Category: ATTRACTION

  • ‘Ujian Covid-19 jadikan lebih syukur nikmat pinjaman nyawa’

    ‘Ujian Covid-19 jadikan lebih syukur nikmat pinjaman nyawa’

    SHAH ALAM- Pengalaman bertarung nyawa kerana menghidap Covid-19 tahap lima membuatkan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub lebih menghargai dan mensyukuri nikmat nyawa yang diberikan Ilahi.

    Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata, berada 16 hari di hospital, termasuk lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) menyebabkannya pasrah bahawa semua kebergantungan adalah kepada ALLAH SWT.

    “Apabila saya mendengar tadabbur Surah Al-Sajdah, saya rasakan ia dekat apabila mendengar tentang pinjaman nyawa dan bersyukur. Sebagai alumni Covid-19 tahap lima, saya melalui satu proses, yang mana saya betul-betul menghargai nyawa yang dipinjamkan dan saya bersyukur dengan apa jua nikmat yang diberikan ALLAH kepada saya.

    “Paras oksigen pada satu tahap sampai 40 peratus dan dengan bantuan pernafasan, saya sudah pasrah. Kalau Tuhan ambil nyawa, saya reda dan kalau diberi peluang kedua, saya bersyukur.

    “Apa yang telah berlaku menyebabkan saya lebih menilai erti syukur dan menghargai, menerima serta memahami kita adalah ciptaan Tuhan dan setiap benda kita harus bersyukur. Apabila ada peluang, kita harus buat yang terbaik,” katanya.

    Beliau berkata demikian sewaktu sesi perkongsian pada Program Jom Mengaji Sebelum Tidur: Surah Al-Sajdah yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom dan Facebook TickTalk TV, QuranHour dan Sinar Harian pada malam Rabu.

    Program Jom Mengaji Sebelum Tidur: Surah Al-Sajdah yang berlangsung secara dalam talian pada malam Rabu.

    Program Jom Mengaji Sebelum Tidur: Surah Al-Sajdah yang berlangsung secara dalam talian pada malam Rabu.

    Turut serta, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Azizi Alias.

    Program itu dikendalikan moderator, Muhammad Iqbal Rosdi yang juga Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dipimpin oleh Penyelia R&D Departmen Quran Cordoba Indonesia, Ustaz Cep Ma’mum dan Editor Kanan Penerbitan al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil serta Qari TickTalkTV, Halim Zainudin manakala sesi tadabbur pula disempurnakan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail.

    Program Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) merupakan sebuah inisiatif awal menuju misi Surah Al-Sajdah, surah pilihan bagi 2022 dengan membawa tema #MalaysiaBersujud dan #DuniaBersujud.

    Hussamuddin menjelaskan, apabila kesihatannya kembali pulih, dengan semangat yang baharu, dia memikirkan lebih banyak idea yang ingin direalisasikan melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

    “Saya tahu, kita boleh membuat lebih banyak kebaikan melalui yayasan ini kerana walaupun kita rasakan kita sudah buat sesuatu tapi ia masih belum cukup.

    “Saya tidak fikir lain, hanya bertekad untuk kembali melakukan lebih daripada apa yang sudah saya lakukan,” ujar beliau.


    Sumber

  • PELANCARAN SINGLE KEDUA ‘’LAYARKAN’’ OLEH PRASANGKA

    PELANCARAN SINGLE KEDUA ‘’LAYARKAN’’ OLEH PRASANGKA

    LAYARKAN, sebuah lagu berkisarkan tentang perjalanan hidup yang harus diteruskan, tatkala
    negara, bahkan seantero dunia berhadapan wabak virus korona pada tahun 2020 (PKP 1).
    “Layarkan” merupakan lebih kepada memujuk hati agar tetap bertahan walau hidup dilanda
    kepayahan, musibah dan dugaan dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap Maha
    Pencipta.
    Single pertama kumpulan Prasangka yang berjudul “Jadey” telah dirakam pada julai 2020
    setelah dibenarkan rentas negeri yang pertama. Lagu “Jadey” dirakam di studio Dapo Rekod,
    Nilai, Negeri Sembilan milik gitarist Areef Iskandar. “Jadey” berkisarkan tentang ayam tua
    yang masih memperjuangkan nasibnya persis ayam muda yang jauh lebih kuat dan hebat
    daripadanya. “Jadey” juga masih mahu berkuasa didalam wilayahnya. Namun hakikat
    sebenarnya dia sudah tua dan tidak bertenaga seperti dulu lagi. Meniti usia senja haruslah
    berehat dan tenang-tenangkan diri.

