Category: ATTRACTION

  • KTMB Edar 1,000 Pek Hari Raya Kepada Keluarga Malaysia

    Sebuah tradisi tahunan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu dengan mengedarkan 1,000 pek hari raya  telah berlangsung pada 29 April 2022 di Stesen KL Sentral yang melibatkan para penumpang pada hari tersebut selepas pandemik COVID-19.  Menariknya, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin telah menyempurnakan program tersebut.

    Para pengguna yang sentiasa menjadikan perkhidmatan KTMB sebagai pilihan pengangkutan mereka dihargai dengan pemberian pek ini.  Para penumpang perkhidmatan elektrik (ETS) telah menerima 500 pek sumbangan manakala 500 lagi kepada penumpang perkhidmatan KTM Komuter yang pulang ke kampung halaman.

    Tambahan pula, majlis berbuka puasa bersama pemegang taruh di samping menyantuni anak-anak yatim daripada Pusar Jagaan Suci Rohani, Petaling Jaya serta rakan-rakan media turut dianjurkan oleh KTMB.

    “Kami amat berbesar hati untuk memberikan sumbangan duit raya dan vitamin SuperOla Immu B+ supaya anak-anak ini sentiasa kekal sihat dan cerdas.  Majlis ini juga kami adakan bagi menghargai sokongan rakan-rakan media yang sentiasa menyokong dan mempromosi perkhidmatan KTMB di samping merapatkan silaturahim antaara satu sama lain” ujar Mohd Rani Hisham Samsudin selaku Ketua Kumpulan KTMB.

    Tidak ketinggalan juga, tren khas Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia yang akan membuat perjalanannya pada hari ini turut diperkenalkan oleh KTMB bersempena sambutan hari raya pada tahun ini.  Perkhidmatan khas ini menawarkan sebanyak 1,392 tiket dan akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur yang bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

    “Beberapa hari selepas dilancarkan, tiket bagi laluan Kuala menuju ke Tumpat telah habis dijual.  Oleh yang demikian, kita telah menambah lagi tiga (3) koc superior yang mampu menumpatkan seramai 180 orang penumpang bagi satu-satu masa” menurutnya.

    Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata “Terima kasih KTMB kerana menjayakan inisiatif tren khas ini sebagai akternatif yang memberi peluang kepada rakyat pantai timur untuk menaiki kereta api dan pulang ke kampung.  Diharap perkhidmatan tren khas ini akan diteruskan setiap kali musim perayaan dalam usaha kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seta mengelakkan kesesakkan di jalan raya”.

    Selain itu, perkhidmatan ETS bagi laluan KL Sentral menuju Padang Besar turut ditambah sebanyak dua (2) jumlah oleh KTMB bagi tarih 29 April hingga 02 Mei dan 06 Mei hingga 8 Mei serta-merta menjadikan ia 34 perkhidmatan dalam sehari.

    KTMB akan memastikan semua penumpangnya mematuhi SOP yang ditetapkan untuk kesejahteraan bersama walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.  KTMB juga menasihatkan bahawa setiap penumpang disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB dan hadir ke stesen satu (1) jam lebih awal bagi meudahkan urusan pelepasan.

  • SEMARAK RAMADAN PRIHATIN DAN MAIWP BERSAMA WARGA ASNAF

    Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah  bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk meraikan warga asnaf yang terdiri daripada 4 kategori dalam satu Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP pada hari ini. Turut diadakan penyerahan Sumbangan Baju Melayu dan Baju Kurung Raya Prihatin, Sumbangan Tunai Prihatin kepada penunggang e-hailing terdiri daripada penghantar makanan Grab Food, pemandu teksi, Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) dan penerima daripada Rumah Titian Kaseh yang berlangsung di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP.

     Kembara Ramadan Prihatin merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti sekitar bulan ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan Asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik. Antara golongan yang terlibat adalah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk, Sumbangan Baju Raya Prihatin (Baju Melayu dan Baju Kurung) dan Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin.

    Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, “Bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan dalam bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu dan menyantuni semua golongan yang kurang bernasib baik.

    Warga asnaf yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti pemandu dan penunggang e-hailing, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga perlu diberi perhatian dan disantuni kerana mereka juga turut sama terjejas dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba. Program yang dilaksanakan bersama MAIWP hasil kolaborasi strategik dapat menzahirkan keprihatinan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat sekaligus mengurangkan beban serta berbakti kepada warga asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan.”

     Manakala Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, “Pemberian sumbangan pada hari ini menunjukkan keprihatinan, amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada MAIWP telah dilaksanakan melalui PRIHATIN dengan pengurusan dan penganjuran program Kembara Ramadan Prihatin yang memperlihatkan banyak golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dibantu dan disantuni apabila mereka menerima sumbangan Baju Raya, ayam segar dan sumbangan tunai yang boleh meringankan beban mereka terutama menjelang Aidilfitri.”

    PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasa melalui program – program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan. Dengan kolaborasi strategik bersama MAIWP ini, PRIHATIN menyasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengan MAIWP dalam masa sama boleh membantu dan meringankan beban warga asnaf di Wilayah Persekutuan.

    Turut hadir Datuk Mohd Ajib Bin Ismail (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), Encik Mohd Nizam Bin Hj. Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN), Encik Mahadi Bin Sukarno (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP) dan Encik Ahmad Talmizi Bin Yahaya (Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP).

  • Majlis Penyerahan Sumbangan Seminar Pendidikan Pasca Pandemik MARGMA

    Persatuan Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) telah membangun dan mengurus Yayasan MARGMA, yang ditubuhkan pada tahun 2016 melalui sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

    Misinya adalah untuk mempromosi, memberi inspirasi, dan meningkatkan pembangunan pendidikan dan aktiviti dan inisiatif akademik di kalangan pelbagai komuniti di Malaysia, serta menggalakkan pelajar di Malaysia untuk berusaha dan mencapai prestasi akademik dan vokasional yang cemerlang dengan menyediakan latihan dan sokongan kewangan kepada mereka yang layak termasuklah pelajar Malaysia dari semua kaum, kepercayaan dan agama.

    MARGMA menyediakan forum perkongsian untuk perbincangan dan pertukaran idea yang bertujuan untuk mencapai matlamat komersial ahlinya dan memupuk komuniti perdagangan yang kukuh. MARGMA telah menjadi suara rasmi dan peguam bela untuk industri sarung tangan getah Malaysia.  Sejak penubuhannya, bekerja rapat dengan jabatan kerajaan utama Malaysia dan kumpulan sarung tangan ASEAN yang berkaitan adalah cara bagi mempromosi dan melindungi kepentingan sektor dan ahlinya. MARGMA juga membantu ahlinya dengan kebimbangan domestik dan antarabangsa yang menjejaskan perniagaan dan industri mereka.

  • MALBATT 850-9 sertai World #QuranHour di Lebanon

    MALBATT 850-9 sertai World #QuranHour di Lebanon

    SHAH ALAM – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-9 buat julung kali menganjurkan World #QuranHour: Dunia Bersujud di Lebanon pada 26 April lalu.

    Seramai 854 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkhidmat di bawah Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diketuai oleh Komander Kontinjen MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin.

    Menurut Megat Maz Ardi, mereka menggalas tugas sebagai Pengaman UNIFIL dengan komited dan progresif berpandukan mandat yang diamanahkan selama setahun di sana.

    Beliau berkata, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal merupakan platform terbaik untuk menggalakkan umat Islam untuk membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya dengan lebih baik.

    “Al-Quran adalah penting untuk mengingatkan diri kita kepada ALLAH SWT. Ia memberi ketenangan jiwa dengan membaca Kalam ALLAH SWT. Program tersebut secara langsung memberi peluang untuk kita bertadarus di bulan ini.

    “Selain itu, Ramadan juga mengingatkan kita kepada peristiwa Perang Badar dan peperangan lain yang disertai oleh Rasulullah SAW, di mana ALLAH SWT membantu tentera Islam yang taat kepada ALLAH SWT dan Baginda SAW.

    “Ini menjadikan kami lebih kuat dan bersemangat ketika berada di medan perjuangan kerana kita percaya dengan pertolongan ALLAH SWT. Kami juga teruja berkhidmat di bumi Lebanon, Bumi Anbiya’,” ujarnya.

    Ditanya bagaimana perasaan bekerja di perantauan, beliau dan rakan seperjuangan tidak menafikan perasaan pilu apabila tidak dapat beraya bersama keluarga.

    “Namun keluarga memahami kami yang bertugas demi negara.

