Category: ATTRACTION

  • Pelancaran Lagu dan Muzik Video Terbaharu Fitri Haris “Berjuang Menang Bersama”

    Pelancaran Lagu dan Muzik Video Terbaharu Fitri Haris “Berjuang Menang Bersama”

    Lagu single terbaru fitri haris “Berjuang Menang Bersama” membawa mesej pengharapan “doa dalam lagu’. Lirik yang dihasilkan mempunyai sentuhan doa kepada-Nya agar para barisan hadapan diberi kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mereka. Fitri Haris berharap lagu-lagu yang mempunyai nilai kemanusiaan lebih dikenali para pendengar dan diangkat lebih tinggi agar para pendengar seiring dengan tema-tema muzik lain seperti cinta dan sebagainya. Sebagai tenaga pendidik,Dr.Fitri Haris merasakan amat penting memberikan suntikan sedikit sebanyak pendidikan lirik lagunya tersebut.

    Berhasrat memberikan sedikit kelainan, lagu ini terhasil dengan kerjasama daripada pemuzik di Indonesia dan Malaysia. Lagu ini juga dicipta oleh Fitri Haris sendiri bersama rakan seninya, Epy Shafik dan pemuzik dari Indonesia, Ryan Egi.

    Inspirasi ini telah dicipta setelah bagaimana rakan terdekatnya iaitu Dato’ Mohamad Nafidz bin Abdul Razak dan Datin Ummul Khairiyah bin Abdul Rahman dari Megaklinik Zahran mengharungi serta berkorban memberi bantuan dijadikan satu inspirasi kepada rakyat Malaysia dari dahulu sehingga kini. Kata-kata dari Instagram story milik Dato’ Nafidz yang pernah dibaca oleh Fitri Haris adalah tertulis “berjuang dan Menang Bersama” adalah satu ketika dahulu telah memberi inspirasi bagaimana setiap bait bait lirik yang terhasil dijadikan kisah perjuangan barisan hadapan yang tidak mengenali erti penat tanpa mengira siang dan malam.

    Tidak terbalas dengan jasa dan peranan untuk barisan hadapan, Fitri Haris telah menghadiahkan lagu ini kepada semua barisan hadapan dan Megaklinik Zahran secara khususnya yang dilihat telah memberikan informasi dan juga banyak membantu terutama pada ketika dilanda pandemic Covid-19.

  • Quick Plans For romanian mail order brides Clarified

    Koreans don’t always have a chance to experience first love, or mutual sympathy throughout adolescence, as is customary in our nation. Most Russian ladies, then again, view household and motherhood as their solely objectives in life. They are able to calm down at a really younger age and they can be very upset after they haven’t discovered a husband and have not had their first baby by the age of 25. And as soon as a Russian girl finds her perfect family, all of her different interests disappear and household becomes her sole focus.

    Surprisingly sufficient for many American guys, Ukraine is larger than many European international locations. Moreover, it is historically and geographically divided into several areas. Evidently, the women of every area could not be more totally different, though they definitely share a number of the most common Ukrainian features. Here is what you want to learn about Ukrainian girls from different areas.

    5 years after the events of Dracula II: Ascension , Father Uffizi and Luke uncover that Dracula has returned with Elizabeth to his citadel in the Carpathian Mountains However, fearing that Uffizi has been tainted by Dracula, Cardinal Siqueros refuses to give Uffizi his blessing for the mission. Uffizi defrocks himself and units out with Luke to Bucharest.

    Korean wife – not a homebody, not a kitchen worker, not a deliveryman from the store to the plate. She loves her house and her household, however everything is in moderation. Moreover, the fiery temperament constantly requires an exit. Out of the house. Korean brides, as a rule, choose males’s society, therefore, they go there for adventures. Simply loves this woman drive, and not countless discussions of small information, front room design and the most recent trend trends. She needs real, not virtual feelings. And one other interesting level – the Korean lady cannot stand gossip. For myself, about others – it doesn’t matter. She is a business girl, and these are not pompous words. This woman involves work to work, and residential – to rest. On walks she walks, and at occasions she throws out emotions. Every thing has its time – the motto of a typical Korean bride.

    News On Convenient Programs For romanian brides

    In love, they’re peculiar. Korean ladies have by no means been devoted, but you canвЂt assume that they won’t like their associate. Korean ladies really love to get pleasure from physique sensations, they need selection. But they seldom determine an intimate relationship with the manifestation of affection. For them, intimacy is extra of delight, pleasure, or self-indulgence. Korean brides feel the love of a person on a unique level. The best way to perceive that you simply like the man by the look, they’ll tell you. They simply fall in love. To get this sense, they need to really know their chosen one properly. But if the lady felt love, you can be sure that this sense is for a very long time.

    Now that you know the way the online relationship world is organized, you’ll be able to resolve for yourself the place to discover a wife and who will assist you with it. The dearer option implies delegating the matchmaking course of and offline dates’ organization to a relationship company. The pros of cooperating with a dating company are the big database of potential wives, the skilled advice on methods to find a common language with a foreign girl, the provision of interpreters, and many others. This selection will go well with you if you do not know the right way to appeal to the eye of a international bride and make her want you.

    Since many courting websites have elevated their costs recently, we regularly obtain questions from you: ‘Tips on how to discover a spouse online free?’ and, luckily, it’s still doable in 2022. Beneath, we offer a couple of effective recommendations on the matter.

    Language. Ukrainian is the official language in the nation, and Russian can be widely spoken and understood. English does not have any official standing, but https://www.broomstickwed.com/romanian-brides/ younger people and people working in the tourism industry can efficiently communicate in English.

    Uncovering Essential Criteria Of romanian brides

    Once you meet Ukrainian girls looking for marriage, you probably have marriage in your mind as properly. Nevertheless, even the best marriage story starts with a period of courting. The success of your dating historical past will influence the way your Ukrainian wife feels about you, and right here is easy methods to make day by day count.

  • Pakej Umrah Menarik Bersama Selebriti Popular Tanah Air

    Pakej Umrah Menarik Bersama Selebriti Popular Tanah Air

    Bersama Faisal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz, dan Bell Ngasri

    Jemaah umrah di bawah syarikat Syabibah Travel & Tours yang akan menunaikan ibadah bersempena bulan Ramadan pada bulan April depan bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa dan berbaloi setelah agensi terbabit dengan menawarkan harga serendah RM7,790. Pakej ini telah diumumkan pada Majlis Sidang Media Pelancaran Umrah Syabibah Travel & Tours bersama Selebriti Saharul Ridzwan, Zulin Aziz, Bell Ngasri dan Faizal Ismail dan juga Pengarah Urusan Syabibah Travil &Tours Ustaz Muzammil Soliheen Musa yang akan berlansung hari ini di Seri Kembangan, Selangor.

    Bukan itu sahaja, tawaran ini turut mengiringi pakej pertama berharga RM7,790 akan menginap di hotel bertaraf empat bintang iaitu di Hotel Makka Azfa Safa, Hotel Madinah Dar An Naem, 3 kali makan makanan asia, bagasi 24′, bag silang 20′, bag kasut serta 5 liter air zamzam. Lebih menarik, jemputan istimewa Saharul Ridzwan akan mengikuti untuk pakej pertama yang akan berangkat pada 1 April ini.

    Selebriti yang akan bakal melalui pengalaman sambut Ramadan di Kota Makkah termasuklah Faisal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz dan Bell Ngasri.

    Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail berkata bahawa idea itu timbul demi untuk menarik lebih ramai jemaah menyertai umrah itu.

    “Idea untuk membawa golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini tercetus selepas saya ditawarkan untuk menjadi duti merangkap Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours. Jadi apa salahnya jika kita guna populariti yang mereka ada untuk tujuan murni ini,” katanya.

    Untuk pakej kedua pula ibadah umrah ditawarkan ada bernilai RM8590 yang akan berangkat pada 11 April 2022 hingga 21 April 2022 manakala untuk pakej ketiga harga ditawarkan sebanyak RM12,490 pada 20 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan, harga akan dikenakan adalah RM23,630 dan tarikh berangkat adalah pada 1 April 2022 sehingga 1 Mei 2022.

    Bagi Saharul, menyertai program umrah itu semasa minggu pertama Ramadan ibarat bulan jatuh ke riba buatnya.

    ” tawaran ini diberikan Faizal ketika kami menjayakan sebuah program. Pada awalnya tawaran itu adalah fasa pertama selepas kebenaran untuk mengerjakan umrah kembali diberikan pada 8 Februari lalu. Disebabkan terikat dengan komitmen lain mereka menawarkan saya untuk menjadi jemputan istimewa untuk program tersebut pada April depan. Saya sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menyambut Ramadan di Kota Makkah. Insya-Allah saya akan membawa isteri sekali untuk program ini,” katanya.

    Kesemua pakej ini termasuklah penginapan, tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan juga bagasi, bagi silang serta bag untuk menyimpan kasut. Tambahan pula dengan tawaran penambahan yang diberikan kepada mereka yang menempah pakej sebulan full Ramadan adalah khatam Al-Quran bersanad bersama Syeikh Makkah dan Madinah.

    Sesiapa yang berminat untuk menyertai program umrah anjuran Syabibah Travel & Tours ini boleh mengunjungi pejabat agensi terbabit di No.12-1 Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan atau menghubungi mereka di talian 018-289-7953 untuk keterangan lanjut.

  • “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021” menyenaraikan hit terhebat dan pemenang terbesar tahun ini

    “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021” menyenaraikan hit terhebat dan pemenang terbesar tahun ini

    Kuala Lumpur 17 Februari 2022- Pencinta Muzik di Malaysia sudah pasti akan bersorak dan menjerit kegirangan untuk meraikan kejayaan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang membawa pulang pengiktirafan dari JOOX, dalam platform penstriman paling berdedikasi di Asia menerusi “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021”.

    Kehadiran pemenang-pemenang anugerah tahun ini turut deserikan termasuklah Khai Bahar, Haqiem Rusli, Yonnyboii, Asyraf Nasir, UKAYS, XPDC dan juga Tajul yang memukau penonton menerusi persembahan beliau semasa majlis sidang media pemenang secara langsung.

    Sensasi muzik Malaysia, Khai Bahar telah membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang bintang terhebat di negara ini setelah berjaya mendapat dua anugerah iaitu Top 5 Hit lokal yang menerusi lagu bertajuk “Sengsara” dari runut bunyi filem Dendam Penunggu dan Top 5 hit lokal selama dua tahun berturut-turut.

    Kategori top 5 Artis : Lokal juga turut memenangi bersama khair bahar adalah UKAYS, Haqiem Rusli, XPDC , dan juga Dato’ Siti Nurhaliza manakala untuk kategori Top 5 Hit: Lokal dimenangi oleh juara Carta hit tempatan JOOX selama 19 minggu berturut-turut iaitu lagu klasik 2001 arwah Achik , abang kepada Tajul ” Malam Semakin Dingin” yang dinyanyikan semula oleh Tajul & Afieq Shazwan. Selain lagu “Sengsara” oleh Khai Bahar, “Tak Sangka” oleh Yonnyboii, Asyraf Nasir dan Zynakal, “Berani” oleh DOLLA, dan Akhir sekali lagu “Nang” oleh Iman Troye.

    Pentas antarabangsa yang paling Top 5 Artis: Antarabangsa yang digemari oleh peminat musik Malaysia adalah Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, Ariana Grande dan juga Bruno Mars.

    Lagu-lagu yang telah berjaya menungguli dalam Kategori Top 5 Hit: K-Pop termasuklah “LALISA” oleh Lisa, “ONLY” oleh LeeHi, “Deja Vu” oleh ATEEZ, “Dumb Dumb” oleh Jeon Somi dan “LOCO” oleh ITZY memberikan kehangatan K-Pop semakin membara apabila ia sudah meluaskan pengaruhnya ke pentas dunia. Ikon pop antarabangsa, BTS dinobatkan sebagai “Top Fans Pick” oleh peminat musik tempatan tahun ini memberikan populariti K-Pop semakin meningkat.

    Bukan itu sahaja, Peminat Malaysia juga turut gemar memilih lagu kegemaran mereka sendiri daripada artis terkemuka dunia termasuk dua bintang K-Pop terhangat sekaligus telah membuktikan genre yang popular di seluruh dunia iaitu “Permission To Dance” oleh BTS , “Money” oleh Lisa, The Kid Laroi oleh Justin Bieber , “Easy On Me” oleh Adele, dan “My Universe” oleh Coldplay dan BTS yang telah memperoleh tempat sebagai single global yang terbesar dalam Top 5 Hit: Antarabangsa pada tahun ini.

    Peminat muzik Malaysia juga tidak pernah berhenti menyanyikan lagu-lagu hit karaoke kegemaran mereka pada tahun ini dan memilih lagu Lewis Capaldi ” Someone You Loved” dan “Here’s Your Perfect” karya Jamie Miller dalam Top 3 Karaoke: Hit Popular serta lagu ” Malam Semakin Dingin” dendangan Tajul & Afieq Shazwan, yang memenangi anugerah keduanya dalam majlis anugerah pada tahun ini.

    Lagu Hit terhebat 2022 dan bintang paling menyinar di Malaysia hanya di JOOX memberikan kehangatan lebih merasa setiap tahun. Kini sudah mempunyai 40 juta lagu daripada artis tempatan dan antarabangsa dalam muzik perpustakaan.

    Jangan ketinggalan mengikuti aliran muzik terkini pada bila-bila masa sahaja melalui applikasi mudah alih iaitu Apple App store dan Google Play atau dekstop JOOX.

  • Tadabbur surah Al-Sajdah beri pengisian kunjungan PPKM Besut

    Tadabbur surah Al-Sajdah beri pengisian kunjungan PPKM Besut

    SHAH ALAM – Kunjungan seramai 40 ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Besut ke kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK) menjadi bermakna dengan pengisian tadabbur surah Al-Sajdah di sini, pada Isnin lalu.

    Pengerusinya, Abd Rashid Awang berkata, perancangan lawatan ke syarikat penerbitan tersebut yang tertunda selepas setahun, kini dapat direalisasikan dengan tujuan membuka minda ahli untuk menimba ilmu dan pengetahuan semasa dalam kalangan ahli.

    “Ahli rombongan berpuas hati dapat melihat lebih dekat Kumpulan Media Karangkraf yang mengeluarkan pelbagai produk bahan bacaan termasuk al-Quran, Sinar Harian, buku dan novel.

    “Kunjungan kami menjadi lebih bermakna dengan pengisian surah Al-Sajdah yang mengajak kita untuk tunduk dan bersujud kepada ALLAH SWT,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhamamd Zein yang menjadi pentadabbur berkata, surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan dalam pelbagai program #QuranHour di bawah WUIF tahun ini.

    “Surah Al-Sajdah yang menjadi tema sujud dan tunduk mengajak rakyat untuk sentiasa bersujud kepada ALLAH SWT. Terdapat tiga motivasi dalam surah tersebut. Pertama, yakin bahawa ALLAH Ar-Razaq, Pemberi Rezeki. Jika tidak percaya Ar-Razaq, golongan ini cenderung melakukan rasuah.

    “Kedua, bersujud iaitu sebagai hamba yang taat kepada ALLAH akan bersujud dan tunduk. Ketiga, tidak sombong kerana mengakui ALLAH SWT memiliki segalanya. Jadi kesombongan diri terhapus dengan mengagungkan-Nya,” katanya.

    Turut berkongsi taklimat, Timbalan Pengerusi KMK, Datuk Mohd Nasir Hamzah mengenai perkembangan KMK dan anak syarikat, produk al-Quran dan misi membanteras rasuah melalui Rasuah Buster.

    Lebih 600 ahli terdiri daripada pesara kakitangan awam dari pelbagai agensi kerajaan di bawah PPKM Besut. Sebelum ini, aktiviti lawatan bermaklumat oleh persatuan tersebut pernah diadakan di luar negara seperti Thailand dan Indonesia.

    Sumber

  • Gandingan  Dato Jamal Abdillah dan Zamani dalam Konsert “A Night To Remember”

    Gandingan Dato Jamal Abdillah dan Zamani dalam Konsert “A Night To Remember”

    Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah (kanan) dan Zamani bergambar berada sidang media konsert ‘A Night to Remember’ di Bukit Kiara, Kuala Lumpur

    09 Februari 2022 – Selepas dua tahun tidak dapat menjayakan persembahan, Zamani akan berganding dengan Datuk Jamal Abdillah bagi menjayakan konsert “A Night To Remember” pada 26 Mac ini di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

    “A Night To Remember” berkonsepkan ‘Pop Night’  yang menggabungkan persembahan dan makan malam serta persembahan akan diiringi oleh Ritz Metalasia selaku pemain gitar, Fauzi Zain (bass), Ano NRG (dram), Sham Wings (gitar) dan Afiq (keyboard). Manakala Melissa, Oney dan Nuril selaku penyanyi latar.

    Pada konsert itu, Jamal bercadang untuk menyanyikan lagu sahabat seperjuangan yang telah meninggal dunia sebagai penghargaan kepada mereka. Jamal akan mempersembahkan sebanyak 8 buah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama Zamani. Manakala Zamani pula akan menyanyikan lagu-lagu dari album solonya sebanyak enam buah lagu dan dua buah lagu duet bersama Jamal.

    Penyanyi lagenda, Zamani bergambar selepas sidang media konsert ‘A Night to Remember’ di Bukit Kiara, Kuala Lumpur

    Menurut Zamani, dia teruja untuk mengadakan konsert ini kerana sudah hampir dua tahun tidak mengadakan persembahan secara terbuka tetapi dia mengakui agak bimbang dengan angka jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.“Saya berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan angka jangkitan Covid-19 yang meningkat tidak akan menjejaskan persembahan kami,” katanya.

    Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah bergambar selepas sidang media konsert ‘A Night to Remember’ di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

    Dalam pada itu, Jamal pula berkata, dia amat menitikberatkan kesihatan memandangkan keadaan situasi yang tidak menentu.“Perkara utama yang saya perlu perhatikan adalah kesihatan. Sebelum menjelang konsert, sebenarnya saya ada beberapa lagi jemputan persembahan lain. Jadi saya memang sentiasa berjaga-jaga supaya tidak hilang suara pada malam konsert,” katanya.

    Tiket untuk makan malam anjuran Imaginex boleh didapati menerusi Ilassotickets yang dijual sejak 8 Februari lalu. Tiga buah meja VVIP berharga RM11,900 (RM1,700) seorang, 22 buah meja VIP berharga RM6,600 (RM1,100) seorang, 32 buah meja Platinum berharga RM5,400 (RM900) seorang, 16 buah meja Premium berharga RM4,900 (RM700) seorang dan 26 buah meja Gold berharga RM3,850 (RM550) seorang.

  • Fullmoon Pictures melancarkan francais media ‘ THE SUMMIT-97’ bernilai RM150 juta

    Fullmoon Pictures melancarkan francais media ‘ THE SUMMIT-97’ bernilai RM150 juta

    Officiation Ceremony of “The Summit-97”

    KUALA LUMPUR, 17 Februari 2022 – Syarikat penerbitan filem tempatan – Fullmoon Pictures (M) Sdn. Bhd. (Fullmoon Pictures) menyambut ulangtahun ke-25 kejayaan Malaysia menawan puncak Gunung Everest pada tahun 1997. Bersempena dengan sambutan ini, Fullmoon Pictures juga melancarkan francais media bernilai RM150 juta di bawah kempen ”The SUMMIT-97” dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ybrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid beserta beberapa kenamaan yang lain termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta dari beberapa buah negara.

    Beroperasi sejak empat tahun yang lalu, Fullmoon Pictures yang tersentuh dengan kisah-kisah para pendaki tempatan, berhasrat untuk memaparkan kisah perjalanan mereka yang penuh cabaran mengharungi iklim dan bentuk muka bumi yang mengancam nyawa, untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Dengan itu, Fullmoon Pictures telah memulakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peristiwa bersejarah ini dan memberi makna untuk rakyat berbangga dengan negara kita.

    Dengan itu, kempen “The SUMMIT-97” telah ditubuhkan untuk membolehkan para penonton merasai pahit getir dan cabaran yang ditempuh melalui penerbitan – filem-filem animasi, dokumentari, buku-buku, muzik latar asli, filem-filem, rakaman di sebalik tabir dan aplikasi permainan. Kos RM100 juta telah diperuntukkan untuk menghasilkan filem yang berjudul “PEAK OF HEAVEN”, yang menglibatkan selebriti-selebriti antarabangsa seperti A. R. Rahman, Guy Sebastian, Henry Golding, Phedon Papamichael dan ramai lagi, menjadikan filem ini bertaraf antarabangsa sesuai untuk tayangan global.

    Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures, Izzat Hazim

    Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures, Izzat Hazim berkata, “Ekpedisi Gunung Everest pada tahun 1997 amat merbahaya dan mencabar. Kami hanya memahami pahit getir mereka semasa kami mengkaji mengenai kisah tersebut, termasuk temubual, artikel dan dokumentari. Ianya telah benar-benar membuka mata kami. Konsep mendaki gunung tertinggi dunia sambil mengharungi iklim yang mencabar hanyalah sekilas dari peristiwa ini. Tidak ramai yang mengetahui keseluruhan proses latihan, kos di sebaliknya, persedian mental dan tahap usahasama yang terlibat dalam keseluruhan perjalanan.”

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker pula berkata, “Saya ingin menegaskan kepentingan kempen ”The SUMMIT-97” ini. Ianya kisah yang bernilai bukan sahaja kepada para atlit, tetapi kepada setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. Ianya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Saya percaya, ramai rakyat Malaysia mempunyai kebolehan kesukanan yang belum dipersembahkan ke peringkat dunia.”

    Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata, ”Fullmoon Pictures membawa mesej yang penting, iaitu sentiasa mengejar kejayaan bertaraf antarabangsa dan kekal fokus kepada matlamat asal. Seperti mana mereka menetapkan rekod Guinness World Records melalui filem mereka – PEAK OF HEAVEN, Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman STAGECRAFT (The Volume).”

    Majlis ini dijayakan dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), penaja rasmi lokasi majlis ini.

  • Ultimate Happiness bincang erti bahagia yang sempurna

    Ultimate Happiness bincang erti bahagia yang sempurna

    SHAH ALAM – Program Soul Fitness 2022: Ultimate happiness yang dianjurkan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (GPASBP) pada Jumaat membincangkan topik mencari kebahagiaan yang sempurna.

    Program anjuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang disiarkan secara langsung dari Studio F, Kompleks Karangkraf itu bertadabur surah Al-Sajdah ayat satu hingga 15 sebagai panduan perbincangan berfokuskan kebahagiaan sebenar di dalam Islam.

    Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, erti kebahagiaan yang sempurna tidak wujud di dunia namun ALLAH SWT menyatakan dalam surah Hud ayat 108 sebagai ‘saadah’ yang hanya boleh dikecapi ketika di alam syurga.

    Fazrul Ismail. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

    Fazrul Ismail. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

    “Di dunia kita kena memburu kebahagiaan yang diusahakan di sini (dunia) tetapi hanya dikecapi apabila di syurga,” katanya ketika menjadi panelis pada program berkenaan yang turut disiarkan secara langsung di YouTube dan Facebook TickTalk TV, QuranHour, Sinar Harian dan GPASBP.

    Turut menjadi panelis adalah perunding motivasi, Halim Hafidz dan qari, Jalal Zaiki manakala Sansubari Che Mud bertindak sebagai moderator.

    Dalam pada itu Fazrul turut merujuk ayat ke-77 surah Al-Qasas yang mengajak manusia mencari pahala menuju alam akhirat.

    “ALLAH kata carilah akhirat dengan bersungguh-sungguh, ada orang cari duit kerana dunia, ada orang cari duit untuk diinfaqkan bagi keredaan ALLAH.

    “Dalam masa sama ALLAH kata, jangan lupakan bahagian di dunia tapi pastikan ia mendekatkan kita dengan akhirat, syurga ALLAH,” katanya.

    Halim Hafidz. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

    Halim Hafidz. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

    Sementara itu perunding motivasi, Halim Hafidz berkata, erti kebahagiaan bersifat subjektif dan mengikut kemahuan masing-masing.

    Namun katanya, kebahagiaan mengikut Islam harus dikaitkan dengan kesyukuran kepada ALLAH.

    “Maka kita tidak boleh langsung takbur dan membesarkan diri dengan ALLAH, kita mesti mengembalikan rasa gembira itu kepadaNya.

    “Contoh apabila mendapat hidayah yang hanya berlaku kepada golongan yang rapat dengan ALLAH, seperti yang berlaku kepada Rabiatul Adawiyah.

    “Apabila dia bermunajat di hadapan ALLAH dan mengatakan aku bukan mahu reda Mu, aku bukan nak hidayah Mu, aku bukan nak maghfirah Mu, tetapi aku nak Kau, ALLAH. Itu kebahagiaan yang dia cari,” katanya.

    Dalam pada itu Jalal berkata, fitrah manusia secara automatik akan mencari Tuhan apabila diberi ujian, musibah atau ketika mereka rasa ‘hilang’.

    Jalal Zaiki. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

    Jalal Zaiki. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

    “Bagi orang Islam yang kurang amalan, maka kita akan mencari sejadah supaya kita dapat mendekatakan diri dengan ALLAH, masa itu rasa nak bertaubat dan minta pertolongan. Agama lain juga begitu (dekatkan diri dengan Tuhan) mengikut pegangan mereka.

    “Kita tidak lari diberi ujian sedemikian dan masa itu lumrahnya kita akan mencari Tuhan, dalam ayat ini (Al-Sajdah), kita akan bersujud, bertasbih kepada ALLAH (akan) memberikan kebahagiaan sementara di dunia semasa sedang gelisah,” ujarnya.

    Sumber

  • Mohon hidayah bina keluarga takwa

    Mohon hidayah bina keluarga takwa

    KUALA LUMPUR – Keluarga takwa menjadi asas pembentukan masyarakat yang harmoni.

    Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail berkata, melalui surah al-Fatihah jelas apabila kita memuji kepada ALLAH yang memberi rahmat dan dengan rahmat itu maka terbinanya keluarga yang ada pada setiap individu dalam kalangan kita.

    “Kita memuji ALLAH Ar-Rahman, Ar-Rahim tetapi bila kita baca ‘malikiyaumiddin’ itu adalah peringatan kepada kita bahawa kita akan bertemu dengan ‘malikiyaumiddin’ iaitu penguasa hari agama, penguasa hari pembalasan, ‘Addin’ yang ada kaitan dengan ‘Addain’ iaitu hutang.

    “Maksudnya, seorang ayah dan seorang ibu, kita ada hutang kereta, kita mungkin ada hutang rumah tetapi lebih daripada itu hutang kerjaya, hutang keluarga dan hutang bersama dengan masyarakat.

    “Di akhirat nanti apabila kita bertemu dengan ALLAH SWT (malikiyaumiddin), ALLAH akan bertanya, salah satu hutang besar yang diberikan iaitu anugerah daripada Ar-Rahman, Ar-Rahim ialah suami, isteri dan anak-anak itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi pentadabbur pada program MYFAMILY #QuranHour #savingfamilies ‘Keluarga Takwa’ yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini pada Jumaat.

    Hadir sama sebagai moderator ialah Khairul Haffiz Abd Halim; qari Ustaz Mohamad Husaini dan Harith Hakimi Mohd Roslan serta jemputan khas, Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub.

    Mengulas lanjut, Fazrul berkata, di hadapan ALLAH nanti dipersoalkan apakah yang telah dibuat bersama mereka (keluarga)?

    “Maka, cara bagaimana kita membayar hutang kepada keluarga kita itu ialah dengan mendidik ahli keluarga menjadi hamba yang sentiasa memohon keredaan ALLAH,” katanya.

    Jelas Fazrul lagi, apabila seseorang hamba memohon hidayah untuk membina keluarga, maka di dalam surah al-Baqarah, ALLAH memberi jawapan.

    “Dalam surat al-Hajj ayat yang pertama, ALLAH ingatkan sekali lagi tentang takwa. Wahai manusia hendaklah kamu bertakwa kepada ALLAH SWT,” jelasnya.

    Katanya, orang bertakwa dan keluarga yang bertakwa amat sensitif dengan bahaya mendatang, itu maksud sebenar takwa.

    “Mengelak perkara haram, banyak lakukan perkara yang baik, halal itu dari segi hukum tetapi daripada hati nurani saya buat perkara halal ini kerana mahukan keselamatan untuk diri dan keluarga saya.

    “Saya jauhkan perkara haram kerana saya mahu keluarga saya bertakwa, ikut jalan yang benar semata-mata kerana ALLAH,” jelas beliau.

    Sumber

  • Golongan ulama dan akademik perlu bekerjasama

    Golongan ulama dan akademik perlu bekerjasama

    SHAH ALAM- Golongan ulama yang mempunyai kelulusan ilmiah perlu bekerjasama dengan ahli-ahli akademik dan pengamal psikologi untuk melahirkan model psikologi yang Islamik dan saintifik.

    Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Azizi Alias berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku situasi di mana ilmu psikologi sekular bercampur dengan dalil-dalil lemah dan palsu yang akan memburukkan keadaan.

    Menurutnya, pada zaman sekarang, sudah ada kecenderungan untuk mengkaji kaitan spiritualiti dengan psikologi, namun malangnya ada yang belajar melalui gerakan ‘new age’ atau usia baharu yang biasanya merujuk kepada agama-agama yang tidak bersifat saintifik.

    “Konsep ‘new age’ ini sudah banyak meresap dalam program-program seminar, motivasi belajar, motivasi pengurusan dan lain-lain.

    “Masalah akan timbul apabila konsep ini ‘disolek’ pula dengan dalil Islam yang ditafsirkan secara bab ilmiah atau menggunakan dalil-dalil lemah dan palsu, atau mereka mendakwa ada kajian saintifik tapi disalah tafsirkan.

    “Sebab itu pentingnya kerjasama antara golongan ulama, ahli akademik dan pengamal psikologi dalam melahirkan model psikologi yang Islamik dan saintifik.

    “Apabila kefahaman kita kepada kejadian manusia berdasarkan tafsiran yang sahih dan dalil yang sahih serta interpretasi yang betul terhadap teori dan kajian saintifik, ia akan melahirkan generasi al-Quran yang sedar akan peranan manusia yang sebenar, sekali gus bakal memimpin tamadun zaman moden yang bukan sahaja Islamik tapi saintifik,” katanya.

    Beliau berkata demikian sewaktu sesi perkongsian pada Program Jom Mengaji Sebelum Tidur: Surah Al-Sajdah yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom dan Facebook TickTalk TV, QuranHour dan Sinar Harian pada malam Rabu.

    Turut serta, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan timbalannya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

    Program itu dikendalikan moderator, Muhammad Iqbal Rosdi yang juga Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dipimpin oleh Penyelia R&D Departmen Quran Cordoba Indonesia, Ustaz Cep Ma’mum dan Editor Kanan Penerbitan al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil serta Qari TickTalkTV, Halim Zainudin manakala sesi tadabbur pula disempurnakan oleh Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail.

    Program Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) merupakan sebuah inisiatif awal menuju misi Surah Al-Sajdah, surah pilihan bagi 2022 dengan membawa tema #MalaysiaBersujud dan #DuniaBersujud.


    Sumber