    Mengenai single ke-dua yang bertajuk “Layarkan” telah dirakam awal april 2021, ditunjangi
    oleh penyanyi, serta komposer kumpulan Prasangka iaitu Ajis Hisham. “Layarkan” juga telah
    dirakam di studio Dapo Rekod, Nilai, Negeri Sembilan.

    Kumpulan Prasangka bakal mengeluarkan Ep pertama mereka pertengahan tahun 2022.
    Sebanyak 6 buah lagu dimuatkan didalam Ep pertama ini. Segala proses mixing dan
    mastering diadun di Dapo Rekod. Areef Iskandar diberi kepercayaan untuk seluruh proses
    rakaman, mixing dan mastering. Kumpulan Prasangka berkonsep Rock n Roll , Bluegrass,
    kerakyatan dengan cara mereka tersendiri. Menurut Prasangka , mereka mempengaruhi
    muziknya dari beberapa kumpulan seperti Kembara , Search, Al Di Meola, Roy Clark dan
    Sirkus Barock.
    Perkembangan terkini kumpulan Prasangka sedang menanti kesemua lagu siap segala proses
    terbabit dan bakal meluncurkan Ep pertama pada pertengahan tahun 2022. Namun jika
    terdapat undangan persembahan amat di alu-alukan.

    Ajis berkata ‘’Kami memilih syarikat Luncai Emas Sdn Bhd untuk edaran digital, kerana ianya
    bersesuaian dengan konsep dan citarasa kami dan juga Luncai Emas Sdn Bhd merupakan
    syarikat penerbitan tempatan. Jadi kami menyokong syarikat tempatan. Berkenaan ilustrasi
    untuk cover single “Jadey” ia melambangkan Jadey itu sendiri. Walaupun sudah tua, masih
    lagi mahu berkuasa di wilayahnya. “Layarkan” pula terdapat ilustrasi sangkar,
    melambangkan diri kita yang terkurung dengan sendirinya. Kedua-dua ilustrasi telah di buat
    oleh Sue Anna Joe , seorang jurugambar, pelukis, dan artis digital.
    Single ‘Layarkan’ mula berada di platform Youtube pada 10 December 2021 lalu di youtube
    Luncai Emas dan juga telah berada di semua saluran digital seperti Spotify , Apple Music dan
    Joox Music . Edaran secara jualan digital bagi single ini dibuat oleh syarikat Luncai Emas Sdn
    Bhd.

    ‘’Harapan kami terhadap pendengar agar mereka menerima serta suka dengan percaturan
    ke-dua dari kami selepas single pertama “Jadey” di luncurkan di Youtube Luncai Emas Sdn
    Bhd pada Oktober 2020 yang lepas’’ – Prasangka.

  • Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9

    Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam bermula 26 Januari lalu. Barisan pelakon hebat seperti Amanda Manopo, Glenca Chysara, Evan Sanders, Arya Saloka, Natasha Dewanti dan Surya Saputra berjaya membuatkan sinetron ini bertahan di Indonesia sebagai sinetron Nombor Satu di Indonesia setiap kali bersiaran dan masih lagi unggul hingga kini walaupun sudah menjangkau episod ke 600! Tidak hairanlah Ikatan Cinta ini berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk 2021 Seoul International Drama Awards bagi kategori Best Asian Star Prize yang dimenangi oleh pelakon jelita Amanda Manopo.

    Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Kami ingin berkongsikan sebuah lagi drama bersiri terbaik Asia iaitu Ikatan Cinta yang popular di Indonesia kepada penonton setia kami. TV9 merupakan saluran yang fokus kepada program berbentuk kekeluargaan dan menjadi tanggungjawab kami menyampaikan kandungan terbaik kepada penonton kami. Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan stesen televisyen terbesar di Indonesia iaitu PT MNC Studios International. Kita serumpun, jadi tidak hairanlah penonton Malaysia suka dengan sinetron-sinetron daripada Indonesia kerana dapat menghubungkan watak-watak di dalam drama tersebut. Ikatan Cinta ini pastinya akan melekat di hati penonton Malaysia.”

    Ikatan Cinta ini mengisahkan tentang hubungan dua beradik perempuan iaitu Andin (Amanda Manopo) dan adiknya Eksa (Glenca Chysara) yang kian pudar apabila mereka mencintai lelaki yang sama iaitu Nino (Evan Sanders). Perasaan Elsa semakin tertekan apabila Andin dan Nino bakal mendirikan rumahtangga. Apatah lagi hubungan mereka mendapat restu daripada Pak Surya, ayah mereka. 

