“JOM TENGOK BOLA” – UNITI BERSAMA HARIMAU MUDA SEMARAKKAN PERPADUAN MELALUI SUKAN

“JOM TENGOK BOLA” – UNITI BERSAMA HARIMAU MUDA SEMARAKKAN PERPADUAN MELALUI SUKAN

Bertempat di Restoran Hakim, Shah Alam semalam (19 Mei 2022), YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama dengan lebih 300 orang pengunjung  dalam Program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda untuk memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA menentang Vietnam.

Program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda merupakan anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro Awani. Ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh KPN sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia melalui sukan, iaitu salah satu tapak integrasi nasional dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan cabaran timbang bola. YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dengan kerjasama lebih banyak pihak bagi menyemarakkan semangat perpaduan melalui sukan yang merupakan satu wadah dalam merapatkan hubungan Keluarga Malaysia.

Restoren Hakim turut menerima plak penghargaan #FoodUnites oleh Menteri Perpaduan diatas usaha menyemarakkan perpaduan menerusi kepelbagai makanan di restoren popular berkenaan.

Anugerah berkenaan diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan disampaikan kepada restoran, cafe, kopitiam atau foodtrak yang menjadi tapak integrasi yang dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum.