Category: ATTRACTION

  • MEDIA PRIMA TOONZ MEMBUKA RAHSIA PELESENAN JENAMA

    Media Prima Toonz (MP Toonz) ialah webinar pertama anjuran Bahagian Pelesenan dan Pembarangan (Licensing & Merchandising Division – L&M), Rangkaian Televisyen Media Prima untuk memperkenalkan harta intelek animasi yang dimiliki bersama oleh Media Prima kepada rakan-rakan penaja.  

    Menerusi penganjuran webinar tersebut, para peserta telah dipertontonkan tentang peranan bahagian L&M dan harta intelek yang dapat menghasilkan kandungan animasi baharu dimana rakan – rakan penaja berpeluang untuk berkolaborasi dengan Media Prima dalam pemasaran produk mereka. 

    Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios,Sejak penerokaan pertama kami ke dalam bidang animasi pada tahun 2016, kami bangga sebagai ‘ibu bapa’ dan penerbit bersama untuk dua harta intelek Malaysia yang cemerlang iaitu Alif & Sofia yang kini dapat strim secara langsung di platform penstriman Disney+ Hotstar dan mempunyai lebih daripada 360 ribu langganan di saluran rasmi YouTube serta Ejen Ali yang telah melakar kejayaan dan rekod baharu sebagai filem cereka animasi pertama dengan mengumpul lebih RM30 juta di kutipan box office semasa tayangan awalnya pada tahun 2019. Jutaan penghargaan diucapkan kepada penerbit bersama kami, Blindspot Studios yang telah menghasilkan Alif & Sofia dan WAU Animation yang telah memenangi pelbagai anugerah menerusi siri animasi dan filem blockbuster Ejen Ali.

    Oleh itu, kami amat teruja untuk membuka rahsia dan peluang kolaborasi dalam pelesenan jenama dengan dua jenama animasi yang memenangi anugerah dengan kandungan inovatif dan pakej pengiklanan yang strategik untuk memaksimumkan pelaburan pemasaran anda.”


    Lima speaker berpengalaman dari pelbagai bidang dijemput untuk berkongsi topik menarik dalam MPToonz ini iaitu Aziemah Azman, Pengurus Animasi, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios (The Animation Playground in Media Prima), Lukman Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Blindspot Studios (The #Ohsem World of Alif & Sofia), Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation (Misi : 2022 with Ejen Ali), Yanhy Kim, Ketua Pegawai Eksekutif, WOWSHOP (Hidup Mesti Ada WOW) dan Hana Hatim, Pengurus Perniagaan, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima (Making Brand Licensing Work for You).

  • Drama romantik komedi Life Lila lakonan oleh Shasha Abedul, Aniq Suhair, Siti Hariesa, Nia Atasha, Dilla Ahmad dan Zuraini Kassim bakal mengisi slot Lestary TV3

    Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd dan diarahkan oleh Liyana Jasmay dengan idea asal oleh Adriana Jasmay serta nukilan skrip oleh Faten Syamimie. Life Lila mengisahkan Lila, seorang selebriti media sosial yang bekerja di syarikat kosmetik, Glow and Glo. Lila terlalu obses dengan perkongsian di platform media sosial sehingga mengambil sikap mengambil mudah terhadap orang sekelilingnya. 

    Kehidupan peribadi Lila dan teman lelakinya, Jeff yang sering dipaparkan di laman media sosial mula menimbulkan rasa muak pada Jeff. Tambahan lagi dengan sikap Lila yang tidak menjaga penampilannya sejak menerima tawaran review makanan. Lila juga mula bersikap tidak serius di tempat kerjanya dan selalu lambat datang bekerja. Lila menganggap pelanggan yang datang ke kedai hanya kerana mahu melihatnya. 

    Akhirnya, Lila diberhentikan kerja serta-merta, ditinggalkan oleh Jeff dan dihalau keluar oleh rakan serumahnya, Maria kerana selalu lambat membayar sewa rumah. Tanpa tempat untuk dituju, Lila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. 

    Kepulangan Lila disambut baik oleh ibunya, Julia dan bekas kawan baiknya, Aina. Hubungan Lila dan Aina menjadi renggang kerana Aina tidak mengikuti Lila sambung belajar di bandar. Lila masih menyimpan perasaan marah terhadap Aina yang membuat keputusan untuk tinggal di kampung. Tambahan pula, Aina sudah mempunyai kawan baik baharu iaitu Bibi. 

