-dua langkah interim dan jangka panjang,” kata Fernandez.

    “Langkah-langkah jangka pendek yang bertujuan untuk meringankan cabaran pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia termasuk Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan Skim Perumahan Belia (SPB) dari Bank Simpanan Nasional (BSN), yang mana kedua-duanya telah dilanjutkan dari tempoh asal mereka.”

    Langkah-langkah ini, bersama dengan penekanan yang diberikan ke atas skim RTO, menangani isu pemilikan rumah di kalangan pembeli rumah pertama dan yang lebih muda. HOC, serta peruntukan untuk menurunkan harga untuk pembeli antarabangsa, juga bertujuan untuk mengurangkan hartanah kediaman tidak terjual.

    Hartanah kediaman tidak terjual adalah hasil daripada ketidakseimbangan bekalan-permintaan di pasaran, kerana pemaju membina hartanah yang tidak mampu dibeli oleh pembeli rumah. Dianggarkan baru-baru ini, sebanyak 52,666 unit pada Q2 2019, termasuk 32,810 unit kediaman, 18,186 unit pangsapuri perkhidmatan dan 1,670 unit rumah SoHo (pejabat kecil), menurut Nawawi Tie Leung Property Consultants Sdn Bhd.

    Yang paling penting, Bajet 2020 merangkumi pelbagai peruntukan yang disasarkan kepada pendapatan dan pembaharuan buruh, termasuk kenaikan gaji minimum, perubahan garis panduan untuk kerja lebih masa dan semakan lain untuk Akta Pekerjaan 1955.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua langkah sementara dan jangka panjang untuk menangani cabaran-cabaran di pasaran hartanah Malaysia akan mengambil masa untuk memberi impak corak yang mantap. Atas sebab-sebab ini dan faktor-faktor makroekonomi yang lebih besar seperti yang dijelaskan di bawah, PropertyGuru kekal neutral pada prospeknya untuk tahun 2020.

    Sementara itu, kuota dan inisiatif perumahan mampu milik seperti Rumah Selangorku, Projek Perumahan Mampu Milik Wilayah Persekutuan dan Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas Bhd merapatkan jurang antara permintaan pengguna dan portfolio pemaju.

    Trend dan ramalan harga untuk tahun 2020

    Mungkin indikator sentimen pasaran yang lebih jelas boleh dilihat dalam pergerakan harga menuju ke arah tahun 2020. Menurut PropertyGuru Market Index (PMI) Q3 2019, permintaan harga hartanah merosot dalam tiga daripada empat pasaran utama di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

    Secara keseluruhannya, harga di Malaysia merosot 0.9% YoY pada suku ketiga, dengan Pulau Pinang mengetuai pengurangan tersebut dengan penurunan PMI sebanyak 1.5% suku ke suku tahun (QoQ), dari 94.8 kepada 93.4 pada Q3 2019. Johor adalah satu-satunya pasaran domestik yang tidak menunjukkan penurunan dalam indeksnya; walau bagaimanapun, ia juga gagal mempamerkan sebarang pertumbuhan, dengan PMI statik di 98.5 pada suku ketiga.

    “Kecuali Johor, penurunan dalam harga permintaan ini menggambarkan pergerakan menurun pada garis trend jangka panjang di seluruh pasaran utama sejak tahun 2015. Walaupun permintaan harga tidak boleh dipertukarkan dengan harga transaksi, ia berfungsi sebagai tanda aras bagi sentimen penjual, dan dengan itu, menunjuk ke arah prospek sederhana pada tahap terbaik untuk 2020,” kata Fernandez.

    Penganalisis industri menganggap bahawa harga telah turun kerana pelarasan di pihak pemaju untuk menghabiskan dulu stok yang tidak terjual dan memudahkan aliran tunai, bersama dengan tekanan menurun dari HOC. Pembeli dengan ‘leverage’ yang mencukupi boleh mengambil kesempatan atas pasaran semasa untuk mengembangkan portfolio mereka.

    Johor, sebagai contoh, adalah destinasi menarik untuk pelaburan, dengan kaveat bahawa harga di sana mempunyai volatiliti yang ketara dalam beberapa tahun ini disebabkan oleh kejutan bekalan dan polisi. Oleh itu, sangat penting untuk mempertimbangkan jenis hartanah sedia ada dan permintaan yang sedang masuk ke kawasan itu dengan sangat teliti, sebelum membuat keputusan untuk meneroka ke pasaran tersebut.

    Lebih jauh ke utara, pencari hartanah dalam pasaran seperti Kuala Lumpur dan Selangor boleh melindung nilai pertaruhan mereka, dengan memeriksa sentimen pembelian. Mengikut PropertyGuru Consumer Sentiment Survey H1 2019, rakyat Malaysia semakin terbuka untuk membeli di pasaran hartanah sekunder.