    “Pesan kami kepada keluarga, jaga diri dan kesihatan yang baik, memandu kereta dengan penuh berhemah dan berhati-hati. Makan ketupat dan kuih-muih jangan lupa kami jauh di perantauan,” katanya.



    Sumber

  • Barisan Pelakon ‘Jangan Menangis Cinta’ & ‘Dendam Seorang Isteri’ Raikan Para Peminat

    Shah Alam, 28 April 2022 – Disebabkan populariti ‘Jangan Menangis Cinta’ dan ‘Dendam Seorang Isteri’ mendapat sambutan yang hangat, Astro mengadakan sesi ‘meet & greet’ serta majlis berbuka puasa bersama peminat di Dataran Utara SACC Mall Shah Alam.

    Amyra Rosli, Halim Radzi, Rita Nadira, Sharifah Fathimah Hawra, Idzham Ismail, dan Mak Engku dari ‘Jangan Menangis Cinta,’ serta Ziema Din, Zaryn Minn, Sefik Khair dan turut hadir penyanyi ost berjudul ‘Kesumat,’ Rian Shain dari ‘Dendam Seorang Isteri, ‘menghadiri ‘meet & greet’ bagi memeriahkan lagi majlis ini bersempena meraikan kedatangan syawal bersama para peminat.

    Peminat telah menobatkan ‘Jangan Menangis Cinta’ dan ‘Dendam Seorang Isteri’ di dalam hati mereka kerana kerja mendalam dan naratif mereka tertumpu pada ketabahan wanita dalam mengatasi kesukaran dan kesusahan yang tidak terkira banyaknya.

    Kedudukan drama Astro di Malaysia kukuh berikutan sokongan peminat tegar yang juga nadi kejayaan Astro sebagai destinasi hiburan pertama negara. Mereka juga mencetuskan lebih banyak perbualan di rangkaian media sosial dan menjadikan ‘Jangan Menangis Cinta’ dan ‘Dendam Seorang Isteri’ menjadi tumpuan netizen.

    Hasilnya, Astro mengambil kesempatan untuk melaksanakan majlis berbuka puasa sebagai tanda penghargaan di atas sokongan berterusan peminat sejak drama itu mula-mula ditayangkan.

    Malah, pelakon kedua-dua siri itu menekankan kepentingan peminat menghadiri majlis tersebut.

    “Saya rasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk meraikan peminat-peminat drama ‘Jangan Menangis Cinta’ secara fizikal. Dengan peralihan negara ke fasa endemik, acara-acara seperti berbuka puasa boleh diadakan dan ini mampu merapatkan tali silaturrahim di antara kami dengan peminat-peminat,” kata Rita Nadira, antara pelakon ‘Jangan Menangis Cinta’ yang hadir di majlis tersebut.

    Salah seorang wajah ‘Dendam Seorang Isteri,’ Ziema Din, turut teruja kerana diberi peluang untuk berpisah dengan peminat drama lakonannya.

    “Sudah dua tahun kita tidak boleh bersua dengan peminat di mana-mana acara. Kali ini pula saya bersyukur kerana berpeluang untuk berbuka puasa bersama mereka. Majlis seperti inilah mengubati rindu saya terhadap para peminat,” katanya.

    “Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada mereka atas sokongan yang diberikan. Sokongan mereka menguatkan lagi semangat kami untuk memberikan yang terbaik,” tambah Ziema lagi.

    Peminat kedua-dua siri akan terpesona dengan ketibaan episod baru yang akan menarik emosi mereka.

    Watak Cinta, anak syurga ini pasti mencetuskan minat ramai penonton dalam episod ‘Jangan Menangis Cinta’ seterusnya. Cinta diganggu oleh bapanya sendiri, Zafran, yang walaupun dalam kesakitan dan kesedihan, nampaknya tidak mampu menjaga anaknya yang cacat itu.

    Malah, apabila Zafran menolaknya dan dia terbabas sehingga berdarah, kanak-kanak istimewa itu menjadi mangsa senario itu. Ketika Cinta merangkak untuk mengikat kaki ayahnya sendiri, jagalah benih-benih emosi.

    Ramai orang pasti akan terpegun dengan sapsens apabila mereka menonton drama kecoh tanpa henti yang dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, dan Sharifah Fathimah Hawra.

    Pembohongan Kirana yang tidak berkesudahan adalah kemuncak drama ‘Dendam Seorang Isteri.’ Lawan wanita itu terjatuh dan berpura-pura hamil, mendakwa dia mengalami keguguran akibat pertengkarannya dengan Hilda.

    Neelisa Abdullah telah menggantikan Amira sebagai nama Amira. Selepas mendengar cerita Amira tentang kesusahan dan mengambilnya sebagai seorang kanak-kanak, Puan Diana berasa terdorong untuk membantunya.

    Perniagaan spa Puan Diana kini bersaing sengit dengan Kirana kerana semua pelanggan Kirana bergegas ke spanya, Ayu Borneo, sambil membantu Amira bangun. Puan Diana juga bersedia untuk mengambil alih Oles Spa Kirana dan menyerahkannya kepada Amira.

    Saksikan isu terbongkar apabila dendam semakin memuncak berkat perkongsian mantap Fasha Sandha dan Nad Zainal. Jangan lepaskan ‘Jangan Menangis Cinta’ di saluran Astro RIA setiap Isnin-Khamis jam 10 malam, dan ‘Dendam Seorang Isteri’ di saluran Astro Prima setiap Isnin-Jumaat jam 6 petang. Kedua-dua drama juga tersedia untuk ditonton atas permintaan di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk lebih fleksibiliti

  • PETRONAS Drama Bersiri ‘366’ Episod 2, Hari Ke-123

    PETRONAS telah melancarkan episod kedua drama bersiri asal ‘366’, “Hari Ke-123” atau ‘Day 123’, sempena sambutan Aidilfitri yang akan datang.

    Siri ‘366’, yang bermula dengan Zhi Yi dan usahanya untuk mencari ibunya, berakhir dengan keterujaan dalam episod pertama.

    Dalam “Hari Ke-123”, naratif beralih dan memfokuskan pada Poji, watak lain yang diperkenalkan dalam episod sebelumnya, meneroka zaman kanak-kanak Poji, membuktikan gambaran tentang wataknya, serta percintaan yang sedang berkembang dengan Ayu.

    Poji bersedia untuk melamar Ayu apabila perkara yang tidak dijangka berlaku dalam hidupnya, dan Poji kemudian mula mempersoalkan makna segala-galanya.

    PETRONAS berharap penonton akan seronok melihat bagaimana bahagian kedua drama bersiri tujuh episod itu terungkap apabila wataknya terus mengharungi kesukaran dan pengalaman hidup serta berkembang daripada cabaran ini.

    Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata: “Hanya beberapa bulan lagi menuju 2022, tetapi kita sudah boleh melihat rakyat Malaysia meneruskan kehidupan seharian mereka dan mencari matlamat baharu, mengejar impian dan meninggalkan masa lalu. . Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah bergerak ke hadapan, secara individu, kolektif dan sebagai sebuah negara.

    ‘366’ diarahkan oleh pemenang anugerah pengarah filem Kabir Bhatia. Sebuah kisah yang penuh dengan cinta, persahabatan dan penerimaan, drama bersiri itu mengintegrasikan tema perayaan utama PETRONAS ‘Live Again’ untuk 2022.

    ‘366: Hari Ke-123’ (Hari ke-123) boleh ditonton di saluran media sosial rasmi PETRONAS, mulai 27 April 2022.

  • AEON PERKENALKAN ‘KUIH RAYA KITA’ SEBAGAI SIRI NFT PERTAMA

    Kuala Lumpur, 27 April 2022 – Siri pertama NFT berinspirasikan Raya ini dilancarkan sempena kempen ‘Raya Penuh Makna’ yang memfokuskan kepada asal usul lapan kuih atau manisan tradisional iaitu Tart Nenas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Makmur Daun, Biskut Cornflakes, Biskut Dahlia, Biskut Bebola Suji, dan Biskut Mentega Semperit.

    Bercakap mengenai siri NFT yang diilhamkan Raya pertama, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON berkata,” Hasrat kolaborasi ini bukan setakat menyerikan sambutan Hari Raya di dalam ruang digital, malah ianya untuk menyokong karya artis tempatan. Kami menghargai dan mempromosikan hasil kerja mereka – seiring dengan tujuan tema keseluruhan kempen Raya kami, ‘Raya Penuh Makna’. Apabila kita memperkenalkan teknologi ‘blockchain’ bagi memelihara tradisi, seni dan budaya yang kita amalkan selama ini, kita telah memberi nafas baharu terhadap cara sambutan yang selama ini tidak pernah kita fikirkan.”

