Category: ATTRACTION

  • ESKAYVIE i-QIDS, Vitamin Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Dilancarkan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi

    Eskayvie Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera sepenuhnya, menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i-Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13 baru-baru ini.

    “i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus dapat menyokong proses pembelajaran mereka. Dengan formulasi i-Qids ini, mengandungi superfood yang terdiri daripada 22 estrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang”

    “Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah. Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka. Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari,”

    Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri yang merupakan formulator produk itu berkata, “Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anak-anak berusia 2 hingga 12 tahun,”

     “Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,”

    “Eskayvie melihat ini sebagai peluang yang terbaik untuk terus membantu dalam memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” ulas Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed.

    Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.

    FB PAGE: Eskayvie Malaysia – https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
    INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia – https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

  • Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri dalam Negeri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dan Malaysia Misi Perdagangan Francais ke Jeddah, Arab Saudi

    Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Rasol bin Wahid mengetuai delegasi Malaysia dalam Lawatan Kerja dan Malaysia Misi Perdagangan Francais ke Jeddah, Arab Saudi dari 07 hingga 09 Mei 2022.  Misi perdagangan ini adalah sebahagian daripada Pembangunan Francais yang Dipertingkatkan Program (EFDP) yang telah diluluskan oleh Majlis Eksport Francais jawatankuasa (FRANEX) pada 2021.

    Delegasi tersebut terdiri daripada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (MDTCA), Persatuan Francais Malaysia (MFA), dan lima (5) jenama Utama Malaysia, iaitu CheeseU, CIC Where Leaders Are Born, Genius Aulad, US Pizza dan Siti Khadijah.

    YB Dato’ Rasol berkata bahawa misi perdagangan itu bertujuan untuk menggalakkan dan mendorong pengembangan jenama Malaysia ke pasaran Timur Tengah terutamanya Arab Saudi dan menghubungkan serta bekerjasama dengan potensi asing yang betul pelabur melalui program padanan perniagaan.  Jenama Francais Malaysia telah berkembang sebagai kuasa yang bereputasi di Tenggara Asia dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara dan menjangkakan untuk terus berkembang pasca era Covid-19.

    “Kementerian telah bekerjasama rapat dengan Perdagangan Luar Malaysia Perbadanan Pembangunan (MATRADE), Francais Malaysia Persatuan (MFA), dan pemain industri untuk mencapai sasaran dan menggiatkan semula momentum,” katanya dalam Majlis Perasmian Francais Malaysia Program Padanan Perniagaan, Jeddah pada 8 Mei 2022.  Pada tahun 2021, industri francais di Malaysia telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM13 bilion, iaitu peningkatan 16.4% berbanding 2018, dengan jumlah keseluruhan merekodkan jualan RM11.16 bilion.

    Selain daripada program ini, lawatan ke Lulu Hypermarket Marwah di Jeddah juga telah dimulakan, terutamanya untuk tujuan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Lulu International Group dalam sektor peruncitan dan pada masa yang sama untuk meluaskan capaian dan pembangunan poroduk Malaysia di pasaran Timur Tengah melalui Pasar Besar Lulu di Arab Saudi.

    Ini sememangnya pendekatan menang-menang di mana kami mengalu-alukan reputasi asing pengusaha runcit dan borong untuk menjalankan perniagaan mereka di Malaysia dan pada masa yang sama membawa produk dan jenama Malaysia dalam operasi mereka luar negara.

  • Sajian Masakan Cina Autentik Sentuhan Khas Restoran InColonial

    Sentuhan citarasa berasaskan masyarakat cina Malaysia merupakan konsep utama yang dibawa oleh sebuah restoran yang terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Intermark Mall iaitu restoran InColonial.  Penubuhan restoran ini bemula sejak tahun 2014 yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Kapten Jaffar dan Puan Latifah yang masing-masing berpengalaman dalam bidang penerbangan.

    Restoran InColonial menekankan konsep santapan mewah di mana pelanggan yang hadir akan disajikan dengan suasana yang eksklusif sambil dibuai perasaan nostalgia dengan dekorasi dalaman restoran yang memberikan keselesaan tidak kira kepada pelanggan yang bersendirian, berteman mahupun seisi keluarga.

    Selain itu, restoran Cina Muslim ini juga mampu memuatkan seramai 150 pelanggan dalam satu-satu masa.  Fasiliti istimewa turut disediakan kepada pelanggan yang mahukan ruang makan privasi bersama-sama keluarga dengan kelengkapan tiga bilik dengan dekorasi tiga meja besar berbentuk bulat dengan sentuhan elemen klasik.

    Penggunaan bahan-bahan yang segar dan Halal amat dititikberatkan dalam setiap hidangan masakan Cina Muslim yang disajikan di retoran InColonial bagi mendapatkan rasa yang terbaik dan autentik.  Pelbagai  jenis hidangan masakan cina Halal yang disajikan antaranya Blackpepper Chicken yang sering menjadi pilihan utama pelanggan, Butter Chicken, Beef Tripe, Crispy Yee Mee with Seafood, In Colonel Abalone Fried Rice dan banyak lagi.

    Tidak ketinggalan, menu dim sum yang sering menjadi tumpuan utama bagi restoran berkonsepan Cina Halal turut disediakan oleh restoran InColonial.  Dim sum restoran InColonial didapati dalam pelabgai variasi seperti Chicken Siew Ma, Har Gao dan lain-lain.  Menariknya, menu dim sum ini hanya ditawarkan dari jam 10.30 pagi sehingga jam 5 petang sahaja.

    Teknik penyediaan sesuatu hidangan akan memberikan impak istimewa kepada setiap pelanggan yang menjamunya, dan restoran InColonial memastikan teknik mereka adalah berbeza berbanding masakan cina Halal di pasaran dengan penggunaan api besar dan peralatan wok semasa memasak.  Seorang Cef berbangsa Cina mengetuai bahagian dapur dan dibantu oleh Cef Samsul yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan dan kulinari.

    Menariknya, restoran InColonial turut dijadikan sebagai lokasi bagi majlis-majlis kecil seperti majlis keraian dan pertemuan berikutan ruang makannya yang eksklusif menjadi perhatian pelanggan.

    Tidak dapat disangkal lagi, InColonial membuktikan bahawa ia adalah sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim yang istimewa dengan persekitaran selesa dan unik kepada setiap pelanggan yang hadir untuk menjamu selera.  Restoran InColonial sering mendapat perhatian umum dan kunjungan khususnya orang ternama dan selebriti Malaysia.

    Untuk merasai sendiri keunikkan dan keenakan masakan Cina Muslim yang Halal daripada restoran InColonial yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, pelanggan disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu atau datang terus ke restoran.  Sebarang pertanyaan dan  tempahan boleh dibuat melalui di talian +60127849033.

  • Pemain ekonomi dipelawa sertai dakwah budayakan al-Quran

    Pemain ekonomi dipelawa sertai dakwah budayakan al-Quran

    KOTA BHARU – Persatuan Rumah Ngaji Kelantan (PRNNK) menyasarkan 30 hingga 40 pemain ekonomi di negeri ini untuk menyertai usaha penyatuan ummah menerusi al-Quran.

    Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, usaha dakwah dan ekonomi itu akan melibatkan amalan mengaji al-Quran serta impak yang akan diperolehi melalui pengamatan kitab tersebut dalam pekerjaan mahupun perniagaan.

    Katanya, usaha permulaan julung kalinya dilakukan adalah bersama rakan baharu PRNNK iaitu Mydin Mall, Tunjong dan akan dilaksanakan di lebih banyak premis perniagaan yang lain selepas ini.

    “Usaha penyatuan ummah ini tergendala berikutan Covid-19 dan kini perancangan serta strategi kembali disusun PRNNK dalam usaha menyatukan ummah menerusi al-Quran.

    “Disasarkan antara 30 hingga 40 pemain ekonomi yang akan diajak bersama-sama membudayakan pembacaan al-Quran pada peringkat majikan sehingga ke dalam kalangan kakitangan mereka sendiri,” katanya selepas Mesyuarat Agong PRNNK kali ke-3 tahun 2022, di Kadok di sini, pada Sabtu.

    Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim (dua dari kanan) melayan tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya PRNNK di Kadok, pada Sabtu.

    Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim (dua dari kanan) melayan tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya PRNNK di Kadok, pada Sabtu.

    Turut diadakan serentak ialah Majlis Sambutan Hari Raya PRNNK yang dihadiri lebih 300 ahli persatuan itu.

    Ujarnya, usaha-usaha penyatuan ummah menerusi dakwah kepada pemain ekonomi itu dijangka akan memberi manfaat kepada 400 pekerja dan keluarga serta kenalan sekeliling mereka.

    “Kita mahu majikan melihat impak yang diperolehi terhadap perniagaan dan keuntungan selepas membudayakan al-Quran di tempat berniaga.

    “Antara pendekatan unik yang dilakukan menerusi usaha penyatuan ummah ini ialah menyediakan kelas mengaji al-Quran secara percuma kepada anak-anak pengunjung pasar raya sementara ibu bapa mereka pergi membeli-belah,” katanya.

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

    Selepas menamatkan latihan program I-Kembali selama setahun, Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK), Straits Millennium Sdn. Bhd. & Group, dan Ghullam Development Sdn. Bhd. hari ini menganjurkan Program Usahawan Kluster Baharu daripada kalangan bekas banduan, bekas penagih, orang kelainan upaya (OKU), dan belia bagi membantu kumpulan sasar kepada advokasi industri sebagai misi anjakan paradigma daripada ‘Kumpulan Marginal’ kepada ‘Aset Negeri’, selepas menjalani latihan program I-Kembali selama 12 bulan.

    Hala tuju I-Kembali sebelum ini, menurut pengerusi PERGAK Dato Sri Siti Murni Sheikh Ahmad, adalah menempatkan peserta dalam industri Pembuatan, Perkhidmatan, Pembinaan, Pertanian, dan Perladangan, tetapi kali ini tumpuan adalah untuk menghasilkan kumpulan sasar ini menjadi industri dan usahawan tani.

    “Untuk merealisasikan tujuan ini, pihak kami dengan kerjasama Straits Millennium Sdn Bhd akan melahirkan 100 usahawan Grocer Mart, pasaraya 100 peratus milik Bumiputera.

    “Sasaran pada masa hadapan, pihak kami akan mensasarkan lebih ramai usahawan industry dalam pelbagai sektor seperti Kafe Food Truck, Perkhidmatan Auto Spa Kereta, Perkhidmatan Gunting Rambut dan Perkhidmatan Servis Penghawa Dingin,” katanya.

    Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merasmikan majlis tersebut.

    Tan Sri Noh Omar memaklumkam dalam ucapan perasmiannya bahawa  Bajet 2022 yang dikeluarkan, Kerajaan telah memperuntukkan dana keseluruhan sebanyak RM5 bilion untuk golongan usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui jalinan dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

    Dato Ahmad Fathiri Ahmad Fadzlah, Pengerusi Straits Millennium Sdn Bhd, turut hadir.

    Siti Murni berharap kerajaan dan kementerian tidak melihat kempen advokasi industri dengan populasi sasaran melalui satu kaca mata.

    Ini kerana, menurutnya, program advokasi industri sudah pun menunjukkan mereka boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan berhijrah agar dapat berintegrasi semula dalam masyarakat.

    “Bukan mudah nak buat pembetulan kepada mereka. Dan bukan mudah untuk membawa mereka balik semula kepada masyarakat. Satu cabarannya bagaimana nak mendidik

    mindset mereka, bagaimana nak settlement kelangsungan hidup mereka, dan bagaimana untuk saya mengatasi mereka mengikuti program saya selama 12 bulan.

    “Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya dan saya pula telah merencanakan untuk mereka sebelum program ini bermula. Ini kerana saya memikirkan bagaimana nak menjadikan mereka usahawan baru di kalangan golongan sasar.

    “Pada saya, mereka telah menjalani hukuman. Mereka telah ditindas lama. Jadi saya nak bawa mereka ke masyarakat dengan bertujuan mereka akan menjadi usahawan baru yang berjiwa besar dan boleh membantu pula yang lain.

    “Saya juga berharap agensi-agensi di bawah kementerian Tan Sri, dapat membantu selagi mana yang boleh dalam melahirkan usahawan-usahawan berjaya dalam Program Usahawan Kluster Baru ini.”

  • Rumah Ngaji Perak raikan penggerak al-Quran di hari raya

    Rumah Ngaji Perak raikan penggerak al-Quran di hari raya

    IPOH – Seramai 300 tetamu daripada ahli Rumah Ngaji, asatizah, dan wakil Quran Corner sertai Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan Hari Raya Rumah Ngaji Perak di Hotel Excelsior, di sini, pada 17 Mei lalu.

    Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi.

    Beliau dalam ucapannya berkata program tersebut bukan sekadar meraikan bacaan khatam al-Quran, tetapi mesej penting dan pengertian daripada penghayatan al-Quran sebagai teras ilmu.

    “Insan yang berilmu dapat menguruskan dan menjaga kesejahteraan ummah dengan mendekatkan diri dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal. Saya sendiri selalu diingatkan oleh bonda untuk mengaji.

    “Untuk menjadi orang baik, kita hendaklah berniat baik, kerja dengan ikhlas dan menjadi anak yang soleh dengan berpandukan kepada al-Quran. Ia mungkin nampak mudah, tetapi sebenarnya sukar untuk dilakukan tanpa penghayatan al-Quran,” katanya.

    Sementara itu, Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim berkata, golongan wanita ini hebat kerana khatam al-Quran bukan hanya di bulan Ramadan, malah hampir setiap bulan. Peranan wanita sebagai ibu, isteri dan anak penting dalam membina keluarga penyayang dan soleh.

    “Sebanyak 96 Rumah Ngaji di seluruh negeri Perak bergerak aktif untuk memartabatkan al-Quran untuk dijadikan bacaan harian. Bagi saya, jika sehari tanpa baca al-Quran, rasa tidak lengkap hidup pada hari itu.

    “Rumah Ngaji menjadi platform kepada ramai wanita untuk mempelajari dan menguasai bacaan al-Quran, serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Ia juga sebagai persiapan kita untuk berjumpa dengan ALLAH di hari akhirat.

    “Majlis hari ini dapat mengumpulkan dan mengeratkan silaturahim kalangan sahabat Rumah Ngaji selepas dua tahun tidak berjumpa secara fizikal. Diharapkan sesama kita dapat menunjukkan akhlak yang baik, saling membantu dan bersedekah.

    “Kita membaca al-Quran siang dan malam, tetapi bagaimana menonjolkan diri sebagai ahli al-Quran di dunia dan akhirat? Oleh itu, kita harap dapat membina Muslim yang dibanggakan. Golongan pemimpin juga diseru mentadbir negara dengan berpaksikan al-Quran.

    “Komitmen dan kerjasama ahli dan asatizah Rumah Ngaji Perak dapat memberi panduan belajar al-Quran secara menyeluruh dan membangun masyarakat yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

    Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah, Ustaz Dr Mohd Shafiq Sahimi dalam perkongsian ilmunya di majlis tersebut, berkata menurut Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, terdapat empat kewajipan bagi setiap Muslim terhadap al-Quran.

    “Pertama, tilawatul Quran. Kita perlu membaca al-Quran secara setiap hari dan berterusan sehingga nafas terakhir. Ia merupakan makanan rohani sebagai hamba ALLAH. Jika tidak baca sehari, hati jadi lemah.

    “Kedua, tadabbur al-Quran. Al-Quran diturunkan bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diambil manfaat sebagai panduan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

    “Ketiga, kita perlu menjalankan hak al-Quran dengan mengamalkannya. Mereka yang membaca al-Quran, memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan akan berasa tenang.

    “Keempat, sampaikan ajaran al-Quran kepada orang lain termasuk mereka yang bukan Islam. Ia menjadi misi dan visi besar kita untuk memastikan semua manusia mendapat manfaat al-Quran,” katanya.

    Sesi bacaan khatam al-Quran dibimbing oleh Qari Ustaz Radzi Kamarul Hailan yang merupakan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Tahun 2000 dan 2004.

    Pengerusi Food Bank Perak yang juga isteri Menteri Belia dan Sukan, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohd Radzi menaja 330 kain batik sebagai cenderahati kepada tetamu.

    Turut hadir, Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah, Penggerak Rumah Ngaji Batu Kurau, Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz, Pengerusi Rumah Ngaji Laman Seri Ridzuan, Sekretariat Wanita & Masyarakat Negeri Perak, Sri Hartini Mohamad Shamsuddin

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • “JOM TENGOK BOLA” – UNITI BERSAMA HARIMAU MUDA SEMARAKKAN PERPADUAN MELALUI SUKAN

    Bertempat di Restoran Hakim, Shah Alam semalam (19 Mei 2022), YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama dengan lebih 300 orang pengunjung  dalam Program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda untuk memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam.

    Program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda merupakan anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro Awani. Ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh KPN sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia melalui sukan, iaitu salah satu tapak integrasi nasional dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

    Program ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan cabaran timbang bola. YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dengan kerjasama lebih banyak pihak bagi menyemarakkan semangat perpaduan melalui sukan yang merupakan satu wadah dalam merapatkan hubungan Keluarga Malaysia.

    Restoren Hakim turut menerima plak penghargaan #FoodUnites oleh Menteri Perpaduan diatas usaha menyemarakkan perpaduan menerusi kepelbagai makanan di restoren popular berkenaan.

    Anugerah berkenaan diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan disampaikan kepada restoran, cafe, kopitiam atau foodtrak yang menjadi tapak integrasi yang dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum.

  • Anuar Zain dan Ziana Zain Berkolaborasi Dalam Konsert Ogos Depan

    Gandingan dua penyanyi terkenal tanah air dalam sebuah konsert berskala besar akan menjadi sejarah dalam industri seni tanah air khususnya buat para penggemar muzik.  Penyanyi tersebut merupakan pasangan adik-beradik iaitu Anuar Zain dan Ziana Zain.

    Buat julung kalinya, Trumpet International Sdn. Bhd. dengan bangganya menganjurkan Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 pada 06 Ogos 2022 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).  Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 akan berlangsung berdurasi selama 90 minit dengan lantunan lagu-lagu malar segar dan popular yang telah menjulang Anuar Zain dan Ziana Zain dalam persada seni tempatan.

    Peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Trumpet International Sdn. Bhd. adalah satu penghormatan buat mereka berdua walaupun umum mengetahui gandingan mereka pada kali ini bukanlah buat pertama kali dalam konsert berskala besar.

    “Bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.  Kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sekian lama menginginkan persembahan kami berdua.  Konsert ini bakal menjadi momen kolaborasi indah buat saya dan kakak saya yang telah sekian lama berada di dalam industri ini” ujar Anuar Zain.

    Pelantun Sedetik Lebih dijangka bakal memberi persembahan yang akan menjadi sebuah ‘mimpi indah’ buat penonton yang hadir memeriahkan suasana konsert dengan menampilkan sebuah kolaborasi epik bersama Ziana Zain dalam konsert tersebut.  Bagi Ziana sendiri, Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 adalah sebuah hadiah kepada peminat sepanjang pembabitan mereka selaku seni industri tanah air.

    “Konsert ini akan menjadi ‘golden moment’ bukan sahaja buat peminat tetapi kami dua beradik.  Kami sangat berterima kasih kepada penganjur, Trumpet International Sdn. Bhd. yang berani mengetengahkan Anuar Zain dan Ziana Zain dalam konsert ini pada saat dunia hiburan tempatan kita baru ingin giat bermula” kata pelantun Madah Berhelah tersebut.

    Penganjuran dan kerjasama julung kali Trumpet International Sdn. Bhd. bersama idola ramai Anuar Zain dan Ziana Zain melahirkan rasa bertuah bagi Koo Kien Keat yang merupakan bekas pemain Badminton negara juga turut selaku jurucakap penganjur.

    Rindu buat peminat muzik dan penggemar pasangan adik-beradik tersebut kini terubat melalui penganjuran Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 setelah pelbagai aktiviti seni termasuk konsert bagai ‘terhenti’ kerana pandemik yang melanda seluruh negara.

    Tiket-tiket Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 sudah mula dijual bermula 19 Mei 2022 pada harga bermula RM 288, RM 588, RM 788, RM 988 dan RM 1188 melalui laman www.excitix.com.my. namun tiket berharga RM 1188 sudah habis dijual.

  • OPPO Find X5 Pro 5G di Malaysia dengan NPU Pengimejan Berkuasa, MariSilicon X untuk Memperkasakan Setiap Detik Gaya Hidup Anda

    OPPO Find X5 Pro 5G menampilkan MariSilicon X yang dibangunkan sendiri buat pertama kali oleh OPPO, NPU Pengimejan yang didedikasikan untuk memberikan lebih banyak perincian dan ketepatan warna dalam Video Ultra Malam 4K, video Ultra HDR dan kebolehan menangkap gambar.

    Peranti ini juga turut memperkenalkan penstabilan Imej Optik Lima Paksi Tahap SLR buat kali pertama, membolehkan pengguna menangkap gambar yang sempurna sewaktu bergerak.

    Dedikasi OPPO kepada penambahbaikan terbaik fotografi mudah alih tidak terlepas daripada tumpuan, apabila salah seorang penyiar Malaysia yang paling berjaya iaitu Owen Yap, telah menjadi pengguna Siri Find X, sejak Find X3 Pro.

    Pratempah OPPO Find X5 Pro 5G dari 18 sehingga 27 Mei 2022 dan layak menerima hadiah-hadiah percuma bernilai RM1,397 sehingga RM1,726.

    Pengguna juga akan menerima hadiah tambahan, seperti sarung telefon Kevlar bernilai RM129, Pin Tambah Nilai T&G bernilai RM100 dan Baucar Hadiah bernilai RM100, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah-hadiah percuma bernilai RM1,726 jika mereka membeli OPPO Find X5 Pro 5G melalui laman sesawang rasmi OPPO, Shopee and Lazada.

    Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find X5 Pro 5G, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-find-x5-pro/

  • Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

    Sebuah festival bersifat Islamik dan santai namun menghiburkan kini dipersembahkan oleh Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 buat julung kalinya dalam suasana endemik di Malaysia sebagai acara meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022 bermula 10 hingga 10 malam.

    Festival ini diberikan nama yang cukup indah iaitu Garden of Eid Festival yang diilhamkan daripada aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai Jannah atau syurga.  

    Kelestarian rohani dan agama serta membawa pendekatan hiburan yang bersesuaian denga syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat adalah konsep yang difokuskan sepanjang festival ini berlangsung.  ‘The Great Reunion’ diangkat sebagai tema metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengahrungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa endemik.

    Barisan selebriti popular dengan nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam karya turut dihimpunkan bersama bagi menyemarakkan Garden of Eid Festival.  Antaranya adalah Raihan, Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet sebagai pengacara yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

    Khususnya buat para pencinta muzik dan elemen kerohanian sudah semestinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan daripada penyanyi yang diterbangkan khas daripada negara jiran iaitu Ahmad Dhani yang muncul dalam sebuah persembahan ‘Malan Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari.

    Pelbagai aktiviti gaya hidup aktiviti masyarakat masa kini turut ditonjolkan tanpa membelakangkan agama seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding) dan pendidikan kanak-kanak melalui kemuculan karekater animasi Islamik seperti Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.  Antara program menarik yang dimuatkan dalam Garden of Eid Festival seperti sesi perkongsian motivasi dan bual bicara santai mengenai kemanusiaan & Pendidikan Islam secara umum.  Di segmen ini, kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina Ahlan Academy.

    Makan beragam sering menjadi pelengkap bagi sesebuah karnival turut tidak ketinggalan bagi Garden of Eid Festival yang menampilkan juadah berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari trak makanan akan memenuhi cita rasa pengunjung.  Budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Bruneri, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung yang hadir.

    Garden of Eid Festival berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan lagi bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri dan menjadi produk pelancongan halal bagi Kuala Lumpur Malaysia.  Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wialayah Persekuatuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekerjasama di masa akan datang bagi menyajikan program-program yang dianggap dapat menarik pelancong luar untuk mempelajari cara-cara sambutan Aidilfitri juga budaya-budaya di Malaysia.