    Hal ini disebabkan oleh keutamaan lokasi, dengan pencari rumah yang lebih muda mengutamakan projek-projek lama yang dekat dengan pusat-pusat bandar yang ditubuhkan, dan bukannya pelancaran baru yang lebih jauh. Oleh itu, perbandaran satelit yang matang seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara, Shah Alam dan Cheras menawarkan prospek yang lebih baik kepada para pelabur, walaupun tahap kemampuan akan kekal menjadi satu isu bagi pencari rumah.

    Faktor makroekonomi dan jalan di hadapan

    Indikator bercampur makroekonomi juga menunjukkan ke arah tahun yang kurang lancar untuk hartanah. Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengurangkan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini, dengan BNM mengikut jalan yang sama pada bulan Mei dan penganalisis menjangkakan potongan yang lain pada pertengahan tahun 2020. Langkah-langkah ini membantu untuk mencipta persekitaran kadar faedah yang positif di Malaysia, dan juga di luar negara.

    Ini kondusif untuk pembelian rumah dalam jangka pendek, dengan prospek untuk kenaikan harga dalam jangka masa panjang, memandangkan pinjaman lebih murah memacu harga hartanah. Di samping itu, kemasukan minat dari pembeli serantau boleh menyebabkan peningkatan dalam sentimen pada masa akan datang, didorong oleh pergolakan di pasaran lain seperti Hong Kong serta garis panduan pemilikan asing yang dilonggarkan dalam Bajet 2020.

    Walau bagaimanapun, faktor-faktor positif ini seimbang dengan ketegangan perdagangan AS-China yang berterusan, dan akibatnya untuk pengembangan ekonomi global. Khususnya, pertumbuhan yang perlahan di China dan kenaikan tarif perdagangan mungkin merosakkan Rantaian Nilai Global (GVC), dengan kesan limpahan bagi pasaran dengan pendedahan yang tinggi, seperti Malaysia.

    Ringgit kekal tidak menentu sehingga kini, dagangan pada purata RM4.13 kepada dolar AS pada September dengan sasaran RM4.20 kepada dolar menjelang akhir tahun 2019, menurut Kenanga Research.

    Volatiliti ini, bersama-sama dengan ketidakpastian sosiopolitik kerana keghairahan pilihan raya umum ke-14 Malaysia yang semakin mengurang dan ketidakpuasan yang semakin meningkat, akan memberi kesan negatif terhadap minat pelabur – sekali lagi, kecuali Johor, yang mana hanya mempunyai jumlah pelaburan yang optimum setakat ini.

    “Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan ‘proptech’ dan ‘fintech’ untuk memainkan peranan yang lebih besar dengan trend antarabangsa akan memasuki sempadan tempatan dan pemegang saham industri berusaha untuk membezakan diri mereka dalam pasaran yang kompetitif. Sebagai contoh, Deloitte telah melaporkan di dalam Tinjauan Hartanah Komersil 2020 bahawa ia bukan lagi mengenai ‘lokasi, lokasi, lokasi’ tetapi ‘lokasi, pengalaman, dan analisis,” kata Fernandez.

    “Berikutan dengan itu, PropertyGuru telah memanfaatkan rekod prestasinya yang mantap sebagai pemain ‘proptech’ terkemuka untuk memperkenalkan inovasi seperti PropertyGuru FastKey, PropertyGuru Lens dan Listing Performance Insights. Penyelesaian ini menggunakan realiti maya dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk meningkatkan pengalaman mencari hartanah bagi pencari rumah dan yang seumpama dengannya, menguatkan lagi status PropertyGuru sebagai pemimpin ‘proptech’ menuju ke 2020.”

  • Bosch Automotive Aftermarket Malaysia launches Heels & Wheels 2.0

    Petaling Jaya, Malaysia – The latest survey by Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) showed 99 per cent of women drivers acknowledge that having a basic understanding of cars is important for safety. Within this, 75 per cent of women drivers admit they rely on a male figure such as a family member, friend or mechanic to help them with basic car-related issues.

    There is a distinct gap between the correlation of car safety and basic car maintenance knowledge. To remedy this, Bosch AA, a thought leader in car and road safety launches today Heels & Wheels 2.0, an online basic car maintenance video series aimed at empowering women drivers to easily learn about cars through accessible knowledge on simple and proactive car care.

    The new online video series will feature bite-sized videos covering practical tips to identify, prevent, maintain, diagnose, and resolve issues related to their cars. Topics that will be covered include car batteries, tires, wipers, dashboard indicators and engine oil as these were the top five topics survey respondents indicated they were keen to learn about. The first video is on car battery showing three ways drivers can do to avoid encountering a dead car battery.

