PELANCARAN SINGLE KEDUA ‘’LAYARKAN’’ OLEH PRASANGKA

PELANCARAN SINGLE KEDUA ‘’LAYARKAN’’ OLEH PRASANGKA

LAYARKAN, sebuah lagu berkisarkan tentang perjalanan hidup yang harus diteruskan, tatkala
negara, bahkan seantero dunia berhadapan wabak virus korona pada tahun 2020 (PKP 1).
“Layarkan” merupakan lebih kepada memujuk hati agar tetap bertahan walau hidup dilanda
kepayahan, musibah dan dugaan dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap Maha
Pencipta.
Single pertama kumpulan Prasangka yang berjudul “Jadey” telah dirakam pada julai 2020
setelah dibenarkan rentas negeri yang pertama. Lagu “Jadey” dirakam di studio Dapo Rekod,
Nilai, Negeri Sembilan milik gitarist Areef Iskandar. “Jadey” berkisarkan tentang ayam tua
yang masih memperjuangkan nasibnya persis ayam muda yang jauh lebih kuat dan hebat
daripadanya. “Jadey” juga masih mahu berkuasa didalam wilayahnya. Namun hakikat
sebenarnya dia sudah tua dan tidak bertenaga seperti dulu lagi. Meniti usia senja haruslah
berehat dan tenang-tenangkan diri.

Mengenai single ke-dua yang bertajuk “Layarkan” telah dirakam awal april 2021, ditunjangi
oleh penyanyi, serta komposer kumpulan Prasangka iaitu Ajis Hisham. “Layarkan” juga telah
dirakam di studio Dapo Rekod, Nilai, Negeri Sembilan.

Kumpulan Prasangka bakal mengeluarkan Ep pertama mereka pertengahan tahun 2022.
Sebanyak 6 buah lagu dimuatkan didalam Ep pertama ini. Segala proses mixing dan
mastering diadun di Dapo Rekod. Areef Iskandar diberi kepercayaan untuk seluruh proses
rakaman, mixing dan mastering. Kumpulan Prasangka berkonsep Rock n Roll , Bluegrass,
kerakyatan dengan cara mereka tersendiri. Menurut Prasangka , mereka mempengaruhi
muziknya dari beberapa kumpulan seperti Kembara , Search, Al Di Meola, Roy Clark dan
Sirkus Barock.
Perkembangan terkini kumpulan Prasangka sedang menanti kesemua lagu siap segala proses
terbabit dan bakal meluncurkan Ep pertama pada pertengahan tahun 2022. Namun jika
terdapat undangan persembahan amat di alu-alukan.

Ajis berkata ‘’Kami memilih syarikat Luncai Emas Sdn Bhd untuk edaran digital, kerana ianya
bersesuaian dengan konsep dan citarasa kami dan juga Luncai Emas Sdn Bhd merupakan
syarikat penerbitan tempatan. Jadi kami menyokong syarikat tempatan. Berkenaan ilustrasi
untuk cover single “Jadey” ia melambangkan Jadey itu sendiri. Walaupun sudah tua, masih
lagi mahu berkuasa di wilayahnya. “Layarkan” pula terdapat ilustrasi sangkar,
melambangkan diri kita yang terkurung dengan sendirinya. Kedua-dua ilustrasi telah di buat
oleh Sue Anna Joe , seorang jurugambar, pelukis, dan artis digital.
Single ‘Layarkan’ mula berada di platform Youtube pada 10 December 2021 lalu di youtube
Luncai Emas dan juga telah berada di semua saluran digital seperti Spotify , Apple Music dan
Joox Music . Edaran secara jualan digital bagi single ini dibuat oleh syarikat Luncai Emas Sdn
Bhd.

‘’Harapan kami terhadap pendengar agar mereka menerima serta suka dengan percaturan
ke-dua dari kami selepas single pertama “Jadey” di luncurkan di Youtube Luncai Emas Sdn
Bhd pada Oktober 2020 yang lepas’’ – Prasangka.