Category: ATTRACTION

  • Kuala Lumpur Golf & Country Club menyajikan hidangan promosi sempena perayaan Tahun Baru Cina

    Pada musim perayaan Tahun Baru Cina pihak Kuala Lumpur Golf & Country Club akan menyajikan buffet berharga RM98 sahaja bagi setiap orang. Dengan pelbagai menu bakal dihidangkan dan disajikan untuk ahli keluarga dan rakan-rakan bagi merayakan tahun baru yang lebih meriah. Antara menu yang akan dihidangkan termasuk pencuci mulut,hidangan utam,nasi atau mee dan pelbagai jenis minuman.

    Antara jenis pembuka hidangan adalalah “Green Garden Salad With Tomato Vinaigrette and Thousand Island,Cold Spicy Jelly fish,Crispy Fortune Wanton With Chilli Dip,Pandan Chicken,Deep fried spring roll”. Hidangan itu hanya boleh memlilih 2 jenis menu sahaja, untuk menambah menu hanya berharga RM8.00 untuk setiap jenis.

    Bagi hidangan utama pula ialah ” Wok fried chicken with salted egg and curry leaf,deep fried chicken with marmite sauce,Pan fried red snapper fillet with butter cream sauce,hot and spicy chilli barramudi fillet with fried mantou,fried assorted vegetables sambal style,buttered crispy oat and curry leaf prawns,wok fried tiger prawn with spicy chilli sauce,wok fried squid with salted egg yolk,salt and pepper chicken fillet with tea leaves”.

    Untuk jenis hidangan nasi dan mee , pelanggan hanya boleh memilih satu hidangan sahaja seperti ” Wok fried longetivity noodles,braised yee mee with shredded chicken,garlic fried rice with ebiko, yong chow fried rice with silver anchovies”.

    Bagi pencuci mulut pula terdapat menu seperti ” chilled sea coconut and longan,warmed red bean paste with sago,omochi,seasonal fresh fruits mango pudding,assorted nyonya kuih. Untuk minuman pula ialah “orange cordial dan chinese tea”.

    Bagi bufet yang berharga RM1188 seramai 6 orang setiap satu bufet. Sebanyak 10 jenis makanan yang disediakan dengan set menu yang berbeza , antaranya “Yee sang platter , soup, chicken, fish,prawn, vegetable, rice and noodle, dessert & dessert bites”.

    Bagi sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dilakukan melalui panggilan telefon atau whatsapp di nombor 03-20119187/189 /011-40467845.

  • Rumah Ngaji Negeri Johor sampaikan Troli Ibadah

    Rumah Ngaji Negeri Johor sampaikan Troli Ibadah

    BATU PAHAT – Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor menyampaikan sumbangan lima Troli Ibadah kepada Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, pada 11 Januari lalu.

    Acara penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengerusinya, Yusof Jamar kepada Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Badrul Hisham Abdullah.

    Troli ibadah dilengkapi dengan al-Quran, sejadah, radio, fon kepala, tasbih digital, penyembur dan kelengkapan tayamum untuk kegunaan pesakit dan staf hospital.

    “Sumbangan berupa Troli Ibadah adalah atas rasa tanggungjawab bersama bagi membantu masyarakat dalam menunaikan ibadah solat dengan sempurna walaupun dalam keadaan keuzuran.

    “Selain itu, ia dapat menggalakkan pesakit atau staf menjalankan ibadah dengan mudah dengan menggunakan bahan yang disediakan di Troli Ibadah.”

    Sementara itu, Badrul Hisham merakamkan penghargaan atas sumbangan Troli Ibadah yang mampu dimanfaatkan oleh pesakit dan staf bagi menjalani ibadah di hospital.

    “Troli Ibadah menjadi kemudahan bagi pesakit yang memerlukan sama ada di wad atau sementara menunggu rawatan susulan di klinik pakar,” katanya.

    Sumber

  • Farisha Iris elak gimik murahan ‘Baek’

    Farisha Iris elak gimik murahan ‘Baek’

    Pemilik nama Farisha Iris ini tidak pernah jemu untuk memperkenalkan bakat nyanyian yang dimiliki. Baginya, itu adalah minat dan sudah sebati dalam diri.

    Seperti mana tingginya cita-cita yang ingin digapai, begitu juga besarnya harapan Farisha, 22, atau nama sebenarnya Farisha Asmadi untuk terus memperjuangkan muzik dan kerjaya seninya.

    Pun begitu, laluan Farisha bukan mudah biarpun sudah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian termasuk program realiti Big Stage musim ketiga yang lalu. Bagi Farisha, dia tetap berpegang pada prinsip yang mana tidak akan berputus asa.

    Termasuk juga apabila bercakap soal sengaja mencipta gimik murahan semata-mata bagi mempopularkan lagu dan diri mereka. Farisha mengakui, itu bukan cara yang sepatutnya diambil seseorang penyanyi selain tidak gemar dengan pendekatan itu.

    “Pendekatan saya supaya orang sayang dan hargai bakat saya adalah kena letakkan usaha yang lebih dari segi bakat, dari segi pemilihan lagu dan tambahkan pengalaman dalam industri. Sekarang, saya terfikir juga untuk teruskan ambil kelas vokal supaya makin bertambah baik.

    “Mungkin, saya juga kena cuba bakat lain selain menyanyi iaitu berlakon atau mengacara, mana tahu. Sebab kita tak tahu pada akhirnya nanti apa yang sesuai dan sebati dengan diri sendiri. Andai kata saya tidak ada rezeki dalam nyanyian, tidak raih ramai pendengar, saya terbuka untuk cuba bidang lain,” katanya.

    “Cabaran merakamkan lagu ini adalah, saya kena sesuaikan diri dengan genre pop, sebab bunyi lagu ini sangat urban dan lebih kepada penceritaan. Walaupun, bunyi macam senang nak nyanyi, tapi saya berasakan ada cabaran dari segi vokal. Nak rakam dalam studio agak susah, kena ada stamina dan teknik vokal yang baik. Apatah lagi menyanyi secara langsung.

    Ditanya berkenaan kolaborasi dengan rapper Alan D, menurut Farisha dia teruja apatah lagi pernah mendengar lagu nyanyian Faizal Tahir bersama Alan D.

    “Apabila kali pertama saya diberitahu dapat ‘featuring’ dengan Alan D, secara automatik saya teringat lagu Alan D bersama Faizal Tahir iaitu Luka Hati. Macam kebetulan sebab saya suka mendengar lagu itu. Tambahan lagi, saya juga teruja apabila dapat tahu lagu Baek ini ada bahagian. Jadi, ini satu peluang yang besar untuk saya dan Alan D untuk menghiburkan dan hargai bakat yang kami ada.

    “Jadi, harapan saya untuk single terbaru ini agar ia mendapat maklum balas dan sambutan yang baik dari semua peminat saya dan pendengar. InsyaAllah saya akan terus menghiburkan semua orang,” katanya.

    Sementara itu, Alan D mengakui senang bekerjasama dengan Farisha

    “’Attitude’ dan sikap Farisha yang sentiasa positif dan berfikiran terbuka membuatkan lagu ini menjadi. Saya amat senang hati dan gembira dengan tenaga dan aura yang farisha bawa ketika rakaman lagu di studio dan video muzik. Dia juga seorang yang aktif dan penuh dengan semangat.

    “Bagi saya, lagu ini sebuah lagu yang orang ramai atau pendengar boleh kaitkan dengan kehidupan seharian. Selain itu saya dan Farisha mempunyai suara yang unik di mana lagu ini amat sesuai dengan suara dan ‘tone’ kami. Genre lagu ini kotemporari hip hop. Tambahan pula bahagian korus lagu ini menarik dan ‘catchy’ senang untuk pendengar menyanyi bersama,” katanya.

    Dalam masa sama, Alan D berharap lagu Baek ini diterima baik peminat muzik tanah air.