    Elsa merupakan anak bongsu dan manja dengan ibunya Bu Sarah (Natasha Dewanti). Bu Sarah sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan Elsa tercapai. Elsa dan Bu Sara sedaya upaya cuba menghalang perkahwinan Andin dan Nino. Namun jodoh mereka kuat dan akhirnya mereka berkahwin. Ini membuatkan hubungan Andin dan Elsa semakin renggang. Nino sebenarnya adalah bekas kekasih Elsa dan dia masih menaruh hati kepada Nino. Namun tidak dengan Nino kerana dia telah lama melupakan Elsa. 

    Walaupun Andin dan Nino telah berkahwin, Elsa masih lagi merancang untuk menghancurkan rumah tangga kakaknya. Pelbagai cara dilakukannya termasuklah melemparkan fitnah terhadap kakaknya. Elsa lakukan semata-mata untuk mendapat perhatian Nino dan menambat semula hati Nino. Berjayakah Elsa dengan rancangan-rancangan jahatnya? Adakah Nino termakan kata-kata Elsa? Adakah Andin akan berdiam apabila Elsa cuba merampas suaminya? Semuanya terjawab dalam  drama bersiri popular Ikatan Cinta pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam, hanya di TV9!

  • Drama bersiri baharu gandingan Tomok dan Kilafairy dalam TUMPANG LALU BANG

    Drama bersiri baharu gandingan Tomok dan Kilafairy dalam TUMPANG LALU BANG

    Menyusuli ‘Oh My Hantaran’, nantikan drama bersiri baharu gandingan Tomok dan Kilafairy dalam TUMPANG LALU BANG yang akan bersiaran menerusi slot Diandra, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022.

    Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, diarahkan oleh (Eoon Shuhaini), nukilan skrip oleh Wan Mahani dan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi.

    TUMPANG LALU BANG mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

    Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. 

    Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah? 

    Jangan ketinggalan untuk menonton drama romantik komedi ini, TUMPANG LALU BANG menerusi slot Diandra TV9, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022. . 
    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

  • Uji Bakat Terbuka Bakal Diadakan Pada 29 & 30 Januari 2022!

    Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) meneruskan pencarian peserta yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon. Jangan melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat FFA atas talian yang sedang berlangsung di platform media sosial sekarang! Bukan itu saja, uji bakat terbuka juga akan berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2022 di Sri Pentas, Bandar Utama dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 

    FFA bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 8 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan. Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam sebuah drama yang bakal disiarkan di saluran TV Media Prima.

    Jika anda rasa anda layak untuk bergelar bintang aksi Malaysia yang sebaris dengan Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen, apa lagi? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib anda dengan menyertai program ini. 

    Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun. Untuk penghantaran penyertaan atas talian, anda perlu muat naik video lakonan anda sedang beraksi dan bersukan (berserta dialog) tidak melebihi satu minit dan sertakan #FITFORACTION  di Instagram atau Facebook selewat-lewatnya pada 14 Januari 2022.  Sila pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada umum. Pihak produksi akan menghubungi peserta yang disenarai pendek. Untuk sesi uji bakat terbuka yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2022, pastikan anda membawa gambar berukuran saiz pasport dan juga keputusan ujian saringan Covid-19 ketika hadir ke sesi uji bakat. 
    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

  • DYTM Raja Muda Selangor membantu usahawan belia melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa.

    DYTM Raja Muda Selangor membantu usahawan belia melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa.

    SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latian strategi eksport.

    Ini merupakan kali ketiga program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,Raja Muda Selangor melalui agensi baginda Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam,Selangor.Buat julung kalinya,prohtam SAY ASPIRE edisi ketiga ini mendapat kerjasama meluas daripada YBhg.YB Rodziah Ismail,EXCO Perumahan,Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dan tajaan daripada kumpulan Sunway Berhad dan Menteri Besar diperbadankan Selangor.

    Daripada 72 syarikat yang diterajui belia dan berpengkalan di Selangor, setelah melalui 3 peringkat penilaian dan pembentangan,hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale.Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempuyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport.

    SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaaan, akses kepada pasukan perolehan,bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka,peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan,rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan,trofi,sijil,serta penginapan 2 hari 1 malam di St Regis Langkawi kepada pemenang utama.