    Afi Sulaiman, artis kulinari nostalgia yang diilhamkan tinggal di kampung, menghasilkan siri pertama NFT, ‘Kuih Raya Kita,’ yang dibuat secara jelas untuk mengumpul simpanan dan kehidupan bermasyarakat. Edisi awal koleksi, yang mengandungi 16 corak yang direka khas untuk koleksi ahli AEON, boleh diakses secara percuma sehingga 1 Mei 2022. Setiap edisi mempunyai sejumlah 1,250 salinan tersedia.

     Afi Sulaiman ialah seorang ilustrator dan penulis Malaysia yang mula diiktiraf sebagai Usahawan Seni Muda oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2019. Sejak itu, artis muda ini menumpukan usaha melestarikan budaya masakan Malaysia melalui grafik dan penceritaan, seperti buku kanak-kanak, cetakan seni, dan banyak lagi.

    “Ciri seni yang saya hasilkan adalah unik, nostalgia, gembira dan penuh warna warni dengan penekanan kepada budaya tempatan. Saya merasa amat teruja untuk mengetengahkan kuih tradisi Melayu melalui kerjasama dengan AEON dan saya berharap rakyat Malaysia dapat menikmati kuih Raya digital yang unik ini sebagaimana saya suka membuatnya”, kata Afi Sulaiman.

    Siri NFT ‘Kuih Raya Kita’ juga penting untuk pertumbuhan komuniti dengan kerjasama Meta Universe Sdn. Bhd. atau MU, rakan kongsi terpilih yang menggunakan teknologi dan aspek Web3 daripada metaverse, aset digital dan infrastruktur maya. Khalid Gibran, Ketua Pegawai Eksekutif MU berkata, “Siri NFT ini akan menginovasikan cara AEON berkomunikasi dengan pelanggan mereka. AEON mencipta sentuhan kesetiaan yang berbeza dengan memberikan pelanggan pengalaman terkini yang merupakan aset yang boleh dimiliki secara ketara di dalam ruang digital.”

    “Kami mahu melakukan lebih banyak lagi – ekosistem peruncitan merupakan himpunan produk ikonik yang terkenal di dunia ini dengan pelbagai kisah dan kenangan yang perlu diabadikan. Sekiranya kita boleh mendigitalkan pengalaman ini, kita akan membawanya kepada sebuah realiti baharu secara maya,” tambah Low Ngai Yuen.

    Di bawah siri ‘Kuih Raya Kita’ yang sama, AEON turut menjual NFT edisi unik dan terhad melalui Discord, dengan perbezaannya ialah gaya bekas penyimpanan kuih. Izzati Suza, seorang artis Malaysia yang belajar sendiri, mencipta siri yang menakjubkan ini. Dia juga mengusahakan Kedai Suza di Melaka, di mana dia membuat pakaian dan barangan buatan tangan lain untuk mempromosikan perniagaannya.

    Selepas menempuh pelbagai rintangan dan kesusahan dalam hidup, Izzati Suza mengambil keputusan untuk menceburi bidang melukis sebagai kerjaya. Kerjasama NFT sulung Izzati dengan AEON memfokuskan pada tiga tema utama: ‘Kain Meja Nenek,’ ‘Kuarantin Raya,’ dan ‘Raya Penuh Makna,’ dengan hanya 10 helai dihasilkan untuk setiap topik.

    “Saya benar-benar cenderung kepada tema Raya AEON untuk tahun ini – ‘Raya Penuh Makna’. Ianya amat bermakna apabila kita dapat menyambut Raya bersama yang tersayang setelah melalui perintah berkurung selama dua tahun. Semenjak pandemik melanda, ramai dari kita yang mengamalkan cara hidup digital, lantas kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan siri NFT Raya yang unik ini untuk menjadikan sambutan tahun ini lebih diingati,” kata Izzati.

    Butiran lanjut mengenai siri NFT AEON ‘Kuih Raya Kita’ boleh didapati di https://aeonretail.com.my/promotion/kuihrayakita2022/NFT/. Kempen Ramadan-Raya 3 AEON, ‘Raya Penuh Makan,’ serentak dengan pengenalan NFT Series ‘Kuih Raya Kita.’ Di www.aeonretail.com.my, anda boleh mendapatkan lebih banyak diskaun Raya.

    Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan PBB 8 dan 17 (SDGs 8 dan 17). (SDGs 8 dan 17). Objektif masing-masing adalah untuk memupuk masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan jangka panjang, memastikan setiap orang mempunyai akses kepada keadilan, dan mewujudkan institusi yang bertanggungjawab dan inklusif. Berkesan pada semua peringkat, termasuk menambah baik alat pelaksanaan dan menghidupkan semula kerjasama global untuk pembangunan jangka panjang.

  • Universal Music Malaysia, Begood Music dan Masyhur raikan 30 Anak-Anak Yatim Dalam Acara #KongsiRezeki

    Sedar ataupun tidak bulan, bulan ramadan yang mulia hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Oleh itu, umat islam sudah berpusu-pusu membuat persiapan yang rapi untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi ianya tidak mudah untuk dilakukan oleh golongan yang kurang bernasib seperti anak yatim dan gelandangan.

    Acara #KongsiRezeki yang mula diadakan sejak tahun lalu anjuran Universal Music Malaysia, Beegood Music dan Masyhur masih lagi diteruskan demi menyantuni anak-anak kurang bernasib baik pada tahun ini.  Seramai kira-kira 30 tetamu istimewa daripada dua buah rumah yang terdiri daripada pelajar tahfiz sebuah maahad tahfiz serta anak dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Jalan Gurney diraikan dalam acara istimewa ini.

    Selain itu, SACC Mall, Kompleks PKNS, Sumbangan.com, Infaq Rezeki, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan DJ Protective Consultancy Sdn Bhd turut memberikan sokongan jitu kepada acara #KongsiRezeki melalui penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.

    Dataran Barat SACC Mall Shah Alam merupakan lokasi acara #KongsiRezeki berlangsung pada 26 April 2022.  Pengurus Pemasaran dan Promosi Domestik Universal Music Malaysia iaitu Anne Mukhtar berkata “Biarpun tahun ini mereka hanya sempat mengadakan satu acara sahaja, tetapi ia diadakan secara besar-besaran”.

    “Kita memang merancang untuk mengadakan acara ini dengan meriah pada tahun ini tetapi disebabkan pandemik dan bimbang sekiranya berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi, begitu juga ketidakpastian mengenai Prosedur Operasi Standard dan sebagainya maka tahun ini kami memilih mengadakan satu acara sahaja.  Walau bagaimanapun, ia tetap diadakan secara meriah.  Insya Allah, kami merancang menjadikan aktiviti ini sebagai tahunan.  Kami bermula dengan kecil tetapi harapan kami agar ia menjadi lebih meriah pada tahun yang akan datang” ujar Anne Mukhtar.

    Suasana majlis turut dimeriahkan lagi oleh persembahan daripada barisan artis tanah air popular seperti Rief Danial, Juki, Naufal Azrin, Nuha Bahrin, Siqma, Yonnyboii, Luca Sickta, Asyhraf Nasir dan Mestica.

  • PETRONAS MENGALU-ALUKAN SK EARTHON SEBAGAI PELABUR DAN OPERATOR UPSTREAM BARU DI MALAYSIA

    Petronas telah menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan SK earthon Co., Ltd. (SK earthon) dan Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd. (PSEP) untuk Blok SK427 pantai Sarawak.

    SK earthon, sepenuhnya anak syarikat milik SK Innovation Co., Ltd Korea Selatan yang merupakan pendendali Blok SK427 dengan kadar faedah 85 peratus, manakala PSEP, Syarikat minyak dan gas milik Sarawak memegang baki 15 peratus lagi.

    Menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran(PSP) bagi pihak PETRONAS ialah Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Mohamed Firouz Asnan, manakala SK earthon diwakili oleh Pengarah dan Ketua Pejabat Eksplorasi & Usaha Barunya, Suntaek Bang, dan PSEP oleh Pengarah dan Ketua Pegawai Operasinya, Dr James Foo .

    Blok SK427 ini terletak didalam Kawasan yang profilik iaitu wilayah hidrokarbon, Balingian dan Tatau meliputi Kawasan seluas 3,349km persegi. Blok ini terletak dalam sistem hidrokarbon dan mempunyai potensi hidrokarbon yang menjanjikan untuk dibuka. Beberapa hidrokarbon telah dibuat pada 2021 di wilayah Balingian berhampiran blok tersebut iaity telaga Sirung-1 dan Hadrah-1.