    “Harapan saya, apabila orang mendengar lagu ini akan ikut bersama menyanyi dan sekaligus menghayati setiap bait lirik. Saya harap setiap pasangan bercinta, atau dalam perhubungan mahu pun sudah berkahwin, sayang antara satu sama lain dan jaga baik baik pasangan anda. Hargai pasangan anda dan buktikan sayang itu,” katanya.

  • Al-Ikhsan menganjurkan jualan gudang produk dari New Balance di The Paddock,Kelana Jaya

    Petaling Jaya, 24 Disember 2021 – Al-Ikhsan Sports menganjurkan Jualan Harga Gudang Anjuran AL-Ikhsan Sdn Bhd di The Paddock, Kelana Jaya (bangunan lama Western Digital).

    Dirasmikan oleh Tuan Abdul Rahim Abdul Kadir (Kastam), Tuan Fauzi Kamsar (Kastam), Gaurav Shanker (Deputy GM of Operation Al-Ikhsab Sports), Zechariah (Head of Marketing Al-Ikhsan Sports), Selebriti Mawi (Penyanyi / Pelakon)dan Anas Tahir(Penyanyi)turut ceriakan suasana Jualan Harga Gudang ini. Hari ini! dilancarkan Pukul 2.30 Petang!

    New Balance est un équipementier sportif spécialisé dans les chaussures de  course à pied et fondée en 1906 | New balance, Clothing brand logos, ? logo

    Jualan Harga Gudang New Balance kembali lagi di The Paddock, PJ. Kasut New Balance dengan harga yang mampu milik dengan lebih daripada 50,000 barangan berharga bawah sahaja! Murah – murah saja dari harga RM19 hingga RM99!

    Al-Ikhsan Sports Menawarkan harga termurah barangan New Balance untuk barangan berkualiti.
    * Pilihan serta kuantiti adalah terhad.
    • while stock last!

    Paddock, Kelana Jaya

    Tarikh Jualan Mula : 24 Dis 2021 – 22 Jan 2021
    Masa Jualan Mula : 10 pagi – 12 malam

    #Alikhsancares #AlIkhsanSports #DestinationSports #PaddockKelanaJaya #NewBalanceJualan #AlIkhsan

    Al-Ikhsan Sports - Ekuinas - Ekuiti Nasional Berhad
  • PROGRAM BUAL BICARA ‘ADUAN JIWA’ MENDALAMI KISAH – KISAH DI SEBALIK TIRAI KEHIDUPAN

    Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam selama 10 episod. 

    Program bual bicara ini merupakan idea asal dan konsep oleh Ahmad Fedtri Yahya. ADUAN JIWA memaparkan kisah – kisah benar yang akan diceritakan sendiri oleh mangsa trauma dalam kes-kes tertentu. Ahmad Fedtri Yahya akan menyelami isi hati mangsa secara terus dan mendalam. Lakonan semula akan dipaparkan semasa penceritaan. Panel jemputan juga akan ditampilkan bagi setiap episod untuk memberi pandangan dan juga cadangan untuk mengatasi masalah buat para mangsa. Antara topik dan kes yang akan dikupas adalah kemurungan dan kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual.

    Episod pertama yang akan bersiaran pada 2 Januari 2022 memaparkan topik ketagihan pornografi. Perkongsian dari seorang remaja yang ketagihan pornografi pada usia seawal 8 tahun. Obsesi terhadap dunia porno menjadikan remaja ini menemui jalan buntu dalam usaha untuk mengubah. Kecanduan kepada bahan terlarang sukar ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan jiwanya. 

    Episod seterusnya menampilkan dua kisah berbeza yang dibelenggu oleh perasaan rindu yang menebal. Kisah pertama merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan arwah ayahnya sehingga pemergian insan tercinta itu meninggalkan perasaan terkilan lantaran dia tidak berkesempatan untuk berjumpa di kali terakhir. Kisah kedua pula menceritakan keadaan seorang ibu dihukum perasaan pilu dan rindu selepas anak kecilnya hilang di rumah dan masih tidak dapat dijejaki hingga kini. Dua dimensi rindu yang berbeza ini membawa kesengsaraan jiwa yang besar kepada kedua-dua mangsa ini. 