    Dillion Goh, Marketing Manager of Bosch Automotive Aftermarket Malaysia said that Bosch AA recognises there the modern-day women usually commute with small children or alone on a daily basis.

    “It is important that we empower them to identify and troubleshoot common and basic issues with their cars. This serves to help them maintain an uncompromised level of personal, car and road safety. Safety has always been our key focus and we are committed to continuously contribute towards education and creating awareness that help drivers improve their knowledge on car care to reduce the risk of accidents.

    “To this end, we have developed a series of easily accessible short videos that not just women drivers but all drivers can refer to learn more about basic car maintenance. We hope that women drivers will greatly benefit from the educational content through Heel & Wheels 2.0 by being more independent in taking good care of their cars and enhance the safety of themselves and their children on our shared roads.”

    75 per cent of women drivers rely on a male figure for car-related issues
    Bosch Automotive Aftermarket Malaysia launches Heels & Wheels 2.0, an online video series to empower women with accessible basic car maintenance knowledge

    Heel & Wheels 2.0 is a continuation and step up from the first Heels & Wheels car and road safety workshop for women introduced in August last year. It falls under the #BoschEmpowersWomen pillar of Bosch AA’s flagship ‘Drive for Life’ campaign aimed at raising awareness among drivers on the importance of proactive car maintenance and the use of quality car parts.

     Bosch AA as a thought leader in car and road safety brings a series of easily understandable videos on basic car maintenance online, dedicated specially to empower women with vital life skills
     Easy access to basic car maintenance knowledge helps inculcate confidence and brings peace of mind on top of ensuring safety to all drivers
     Knowledge is power to begin experiencing a safer drive and to reduce the risk of road accidents from poorly maintained vehicles

  • Bayar Zakat Fitrah Tanpa Tunai di Bulan Ramadan dengan Boost

    Aplikasi e-dompet tempatan bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk menawarkan solusi zakat tanpa tunai ketika wabak coronavirus menular

    Kuala Lumpur, 22 April – Aplikasi e-dompet gaya hidup tempatan Boost dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bekerjasama untuk menawarkan rakyat Malaysia pengalaman yang mudah, lebih selamat dan lancar untuk memenuhi tanggungjawab zakat di bulan Ramadan yang bakal disambut umat Islam di negara ini. Dalam usaha sama ini, Boost dilantik oleh LZS sebagai agen pengumpulan zakat rasmi, memberikan orang Islam di Selangor kemudahan membuat pembayaran di mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan mudah dan efisien.

    Sepanjang tempoh rakyat Malaysia memerangi wabak COVID-19 dengan mengamalkan penjarakan social (social distancing) serta mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ternyata penerimaan pembayaran tanpa tunai terutamanya penggunaan applikasi e-dompet untuk membuat pembayaran meningkat hari demi hari. Langkah ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengelakkan menggunakan wang kertas yang boleh memindahkan bakteria dan virus. Usaha sama antara Boost dan LZS diharapkan memberi ketenteraman hati kepada masyarakat Islam di Selangor dengan keyakinan bahawa kewajipan agama boleh dipenuhi dari persekitaran selamat di rumah sewaktu krisis coronavirus melanda.

    “Dengan pelantikan sebagai agen pengumpulan zakat rasmi, Boost bukan sahaja menyokong matlamat LZS untuk menginovasi dan memacu bayaran zakat di dalam negeri, malah ini juga dapat menjadi peluang kami untuk mengembangkan dan memperkasakan ekosistem tanpa tunai menggunakan e-dompet di Selangor. Kami turut berharap kerjasama ini akan mendedahkan lebih ramai rakyat Malaysia kepada e-dompet sebagai kaedah pembayaran yang mudah dan selamat, menjadikan proses pembayaran zakat lebih efisien dan mudah di bulan mulia ini,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif di Boost.

    Di dalam aplikasi Boost, tile zakat telah diperkenalkan bagi mempermudahkan orang Islam di Selangor untuk membayar dua jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta, hanya dengan beberapa ketikan di skrin. Berkuat kuasa hari ini, pengguna boleh mula membayar Zakat Harta, namun pembayaran Zakat Fitrah akan tersedia pada 24 April yang merupakan hari pertama bulan Ramadan. Pengguna dapat menambah akaun zakat dengan hanya menyediakan nombor kad pengenalan, nama dan nombor telefon bimbit sebelum membuat pembayaran. Pengguna juga dapat melihat maklumat harga beras dari aplikasi Boost. Setelah pembayaran dilakukan, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan untuk memohon rebat cukai individu

    “Lembaga Zakat Selangor berbesar hati untuk membolehkan rakyat Malaysia memenuhi tuntutuan Islam dengan cara mudah, ringkas dan berinovasi. Dalam persiapan kita untuk menyambut kedatangan Ramadan di mana ramai kelompok rentan terjejas oleh pandemik sedunia, tugas kami semakin penting untuk saling bantu-membantu lebih lagi ketika mengharungi tempoh kesukaran. Saya berharap kerjasama ini membolehkan rakyat Selangor untuk mempraktikan amalan dengan mudah tanpa halangan,” kata Tuan Haji Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Zakat Selangor.

