Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Pakej Umrah Menarik Bersama Selebriti Popular Tanah Air
  • ATTRACTION

Pakej Umrah Menarik Bersama Selebriti Popular Tanah Air

Helmi Aziz February 25, 2022 (Last updated: February 25, 2022) 3 minutes read
IMG_20220223_145111
Bersama Faisal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz, dan Bell Ngasri

Jemaah umrah di bawah syarikat Syabibah Travel & Tours yang akan menunaikan ibadah bersempena bulan Ramadan pada bulan April depan bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa dan berbaloi setelah agensi terbabit dengan menawarkan harga serendah RM7,790. Pakej ini telah diumumkan pada Majlis Sidang Media Pelancaran Umrah Syabibah Travel & Tours bersama Selebriti Saharul Ridzwan, Zulin Aziz, Bell Ngasri dan Faizal Ismail dan juga Pengarah Urusan Syabibah Travil &Tours Ustaz Muzammil Soliheen Musa yang akan berlansung hari ini di Seri Kembangan, Selangor.

Bukan itu sahaja, tawaran ini turut mengiringi pakej pertama berharga RM7,790 akan menginap di hotel bertaraf empat bintang iaitu di Hotel Makka Azfa Safa, Hotel Madinah Dar An Naem, 3 kali makan makanan asia, bagasi 24′, bag silang 20′, bag kasut serta 5 liter air zamzam. Lebih menarik, jemputan istimewa Saharul Ridzwan akan mengikuti untuk pakej pertama yang akan berangkat pada 1 April ini.

Selebriti yang akan bakal melalui pengalaman sambut Ramadan di Kota Makkah termasuklah Faisal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz dan Bell Ngasri.

Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail berkata bahawa idea itu timbul demi untuk menarik lebih ramai jemaah menyertai umrah itu.

“Idea untuk membawa golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini tercetus selepas saya ditawarkan untuk menjadi duti merangkap Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours. Jadi apa salahnya jika kita guna populariti yang mereka ada untuk tujuan murni ini,” katanya.

Untuk pakej kedua pula ibadah umrah ditawarkan ada bernilai RM8590 yang akan berangkat pada 11 April 2022 hingga 21 April 2022 manakala untuk pakej ketiga harga ditawarkan sebanyak RM12,490 pada 20 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan, harga akan dikenakan adalah RM23,630 dan tarikh berangkat adalah pada 1 April 2022 sehingga 1 Mei 2022.

Bagi Saharul, menyertai program umrah itu semasa minggu pertama Ramadan ibarat bulan jatuh ke riba buatnya.

” tawaran ini diberikan Faizal ketika kami menjayakan sebuah program. Pada awalnya tawaran itu adalah fasa pertama selepas kebenaran untuk mengerjakan umrah kembali diberikan pada 8 Februari lalu. Disebabkan terikat dengan komitmen lain mereka menawarkan saya untuk menjadi jemputan istimewa untuk program tersebut pada April depan. Saya sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menyambut Ramadan di Kota Makkah. Insya-Allah saya akan membawa isteri sekali untuk program ini,” katanya.

Kesemua pakej ini termasuklah penginapan, tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan juga bagasi, bagi silang serta bag untuk menyimpan kasut. Tambahan pula dengan tawaran penambahan yang diberikan kepada mereka yang menempah pakej sebulan full Ramadan adalah khatam Al-Quran bersanad bersama Syeikh Makkah dan Madinah.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program umrah anjuran Syabibah Travel & Tours ini boleh mengunjungi pejabat agensi terbabit di No.12-1 Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan atau menghubungi mereka di talian 018-289-7953 untuk keterangan lanjut.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sentimen perniagaan di Malaysia melonjak ke trajektori positif
Next: Keuntungan bersih Public Bank melonjak kepada RM5.66 bilion

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.