    “Kami mengalu-alukan SK Earthon ke dalam industri perniagaan  di Malaysia, dan sebagai peserta baharu, mereka membawa pengetahuan yang besar dalam penerokaan dan pengeluaran daripada usaha penerokaan antarabangsa mereka,” kata Mohamed Firouz. Selaras dengan matlamat PETRONAS untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050, PETRONAS akan bekerjasama dengan SK earthon dalam sektor Tangkapan dan Penyimpanan Karbon.

    Pusingan Bidaan Malaysia 2021 menganugerahkan SK427 PSC sebagai satu daripada enam blok, menunjukkan potensi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk perusahaan yang ingin mempelbagaikan portfolio tenaga mereka dan berjaya dalam peralihan tenaga. Kami mahu memaksimumkan sepenuhnya nilai jangka panjang sumber hidrokarbon negara di bawah strategi ‘aset betul, pemain tepat’ kami, yang disokong oleh rangka kerja fiskal yang progresif,” tambahnya.

    MPM menjadi tuan rumah pusingan pelesenan tahunan Malaysia yang menyediakan pelabur pelbagai kemungkinan huluan, termasuk keluasan penerokaan, peluang sumber yang dikenal pasti dan aset penghasil lewat hayat. MBR 2022, bertajuk “Tenaga Berfaedah Anda Di Sini,” bermula pada 27 Januari dan akan berakhir pada 30 Jun 2022. Terdapat 14 blok penerokaan, enam kelompok Peluang Sumber Ditemui dan dan satu kluster Aset Hayat Lewat.

    PETRONAS menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan menyelia aktiviti huluan petroleum melalui MPM. Layari https://www.petronas.com/mpm/ untuk maklumat lanjut tentang peluang pelaburan di Malaysia.

  • STRATEGI KELESTARIAN YANG KUKUH MERUPAKAN SEBAB PCG PECAH REKOD PADA TAHUN 2021

    PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-24 secara maya untuk membentangkan prestasi PCG kepada para pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir Disember 2021. Mesyurat Agung Tahunan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi PCG, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim. Turut hadir, semua Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Azli Ishak.

    Pada 2021, usaha global dalam pemulihan COVID-19 semakin meningkat. Ekonomi global terus terjejas oleh pelbagai cabaran lain termasuk kekangan rantaian bekalan, kejutan harga, kesan perubahan iklim dan sekatan berkaitan COVID-19. Di sebalik cabaran ini, PCG meneruskan tumpuannya kepada operasi dan keselamatan loji, mengekalkan  kadar penggunaan loji terbaik dalam kelas pada 93%, mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 10.4 juta tan setahun (tpa) dan mengekalkan rekod keselamatan yang cemerlang.

    Berikutan strategi dua serampang PCG dapat mengekalkan kekuatan petrokimia asas dan kepelbagaian derivative, bahan kimia khusus, dan penyelesaian terus membuka jalan ke arah prestasi yang kukuh. Kelebihan daya saing PCG daripada kemudahan bersepadu , kelebihan logistik, portfolio yang pelbagai, jejak serantau dan hubungan pelanggan yang kukuh adalah kunci kepada prestasi ini. Hasil daripadanya, PCG menutup 2021 dengan Keuntungan Selepas Cukai tertinggi sebanyak RM7.3 billion sejak penubuhannya.

    “Kami turut mengisytiharkan dividen sesaham dan nisbah pembayaran tertinggi untuk FY2021 sejak penyenaraian kami pada tahun 2010 iaitu jumlah dividen sebanyak 56 sen, termasuk dividen khas sebanyak 10 sen sesaham sempena ulang tahun ke-10 PCG.

    Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), kini dalam peringkat akhir kesediaan permulaan, menyediakan satu lagi platform untuk mengukuhkan kedudukan dalam kedua-dua bahan kimia asas dan khusus. Menjangkakan untuk memulakan permulaan pada suku kedua 2022. Dengan PIC, PCG akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluarannya daripada 12.8 juta kepada 14.6 juta tan setahun.

    Laporan PCG 2021 versi digital boleh didapati di laman web PCG di http://petronas.com/pcg/media/reports dan laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com di bawah pengumuman syarikat.

    Maklumat lanjut tentang PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my