    Tambahnya, “Zakat yang anda tunaikan amat penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan hidup asnaf di Selangor terpelihara dan seterusnya dapat menikmati hidup yang lebih baik terutama dalam waktu krisis ini.”

    Seiring dengan langkah menjadikan e-dompet sebahagian daripada gaya hidup kita yang semakin meningkat, Boost sedang membangunkan proses pembayaran dan pengumpulan yang lebih efisien merentasi pelbagai perkhidmatan. Kerjasama antara Boost dan LZS juga diharapkan akan segera berkembang dengan persediaan yang sedang dikendalikan.

    “Kami berharap usaha sama ini akan meningkatkan keterangkuman, penggunaan dan kepekaan digital di Selangor. Kami juga menantikan peluang mengukuhkan kerjasama ini dengan rencana akan datang untuk menjadikan Boost kaedah pembayaran di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor, kaunter pembayaran di setiap cawangan dan ‘Zakat on Wheels’,” menurut Khairil.

    Selain Lembaga Zakat Selangor, Boost bakal menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

  • ‘Tabung COVID-19 by Boost’ to Aid Malaysian Frontliners and Those Adversely Affected by the Novel Coronavirus Pandemic Homegrown e-wallet sets up donation fund as part of its #BoostGotYou campaign in the fight against COVID-19

    Kuala Lumpur, 27 March – Homegrown e-wallet Boost today announced the introduction of Tabung COVID-19 by Boost, a donation fund to help ease the burden of those directly impacted by the coronavirus pandemic in Malaysia. The fund was introduced in conjunction with the launch of the #BoostGotYou campaign that aims to help Malaysians get through the current crisis which has led the Government to issue a Movement Control Order (MCO).

    Mohd Khairil Abdullah, CEO of Boost shared that the Tabung COVID-19 by Boost was created so Malaysians can easily channel their support through their e-wallets where Boost would then deploy the funds to the appropriate beneficiaries fighting the deadly virus.

    “There are many unsung heroes in the medical profession who are working tirelessly to put our needs ahead of theirs, and in the midst of this battle to prevent the spread of COVID-19, there are families who fall casualty to the coronavirus. Everyday poses new challenges for everyone and we encourage Malaysians to get involved and join us in the effort to support and assist our frontliners who are keeping us safe as well as families of victims through this fund. No amount is too small to give as we believe little gestures make a big difference,” said Khairil.

    Through Tabung COVID-19 by Boost, the contributions collected will bring much needed aid to the country’s healthcare ecosystem during this crisis. All funds collected will be channeled directly to the Ministry of Health’s (MOH) recently established special COVID-19 fund and various NGOs actively looking after communities directly affected by the COVID-19 pandemic.

    All funds received from now until 31 March 2020 will be channeled to MOH, while funds received starting 1 April to 30 April 2020 will be distributed between MOH and relevant NGOs. The funds given to MOH will help the Ministry purchase medical equipment, medicines, reagents, disposable items, and other medical necessities.

    The Boost COVID-19 fund is the first of the five (5) initiatives under the #BoostGotYou campaign. Now with the extended MCO period, Boost is determined to drive more innovative solutions through its e-wallet that will help make staying at home comfortable for the duration of the MCO.

    As the other four initiatives under the #BoostGotYou campaign are launched in the coming days, Malaysians will be able to gain easy access to all their daily essentials like ordering food and groceries; pay bills and top up their prepaid phone plans; stay entertained with streaming content as well as games; and protect themselves through COVID-19 insurance coverage.

    “While our frontliners work tirelessly to protect Malaysians from this deadly pandemic, all of us can play our part by observing the MCO. Boost and other digital providers have created services for Malaysians to be able to carry out necessary tasks such as paying bills, topping up their prepaid credits to stay connected to loved ones and even shopping for groceries online without having to leave the safety of their homes. Let us do our individual parts to support the sacrifices our frontliners are making for the country,” Khairil said.

    Tier-3 and -4 micro-businesses such as small stall operators who are Boost merchants are an integral part of the e-wallet’s ecosystem. As another initiative under #BoostGotYou, these Boost merchants can also look forward to financial protection plans through Boost to help stave off the negative economic impact of the COVID-19 crisis.

  • BANK MUAMALAT LANCAR PLATFORM JARIAH FUND

    KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat ) hari ini melancarkan “Jariah Fund“ iaitu platform pendanaan awam bagi projek kebajikan social. Majlis pelancaran disempurnakan oleh menteri di Jabatan perdana menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri . Turut Hadir Pengerusi Bank Muamalat, Datuk Seri Tajuddin Atan.

    Objektif “Jariah Fund“ adalah untuk menyantuni golongan yang memerlukan dan meringankan beban masyarakat melalui penerapan teknologi kewangan (fintech). Bank Muamalat adalah peneraju dalam kalangan institusi kewangan Islam di negara ini yang berjaya membangunkan sebuah platform pendanaan awam dalam talian dengan menggunakan kepakaran dalaman sepenuhnya untuk tujuan amal.

    Ketua pegawai eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, platform ini merupakan antara inisiatif bagi menyokong strategi pengantaraan berasaskan nilai (Value–based intermediation) seperti yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia.

    “Platform ini menggunakan proses pembayaran elektronik menerusi gerbang pembayaran FPX di mana orang ramai boleh menyumbang secara dalam talian dan kutipan dinyatakan secara tempoh masa sebenarnya (real-time). Orang ramai boleh melayari jariahfund.muamalat.com.my dan memilih untuk menderma atau menyumbang kepada kempen yang dipaparkan, kami berharap usaha ini dapat membantu golongan yang terjejas bagai dapat meneruskan kehidupan mereka” kata Khairul

    Tambah beliau “Bank Muamalat mendukung transformasi digital sebagai salah satu fokus strategiknya di samping peningkatan proses dan Inovasi syariah yang berterusan.”

    Menyentuh mengenai inisiatif berkenaan YB senator Datuk Dr. Zulkifli berkata saya yakin Jariah Fund yang dilancarkan oleh bank Muamalat Malaysia Berhad akan membuktikan bahawa sedekah mampu membawa kepada peningkatan ekonomi rumah seterusnya menjana Kesatuan umah.

    Bagi fasa pertama, bermula September 2020 hingga Mac 2021, Bank Muamalat akan bekerjasama dengan lima (5) pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Yayasan sejahtera, Yayasan ikhlas, Yayasan muslimin, The National autism society of Malaysia (NASOM ) dan Malaysian Association for the Blind (MAB).

    NGO berkenaan akan bertindak sebagai rakan amal bank bagi memantau kempen yang terpilih yang disiarkan di dalam kempen yang dipilih adalah projek dibawa sector Pendidikan, kesihatan dan Pemerkasaan ekonomi. Antara kempen yang terpilih termasuk projek tanaman cili padi , projek putu Mayam, projek pembelajaran anak orang Asli dan membantu golongan terjejas kerja semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Pada fasa pertama bank Muamalat menyasarkan kan untuk menyalurkan sumbangan sebanyak kira-kira RM 40,000 kepada benefisiari terpilih melalui enamn (6) projek berasaskan komuniti.

    NGO yang ingin menyertai inisiatif ‘Jariah Fund‘ sebagai rakan amal boleh menghantar cadangan mereka kepada Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat Bank Muamalat melalui E-mel di wakafgroup@muamalat.com.my untuk pertimbangan Bank.

  • Teks Ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Majlis Pelancaran Jariah Fund

    Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Pelancaran Jariah Fund Bank Muamalat Malaysia Berhad.

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bank Muamalat kerana telah mewujudkan sebuah platform pendanaan awam yang dinamakan Jariah Fund. Di samping itu, jutaan terima kasih serta penghargaan kepada rakan-rakan amal yang turut menjayakan platform Jariah Fund.

    Pendanaan awam (crowdfunding) merujuk kepada kutopan dana daripada saudara mara, sahabat, rakan sekerja, mahupun orang ramai untuk membantu dan melaksanakan satu projek.

    Kutipan sumbangan sudah tidak asing dalam masyarakat kita yang terkenal dengan hati yang pemurah. Satu amalan mulia yang diamalkan dalam masyarakat kita apabola seseorang ditimpa musibah, maka kita akan membuat kutipan sumbangan ataupun derma kilat bagi meringankan beban pihak yang ditimpa musibah tersebut. Kutipan derma ini dilakukan dengan pelbagai cara. Kalau zaman dahulu, masjid digunakan sebagai wadah untuk hebahan kutipan selepas solat fardu.

    Namun pada hari ini dengan kemajuan internet dan teknologi kewangan (fintech), konsep pendanaan awam juga turut berkembang dan maju. Antara kelebihan pendanaan awam menggunakan teknologi ialah hebahan dapat ‘diviralkan’ dengan lebih meluas, kutipan diperolehi dalam masa yang singkat dan dana diberikan kepada penerima secara langsung. Inilah kelebihan apabila kita memanfaatkan teknologi dan media sosial untuk kebaikan.

    Justeru itu, saya amat berbangga dengan Bank Muamalat yang menjadi peneraju di kalangan institusi Kewangan Islam di negara ini yang telah menggunakan kepakaran dalaman untuk mewujudkan sebuah platform pendanaan awam untuk tujuan amal. Saya kira, Bank Muamalat tampil bersama Jariah Fund pada waktu dan keadaan yang tepat.

    Kita harus akui bahawa kehadiran Wabak Pandemik Covid19 sedikit sebanyak mengganggu keadaan ekonomi negara kita. Keadaan itu turut dirasai oleh semua lapisan, tidak terkecuali peniaga-peniaga kecil. Justeru, diharapkan dengan adanya Jariah Fund hasil inisiatif murni Bank Muamalat ini dapat menyantuni golongan yang memerlukan dan meringankan beban masyarakat.

    Saya juga tertarik dengan konsep Jariah Fund yang menyasarkan projek kepada tiga kategori iaitu pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi. Saya meyakini dengan berfokus kepada 3 kategori ini akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat.

    Saya juga bersetuju dan ingin menyatakan rasa teruja apabila pelaksanaan Jariah Fund adalah hasil jalinan kerjasama antara dua pihak iaitu pihak Bank dan rakan amal yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO), pertubuhan dan kelab, Hal ini selari dengan anjuran agama yang menyarankan supaya kita bantu-membantu dalam perkara kebaikan.

    Datuk Seri, Tuan-tuan dan puan puan yang dikasihi sekalian,

    Agama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk sering bersedekah. Nabi Muhammad SAW merupakan ikutan tauladan yang sering bersedekah. Bahkan disana terdapatan banyak fadhilat dan kelebihan daripada amalan bersedekah.

    Allah SWT dengan kemurahan-Nya akan mengembangkan sedekah dan infaq yang dikeluarkan oleh orang-orang yang ikhlas dan memberi mereka balasan yang lebih banyak.

    Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: Allah SWT menjelaskan tentang pahala orang-orang yang berinfaq dan pahala berinfaq dalam setiap keadaan dan waktu. Barangsiapa yang bersedekah – baik pada waktu malam atau siang hari, dengan cara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan atau tidak – maka baginya pahala yang sempurna di sisi Tuhan. Tifak ada ketakutan baginya di akhirat dan tidak pula dia merasa khuatir dan bersedih. Maksudnya tidak ada ketakutan baginya ketika menghadapi kedahsyatan hari Kiamat dan tidak pula dia bersedih dan khuatir terhadap keadaan anak-anaknya setelah dia meninggal dunia. Dia juga tidak merasa sedih dan menyesali atas apa yang dia tidak mampu raih dari kehidupan dunia dan keindahannya. Ini kerana dia telah menjumpai apa yang jauh lebuh baik daripada semua itu.

    Datuk Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

    Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad dan semua yang terlibat dalam menjayakan platform pendanaan awam Jariah Fund. Semoga prestasi cemerlang yang ditunjukkan ini akan menjadi contoh kepada Institusi Kewangan Islam di negara ini. Saya amat berharap agar budaya dan momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dijadikan teras di dalam Bank Muamalat.

    Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmutallahi Wabarakatuh.

  • Ucapan Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan Sempena Majlis Pelancaran Jariah Fund

    (Teks Ucapan)

    Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    • Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
    • Yang Berbahagia Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera
    • Yang Berbahagia Dato’ Megat Ahmad Shahrani, Presiden, The National Autism Society of Malaysia (NASOM)
    • Yang Berusaha, Tuan Haji Muhammat Puzi Ahmat, Ahli Lembaga Yayasan Muslimin
    • Yang Berbahagia Datin Fauziah Mohd Ramly, Naib Presiden The Malaysian Association of the Blind (MAB)
    • Yang Berusaha Tuan Haji Zaim Shaari, Timbalan Pengerus Yayasan Ikhlas
    • Yang Berusaha Encuk Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • Barisan Pengurusan Rakan-rakan Amal dan Bank Muamalay Malaysia Berhad
    • Para media, dan
    • Sidang hadirin sekalian

    Saya memanjangkan rasa syukur kerana dengan izin-Nya , kita dapat berkumpul pada hari ini untuk menyaksikan majlis pelancaran portal pendanaan awam patuh Syariah Bank Muamalat yang dinamakan Jariah Fund.

    Saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamada Al-Bakri, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini.

    YB Senator, Tuan-tuan dan puan-puan,

    Konsep pendanaan awam (crowdfunding) yang mampu menyediakan sokongan kewangan tambahan kepada peniaga, pengusaha, badan amal dan benefisiari semakin mendapat perhatian, terutamanya ketika dunia diancam penularan wabak COVID-19.

    Pendanaan awam adalah instrumen kewangan yang memanfaatkan teknologi dan platform media sosial untuk menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar termasuk Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (MSME) serta golongan yang memerlukan dan terpinggir.

    Platform pendanaan awam ekuiti (ECF) dan pinjaman rakan setara (P2P) banyak menyumbang modal untuk kegiatan perniagaan MSME.

    Laporan tahunann Suruhanjaya Sekuriti 2019 menyebut bahawa ECF dan P2P telah menyumbang dana alternatif berjumlah hampir RM706 juta kepada 1,943 MSME.

    Selain MSME, instrumen pendanaan awam juga digunakan untuk membantu badan amal bagi merealisasikan projek kewangan sosial kerana ianya mampu mengumpul dana dari pelabur runcit dan industri.

    Para jemputan yang dihormati,

    Platform pendanaan awam yang berfungsi sebagai pelengkap kepada pembiayaan bank semakin popular selepas kebanyakan perniagaan terjejas berikutan pandemik COVID-19.

    Sebelum ini, kebanyakan platform yang diusahakan oleh bank tempatan dibangunkan secara penyumberan luaran (outsourcing).

    Sukacita ingin saya memaklumkan bahawa Bank Muamalat adalah peneraju dalam kalangan Institusi Kewangan Islam di negara ini yang berjaya membangunkan sebuah platform pendanaan awam dalam talian, dengan menggunakan kepakaran dalaman sepenuhnya, untuk tujuan amal.

    Objektif Jariah Fund adalah untuk menyantuni golongan yang memerlukan dan meringankan beban masyarakat melalui penerapan teknologi kewangan (fintech).

    Platform ini menyaksikan penggabungan teknologi dan penyelesaian Syariah bagi memenuhi keperluan kebajikan masyarakat di negara ini.

    Kematangan digital yang dipaparkan melalui platform Jariah Fund mampu menarik dan menepati keperluan penderma yang semakin gemar akan transaksi kewangan yang mudah, telus dan efisien.

    Hadirin yang dimuliakan,

    Platform Jariah Fund menggunakan proses pembayaran elektronik menerusi terbang pembayaran FPX dan lebih menarik lagi maklumat kutipan sumbangan kempen disiarkan secara masa sebenar (real time).

    Platform pendanaan awam ini memudahkan urusan menderma kerana ianya telus, serta mampy menyediakan laporan terkini, dan kemas kini jumlah yang dikumpulkan, selain perkongsian kisah kejayaan benefisiari.

    Pengurusan Jariah Fund yang tertumpu kepada amalan ketekunan wajar (due diligence) dan sistem pembayaran yang selamat adalah penting bagi pihak Bank untuk memelihara integriti sistem kewangan Islam, serta meningkatkan penjenamaan Bank Muamalat.

    YB Senator, Tuan-tuan dan puan puan,

    Ingin saya tekankan di sini bahawa platform ini merupakan salah satu inisiatif Bank Muamalat bagi menyokong strategi Pengantataan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation – VBI) yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Inisiatif ini merupakan langkah penting oleh industri perbankan untuk meningkatkan standard proses, amalan dan tatakelakuan yang menggalakkan aktiviti perniagaan dan pembentukan komuniti lestari.

    Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang berorientasikan VBI, Bank Muamalat memainakn peranan penting dalam menggerakkan sumber untuk membiayai keperluan masyarakat.

    Para jemputan yang dihormati,

    Platform Jariah Fund pada asasnya berteraskan konsep infaq yang bertujuan mendidik pemilik harta agar tidak sombong dengan kekayaannya, merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin dan memenuhi keperluan pendanaan sesebuah ekonomi.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Surah al-Baqarah: 261)

    Hadirin yang dimuliakan,

    Pelaksanaan Jariah Fund menjalinkan kerjasama antara dua pihak iaitu pihak Bank dan rakan amal yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO), Pertubuhan dan Kelab.

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada lima (5) rakan amal jariah Fund yang terdiri daripada Yayasan Sejahtera, Yayasan Ikhlas, Yayasan Muslimin, The National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan Malaysian Association for the Blind (MAB).

    Rakan amal yang nenyertai Jariah Fund bagi fasa pertama, dipilih selepas melalui proses saringan ketat.

    Melalui platform ini pelbagai projek sosial melibatkan tiga kategori iaitu pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi dapat dilaksanakan.

    Antara kempen yang dipilih termasuk projek penamaan cili, projek penjualan putu mayam, projek pembelajaran anak orang asli, prohek sumbangan peralatan hospital kepada pesakit dan membantu golongan yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Dalam Fasa Pertama bermula September 2020 hingga March 2021, Bank Muamalat menyasarkan untuk menyalurkan sumbangan sebanyak kira-kira RM40,000 kepada benefisiari terpilih melalui enam (6) projek yang akan dilaksanakan melalui platform ini pada tahun hadapan, dengan sasaran 15 projek, in shaa Allah.

    Para jemputan yang dihormati,

    Untuk menjayakan platform ini, saya dengan rendah hatinya ingin mempelawa tuan-tuan dan puan puan untuk melayari laman sesawang jariahfund.muamalat.com.my dan pilihlah kempen untuk menyumbang.

    In shaa Allah dengan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, akan lebih ramai lagi benefisiari yang dapat dibantu.

    Sekian, saya sudai dengan lafaz Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terimakasih.

  • Majlis Pelancaran Jariah Fund

    Majlis pelacaran Jariah Fund ini telah diadakan pada 22 September 2020. Pelancaran ini telah berlangsung pada pukul 12.30 tengahari di Tingkat 6, Menara Bumiputra, Jalan Melaka, Kuala Lumpur

    Aturcara majlis tersebut diadakan seperti berikut:

    12.15 tengahari: Ketibaan Tetamu Jemputan12.20 tengahari: Ketibaan Encik Khairul Kamarudin, Ketua Prgawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketibaan YBhg Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad

    12.25 tengahari: Menyambut ketibaan YBSenator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg Datuk Seri Tajuddin Atan. Ucapan kedua diberikan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Setelah itu, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyempurnakan gimik pelancaran majlis. Setelah itu, sesi penukaran dokumen usahasama rakan amal disaksikan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan YBhg DAtuk Seri Tajuddin Atan. Kemudiannya dilangsungkan pula penyerahan cenderahati kepada YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Akhir sekali, sesi bergambar, sidang media dan jamuan makan diadakan untuk meraikan Majlis Pelancaran Jariah Fund.

  • PRESS STATEMENT INAUGURATION OF MPOCC HEADQUARTERS

    The Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) was set up as independent body in December 2015 to develop and operate the MSPO scheme. The implementation of the Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) certification standards began on a voluntary basis in January 2015. From a small organisation with only about 15 employees when it first started operations in 2016, there are now 30 employees working throughout Malaysia including in Sabah and Sarawak.

    Malaysia has developed the Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) certification scheme based on domestic laws and regulations and ratified international conventions. MSPO standards also compliment the United Nation’s Sustainable Development Goals (UNSDG) 2030 especially on responsible consumption and production, decent work and economic growth, life on land, zero hunger and climate change.

    The MSPO Certification Scheme as a national palm oil certification scheme for the Malaysian palm oil industry has been keeping the smallholders’ interest as its priority in its implementation.

    Considering the growing concerns in major importing markets for certified sustainable palm oil, the Government in May 2017 had agreed to implement MSPO certification on a mandatory basis with effect from 1 January 2020, with special attention given to smallholders to obtain certification.


    The mandatory implementation of MSPO certification demonstrates Malaysia’s commitment towards the production of sustainable Malaysian palm oil. In addition, MSPO certification provides a host of potential benefits, including enhancing productivity, through optimising yields with the application of Good Agriculture Practices (GAP). This translates to higher income and enhancement of the welfare of the smallholders, who account for to 30 per cent of the planted area

    As of 31 August 2020, a total of 5,085,339 hectares of oil palm planted areas have been certified under the MSPO Certification Scheme. This accounts for close to 86.19 percent of the 5,900,157 hectares total planted area. This includes 919,031 hectares of oil palm areas planted by both the independent smallholders and organised smallholders. Additionally, 92.48 percent of 418 palm oil mills from a total of 452 nationwide have also been certified under the MSPO Scheme.

    In October 2018, MPOCC also launched the Malaysian Sustainable Palm Oil Supply Chain Certification Standard (MSPO SCCS). This standard covers the management requirements and traceability of the production throughout the supply chain from the raw materials to processing and manufacturing of palm oil and palm oil-based products. It is designed to deliver confidence and credibility to the customers and end-users that the raw materials originated from sustainability managed oil palm planted areas.

    The MSPO Trace was subsequently launched as a continuous IT monitoring platform. Through this system, accountability and traceability throughout the MSPO certified value chain from grower to customer can be enhanced and monitored.

    We are also here today to recognise two Malaysian Companies for being amongst the first users of the MSPO logo on-product labels. Today’s event is also a double celebration as we are pleased with the achievement of Kwantas Corporation Berhad and Delima Oils Sdn Bhd. It is a proud moment for us all the MSPO products are now distinguishable from other palm oil products and will be commercially available for consumers soon. We urge other companies to come and join hands with MPOCC towards achieving this, moving forward.

    By: Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC)