Mengutamakan keberkatan dalam Perniagaan

Mengutamakan keberkatan dalam Perniagaan

Pada 29 Disember yang lalu , syarikat milikan penuh iaitu VFive Group mengadakan majlis makan malam akhir tahun yang bertempat di Royal Chuan Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan pada malam itu , dihiasi dengan kehadiran Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group , Datuk Mohd Syafiq Abdullah serta pelbagai pertubuhan dan wakil yang bakal menerima sumbangan pada malam itu yang hadir bagi memeriahkan majlis.

Ketua Pengarah Eksekutif VFive berkata , beliau percaya bahawa konsep ” keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan “. Di antara salah satu daripada 15 petunjuk prestasi utama (KPI) VFive Group yang disasarkan bagi tahun 2021 adalah memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

Penanda aras kejayaan VFive Group yang dicapai bagi tahun 2021 adalah dengan penubuhan sebuah organisasi di bawah naugannya,iaitu Yayasan VFive yang bertanggungjawab dengan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat(CSR) kepada golongan memerlukan.Penubuhan yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstruktur program membantu komuniti sekitar , pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik COVID-19 dan mereka yang kurang bernasib baik.

Antara program yang berjaya dilaksanakan oleh penubuhan yayasan VFive adalah sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air sekitar ampang , sumbangan kepada Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin , Kembara Beras Amal 1000 kampit sebulan , Bakul Makanan yayasan VFive bagi masyarakat cina dan india , kelas mengaji percuma dan sumbangan ramadan.

Pada masa yang sama juga pihak Vfive Group telah merancang pelbagai usaha dan strategi bagi membantu masyarakat pada tahun 2022. Antara sasaran bagi program tanggungjawab sosial mereka adalah meningkatkan jumlah program kebajikan , menubuhkan ” Masjid VFive ” pada tahun 2022 , menubuhkan ” Vfive Groceries Mart ” pada tahun 2022 , melancarkan rangkaian televisyen ” Yayasan VFive ” melalui kerjasama RTM , TV3 dan ASTRO pada tahun 2022 .