    Lila terkejut dengan berita ibunya akan berkahwin dengan ayah Aina, Pak Ajis. Dia bakal menjadi adik-beradik dengan Aina. Selain itu, Lila juga didatangi dengan Zack, bekas teman lelakinya tetapi Lila malu dengan Zack yang sentiasa dipenuhi dengan lumpur. 

    Lila kembali menjadi tumpuan orang kampung yang teruja ingin mengetahui projek rahsianya. Tidak mahu kehidupannya di bandar terbongkar, Lila terpaksa berpura-pura dan terus berlakon untuk menjayakan projek organic beauty. Pak Ajis amat teruja kerana projek tersebut mempromosikan hasil tanaman kampung dan bakal mengharumkan nama kampung. Jadi, Pak Ajis selaku ketua kampung telah memberi sokongan penuh kepada Lila. Apakah akan berlaku seterusnya? Dapatkah Lila menyembunyikan rahsianya? 
    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Life Lila bermula 21 Januari 2022,  setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat

  • SESALAN INI, TAKKAN MEMISAHKAN KITA Terbaharu di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod adaptasi novel ‘Kau Cipta Kasih’ karya Azilah Wahab menemui penonton TV3 bermula 13 Januari 2022

    Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah, empat adik-beradik membesar tanpa kasih sayang daripada kedua-dua orang tua yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan menjadi teladan kepada anak – anak. Namun, mereka tidak mudah menyerah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan.Kau Cipta Kasih merupakan terbitan Ansar Creative Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Nazir Jamaludin, nukilan skrip oleh Azlina Din dan Azilah Wahab serta menampilkan pelakon – pelakon popular Malaysia seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, Nafiz Muaz, Fify Azmi,  Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal dan  Izuan Razali.

    Ia mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya. 

    Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri. Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya. 

    Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya. 

    Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu. Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan  rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu. 

    Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka? 

    Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan Kau Cipta Kasih, satu kisah penuh emosi, sebuah realiti kehidupan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

  • AEDEE  Technologies Sdn Bhd merealisasikan impian anak muda di Program Pencinta Rim Aloi (Sport Rim).

    AEDEE Technologies Sdn Bhd merealisasikan impian anak muda di Program Pencinta Rim Aloi (Sport Rim).

    Aedee Technologies Sdn Bhd memperkenalkan sport rim dengan harga mampu milik kepada anak-anak muda yang meminati dalam bidang pemotoran,dan sekarang ia dapat direalisasikan bersama AEDEE Technologies Sdn Bhd. Rim yang dikeluarkan oleh mereka mempuyai pelbagai jenis dan harga yang ditawarkan amat mampu milik dan kepada mereka yang mengikuti program ini akan mendapat tiga (3) set sport rim yang berkualiti tinggi hanya dengan satu harga.

    Pembayaran termasuk tiga (3) kali pertukaran dan pengimbangan tayar (balancing) secara percuma di panel yang berdaftar dengan syarikat mereka.Menurut Pengarah Urusan Aedee Technologies Sdn Bhd, Ms. Jun Pan, Program Pencinta Rim (PPR) yang diperkenalkan oleh Aedee Technologies Sdn Bhd ini adalah satu program untuk merealisasikan hobi atau minat anak muda secara amnya untuk memiliki sport rim idaman mereka tanpa rasa terbeban.

    Menurut Jun lagi, mereka juga sedang merangka satu “PROGRAM PENCINTA RIM (PPR) -JOM BALIK KAMPUNG” sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.Mereka yang berminat boleh terus menghubungi pegawai kami untuk tempahan slot dan pemasangan akan dilakukan pada bulan Mac 2022 katanya di dalam sidang media di hotel royal Chulan hari ini.Di dalam majlis ini juga, Jun turut mengumumkan 1,000 pendaftaran terawal layak untuk menyertai program cabutan bertuah dan berpeluang untuk memilki tambahan satu (1) set sport rim secara percuma.

    Selaras dengan cogankata “KELUARGA MALAYSIA” jadi kami berhasrat untuk membantu membantu masyarakat merialisasikan impian dan cita-cita mereka untuk memiliki sport rim idaman mereka katanya.Bagi mereka yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program ini, ianya boleh di layari di laman web syarikat aedeetech di https://www.aedeetech.com/ProductList.aspx

  • YONNYBOII LUAHKAN CINTA DALAM NIKI

    Selepas menggegarkan dunia muzik tempatan dengan pelbagai lagu hit, salah seorang bintang hip hop tersohor Malaysia Yonnyboii kembali dengansebuah lagi karya hebat berjudul NIKI.

    Yonnyboii yang baru sahaja tersenarai sebagai salah seorang peserta akhir anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu lewat lagunya ‘Salahku’ mengatakan NIKI, sebenarnya adalah tentang pasangan hidupnya.“Lagu ini sebenarnya tentang cinta saya kepada isteri saya Nina. Saya tulis lagu ini beberapa hari sebelum kami bertunang, sambil membayangkan betapa indahnya hari perkahwinan kami nanti sewaktu duduk di atas pelamin,” kata Yonnyboii tentang lagu tersebut.“Saat saya menulis lagu ini, saya seperti tidak percaya yang kami bakal bertunang dan hari perkahwinan kami semakin dekat. Saya telah pun merancang supaya lagu itu dimainkan di majlis resepsi. Dan kini saya ingin kongsikannya dengan seluruh dunia,” tambahnya.

    TFQ_1483.jpg

    Dicipta dan ditulis oleh Yonnyboii sendiri laguromantikitu disusun oleh SeaTravel dan diterbitkan oleh SLACK bersama Yonnyboii sendiri.Yonnyboii yang baru sahaja melangsungkan perkawinannya tidak lama sebelum ini menyatakan bahawa NIKImenceritakan kisah cinta peribadinya. Ia mengisahkan bagaimana dia jatuh cinta begitu dalam dengan seseorang, sehingga ia memberikan dirinya keyakinan baharu, membuat dirinya benar-benar rasa disayangi serta Lagu ini juga dihadirkan bersama sebuah video muzik yang agak luar biasa.

    TFQ_1489.jpg

    “Konsep video ini agak berlainan dan temanya ada membabitkan beberapa unsur saintifik. Walaupun saya berperanan sebagai bintang utama, nantikan kemunculan seorang bintang tamu istimewa dalam video itu nanti,” tambahnya lagi.“Pembuatan video muzik ini memakan waktu yang lama. Kamiterpaksa menunggu dari jam 11 pagi sehingga penggambaran bermula sekitar jam 5, malah hampir 6 petang. Saya berterima kasih kepada isteri saya Nina kerana menemani saya sepanjang penggambaran.

    Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah video Thaqif Saadon kerana membantu saya sewaktu rakaman,” katanya.Yonnyboii juga berharap para peminat serta pencinta muzik akan dapat menghargai seni yang dipaparkan selain rakaman yang dipersembahkan di dalam video muzik serta lagu tersebut.NIKIbakal dilancarkansecara digital di semua platform bermula Jumaat 21 Januari 2022 jam 12pagi. Video liriknya pula akan ditayangkan pada hari yang sama jam 9 malam manakala video muzik rasmi boleh ditonton pada 28 Januari 2022 pukul 9 malam di saluran YouTube Yonnyboii VEVO.

  • TIDAK TERGUGAT DENGAN ARTIS BBNU, ZIHA SALLEH TAMPIL DENGAN LAGU BERGENRE POP TRADISIONAL

    TIDAK TERGUGAT DENGAN ARTIS BBNU, ZIHA SALLEH TAMPIL DENGAN LAGU BERGENRE POP TRADISIONAL

    Walau sudah hampir empat tahun membuat keputusan untuk memperlahankan kerjaya seni demi memberikan tumpuan kepada anak-anak,  tetapi jauh di sudut hati penyanyi dan juga pelakon Ziha Salleh masih menyimpan impian untuk kembali aktif khususnya pada bidang nyanyian.Dalam sibuk menguruskan hal rumah tangga dan keluarga, rupa-rupanya Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh, dalam diam sibuk menyiapkan single keduanya tahun lalu.Selepas setahun ‘merahsiakan’ rencananya itu, Ziha akhirnya muncul dengan single berkonsepkan pop tradisional berjudul Adat Kasih.

    Menurut Ziha, dia memang sengaja merahsiakan kemunculan single terbarunya itu daripada  pengetahun sesiapa kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.Memilih irama pop tradisional sebagai taruhan terbarunya, Ziha berkata pendedahan awal dan latar belakang keluarga yang meminati lagu Irama Tradisional dan Zapin menjadi faktor dia memilih lagu berkonsepkan pop tradisional itu.

    “Irama tradisional cukup dekat dengan jiwa kerana saya dilahirkan di Johor Bahru, latar belakang keluarga yang menggemari irama tradisional dan zapin turut menyuntik minat saya terhadap irama tradisional sejak kecil lagi.“Namun, bagi membolehkan Adat Kasih diterima ramai dan bersesuaian dengan cita rasa pendengar masa kini, saya mengambil langkah menggabungkan elemen pop bersama tradisional. “Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan lagu yang bersesuaian, oleh itu saya dan suami mengkaji betul-betul selama dua tahun sebelum terlahirnya single ini. 

    “Kami memilih Aubrey Suwito sebagai komposer kerana yakin dengan kredibiliti dan juga kemampuannya. Pengalamannya yang banyak kali bekerjasama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga membuatkan kami yakin dia mampu memberi apa yang terbaik,” kata Ziha.Menurut Ziha lagi, sebelum Aubrey menghasilkan lagu buatnya, mereka terlebih dulu berjumpa bagi membincangkan mengenai konsep lagu serta rujukan muzik yang bersesuaian.

    “Ketika Aubrey memperdengarkan demo Adat Kasih buat pertama kali, saya terus berkenan. Dia tahu apa yang saya mahukan, dan auranya sampai.“Kami mengambil sedikit masa untuk membuat “arrangement” yang bersesuaian dengan saya. Setelah berpuas hati, barulah proses rakaman dijalankan. Proses rakaman dibuat di Cranky Studios hanya mengambil masa sehari saja,” katanya yang turut mengikuti kelas vokal selama empat minggu sebelum proses rakaman bagi menjaga kualiti suaranya.

    Dia juga enggan mengulangi kesilapannya sewaktu tampil dengan single pertama Takkah Ini Cinta kira-kira empat tahun lalu.

    Kata Ziha, ketika itu dia terburu-buru ingin memiliki single pertama tanpa mempedulikan sama ada dia sudah bersedia tidak.“Waktu itu saya rasakan saya sudah cukup bersedia, sedangkan saya sebenarnya belum cukup bersedia dari segi nyanyian dan publisiti. Dengan keadaan semasa yang tidak menyebelahi saya pada ketika itu, saya keluarkan juga single itu kerana selepas AF (Akademi Fantasia) tamat, saya lebih banyak berlakon sehingga orang lupa yang saya juga sebenarnya penyanyi.

    “Jadi kali ini saya tidak mahu terburu-buru lagi. Sebagi persediaan, saya  turut mengikuti kelas vokal intensif selama empat minggu bersama Puan Faezah daripada Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, banyak teknik nyanyian yang betul saya pelajari bersama beliau,” katanya.Ditanya tidakkah dia bimbang berdepan persaingan daripada artis BBNU yang lebih dikenali serta memiliki banyak lagu popular dan trending, penyanyi berusia 27 tahun itu berkata, setiap penyanyi mempunyai sasaran mereka yang tersendiri.

    Katanya, dia mensasarkan peminat yang memiliki hati dan jiwa pada alunan muzik irama tradisional seperti dirinya.

    “Saya tidak takut untuk bersaing kerana setiap penyanyi mempunyai sasaran pendengar yang diinginkan. Sasaran saya adalah kepada mereka yang ada hati dan jiwa pada irama muzik tradisional. “Tapi bagi membolehkan lagu saya diterima, saya menyuntik irama pop dan tradisional sebagai pengenalan. Mungkin selepas ini, andai ada rezeki lagi untuk merakamkan single, saya akan memperkenalkan irama tradisional sepenuhnya pula,” katanya yang mendedikasikan “Adat Kasih” kepada kedua ibu bapa, mertua dan ahli keluarga.

    Lirik Adat Kasih, berkisar penghargaan kepada orang tersayang yang sentiasa berada di sisi saat susah mahupun senang.

    Sementara itu, Aubrey Suwito yang bertindak selaku komposer Adat Kasih berkata, dia mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan lagu berkenaan kerana menggabungkan dua irama berbeza.Kata Aubrey, dia memilih lagu yang kedengaran seperti pantun dan menyuntik sedikit muzik kanak-kanak supaya lagu itu kedengaran menarik serta mudah diingati.

    “Sewaktu sesi perbincangan, Ziha memaklumkan genre bagaimana yang dia mahukan. Genre yang dia pilih memang agak berlainan. Dia beritahu meminati lagu pop dan tradisional, jadi hampir sebulan juga barulah saya berjaya menghasilkan irama yang dikehendakinya.

    “Pertama kali dengar, dia terus berpuas hati dan gembira. Tidak ada proses penambahbaikkan berkali-kali. Sebelum proses rakaman dimulakan, saya mengadakan bengkel selama dua hari bersama dengan Ziha.“Memang menjadi kelaziman saya berbuat demikian supaya boleh tumpukan bahagian mana perlukan diberikan tumpuan contohnya bila perlu menggunakan vokal yang keras dan bahagain mana perlu dilembutkan. Selain itu saya juga mahu penyanyi lebih bersedia sewaktu rakaman dilakukan supaya prosesnya tidak memakan masa lama,” katanya.

    Adat Kasih akan dilancarkan di semua platfom digital bermula 21 Januari ini. Muzik video lagu itu juga akan dilancarkan pada tarikh sama dan boleh ditonton di saluran Cranky Music jam 9 malam

  • Lalaport pertama di Asia Tenggara membuka pintunya pertama kali pada hari ini.

    MFBCC Retail Mall Sdn Bhd pada hari ini membuka tirainya pada pertama kalinya di Bukit Bintang City Centre(BBCC) LaLaport BBCC sebenarnya dahulu adalah tapak Penjara Pudu yang amat dikenali suatu ketika dahulu yang menengetengahkan kesederhanaan kemodenan dengan sentuhan citarasa dari Jepun. Seni bina pusat beli belah ini mengabungkan kotemporari dari budaya Malaysia sementara mengekalkan keistimewaan dari negara Jepun itu sendiri.

    Dengan inspirasi alam tersendiri,Mitsui Shopping Park Lalaport Bukit Bintang City Centre adalah salah satu pusat membeli belah yang terunik dan mempuyai sebanyak 400 kedai,di mana akan dibuka mengikut turutan dan penyewa yang optimum dan cukup dikenali rakyat Malaysia. LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DONKI. Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport.

    LaLaport BBCC is opening on 20 January, but here's why you don't need to  visit it just yet - SoyaCincau

    LaLaport BBCC juga menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pusat membeli-belah seperti kedai pertama atau kedai utama di Malaysia, seperti kedai yang disenaraikan sebelum ini oleh Michelin, tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal – tawaran yang unik dan menarik dari Shin’Labo, Marta’s Kitchen,Buena Brasa Gastro pub,DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang telah menempah nama di Malaysia.

    Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan seperti “Central Rooftop Garden” dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok. Pusat beli-belah ini juga mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”, dan tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.

    LaLaport BBCC, Mitsui Fudosan's RM1.6bil shopping mall, is now open to the  public

    Lebih menarik, LaLaport BBCC ini  mengekalkan pintu masuk Penjara Pudu yang masih berdiri megah. Tapak penjara ini seluas 8.9 hektar itu pernah di kelilingi lukisan mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter terpanjang di dunia, indah pada setiap inci tembok.

  • Jadi usahawan berjaya, tunduk kepada ALLAH SWT

    Jadi usahawan berjaya, tunduk kepada ALLAH SWT

    SHAH ALAM – “Kita bersujud dan reda kepada ALLAH SWT. Ini kerana apa jua yang kita ikhtiar dan merancang banyak perkara, tapi ingatlah pada akhirnya ia terpulang kepada ALLAH SWT.”

    Demikian kata Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin ketika berkongsi pengalaman bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya tetapi tunduk kepada ALLAH SWT.

    Beliau merupakan tetamu jemputan dalam program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) siri ke 41, Edisi Khas Tahun 2022 bertajuk “Sujud seorang hamba”, di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam pada 1 Januari ini.

    Program tahajud dengan pengisian tadabbur surah pilihan diadakan secara hibrid seawal jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi. Hampir 100 peserta dan kru bertugas di lokasi PPAS, manakala orang ramai mengikuti di platform Zoom dan siaran secara langsung di Facebook World Quran Hour dan Sinar Harian.

    “Dalam menjalani kehidupan, kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jika niat kita baik, tetapi berlaku kesalahan, maka kita mohon keampunan kepada ALLAH SWT yang Maha Pengampun.

    “ALLAH SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia. Fikirlah secara logik, lakukan dengan disiplin dan buat dengan hati. Hati kita akan memberitahu apa yang betul dan salah.”

    Tambah beliau, kebanyakan anak muda hari ini hendak cepat kaya, tetapi tiada kepantasan untuk mencapainya. Dalam bidang perniagaan atau apa jua yang kita lakukan, buatlah dengan niat yang baik, dan makan dengan duit yang halal.

    “Kita berniaga bukan niat untuk jadi kaya dan terkenal. Jika niat tidak betul, ia tidak mungkin terjadi. Kekadang kita mendapat kekayaan dengan cepat sehingga tidak dapat menguruskannya dengan baik.

    “Sebagai anak muda, jangan fikir pasal duit, tetapi kerja kuat, makan duit halal, tolong orang dengan niat ikhlas, dan bukannya mengharapkan balasan. Jika kita sudah ada kemampuan, jangan lupa diri dan asal usul kita. Ini sangat penting.”

    Kata beliau lagi, doa ibu bapa juga sangat mustahak. Ramai kalangan kita sibuk menggunakan telefon bimbit tetapi tidak sempat untuk menghubungi ibu bapa. Mereka cuma mahu bertanya khabar dan mendengar suara anak dalam seminit dua. Jika ibu bapa mengadu atas sebarang perkara termasuk kesihatan seperti sakit lutut dan sakit kepala, kita dengar sahaja. Apa yang paling penting, mereka doakan untuk kita.

    “Saya sebenarnya hari-hari berjumpa dengan emak saya sebelum keluar rumah, di waktu pagi dan petang atau malam, walau sibuk mana sekalipun.

    “Mungkin ramai bertanya, apakah tip utama menjadi usahawan berjaya? Bagi saya, kita mesti cari pasangan yang betul. Jika perempuan, carilah suami yang betul. Biarlah pasangan faham dengan kerja kita. Ini menjadi keutamaan.

    “Apa pun yang berlaku kepada saya, isteri beri sokongan sepenuhnya, bahkan dia menggalakkan saya untuk jumpa emak. Kita sebagai usahawan, masa itu emas. Apa yang penting, kita menghabiskan masa yang berkualiti dan positif bersama keluarga.”

    Ameer menambah, jika berlaku kesalahan dalam berurus niaga, kita jangan fikir banyak. Sebaliknya, kita bermuhasabah diri untuk melakukan perkara lebih baik. Selepas itu jangan diungkit dengan berkata kalau.

    “Tok guru saya di Kelantan berpesan kepada orang kaya, tidak salah berniaga buat keuntungan, tetapi janganlah untung banyak sangat kerana tidak barakah. Apa yang kita buat hari ini bukan sekadar material tetapi perlu seimbang dengan nilai spiritual yang membawa ketenteraman.

    Azam tahun ini, kita hapuskan rasuah kerana ia perkara paling buruk berlaku di negara. Sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama, perlu bekerjasama untuk menjadi bangsa lebih baik.

    “Saya harapkan tahun ini kita semua mencapai kejayaan cemerlang. Apa pun yang berlaku, kita perlu bertabah kerana ALLAH ada sebab. Kita perlu sentiasa melihat hikmah di sebalik kejadian dengan positif,” katanya.

    Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan dalam pelbagai program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal, anjuran WUIF di sepanjang tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Quran Hour.

    Sumber

  • Awesome TV Membawakan Kembali “Mic On”. Mengangkat Tema, “Kasi Pecah Speaker!” , Musim Kedua Bakal Menemui Peminat Mulai 28 Januari 2022.

    Kuala Lumpur- 20 Januari 2022 – Demi merancakkan lagi industri hiburan tanah air dan susulan dari kejayaannya di musim pertama, stesen penyiaran swasta milik Awesome Media Network Berhad, Awesome TV, hari ini membawakan kembali program pertandingan realiti nyanyian, MIC ON!, untuk musim yang kedua. Mulai bersiaran pada 28 Januari 2022,setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (Mytv) MIC ON ! musim ini bakal menyaksikan kehadiran tiga pelawak poular negara, Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus kepada 15 anak didik iaitu peserta yang akan bertanding lagi merebut gelaran Juara seterusnya membawa pulang wang kemenangan yang bakal dihebahkan semasa episod 1.

    MIC ON!, Sebuah program realiti yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi ini diterbitkan bertujuan untuk mencungkil bakal anak-anak muda tempatan agar boleh dijadikan barisan pelapis dan mewarnai lanskap seni tanah air di masa hadapan. Kesemua 20 peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang ini meletakkan kepercayaan sepenuhnya keatas ketiga-tiga pemain komedi ini untuk menjadi pengurus dalam menguruskan sesi latihan nyanyian serta membimbing dan mempersiapkan mereka untuk pesembahan mingguan.

    Senarai 20 talent adalah :

    1. Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini (Tuah )
    2. Muhammad Haziq Zikri Bin Badrul Hisham (Haziq Hisham)
    3. Ahmad Izzuddin Jefari (Izzuddin )
    4. Yulia Kamelia Binti Kasim (Yulia )
    5. Nuur Atiqah Binti Aziz (Ira Aziz )
    6. Nur Annisa Binti Kasim(Annisa)
    7. Mohd Salehudin Bin Che Mohd Dini ( Jay)
    8. Mohamed Hafiy Bin Badrol Halim ( Hafiy Halim )
    9. Muhamad Danial Qusyairi Bin Kamaruddin ( Danny)
    10. Nurul Asyikin Binti Zainal Aimi ( Syikin)
    11. Siti Fatin Qhalilah Binti Osman Bashah (Qhal)
    12. Nadzira Sari (Zeera)
    13. Aiman Amsyar Bin Rahmat (Aiman)
    14. Muhammad Asyraff Bin Mohd Zamani (Bulan)
    15. Muhammad Muzzakir Bin Hazri ( Zakir)
    16. Ikmal Fariq Bin Mohd Idzham (Ikmal)
    17. Hidayat Bin Zainal (Haze)
    18. Muhammad Alif Fahmi Bn Sabri (Awan)
    19. Raziq Qadree Elhamshah (Raziq Elham)
    20. Farah Nabilah Binti Mohd Faizalrudin Shah (Farah Nabilah)

    Menariknya lagi, untuk musim ini, MIC ON! akan menampilkan tiga nama tersohor dalam bidang seni tanah air dan begitu dihormati ramai untuk menerajui tugas sebagai Juri Tetap. Kepercayaan tersebut diberikan kepada Legenda Rock ; Dato’ Awie dan Dato’ Hattan serta Ratu Dangdut, Mas Idayu.

    Dalam pada itu, keluarga MIC ON! musim ini turut mengalu-alukan kehadiran figura sensasi, Diva AA atau Azwan Ali sebagai pengacara yang mana beliau akan mengemudi bersama Issey Fazlisham. Untuk musim ini, MIC ON! telah menerima sambutan hangat menerusi atas talian dan seramai 100 orang peserta telah disenaraipendek untuk menghadiri uji bakat secara bersemuka. Dari jumlah tersebut, seramai 15 orang telah berjaya menepati kriteria yang ditetapkan pihak juri dan akhirnya dipilih untuk bertanding di pentas utama MIC ON! musim ini.

    Pengarah Unit Kandungan, Datin Ezzan Zalilah Binti Zulfadzli berkata ” kami begitu teruja untuk membawakan kembali MIC ON! musim terbaharu ini kepada penonton luar sana. Seperti ramai sedia maklum, MIC ON! ini merupakann salah satu platform yang kami sediakan untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi dijadikan pelapis kepada industri hiburan tanah air di masa hadapan. Kami akui elemen nyanyian dan lawak adalah dua ansur utama yang selalunya menjadi pilihan penonton khususnya di kalangan penonton tempatan. Justeru, bagi menepati citarasa penonton, kami suntik kedua-dua elemen ini kedalam MIC ON! pada masa yang sama, kami yakin bahawa formula ini dapat memikat hati setiap lapisan masyarakat yang mana ianya sesuai untuk ditonton oleh setiap lapisan masyarakat”.

    Di MIC ON, setiap peserta akan diberikan tugasan mingguan mengikut tema yang ditetapkan. Pihak produksi juga akan turut menerapkan elemen kejutan yang perlu dilaksanakan peserta di mana ia akan menguji bakat meereka bukan sahaja dari aspek vokal semata-mata, malah dari segi persembahan secara keseluruhan. Persembahan mingguan peserta akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik liveband yang diketuai oleh Datuk Hashridz Murshim bin Hassim atau lebih dikenali sebagai Datuk Azis. Beliau bertindak sebagai Pengarah Muzik untuk musim ini.

    Akhir kata, jangan lupa saksikan MIC ON! musim kedua pada 28 Januari 2022, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (MyTV). Penonton juga boleh mengikuti perkembangan terkini MIC ON! musim ini menerusi akaun media sosial Awesome TV dan siaran tertunda MIC ON! musim kedua boleh mengikuti perkembangan terkini MIC ON! musim kedua boleh ditonton di lama web rasmi www.awesometv.my.

    • instagram : @awesometvmalaysia
    • Facebook : Awesome TV
    • Tiktok : @awesometv.my
    • Twitter : Awesometv_my
    • Youtube : Awesome TV

  • Peluang Ujibakat bagi merealisasikan impian anda untuk membuat persembahan di Disneyland California melalui World Championship of Performing Arts ke-25

    Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) kembali lagi mengendalikan ujibakat secara langsung bagi memilih karyawan-karyawan yang berbakat bagi Team Malaysia 2022 ke kejohanan World Championship of Performing Arts yang ke 25 di disneyland California.

    Dikenali sebagai olimpiks seni persembahan,WCOPA adalah satu-satunya peluang bagi bakat-bakat di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan antarabangsa terutama dihadapan selebriti dan pemimpin industri dari Hollywood,Nashville and New York.Setelah dua tahun melaksanakan persembahan maya kerana sekatan COVID-19,tahun ini dianggarkan lebih ramai peserta dari lebih 70 negara akan berkumpul di Hollywood bertanding merebut pingat emas,pereak dan gangsa serta biasisws bernilai lebih RM2.0 juta untuk melanjutkan kerjaya mereka di Amerika Syarikat. Setakat ini,terdapat 11 ahli dari team malaysia yang telah berjaya dianugerahkan biasiswa tersebut.

    WCOPA bukan sekadar pertandingan sahaja,ia juga berfungsi sebagai sebuah platform kepada bakat temoatan yang bercita-cita tinggi untuk menonjolkan kemahiran mereka dalam bidang seni persembahan kepada dunia sambil mempelajari dan mewujudkan dalam bidang seni persembahan kepada dunia sambil mempelajari dan mewujudkan perhubungan bersma selebriti terkenal amerika.Sebelum pertandingan peserta berpeluang menyertai “Worldstars Bootcamp” selama satu hari dan diselia oleh penerbit dan pengarah terkenal dari industri hiburan untuk menyediakan para peserta sebelum memasuki pentas antarabangsa.

    Uji bakat secara langsung ini akan diadakan di Auditorium Mini MaTic,Jalan Ampang pada 22 Januari 2022,bermula pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg.Semua peserta yang tinggal di Malaysia boleh mengambil bahagian dalam mana-mana kategori berikut Vokal,Tarian,Muzik,Peragaan,Lakonan dan/atau pelbagai seni,pemilihan untuk “Team Malaysia” 2022 juga akan dibahagikan kepada dua kumpulan umur-juniour(5 hingga 115 tahun) , dan senior (16 tahun ke atas).Sijil penyertaan dan kalendar mini “Worldstars” juga akan dihadiahkan kepada setiap peserta uji bakat.

    Yuran pendaftaran adalah RM130 seorang,peserta boleh mendaftar menggunakan pautan di bawah atau “walk in” pada hari ujibakat tersebut.Setiap peserta harus mematuhi S.O.P COVID-19 seperti divaksin sepenuhnya memakai topeng muka,mengimbas aplikasi Mysejahtera semasa masuk,dan mengamalkan penjarakan sosial.Sila layari www.worldstarstv.com atau rujuk kepada worldstars malaysia di Facebook untuk maklumat lanjut.