PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’ DILENGKAPI DENGAN SITI SALEHA

PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’ DILENGKAPI DENGAN SITI SALEHA

Program bual bicara Women Talk yang mula disiarkan pada 2 April lalu kini menambah lagi pengacara bersama iaitu pelakon dan pengacara Siti Saleha bagi melengkapkan pemerkasaan wanita dalam Women Talk. Siti Saleha bakal bergandingan dengan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama Zoraya Vadillo. Pelakon drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini akan berkongsi pandangan dan berbincang dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang menjadi focus utama dalam kalangan wanita.

Tiga pengacara berpengalaman ini akan membincangkan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama dengan tetamu dan ikon jemputan. Tetamu yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan.

Topik-topik yang telah dikupas dalam Women Talk adalah seperti meraikan kemenangan wanita Malaysia, kerisauan berkaitan gangguan seksual, Buli dan Diskriminasi, soalan-soalan berkaitan wanita dan kanak-kanak dan program vaksinasi Covid-19, definisi isteri yang baik dan juga topik untuk memastikan kesihatan mental bersama pakar psikiatri.

Penonton boleh menonton Women Talk di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @TV3Malaysia.