    Artis tanah air popular iaitu Jaafar Onn turut berkongsi kisah hidupnya yang pernah merana kerana dendam dan dengki oleh orang rapat dengannya sehingga kesihatan terjejas teruk. Ikuti perkongsian kisah beliau dalam episod ketiga yang membawakan topik ‘bahana sihir’. 

    ‘Muflis dan sifilis’ yang dipaparkan dalam episod keempat pula akan berkongsi kesengsaraan hidup seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya. Selama lapan tahun berkahwin, bekas suaminya jarang mendekatinya dan memberi nafkah batin. Akhirnya, rahsia terbongkar apabila bekas suaminya ialah seorang homoseksual yang aktif ditiduri teman sejenis sehingga dijangkiti penyakit kelamin sehingga merosakkan organ dalamannya. Wanita ini juga difitnah dan dimanipulasi oleh bekas suaminya yang bijak mengatur langkah untuk menutup kejahatannya. 

    Apakah topik-topik dan kes-kes lain yang bakal dipersembahkan dalam ADUAN JIWA? Saksikan paparan menarik dalam program bual  bicara baharu TV9, ADUAN JIWA mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. 

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

  • TAKLUK CINTA HAFIZ SUIP

    Nama  Hafiz Suip tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau sudah lama menapak di dalam industri muzik tanah air. Bintang kelahiran sebuah realiti TV ini terus meningkat naik selepas keluar dari program itu dengan lagu-lagu dan album yang terjual banyak di pasaran. Rezekinya bertambah apabila dipertemukan jodoh dan diberikan 2 cahaya mata.

    Bagi mengakhiri tahun 2021, setelah pelbagai rintangan sepanjang PKP selama dua tahun ini akhirnya Hafiz Suip dengan kerjasama Alternate Records & Talents berjaya melahirkan sebuah single yang bertajuk ‘Takluk Cinta’. Takluk Cinta ini merupakan runut bunyi kepada sebuah drama di TV3 yang bertajuk ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’. Lagu ini ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama Iqie Hugh dan liriknya juga ditulis oleh mereka berdua. Sememangnya lagu ini diciptakan khas untuk Hafiz Suip yang terkenal dengan lontaran suaranya dan lunak yang menjadikan semua lagu nyanyiannya mudah diterima oleh orang ramai.

    Menurut Hafiz Suip, ”Saya berasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkolaborasi bersama Alternate Records & Talents dalam menyanyikan lagu ini. Sebenarnya sudah sekian lama Hafiz mencari lagu yang bersesuaian dan akhirnya bila ditawarkan untuk menyanyikan lagu OST ini Hafiz terus bersetuju kerana demo yang diberikan amatlah sesuai dengan genre Hafiz sendiri. Proses rakaman tidaklah begitu sukar seperti ketika di zaman PKP yang lalu. Jujur Hafiz katakan sebenarnya tidak mudah juga untuk Hafiz bersaing dengan penyanyi baharu yang sedia ada lebih lagi ketika ini zaman sosial media seperti Tik Tok dan lain lagi. Tapi Hafiz yakin dengan bakat yang ada ini insya-allah dapat bersaing dengan mereka. Hafiz benar-benar bersyukur dan berharap agar lagu Hafiz kali ini dapat menghiburkan semua orang dan diterima ramai.”

    Lagu Takluk Cinta merupakan runut bunyi kepada drama Samarinda : Saat Kau Takluk Cinta Ini yang disiarkan bermula 20 Disember, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Lirik Video ‘Takluk Cinta’ nyanyian Hafiz Suip ini sudah boleh di tonton di Youtube Alternate Records & Talents bermula pada 21 Disember 2021 dan juga boleh didengari di semua pelantar digital bermula pada 24 Disember 2021.

  • Surah As-Sajdah, ajak rakyat “Malaysia bersujud”

    Surah As-Sajdah, ajak rakyat “Malaysia bersujud”

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) membuka tirai 2022 dengan memperkenalkan Surah As-Sajdah sebagai surah tema pilihan dalam program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal di sepanjang tahun ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fazrul Ismail berkata, Surah As-Sajdah berkaitan ketundukan kepada ALLAH Maha Perkasa. Kita sebagai hamba ALLAH SWT menjadikan panduan dan solusi surah tersebut dalam menghadapi ujian pandemik Covid-19 dan banjir pada 2020 dan 2021.

    Pengukuhan surah ke 32 ini dibawakan dalam pelbagai program WUIF terutamanya World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention.

    “Ayat ke 4 dalam Surah As-Sajdah memperkenalkan ALLAH yang menciptakan, mempunyai kuasa yang besar, melindungi dan menaungi semua makhluk-Nya. ALLAH SWT bukan sekadar mencipta tetapi berkuasa dan menjaganya.

    “Semakin kita sedar kehebatan ALLAH, semakin kita tunduk kepadanya. Kita mungkin sudah rutin bersujud secara fizikal kepada ALLAH, tetapi tidak berasakan kekerdilan dan ketundukan tersebut.

    “Kita perlu bina rasa kekerdilan, kehambaan dan ketundukan agar ALLAH SWT boleh bantu mengatasi masalah pandemik Covid-19 dan banjir. Jika tidak selesai masalah tersebut, kita masih dapat menghadapi ujian tersebut dengan penuh kekuatan, bukan saling memarahi dan menyalahi antara satu sama lain.”

    Beliau berharap Surah As-Sajdah dapat membentuk kerangka fikir dan membina karakter diri kita, seterusnya dalam memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi ujian mendatang dengan bersujud kepada ALLAH SWT.

    Contohnya, golongan pemimpin perlu tunduk dengan peraturan ALLAH SWT dan tunaikan tanggungjawab menjaga rakyat. ALLAH SWT memberi pelbagai anugerah, namun jika pemimpin tidak menjaga amanah, mereka dianggap sebagai perosak sebagaimana disebut dalam Surah As-Sajdah.

    “Kepada ibu ayah, anak merupakan anugerah dan amanah ALLAH SWT yang berkuasa memberi rezeki dan melindunginya. Mereka perlu menggunakan kuasa yang diberikan oleh ALLAH untuk melindungi dan menghargai anak.

    “Cikgu di sekolah contohnya, perlu sedar bahawa anak yang dihantar itu adalah amanah. Kuasa sebagai guru perlu digunakan untuk memahami, menyantuni, melindungi secara fizikal dari segi makan dan minum, serta menaungi daripada dibuli.

    “Ini bermakna ALLAH yang Maha Berkuasa meminjamkan kuasa kepada manusia termasuk pemimpin, ibu bapa dan guru. Anak perlu diperkenalkan kepada ALLAH Agar menjadi insan semakin tunduk kepada-Nya pada zaman gajet hari ini.

    “Gajet menyebabkan hedonisme yang mementingkan diri sendiri. Ia menjadi punca syirik kepada ALLAH SWT. Puncak syirik adalah kesombongan seperti iblis yang tidak mahu bersujud.”

    Katanya lagi, kita tidak mahu generasi muda rasa diri Youtuber dan Instafamous terbaik sehingga rasa sombong. Mereka tidak tunduk dan tidak solat kerana rasa diri boleh teruskam kehidupan.

    “Akhirnya, mereka mewujudkan budaya tidak bertuhan walaupun beragama. Kita tidak mahu ia jadi begitu. Jadi sujud menjadi puncak diri bertuhan dan beragama yang perlu dihidupkan.

    “Beragama dengan sujud ketika solat adalah ibadah. Pada masa sama, nilai spiritual di sebalik sujud tersebut adalah nilai bertuhan dan beriman. Nilai sujud adalah ketundukan kepada semua perkataan, arahan dan peraturan ALLAH SWT.

    “Ini bermaksud kita perlu menjaga amanah seperti tidak merosakkan bumi sebagai tanda orang itu bersujud. Inin bermakna ketundukan adalah dari segi fizikal dan spiritual.

    “Harapan saya, Surah As-Sajdah bukan sekadar dibaca, difahami, dikaji, malah perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Ada tiga nilai praktikal yang disebut dalam surah tersebut adalah bangun malam, berdoa dengan penuh pengharapan, dan berinfak.

    “Tidak mungkin seseorang itu tunduk kepada ALLAH Maha Berkuasa tetapi tidak meminta apa-apa kepada-Nya, melainkan dia berjiwa keras, tidak rendah diri dan mementingkan diri.”

    Beliau menambah, bangun malam adalah peluang terbaik untuk membina diri. Ia merupakan sesi “me time” bersama ALLAH SWT untuk mendapat kekuatan diri pada malam hari sebagai sumber kekuatan.

    “Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan duniawi sehingga mengabaikan hubungan dengan ALLAH, akhirnya dia hilang kekuatan untuk menjadi hamba yang tunduk. Lambat laun dia menjadi orang yang sombong dan tidak memberi masa untuk melihat diri.

    “Harapan saya kepada semua lapisan masyarakat di negara ini untuk beragama (bersujud) dan mematuhi peraturan (seruan ALLAH SWT) yang membawa kebaikan,” katanya.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook World Quran Hour.

    Sumber

  • 5 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA BERGURU DENGAN 8 MASTER DARI KOREA DAN MALAYSIA 

    Primeworks Studios telah berkolaborasi dengan SBS Korea untuk menerbitkan Master In The House Malaysia yang akan mula bersua dengan penonton TV3 mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam – 11.00 malam. Bakal bersiaran untuk 10 episod, lima selebriti popular Malaysia iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA) akan berguru dengan 8 ‘Master’ disegani dari Korea dan Malaysia. 

    Pada setiap episod, Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam akan diperkenalkan dengan seorang ‘Master’ yang disegani dalam industri yang diceburi beliau. Tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ terlebih dahulu, mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan – tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.

    Master In The House Malaysia (MITH) menampilkan dua Master Korea dan enam Master Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dari kepelbagaian bidang. Son Sung Deuk, koreografer yang mencipta fenomena K-Pop Idol BTS terutamanya koreografi ‘Butter’ yang sedang rancak dalam kalangan Army. Beliau merupakan pengarah HYBE Performance yang sering memenangi anugerah yang berprestij di Korea dan mula bekerjasama dengan BTS sejak kumpulan itu diperkenalkan. BamBam, K-pop Idol yang mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014. Beliau merupakan seorang rapper, penyanyi dan penggubah lagu yang berbakat besar dan sering menghasilkan lagu-lagu yang membolosi carta-carta lagu.

    Barisan Master dari Malaysia ialah Datuk Yusof Haslam, seorang penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia, Datuk Rashid Sidek, lagenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia, dan Usamah Zaid, pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.

    Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G

    Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, “Master In The House Malaysia (MITH) merupakan kolaborasi strategik antara Primeworks Studios dan SBS Korea. Terbitan bersama ini telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Krew penerbitan kami telah menjalani sesi penggambaran bersama-sama dengan pihak SBS selama 10 hari di Korea Selatan bermula hujung bulan Oktober yang lepas.

    Kolaborasi sebegini membawa manfaat besar kepada kami untuk bertukar idea dan menimba pengalaman baharu dalam menyajikan kandungan program yang berkualiti. Jutaan terima kasih kepada SBS atas kerjasama baik untuk melancarkan penerbitan MITH dari awal pembabitan. Tidak ketinggalan juga penaja utama MITH iaitu, CheongKwanJang (CKJ), penaja bersama Lifebuoy dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G,” jelas Puan Nini lagi. 

    Menurut Kim Ji-Hwan, Pengurus Jabatan Jualan Malaysia dan Singapura, Korea Ginseng Corporation (KGC), “Ini merupakan kolaborasi pertama antara Korea Ginseng Corporation bersama Media Prima Berhad dan kami amat teruja untuk menjadi penaja utama program terbaharu TV3, Master In The House Malaysia. Penggambaran untuk salah satu episodnya telah dijalankan di kilang CheongKwanJang dan muzium ginseng di Buyeo, Korea Selatan. Nantikan pelbagai kandungan menarik yang bakal dipaparkan dalam program ini, yang akan ke udara pada 15 Januari 2022.”

    Vincent Chong Weng Kai, Pengarah Pemasaran ‘Homecare’ MYSG berkata, “Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program ini dan memperkenalkan rangkaian produk terbaharu dari Lifebuoy kepada penonton TV3. Lifebuoy BotaniTech menggabungkan sensitiviti produk penjagaan diri dengan kuasa pembasmian kuman produk pembersihan rumah. Rangkaian baharu ini adalah sebahagian daripada strategi kami, “Clean Future”, untuk mengubah produk pembersih supaya lebih mesra alam tanpa menjejaskan keberkesanannya ataupun kemampuannya.”

    Menurut Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., “Kolaborasi pertama antara Samsung dengan SBS dan Media Prima Berhad telah membuahkan hasil positif menerusi program Master In The House. Para penonton dapat merasai pengalaman baharu menerusi program tersebut dan bersama-sama dengan Samsung, kami dapat merakam detik pengembaraan yang menarik melalui lensa Samsung Galaxy Z Flip3 5G.”

    Ikuti pengembaraan istimewa Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam dalam Master In The House Malaysia mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam – 11.00 malam di TV3. Anda juga boleh menyaksikan program ini secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton dan Youtube TV3MalaysiaOfficial. Gunakan  #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan di media sosial.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 

  • Mengutamakan keberkatan dalam Perniagaan

    Mengutamakan keberkatan dalam Perniagaan

    Pada 29 Disember yang lalu , syarikat milikan penuh iaitu VFive Group mengadakan majlis makan malam akhir tahun yang bertempat di Royal Chuan Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan pada malam itu , dihiasi dengan kehadiran Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group , Datuk Mohd Syafiq Abdullah serta pelbagai pertubuhan dan wakil yang bakal menerima sumbangan pada malam itu yang hadir bagi memeriahkan majlis.

    Ketua Pengarah Eksekutif VFive berkata , beliau percaya bahawa konsep ” keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan “. Di antara salah satu daripada 15 petunjuk prestasi utama (KPI) VFive Group yang disasarkan bagi tahun 2021 adalah memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

    Penanda aras kejayaan VFive Group yang dicapai bagi tahun 2021 adalah dengan penubuhan sebuah organisasi di bawah naugannya,iaitu Yayasan VFive yang bertanggungjawab dengan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat(CSR) kepada golongan memerlukan.Penubuhan yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstruktur program membantu komuniti sekitar , pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik COVID-19 dan mereka yang kurang bernasib baik.

    Antara program yang berjaya dilaksanakan oleh penubuhan yayasan VFive adalah sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air sekitar ampang , sumbangan kepada Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin , Kembara Beras Amal 1000 kampit sebulan , Bakul Makanan yayasan VFive bagi masyarakat cina dan india , kelas mengaji percuma dan sumbangan ramadan.

    Pada masa yang sama juga pihak Vfive Group telah merancang pelbagai usaha dan strategi bagi membantu masyarakat pada tahun 2022. Antara sasaran bagi program tanggungjawab sosial mereka adalah meningkatkan jumlah program kebajikan , menubuhkan ” Masjid VFive ” pada tahun 2022 , menubuhkan ” Vfive Groceries Mart ” pada tahun 2022 , melancarkan rangkaian televisyen ” Yayasan VFive ” melalui kerjasama RTM , TV3 dan ASTRO pada tahun 2022 .

  • MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching lembaran baharu pembangunan sukar akar umbi MILO®️

    Subang Jaya – MILO®️, peneraju kemajuan sukan peringkat akar umbi selama 70 tahun, kini menyemarakkan usahanya untuk memupuk minat terhadap sukan dalam terbaharu ini merupakan sebahagian daripada matlamat MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching. Inisiatif terbaharu ini merupakan sebahagian daripada matlamat MILO®️ untuk memupuk gaya hidup aktif bagi seluruh rakyat Malaysia di bawah gerakan MILO®️ Aktif Negaraku dengan menyediakan sebuah platform untuk meningkatkan akses kepada sukan.

    MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching merupakan lanjutan daripada MILO®️ Champions Clinic, iaitu program latihan sukan peringkat permulaan yang dibangunkan secara khusus untuk menggalakkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun kekal aktif serta memupuk minat mereka terhadap sukan. Dengan menggunakan teknologi dalam talian untuk capaian yang lebih luas, ia melangkaui sempadan geografi untuk membawakan MILO®️ Champions Clinic ke lebih banyak tempat, sekali gus berkongsi manfaat sukan dengan lebih ramai kanak-kanak, keluarga dan komuniti.

    “Kami percaya bahawa sukan adalah guru terbaik yang mendidik nilai-nilai murni. Ini terus mendorong usaha kami membuka lembaran baharu untuk membantu kanak-kanak mendapatkan akses kepada kebaikan sukan. Malahan, akses kepada sukan ini perlu dipertingkatkan dalam keadaan situasi semasa. Menerusi MILO®️ Champions Clinic, kanak-kanak bukan sekadar dapat kekal aktif secara selamat, malahan mempelajari nilai-nilai murni seperti kecekalan, kegigihan, ketabahan serta semangat takkan gentar yang hanya dapat dipupuk melalui sukan untuk membantu mereka melangkah jauh dalam menghadapi cabaran masa kini,” kata Kerwin Lim, Pengurus Pemasaran Sukan- MILO®️, Nestle (Malaysia) Berhad.

    Sebagai pelengkap program MILO®️ Champions Clinic yang sedia ada, MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching menumpukan fokus pada tiga jenis sukan yang paling sesuai untuk latihan di rumah serts dalam talian, iaitu badminton, futsal dan bola keranjang.

    Ia membawakan kembali banyak ciri-ciri asalnya terutamanya latihan bertaraf dunia bersama jurulatih kebangsaan yang menghasilkan modul latihan berkenaan. Kembali untuk melatih kanak-kanak adalah Daphne Ng (badminton), Chiew Chun Yong (futsal) dan Yoonh Sze Yuin (bola keranjang). Lagenda badminton Rashid Sidek, bekas kapten pasukan bola keranjang wanita kebangsaan Nur Izzati Yaakob dan bintang bola sepak kebangsaan yang sedang melonjak popular Nik Akif Syahiran masing-masing akan membuat penampilan khas dalam salah satu sesi latihan dalam talian.

    Sementara itu, ciri-ciri dalam taliannya pula menggalakkan ibu bapa untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam latihan anak-anak mereka, di samping memastikan penglibatan yang berkualiti, kos mampu milik serta keutamaan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.

    MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching menawarkan latihan selama 5 minggu di rumah, di mana setiap minggu, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran asas dengan menonton video terlebih dahulu, diikuti berinteraksi dengan kanak-kanak dan menjejak kemajuan mereka untuk memastikan mereka mempelajari teknik yang betul.

    Kelas akan bermula 10 Oktober sehingga 22 November 2020. Daftarkan anak anda dalam MILO®️ Champions Clinic: E-Coaching sekarang dengan pakej lengkap pada RM85 yang merangkumi peralatan sukan seperti bola keranjang, futsal dan raket badminton. Terdapat juga pakej asas dengan yuran serendah RM50. Pendaftaran berdasarkan yang cepat didahulukan (first come, first serve). Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut.