Category: ATTRACTION

  • MOTAC MELANCARKAN PELAN PEMULIHAN PELANCONGAN 2022 & LAGU CUTI-CUTI MALAYSIA VERSI KEDUA

    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia hari ini telah melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dan lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua dalam usaha menyemarakkan pelancongan domestik seiring peralihan ke fasa endemik.

    Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0), iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Industri Pelancongan yang akan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

    Pemberian diskaun, baucar dan rebat yang bermula pada 29 April 2022 yang melibatkan dua kluster iaitu Kluster Pengangkutan Darat dan Kluster Persatuan Pelancongan. Inisiatif ini bakal diperluaskan secara berperingkat dengan melibatkan Kluster Pengangkutan Udara dan Kluster Penginapan selain Kluster Pelancongan Minat Khas yang merangkumi segmen selam skuba, inap desa, beli-belah dan taman tema.

    Pelancaran pelan ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai dalam terus membuat tempahan tiket pengangkutan atau pakej pelancongan pada harga diskaun istimewa, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

     “Langkah ini seterusnya mampu merangsang permintaan industri pelancongan untuk menyokong mereka yang terjejas agar kekal berdaya saing,” katanya.

    Tourism Malaysia di bawah Kluster Pengangkutan Darat telah menjalinkan kersemasa strategic Bersama perkhidmatan  KLIA Ekspres dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam penawaran diskaun tambang antara RM 10 hingga RM 15 yang akan memanfaatkan seramai 64,675 pengguna. Pembelian tiket ini boleh dibuat secara atas talian menerusi aplikasi KLIA Ekspres dan KTM Mobile, atau mesin tiket.

    Di bawah Kluster Persatuan Pelancongan pula, Tourism Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA), Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dalam menawarkan pelbagai pakej destinasi pelancongan domestik oleh ejen pelancongan berdaftar menerusi aplikasi e-marketplace Shopee.

    Rakyat Malaysia boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM100 dalam satu transaksi pembelian pakej pelancongan yang benilai RM200 ke atas bermula pada 29 April sehingga 31 Oktober 2022 bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Disember 2022. Setiap pengguna atau pemegang MyKad layak untuk menebus sekali sahaja diskaun ini dan pembelian perlu dibuat melalui Shopee Pay. Dianggarkan seramai 14,925 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat ini dengan sasaran penjualan pakej percutian keseluruhan bernilai RM 2,985,000.

    Selari dengan fokus kerajaan dalam memperkasakan pelancongan domestik, turut dilancarkan ialah lagu Kempen Cuti-Cuti Malaysia versi kedua bertajuk ‘Menemui Semula’ nyanyian penyanyi Aina Abdul yang bergenrekan pop etnik dengan kombinasi aliran world music, hip hop dan electronic dance music (EDM). Lirik lagu ditulis oleh James Boyle hasil gubahan komposer Ananth Kumar.

    Lagu tersebut yang juga menggabungkan alunan muzik tradisional seperti seruling, gamelan, erhu, kompang dan gendang; antara lain menyelitkan mesej penerokaan pengalaman melancong di dalam negara bagi menikmati khazanah alam semula jadi bersama keluarga tersayang. Video muzik tersebut boleh dilayari di laman YouTube Malaysia Truly Asia di https://www.youtube.com/watch?v=tYQ6CJAvKDA.

  • Search Rocking On Rooftop

    Bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur menjadi lokasi berlangsungnya sebuah Konsert Rocking On Rooftop yang menampilkan kumpulan rock legenda tanah air iaitu Search yang kini dibarisi Noordin (Gitar), Kid (Gitar), Yan (Bass), Minn (Dram) dan penyanyi baharu mereka dari Indonesia dikenali sebagai Denden Gonjalez kini disatukan bersama yang dapat disaksikan pada 11 Jun 2022 jam 9 malam.

    Umum mengetahui, lokasi atas bumbung bukanlah suatu perkara asing dalam penganjuran konsert artis tempatan sebelum ini namun Search mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri terutamanya dari segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

    “Kami akan membawakan 14 hingga 17 buah lagu.  Apa yang menariknya ia adalah lagu yang jarang-jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert-konsert sebelum ini.  Search ada banyak lagu dan peminat juga minta mainkan macam-macam lagu.  Lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam konsert dahulu, peminat sudah hafal.  Kali ini kami nak kelainan dan nak mainkan lagu-lagu yang ada potensi untuk menarik pasaran luar terutama Indonesia.  Antaranya adalah lagu-lagu dari album, keenam iaitu Rampage yang diterbitkan pada tahun 1992”. ujar Noordin selaku gitaris.

    Tambah Noordin “Pentasnya tidak berbumbung dan tidak ada ‘backdrop’ sebaliknya penonton dihidangkan dengan panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.  Itulah ‘backdrop’ pentas kami yang pastinya ia memberi impak menarik terutama dari segi fotografi dan visual”.

