Majlis Pelancaran Jariah Fund

Majlis pelacaran Jariah Fund ini telah diadakan pada 22 September 2020. Pelancaran ini telah berlangsung pada pukul 12.30 tengahari di Tingkat 6, Menara Bumiputra, Jalan Melaka, Kuala Lumpur

Aturcara majlis tersebut diadakan seperti berikut:

12.15 tengahari: Ketibaan Tetamu Jemputan12.20 tengahari: Ketibaan Encik Khairul Kamarudin, Ketua Prgawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad. Ketibaan YBhg Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad

12.25 tengahari: Menyambut ketibaan YBSenator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg Datuk Seri Tajuddin Atan. Ucapan kedua diberikan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Setelah itu, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyempurnakan gimik pelancaran majlis. Setelah itu, sesi penukaran dokumen usahasama rakan amal disaksikan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan YBhg DAtuk Seri Tajuddin Atan. Kemudiannya dilangsungkan pula penyerahan cenderahati kepada YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Akhir sekali, sesi bergambar, sidang media dan jamuan makan diadakan untuk meraikan Majlis Pelancaran Jariah Fund.