  • Makan Malam Amal Anuar Zain-“Karena Aku Cinta”

    Makan Malam Amal Anuar Zain-“Karena Aku Cinta”

    Makan malam amal Anuar Zain “Karena Aku Cinta” bakal diadakan 5 Mac 2022 ini di Ipoh International Convention Centre,IICC bermula pukul 8.30 malam bagi menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan “frontliners” yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang pandemik Covid-19 dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat Pandemik Covid-19.
    “Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd,Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal.Malah jemputan rasmi juga telah dipersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku Perak”. Kata ketua Pegawai Eksekutif Bond Holddings Sdn Bhd,Encik Ong Teng Boon.

    Peraturan dan SOP yang ketat akan dilaksanakan dimana hanya 40% kapasiti dewan dibenarkan dan setiap meja tidak melebihi 6 orang. Speaker DUN Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid berkata, “Makan malam amal dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh, Bond Holdings Sdn Bhd, Sycal Ventures Bhd, Tourism Perak Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi kerajaan lain ini akan merealisasikan tujuan murni ini, dalam masa yang sama dengan adanya program-program seperti ini dapat menaikkan nama Negeri Perak sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Kami berharap dalam proses pemulihan ekonomi ini, industri pelancongan & kesenian Perak akan dapat dipertingkatkan, di samping memperkenalkan Ipoh international Convention Centre (i1CC) di mata dunia. Ipoh International Convention Centre (ICC) merupakan mercu tanda bagi negeri Perak khususnya di Bandaraya Ipoh dengan keluasan 32,000 kaki persegi.”

    Penganjuran makan malam amal ini sebagai salah satu platform bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan serta keluarga “Frontiiners” yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang Pandemik Covid-19 dan menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan kerana Pandemik Covid-19. Malah ia juga bertujuan untuk mengembalikan kemeriahan industri muzik selepas pandemik.

    Tambah Ong Teng Boon lagi, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menyaksikan Makan Malam Amal Anuar Zain — “Karena Aku Cinta” ini bagi berhibur sambil beramal. Harga tiket dari RM 230.00, RM280.00 dan RM380.00. Sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian Oll-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ ICC. Diharapkan para peminat Anuar Zain khususnya datang dan menyokong Makan Malam Amal tersebut dan dengan harga berpatutan ini dapat diraikan oleh orang ramai untuk berhibur di Ipoh dengan menikmati makan matam yang enak

  • Petronas sambut Ulang Tahun ke-25 Coffee Break kempen dengan tawaran istimewa Tahun Baru Cina

    PETRONAS Dagangan Berhad(PDB) hari ini meraikan ulang tahun ke-25 dengan menawarkan harga kopi,snek,pemeriksaan kesihatan dan kenderaan dan baucar diskaun secara percuma kepada pemandu sempena perayaan Tahun Baru Cina.

    Wakil Menteri Pengangkutan,Timbalan Menteri YB Dato Henry Sum Agong memaklumkan bahawa kempen coffee break Petronas adalah sejajar dengan misi Kementerian untuk menggalakkan pemanduan yang selamat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

    B5968

    “Kebanyakan kemalangan ini disebabkan oleh faktor manusia seperti memecut,letih dan kurang fokus.Oleh itu, adalah penting bagi pemandu untuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya serta kekal segar dan berjaga-jaga supaya mereka boleh memandu dengan selamat . Sejak 25 tahun yang lalu,inisiatif PDB telah menyokong usaha Kementerian dengan menyediakan tempat untuk pemandu berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka,” katanya.

    Kempen Coffee Break PETRONAS menawarkan pelbagai minuman,snek dan promosi dari rakan kempen. Kempen ini, Bahagian Keselamatan Jalan Raya akan menjalankan program advokasi di lebih 50 stesen untuk berkongsi tip keselamatan jalan raya St.John Ambulance Malaysia juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan tekanan darah glukosa di stesen-stesen terpilih.

    Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelump perjalanan panjang,PDB juga bekerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd untuk menjalankan pemeriksaan motorsikal secara percuma.PETRONAS Auto Expert juga akan menawarkan pemeriksaan 18 poin secara percuma di 11 bengkelnya yang terletak di sekitar lembah klang dan 3 lagi di Negeri Sembilan untuk pelanggan yang membuat penukaran minyak enjin di bengkelnya.

    Petronas rai ulangtahun ke-25 Kempen Coffee Break - kopi percuma, baucar  GrabMart, Shopee menanti anda - paultan.org

    Sempena ulang tahun ke-25 kempen ini,PRYSM juga akan menawarkan baju T 8th F1 World Constructor’s Championship yang terbaru pada harga diskaun RM25.Pemandu juga akan menerima Insurans Personal Accident secara percuma oleh AXXESS bernilai sehingga RM25,000 selama satu bulan(terma dan syarat dikenakan).

  • Y.A.M TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH MENYANTUNI SAMBUTAN ULANGTAHUN 10,000 HARI RANGKAIAN FARMASI TERBESAR DI MALAYSIA – CARING PHARMACY


    Caring Pharmacy menyambut ulangtahun 10,000 harinya dengan menyumbangkan 10,000 kotak (500,000 unit) Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada 10 buah organisasi, dihadiri oleh Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ditemani oleh Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis gilang gemilang ini ialah wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) dan Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.

    Caring Pharmacy dinyahsenarai Bursa Malaysia Jumaat ini

    Sambutan 10,000 hari ini melambangkan 27 tahun penubuhan Caring Pharmacy sejak September 1994 di Taman Muda, Cheras. Caring Pharmacy ditubuhkan oleh 5 orang ahli farmasi bertujuan menyediakan kemudahan barang-barang penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk para pengguna. Setelah 27 tahun beroperasi, Caring Pharmacy telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, termasuk di kompleks membeli-belah terkemuka. Kini, mereka memperluaskan perniagaan mereka melalui program-program kesetiaan, melancarkan aplikasi mudah alih Caring, pengambilalihan 36 buah cawangan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy, serta menembusi pasaran Asia Tenggara.

    Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkata, “Jenama tempatan seperti Caring Pharmacy menjadi kebanggaan kita melalui usaha mereka di dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas mereka, setiap usaha diambil kira, dan setiap tindakan ada impaknya. Bersama-sama kita mampu melakukannya.”.

    Sedang negara berada di fasa pemulihan akibat pandemik dan bencana alam, jenama tempatan – Caring Pharmacy dan NUETROVIS bekerjasama dengan 10 buah organisasi untuk melindungi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelitup separuh muka gred perubatan yang bersesuaian. Pelitup separuh muka yang disumbangkan ini akan digunakan oleh para anggota dan sukarelawan dalam operasi seharian mereka, dan juga akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutama kepada mangsa banjir yang terkesan sejak dua bulan lepas.

    Dengan sumbangan ini, mereka berharap dapat memberi peluang kepada semua dalam melawan COVID-19 dan mengingatkan kita untuk menyambut Tahun Baru Cina secara berhemah, semasa berkunjungan sesama keluarga dan sahabat handai.

  • TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR
    VIDEO DREAM MALAYSIA

    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan GoPro dalam usaha menggiatkan semula industri pelancongan bagi mempromosikan keindahan kehidupan dan destinasi-destinasi di Malaysia menerusi pembikinan video ‘Dream Malaysia’.

    Dream Malaysia Video Challenge | TTR Weekly


    ‘Dream Malaysia’ merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa selain memberi inspirasi kepada Keluarga Malaysia untuk melancong ke lokasi-lokasi unik yang masih belum diterokai serta mencipta kenangan baharu dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro. Kempen ini bermula pada Mac 2021 dengan penganjuran pertandingan video ‘Dream
    Malaysia Challenge’ antara 13 hingga 28 Mac di mana orang ramai berpeluang memenangi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian berasaskan alam semula jadi yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.


    YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam ucapan perasmiannya berkata, ‘Dream Malaysia’ menyaksikan gabungan kerjasama yang memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan industri pelancongan negara. Terdapat pelbagai tarikan di Malaysia tetapi masih ada yang belum mendapat perhatian para pelancong, terutamanya produk-produk ekopelancongan dan pelancongan desa. Melalui GoPro, kami mahu menampilkan kandungan dan perspektif baharu melalui
    pengalaman pengembaraan yang menakjubkan bagi Keluarga Malaysia dan warga dunia.


    Baki Zainal, Duta Global GoPro yang turut mengambil bahagian dalam perjalanan yang menarik itu berkata, “Kenangan bersama haiwan laut di perairan jernih Pulau Tioman serta pengalaman di kawasan alam semula jadi yang hijau di Malaysia pastinya tidak akan dilupakan. Dengan bantuan kamera GoPro yang terkenal sebagai peranti pengimejan yang serba boleh dan berprestasi tinggi di pasaran, kami berharap kandungan yang disediakan akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk
    menerokai destinasi-destinasi unik di seluruh Malaysia.”

    BERNAMA - Tourism Malaysia partners with GoPro for 'Dream Malaysia  Challenge' video contest


    Video-video yang dihasilkan akan dikongsikan melalui platform media sosial GoPro dan
    Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram dan Facebook GoPro
    (@gopromysg) serta laman Instagram Tourism Malaysia (@malaysia.truly.asia) dan
    Facebook (@malaysia.travel.my).