    Tidak ketinggalan, kehadiran Denden, Yan dan Min bakal memberikan arah muzik dan ‘sound’ yang lebih segar daripada Search termasuklah jurutera bunyi, pasukan produksi dan teknikal yang terbaik demi memastikan Search tampil dengan bunyi berkualiti.

    Konsert Search Rocking On Rooftop turut menampilkan Ratu Rock Negara iaitu Ella sebagai penyanyi undangan yang akan berduet dengan Denden yang menjadi daya tarikan utama penonton.

    Tiket-tiket konsert berharga RM 88, RM 198 dan RM 298 namun tiket RM 88 sudah habis dijual.  Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian laman web www.fenomenasearch.com.

  • AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR & HANA PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI UNTUK KANAK-KANAK

    AEON CO. (M) BHD. atau AEON bergabung dengan kumpulan animasi Omar dan Hana, yang terkenal di kalangan anak muda untuk kandungan video Islamiknya, untuk mencipta rasa baharu dalam barisan produk onigiri. Majlis tersebut telah diadakan di AEON Mall di Shah Alam, Selangor.

    Untuk pasaran kanak-kanak, terdapat lima citarasa yang diwakili oleh watak dalam animasi Omar & Hana. Omar mewakili kacang merah, Hana mewakili Choco Peanut, Sara mewakili kentang dengan mayonis (Potato Mayo), Yuki mewakili tuna dengan mayonis (Tuna Mayo), dan Indra mewakili ketam dengan mayonis (Kani Mayo).

    Sunny Setiawan, AEON CO. (M) BHD Ketua Pegawai Operasi; Dr Kasuma Satria, AEON CO. (M) BHD Ketua Pegawai Sumber Manusia; Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Durian Digital; dan Izrol Izuddin Ahmad, Pengurusan IP Tempatan Astro & Pembangunan Perniagaan turut menghadiri majlis tersebut.

    Menurut Sunny Setiawan, “Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan

     animasi terkenal Omar & Hana untuk memasarkan rangkaian onigiri dengan perisa terbaharu

     kami. Usaha sama ini merupakan salah satu langkah AEON untuk menggiatkan

     pembangunan produk asimilasi Malaysia-Jepun dan kami yakin produk ini mampu mendapat

     sambutan yang baik dari para pelanggan AEON dan peminat Omar & Hana sendiri,”

    Penggunaan barangan onigiri sebagai pemangkin hubungan ini juga bertujuan untuk menggalakkan budaya pemakanan seimbang dan berkhasiat dalam kalangan anak-anak Malaysia. Onigiri adalah satu lagi hidangan Jepun yang bukan sahaja cepat dimakan tetapi juga mengenyangkan. Hasilnya, AEON ingin memperkenalkan tabiat dan budaya pemakanan sihat ini kepada negara kita.

    ‘Kami ingin jadikan AEON sebagai duta kecil Jepun di Malaysia yang dapat memperkenalkan

     dengan lebih dekat budaya positif masyarakat Jepun. Produk yang akan dihaslkan oleh AEON

     Delicatessen ini juga adalah disahkan halal oleh JAKIM.’ ujar beliau lagi.

    Penyertaan maskot Omar dan Hana, yang mempromosikan rangkaian onigiri serta aktiviti kuiz bersama pengunjung, menambahkan lagi kemeriahan acara tersebut. Para tetamu juga dihiburkan dengan tayangan perdana video dan lagu onigiri oleh Omar dan Hana.

    Menurut Sinan Ismail pula, “Bagi melaksanakan kerjasama ini, kami ingin memperkenalkan

     makanan yang berkhasiat dan senang dimakan oleh kanak-kanak. Kami yakin onigiri adalah

     produk yang paling tepat. Ianya berasal dari Jepun dan merupakan antara makanan yang

     amat digemari waktu kini,”

    “Kami juga berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan pihak AEON, sebuah syarikat

     yang mempunyai rangkaian pasar raya yang luas. Melalui rangkaian ini, sudah tentu onigiri

     Omar & Hana dapat dinikmati oleh ramai pelanggan di seluruh negara, bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa.” ujar beliau.

    Kerjasama ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan PBB 8: Pekerjaan Baik dan Pertumbuhan Ekonomi, yang memberi tumpuan kepada menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, serta pekerjaan inklusif, baik dan produktif untuk semua.

    #RayaPenuhMakna
    #AEONOmarHana
    #aeonretail
    #omarhana

  • PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’ DILENGKAPI DENGAN SITI SALEHA

    Program bual bicara Women Talk yang mula disiarkan pada 2 April lalu kini menambah lagi pengacara bersama iaitu pelakon dan pengacara Siti Saleha bagi melengkapkan pemerkasaan wanita dalam Women Talk. Siti Saleha bakal bergandingan dengan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama Zoraya Vadillo. Pelakon drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini akan berkongsi pandangan dan berbincang dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang menjadi focus utama dalam kalangan wanita.

    Tiga pengacara berpengalaman ini akan membincangkan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama dengan tetamu dan ikon jemputan. Tetamu yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan.

    Topik-topik yang telah dikupas dalam Women Talk adalah seperti meraikan kemenangan wanita Malaysia, kerisauan berkaitan gangguan seksual, Buli dan Diskriminasi, soalan-soalan berkaitan wanita dan kanak-kanak dan program vaksinasi Covid-19, definisi isteri yang baik dan juga topik untuk memastikan kesihatan mental bersama pakar psikiatri.

    Penonton boleh menonton Women Talk di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @TV3Malaysia.

  • Filem Mat Kilau Bakal Menjadi Biopik Terhebat Alaf Ini

    “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” begitulah peribahasa yang tepat untuk menerangkan sebuah hasil karya terbaharu oleh pengarah berprolifik iaitu Syamsul Yusof yang bakal menemukan seluruh penonton di pawagam.

    Studio Kembara telah mengangkat sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.  Filem ini bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan penonton tetapi memaparkan kehebatan dan jati diri pahlawan terdahulu dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

    Watak tokoh pahlawan Melayu negeri Pahang, Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau ini dihidupkan oleh pelakon berkarisma Datuk Adi Putra.  Gandingan pelakon filem ini juga tiada tandingnya yang menampilkan Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Khir Rahman sebagai Usup, Fattah Amin sebagai Awang, Johan As’ari sebagai Yassin dan tidak ketinggalan aktor aksi handalan Indonesia iaitu Yayan Ruhian sebagai Toga.

    Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali (Iman Bottoqh), Namron (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (Ibu Yassin).

    Negeri Perak telah dipilih sebagai lokasi pengambaran utama Mat Kilau juga beberapa negeri di Malaysia seperti Pahang, Melaka dan Selangor selama 100 hari dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta.

    “Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut untuk merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita.  Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi.  Sebagai penerbit, kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur” ujar Shahruddin Dali selaku penerbitnya.

    Pahlawan Melayu ini seperti Mat Kilau dan Tok Gajah serta sahabat-sahabatnya teus bangkit menentang kebiadapan penjajah British di bumi Pahang semakin berleluasa.  Umum mengetahui kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

    Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem aksi tanpa henti ini untuk menyaksikan pengorbanan, keberanian dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.  Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawangan seluruh negara bermula 23 Jun depan.

  • HAZIQ ROSEBI DAN MEERA MAHU ‘TANDAK LEBARAN’ KEKAL EVERGREEN DAN MENJADI BUALAN RAMAI

    Haziq AF4 atau Hazwan Haziq Rosebi, 34, didakwa memiliki vokal yang sama dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Kualiti dan bakat Haziq melayakkannya menjadi salah seorang daripada 12 murid AF4.

    Bagi memanjangkan kerjayanya, pihak produksi telah memilih Haziq untuk mempersembahkan lagu Tandak Lebaran, lagu raya Aidilfitri. Ini bagi memeriahkan hari raya pada tahun 2022, selepas dua tahun menangani pandemik covid-19.

    Haziq terlibat dalam membuat persembahan – persembahan luar seperti Majlis Makan Malam dan Majlis Persidangan, selain lagu terbarunya Tandak Lebaran. Dia juga menyatakan bahawa dia kini sedang menjalani penggambaran video dalam Tiktok kerana masih ada orang yang meminati irama orang asli di sana.

    Cikgu Merra, lebih dikenali sebagai Meera, seorang pengajar seni muzik di sebuah sekolah di utara Malaysia, turut menaikkan suara Haziq.

    Meera, 30, merupakan penyanyi yang pernah bertanding dalam pertandingan puisi antarabangsa di Indonesia dan bekerja secara langsung dengan JKKN Negeri Perak. Meera berkata ‘’Saya rasa seronok apabila hendak buat rakaman lagu ini apatah  lagi bergandingan dengan Haziq walaupun cabaran nya saya perlu turun ke Melaka dari Kedah namun semuanya berjalan lancar tambahan Haziq pula seorang yang happening.’’

    Lagu “Tandak Lebaran” itu ditulis oleh Fauzi Mohammad, seorang lagi artis terkenal Melaka. Beliau bekerja untuk Briged Seni Melaka sebagai pemuzik. Beliau menggubah melodi irama Melayu tradisional menggunakan kebolehannya bermain pelbagai alat muzik. SENANDUNG ANAK MELAKA (Yasser Fikri) dan TAMBATAN JIWA (Khaliza Putri / Nabila) adalah dua buah lagu yang ditulis oleh Fauzi Mohamad.

    Siso Kopratasa, seorang penulis lirik terkenal yang, seperti yang kita sedia maklum, menghasilkan banyak lirik lagu raya, melaksanakan tugasnya untuk mencipta lirik. Lagu raya Tandak Lebaran mempunyai lirik yang agak diubah, menurut Siso. Ini kerana kisah Siso menggabungkan pandemik, endemik dan iklim ekonomi sekarang. Terdapat juga beberapa panduan asas mengenai bagaimana kita harus menyambut hari raya tahun ini.

    Haziq berkata ‘’ Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi kerana telah memberi peluang dan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk single raya ini bersama Cikgu Ameera, saya berharap lagu ini kekal evergreen dan menjadi siulan serta bualan orang ramai . Saya nak lagu ini bukan saja hits 1 atau 2 tahun , malah menjadi hit sepanjang masa. Saya mendoakan agar lagu ini memberi manfaat kepada semua yang mendengar .’’

    Untuk orang ramai menikmati musim perayaan ini, TANDAK LEBARAN mempunyai video muzik di akaun YouTube Buana Rama Records, serta jualan digital di platform penstriman dan iTunes.

    Semoga lagu ini menyentuh hati peminat di seluruh Malaysia dan menarik perhatian generasi muda ketika kita menyambut Aidilfitri tahun ini dalam iklim normal baharu ini!

    Terima kasih, dan selamat hari raya Aidilfitri!

  • KUMPULAN U.K’S TAMPIL DENGAN KONSERT PERTAMA BUAT JULUNG KALINYA

    Pada awal 1990-an, terdapat banyak persaingan di kalangan lakonan pop rock. Exist, Slam, Visa, dan Damasutra misalnya mampu mendominasi dan menjamin nama mereka dalam dunia rakaman dan industri muzik tanah air ketika itu.

    Siapa sangka bahawa U.K’s, yang pada asalnya dikenali sebagai Ukays, telah berjaya memantapkan diri mereka sebagai kumpulan muzik terkemuka dengan populariti yang sangat besar di seluruh Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei?

    Tinggal Irama (1989), Mencari (1992), Bisa Berbisa (1994), Tajam Menikam (1995), Panas Berpanjangan (1996), Cuma Aku Yang Hidup (1997), dan Pijar Kasmaran (1998) merupakan tujuh album studio yang dihasilkan oleh Kumpulan muzik Saari Amri (2000).

    Album ketiga mereka, Bisa Berbisa, menjadi rekod terlaris di Indonesia, terjual 400,000 salinan, dan album keempat mereka, Tajam Menikam (1995), menjadi album terlaris di Indonesia, terjual 700,000 salinan, melonjakkan band itu hingga terkenal di peringkat antarabangsa .

    Selain Climate, United Kingdom ialah sebuah kumpulan rock pop dengan pelbagai lagu hit, lagu pembunuh dan lagu yang mudah untuk dinyanyikan. ‘Engkaulah Satu-satunya,’ ‘Seksa,’ ‘Sebak,’ ‘Tergamak Kau,’ ‘Pahit Akan Manis Akhirnya,’ ‘Siapa Yang Mencuri Cintamu,’ ‘Apabila Dirimu Dicintai,’ dan ‘Sana Menunggu Di Sini Menunggu ,’ hanyalah beberapa lagu mereka. lagu.

    KONSERT REUNION 25 TAHUN U.K’s akan dianjurkan bagi memperingati 25 tahun penglibatan mereka dalam artis rakaman negara dan akan menampilkan beberapa tetamu istimewa bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya pada dua malam berturut -turut bermula 17 Jun sehingga 18 Jun 2022.

    KONSERT REUNION U.K 25 TAHUN anjuran Mac Training Sdn Bhd dan RCD Concepts Sdn Bhd ini bakal menyaksikan perjumpaan semula ahli kumpulan asal U.K iaitu Mohd Azmir Muhammd Yusuf atau Amir sebagai vokalis, Rozdenil Toni (Denil) sebagai gitaris, Mohd Saleh Mohd Alias (Olley) sebagai pemain bass, dan Amiruddin Sharif (Amir).

    Acara yang berlangsung selama dua jam itu menampilkan 25 buah lagu yang dibawakan oleh Amir dan rakan-rakannya itu turut dibantu oleh dua pengarah muzik terkenal, Mohd Rafi Bin Shafie (Rafi) dan Ahmad Firdaus Mahmud (Firdaus), serta pemain gitar jemputan Mustafa Kamal Ahmad (Mus Satira).

    Tiga pemuzik terkenal ini, menariknya, antara artis yang kerap mengambil bahagian dalam hampir semua proses rakaman studio di United Kingdom dibantu oleh Allahyarham Izhar selaku penyusun muzik.

    Rafi dan Firdaus bukan sahaja Pengarah Muzik, tetapi juga pemuzik jemputan dengan kumpulan Mohram, termasuk Mohar dan Ramli, serta kumpulan vokal latar terkenal Jad Lobo.

    Apabila Pengarah kreatif Shamsul Cairel dan Pengarah Teknikal terkenal Dato’ Sri Rozaimi Che Di, yang juga Pengarah Urusan RCD Concepts Sdn Bhd, menyentuh KONSERT REUNION U.K. 25 TAHUN ini, ia menjadi lebih bermakna.

    Samirah Hambali, penerbit, menyatakan bahawa penerbit Mac Training Centre Sdn Bhd dan RCD Concepts Sdn Bhd amat berbesar hati untuk menganjurkan konsert untuk kumpulan U.K, yang pertama kali dipentaskan.

    “U.K’s adalah sebuah nama yang besar dan mempunyai pengikut yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran tetangga.

    “Pasti ramai yang teruja dan sudah lama menantikan sebuah konsert berskala besar daripada U.K’s ini yang pastinya akan menghiburkan serta dapat membangkitkan semula nostalgia kehebatan kumpulan U.K’s pada suatu masa dahulu.

    “Pihak kami juga mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak korporat yang sudi menaja KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini sebagai sebahagaian daripada projek atau kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membuka ruang dan peluang kepada warga seni baik di depan tabir mahupun di belakang tabir untuk bekerja semula setelah lama terkesan akibat pandemik,” katanya.

    Sementara itu, Amir, vokalis dari U.K’s, menyatakan semangatnya terhadap prospek mengadakan konsert berskala besar di venue berprestij seperti Istana Budaya.

    “Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, beraksi di Istana Budaya adalah impian setiap artis rakaman dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan U.K’s. Peluang beraksi di Istana Budaya dapat membuktikan lagi pencapaian dan tanda aras yang lebih tinggi dalam kerjaya muzik kami selama ini.

    “Saya percaya konsert ini memang cukup dinantikan peminat-peminat setia yang selama ini membesar dengan lagu-lagu U.K’s. Setiap lagu pastinya mempunyai nostalgia tersendiri buat mereka.

    “Lagu-lagu U.K’s memamg mempunyai impak yang tersendiri. Ada mendengar lagu U.K’s kerana putus cinta. Yang bercinta kerana lagu U.K’s pun ada. Semua orang punya nostalgia masing-masing dengan lagu U.K’s,” katanya.

    Disebabkan mereka mempunyai banyak lagu hit, Amir berkata sukar untuk memilih 25 lagu untuk dipersembahkan pada majlis itu nanti.

    “Dari awal lagi, kita sudah senaraikan lebih daripada 30 buah lagi dan untuk memilih 25 buah lagu daripada senarai ini cukup memeningkan, apatah lagu ia perlu diaturkan mengikut kesesuaian segmen dan repertoire.

    “Tapi, apa yang boleh saya katakan di sini, semua lagu-lagu hit U.K’s jadi jadi kegemaran setiap peminat, kita akan nyanyi dan persembahkan”, tambahnya lagi.

    KONSERT REUNION U.K 25 TAHUN ini diadakan bukan sahaja untuk memperingati kejayaan dan jatuh bangun U.K dalam kerjaya muzik mereka, tetapi juga untuk memberi penghormatan kepada Saari Amri, yang melodinya yang menusuk telah meningkatkan populariti U.K. .

    Ia sebenarnya diadakan sebagai penghormatan kepada peminat setia U.K di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei, yang sangat menyokong usaha muzik kumpulan itu.

    Semasa konsert itu, Saari Amri akan membuat persembahan bersama U.K dalam satu penghormatan khas, yang turut diiringi oleh Dewan Talian (OSK) Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia.

    Nasional FM, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Perak Agrotourism Resort (Patro), Angsana Travel & Tours, iLasso Tickets, Acoustic and Lighting System Sdn Bhd, Seinnheizer Asia, Heaven Studio, Scream Studio, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Istana Budaya adalah antara rakan kongsi strategik yang menyokong konsert reunion U.K’s selama 25 tahun ini.

    Nazrin Shah Tailor, Butik First Time Around, Marsita Catering, Pak Tam Sri Corner, dan Johans Corner adalah antara rakan kongsi utama yang membantu.

    Tiket menyaksikan konsert ini berharga RM99 9, RM777, RM555, RM333 dan RM111. Sebarang pertanyaan mengenai tiket, hubungi Hotline: 03-21706333/ (WhatsApp): 01113297822 atau layari http://ilassotickets.com.

  • INDUSTRI PERHOTELAN MOHON PENYELESAIAN TERHADAP ANCAMAN INDUSTRI PERHOTELAN SEBELUM PENGUATKUASAAN KADAR GAJI MINIMA DAN MOHON KEADILAN DALAM MEREALISASIKAN PEMULIHAN INDUSTRI PERHOTELAN

    Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berasa dukacita terhadap Penguatkuasaan Kadar Gaji Minima terhadap Industri Perhotelan dan Pelancongan yang tela9h diumumkan oleh Pihak Kerajaan secara mengejut tanpa sesi libat urus bersama pihak Industri.

    Pihak mereka sentiasa mengalu-alukan penguatkuasaan kadar gaji minima ini jika ianya adalah untuk melindungi kebajikan para pekerja Industri Perhotelan dan Pelancongan tetapi ianya haruslah DILAKSANAKAN SELARI dengan Penyelesaian terhadap ancaman-ancaman Industri Perhotelan dan Pelancongan yang sekian lama telah menyebabkan pengurangan dalam pendapatan dan telah menjadi ancaman utama terhadap pemulihan Industri Perhotelan dan Pelancongan.

    Antara ancaman Industri Perhotelan dan Pelancongan adalah seperti:

    1. Garis panduan penginapan kediaman jangka masa pendek / short-term residential accommodation (STRA)
    2. Penguatkuasaan terhadap agen pelancongan atas talian (online travel agents (OTA’s)
    3. Cukai perkhidmatan (SST)
    4. Kadar tarif tenaga elektrik
    5. Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital
    6. Badan pelesenan royalty muzik

    Walaubagaimanapun ancaman-ancaman industri yang telah dibangkitkan ini harus dipandang serius oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam memastikan kelangsungan jangka Panjang Industri Perhotelan dan Pelancongan. Kegagalan untuk menyelesaikan ancaman-ancaman Industri Perhotelan dan Pelancongan malah menambah lagi bebanan kos pengoperasian Industri Perhotelan akan menyebabkan Harga Jualan bagi Perkhidmatan Perhotelan atau Pelancongan TERPAKSA dinaikkan bagi memastikan Pengusaha-pengusaha Hotel dan Pelancongan dapat memberi perkhidmatan yang baik dan mencukupi kepada pelanggan-pelanggan hotel mereka dan perkara ini akan memberi kesan kepada kemasukkan pelancong-pelancong ke dalam negara dan juga pelancong-pelancong domestik.

    Antara kesan terhadap kegagalan untuk menyelesaikan ancaman-ancaman industri Perhotelan dan Pelancongan adalah seperti berikut:

    1. Pendapatan sesebuah hotel akan berkurangan sehingga tidak dapat menutup kos operasi hotel tersebut.
    2. Pengusaha hotel terpaksa mengurangkan bilangan pekerja dan ini akan secara langsung memberi kesan kepada perkhidmatan hotel tersebut.
    3. Pengusaha hotel terpaksa mengurangkan gaji bagi pekerja-pekerja berjawatan eksekutif atau menamatkan perkhidmatan mereka dalam usaha untuk mendapatkan aliran tunai yang mencukupi demi kelangsungan perniagaan mereka.
    4. Pengusaha hotel terpaksa mengurangkan waktu kerja lebih masa bagi pekerja mereka.
    5. Pengusaha hotel tidak dapat menambahbaik perkhidmatan hotel tersebut seperti membeli cadar, tuala yang baru disamping memastikan tahap kebersihan hotel yang baik.
    6. Pengusaha hotel tidak dapat menaikkan harga jualan bilik disebabkan oleh persaingan yang tidak sihat diantara agensi-agensi pelancongan atas talian.
    7. Ramai pelancong memilih untuk tinggal di Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) walaupun ianya adalah penyedia penginapan haram atau tidak berlesen. Ini telah menyebabkan kerugian yang amat besar dan tidak adil kepada suatu perniagaan perhotelan yang memiliki lesen penuh dan tertakluk kepada undang-undang “Kami menyokong penuh cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk melarang dan/atau mengawal selia Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) tersebut.”

    Kesan-kesan ini akan berlaku apabila Pengusaha-Pengusaha Hotel dan Pelancongan tersebut mempunyai masalah aliran tunai / kewangan akibat daripada kesan Pandemik covid-19.

    Justeru itu, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) ingin memohon kepada Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan sementara Penguatkuasaan Kadar Gaji Minima yang baru tersebut bagi Industri Perhotelan dan Pelancongan sehingga ancaman-ancaman Industri Perhotelan yang tersebut diatas diselesaikan sepenuhnya.

  • Video Muzik Medley Klasik Siti 2 Merupakan Kerjasama Shopee Dan Siti Nurhaliza  

    Video Muzik Medley Klasik Siti 2 Merupakan Kerjasama Shopee Dan Siti Nurhaliza  

    Kerjasama selebriti terkenal, dato sri siti nurhaliza dan Shopee menghasilkan satu lagu kanak-kanak klasik yang berjudul Medly Klasik Siti 2. Lagu ini semestinya dinyanyikan oleh beliau sendiri. Rangkaian lagu kanak-kanak ini akan ditontonkan di saluran youtube Siti Nurhaliza pada 9 Mei 2022, pukul 9 malam.

    Pada tahun 2018, Siti telah mula berkerjasama dengan shopee dalam Shopee Celebrity Squad Malaysia. Beliau juga berkolaborasi menerusi konsert mini beliau bersama shopee pada tahun 2018 . kerjsama beliau bersama shopee telah serasi dan menyebabkan beliau dilantik sebagai duta tempatan platform shopee semasa kempen Ramadan dan raya bersama shopee pada tahun ini.

    Lagu-lagu Medley Klasik siti 2 ini telah menjadi hafalan kanak-kanak generasi dahulu dan masih diperkenalkan sehingga kini. Antaranya lagu air pasang dalam, lagu tiga kupang, anak odeng dan kalua rasa gembira.

    Video muzik animasi ini menampilkan maskot shopee dan orang utan yang diberi nama Sean & Sophie arahan M. Husien. Jalan ceritanya mengisahkan pada tahun 2170 apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.

    Kisah tentang seorang pemuda yang sedang bersenam di sebuah taman rekreasi hologram berpengkalan di angkasa, secara tiba-tiba beliau termasuk ke dalam satu dimensi teleportasi masa lalu di bumi. Di alam dimensi masa lepas ini, pemuda tersebut dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga suasana kampung yang wujud di masa lepas.

    Video muzik berbentuk animasi ini suka ditonton oleh kanak-kanak dan ia merupakan salah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generai kini” ujar siti.

    ”Saya menghasilkan album kanak-kanak ini sebagai khazanah muzik untuk generasi kini dan akan datang dapat menghargai karya terdahulu. Saya gembira kerana dapat menerbitkan album yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Lagu-lagu ini jugalah yang menjadi dendangan orang tua kita satu masa dahulu,” tambah Siti lagi. Dato’ Sri Siti Nurhaliza berterima kasih di atas kerjasama dari pihak Shopee untuk menghasilkan dan menjayakan video muzik ini.

  • SEMANGAT ISOBAHTOS DALAM ARJIIBII (RGB)

    Kota Kinabalu, 8 April 2022 – Hip hop bukan lagi jenis muzik bermusim, kerana kebanyakan artis baharu mengambil peluang dengan bekerjasama dengan penyanyi rap muda yang mahir. Sama ada perseorangan atau dalam kumpulan, perkara yang menarik perhatian ialah idea unik dan daya cipta lagu itu, yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

    Apa yang pasti kemunculan mereka adalah petanda baharu bahawa generasi muzik masa kini sentiasa berusaha untuk membuat kelainan dalam setiap karya yang dihasilkan, meletakkan mereka dalam liga tersendiri.

    Perkara yang sama boleh dikatakan untuk ISOBAHTOS, kumpulan hip hop yang berpangkalan di Sabah. Matlamat mereka bukan hanya untuk mempamerkan bakat mereka sebagai penyanyi rap dan penulis lagu, tetapi juga untuk memaparkan muzik dan karya yang mereka cipta.

    ISOBAHTOS, atau IsoB, ialah sekumpulan sepuluh orang muda yang tujuannya adalah menggunakan muzik dalam perniagaan untuk membawa, memartabatkan, dan mencerminkan kualiti estetika budaya dan warisan tradisional Borneo.

    Anggota ISOBAHTOS terdiri daripada Mohd  Azizan  Danial  Abdullah  (A.D);  Diji  Panis  (D&G);  Jay Adner James (ghidd); Ian Josue Jaideh (IAN J.); Oliver Ordine (Ibherrrr); Ramziwazizi (RamziAli);Quenner Mitchell Pauzi (Quenner M.); Roysten Habirin Lapongan (RODB); Jesper Evans Dumali (RYT) dan Carey Didier Chin Zao Yuan (YERAC).

    Nama ISOBAHTOS berasal daripada perkataan Kadazan Dusun ‘Aiso’, yang bermaksud ‘Tidak,’ dan ‘Batas,’ yang bermaksud ‘Had.’ Ini menunjukkan matlamat mereka untuk menggabungkan unsur bunyi tradisional dengan instrumen moden untuk menghasilkan muzik.

    Single terbaharu ISOBAHTOS, ARJIIBII (RGB), telah dimuat naik secara rasmi pada 8 April di akaun YouTube ISOBAHTOS, selepas membuat debut mereka pada 30 Ogos 2021 dengan single pertama mereka, No Limits.

    Menurut RODB, lagu ARJIIBII (RGB), yang dihasilkan sepenuhnya oleh ISOBAHTOS dan IsoMeds Studioitu, memotivasi dan memperkasakan pendengar untuk mengejar impian mereka.

    “Pada pendapat kami lagu ini adalah lagu yang memberi semangat kepada pendengar untuk tidak berhenti dalam melakukan apa yang diimpikan. Berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu. Ini terlalu banyak warna dalam kehidupan. Hanya kita yang boleh memilih warna kita sendiri.

    “Warna menunjukkan persepsi  seseorang  terhadap  dunia.  Merah, hijau, biru  adalah  warna utama  cahaya  yang  melukis  kehidupan  seharian  kita. Kita boleh  melihat  berjuta-juta  warna melalui mata kita, tetapi setiap daripada kita hidup dalam dunia kita sendiri.

    “Dan dunia ini mungkin sangat berbeza antara satu sama lain Setiap daripada kita mewakili warna yang berbeza dan  matlamat  yang  berbeza,  tetapi  kita  terus bergerak  walaupun  menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

    “Dalam setiap usaha untuk menjadi berjaya tidak kira dalam apa jua keadaan, akan sentiasa ada seseorang di sebalik setiap percubaan yang bertindak  sebagai  pemangkin  ke  arah  mengejar matlamat itu, menjadikan kita lebih terdorong untuk berdiri teguh dengan kejayaan,” katanya.

    Lagu ARJIIBII (RGB) hampir pasti mengisahkan tentang keluarga salah seorang ahli.

    “Lagu  ini  menceritakan  secara  ringkas mengenaidi  sebalik  ahli  sebuah  keluarga ISOBAHTOS(ISoB) iaitu kesusahan melalui segala rintangan kehidupan.Lagu ini menjadi satu motivasi untuk terus bangkit dan menghadapi cabaran.Lagu ini juga tribute kepada arwah mama Bobby,” kata D&G.

    Demo lagu ARJIIBII (RGB) telah dibuat sejak 2019, menurut RamziAli, yang bercakap mengenai proses gubahan.

    “Proses penulisan lagu  ini  bermula  dengan  satu  demo  yang  belum  siap  di  mana seorang  ahli kumpulan  kami,ghidd  yang  merakamkan  demo  lagu ini  pada  2019.  Selepas itu kami semua bersetuju  untuk menulis  semula  lagu  itu  dan  diberikan  nafas  baharu  melalui  penulisan  baharu dan penambahan ahli yang lain dalam lagu ini.

     “Lirik dan melodi yang ditulis adalah hasil daripada kamisendiri melalui banyak perkongsian idea dan juga ilham untuk menyiapkan lagu ini,” katanya.

    Menurut ghidd, proses rakaman lagu ARJIIBII (RGB)ini cukup mematangkan mereka.

    “Bagi proses rakaman  lagu,  pada  kali  ini  setiap  ahli kumpulan bertambah  baik  dan  semakin profesional dari segi vokal dan teknik rakaman.Hasil teguran dan pembelajaran baru yang diberi daripadaorang  sekeliling  membuatkan  kami  lebih  mudah  untukmemperbaiki  teknik  rakaman.Masing-masing daripada kami saling membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan lagu yang berkualiti dan mampu diterima oleh semua pihak,” katanya.

    Bagi IAN J dan Ibherrrr, mereka  berpendapat proses  rakaman video  muzik  (MV)  lagu ARJIIBII (RGB) berbeza dari single pertama.

    “Proses rakaman MV lagu ini sangat berbeza dari apa yang kami buat pada single sebelum ini. Lokasi penggambaran kali ini sejuk dan berangin.  Apatah lagi, lagu yang dihasilkan ini sangat berbeza dari lagu sebelum ini yang memerlukan kami untuk melakukan watak dan penceritaan yang lebih  mendalam  dan  lebih  tenang. Ia mengambil masa tiga hari malam di mana semua pasukan produksi berkhemah di sekitar  kawasan  rakaman.  Ia adalah pengalaman yang hebat buat kami semua,” katanya.

    Bagaimanapun, RYT dan Quenner M mengakui bahawa menghasilkan lagu ini dan MV ARJIIBII bukanlah sesuatu yang mudah (RGB).

    “Cabaran lagu dan proses untuk menyiapkan lagu ini agak mencabar dan banyak perkara berlaku sepanjang  rakaman  dijalankan. Kami agak susah  untuk  menghabiskan  rakaman  kerana  ada beberapa unsur lagu yang kami tidak berpuas hati dari segi kualiti lirik dan juga giliran artis dalam lagu ini.

    “Namun, kami berjaya menghasilkan sebuah karya selepas membuat beberapa pertukaran hasil dari kerjasama beberapa pihak  terbabit  untuk  mencapai  hasil  yang  berkualiti  hanya  dalam beberapa minggu.

    “Dari segi cabaran dalam pembikinan MV ini adalah untuk merealisasikan idea yang ada. Ini kerana  terlalu  banyak  yang  ingin  disampaikan. Kami banyak kali berbincang  dan  membuat pemilihan idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam MV,” katanya.

    Bagi A.D dan YERAC, proses gubahan lagu dan pembikinan MV merupakan satu pengalaman yang indah, apatah lagi berpeluang berkolaborasi dengan insan kreatif.

    “Pengalaman yang paling terbaik apabila Video Production Huntwo menjadi sebahagian daripada keluargga ISoB.

    “Apa pun, kami berharap  pendengar  dan  penonton  dapat  menerima  lagu  ini.Walaupun sepanjang  pembikinan MVterdapt  banyak  rintangan  tapi  kami  harap  semuausaha  dan  kerja keras  iniberhasil.Kami  hanya  mampu  doakan  yang  terbaik.Namun  apa  pun  Tuhan  yang menentukan,” katanya.

    ARJIIBII (RGB) sudah tersedia di semua platform digital, termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, dengan video muzik di akaun YouTube Isobahtos bermula jam 9 malam.