Category: ATTRACTION

  • PETRONAS, AERODYNE AKAN KERJASAMA DALAM PENGELUARAN DAN PENGKOMERSILAN PENYELESAIAN BERASASKAN DRONE

    Kuala Lumpur, 25 April 2022 – Cabang pengkomersilan teknologi PETRONAS, PETRONAS Technology Ventures Sdn Bhd (PTVSB) telah menjalin kerjasama strategik dengan Aerodyne Oil and Gas Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Aerodyne Group, untuk meneroka peluang penggunaan dan pengkomersilan penyelesaian berasaskan dron.

    Kerjasama itu merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam usaha PETRONAS untuk meningkatkan kemampanannya. Ia bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi berasaskan dron dalam industri tenaga, menghasilkan peningkatan kecekapan operasi, mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan keselamatan tempat kerja. Ia juga sebahagian daripada usaha PETRONAS untuk membangunkan robotik dan pendigitalan supaya aktiviti jauh dan autonomi boleh dijalankan.

    Memorandum Kerjasama (MoC) telah ditandatangani pada 21 April antara kedua-dua pihak. PTVSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mahpuzah Abai dan Pengerusi PTVSB Dr. Nasir Darman, yang juga Ketua Pegawai Teknologi PETRONAS, manakala Aerodyne diwakili oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Kamarul A. Muhamed dan Aerodyne Oil & Pengarah Gas Karim Hamzah.

    Semasa majlis menandatangani perjanjian itu, Datuk Tengku Muhammad Taufik, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, turut hadir bersama Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS, Bacho Pilong, dan Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETRONAS, Mazuin Ismail untuk menyempurnakan perjanjian.

    Dalam ucapannya, Datuk Tengku Taufik berkata, “PETRONAS percaya perkongsian dengan Aerodyne adalah bukti kepada visi bersama kedua-dua organisasi untuk melonjakkan Malaysia ke barisan hadapan dalam penyelesaian teknologi dron di dunia. Dengan teknologi dalaman PETRONAS dan kepakaran Aerodyne, kami menantikan potensi teknologi berasaskan dron yang menarik yang akan dibawa untuk industri tenaga serta sektor lain, terutamanya dalam meningkatkan keselamatan dan mengurangkan jejak karbon di tapak kerja.”

    Di samping menyelam lebih mendalam ke dalam penyelesaian berasaskan dron inovatif untuk penggunaan teknologi dan pengkomersilan dalam industri pembuatan Malaysia, kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam peningkatan teknologi, pembangunan modal insan, penubuhan peraturan dan piawaian yang berkaitan, dan dorongan untuk liberalisasi perkhidmatan dron.

    Dr. Mahpuzah berkata, “Dengan kerjasama ini, langit adalah had kerana kami bergabung tenaga dengan penyedia perkhidmatan dron tempatan yang kini menduduki tempat pertama di dunia. Menggabungkan kepakaran dua syarikat yang begitu bersemangat untuk memajukan teknologi untuk memperkayakan kehidupan, kami tidak lama lagi akan mencatatkan kemungkinan baharu untuk penyelesaian berasaskan dron.”

    Kamarul menambah, “Mengumpulkan kepakaran dan sumber kami untuk membangunkan penyelesaian unik dan kreatif bagi cabaran hari ini dalam sektor O&G adalah pendekatan yang menarik dan akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan peluang di Malaysia dan seterusnya.”

    Kepentingan teknologi berasaskan dron ditunjukkan melalui pembinaan Pusat Dron PETRONAS untuk kemudahan penggunaan. PETRONAS berjaya menunjukkan pengangkutan muatan 5kg merentasi jarak 5km antara platform. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bersama-sama menyiasat potensi teknologi dan ekonomi sistem dron dengan muatan yang lebih besar dan julat yang lebih panjang untuk meningkatkan kecekapan dan kelajuan logistik.

  • Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ langkah tepat

    Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ langkah tepat

    KUALA LUMPUR – Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ menerusi penganjuran World #QuranHour pada tahun ini disifatkan sebagai satu langkah yang tepat pada masa ini.

    Qari, Ahmad Tirmizi Ali berkata, ia memandangkan manusia sebelum ini jauh dengan ALLAH SWT serta banyak melakukan maksiat.

    “Maka sujud itu memberi satu isyarat kepada perbuatan yang hampir dengan ALLAH. Setiap hamba itu di dalam solat perbuatan sujud itulah antara yang paling rapat dengan ALLAH,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

    World #QuranHour ini turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menyertai bacaan Surah Al-Sajdah.

    Bagi Qari, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman pula menyifatkan pemilihan Surah Al-Sajdah ini bertujuan bagi mengajak semua masyarakat untuk bersujud kepada ALLAH SWT.

    “Maknanya nak bangkitkan kembali ketetapan dan fokus kita ketika sujud itu setelah barangkali banyak ujian kita lalui dan alami. Ayat ini kembali memujuk kita bahawa sebenarnya kita ada ALLAH. Kadangkala kita lalai dan leka serta jauh daripada ALLAH SWT. Itulah sebenar untuk memujuk hati kita kembali bersujud,” jelasnya.

    Amirahman Abas

    Amirahman Abas

    Sementara itu, Qari, Amirahman Abas pula memuji penganjuran World #QuranHour yang diadakan kali ketujuh ini.

    “Bagus sebab dia nak menggerakkan semangat mahu membaca al-Quran itu dan melibatkan seluruh dunia. Ada hari-hari yang kita mesti ingat untuk membaca al-Quran. Paling kurang dalam masa satu jam. Saya ingat ia gerakan yang sangat baik digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF),” jelasnya.

    Sumber

  • Kerjasama Prasarana bersama BLINK: Penggunaan Transaksi Tanpa Tunai Untuk Kemudahan Pengguna

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah bekolaborasi dengan BonusKad Loyalty (BonusLink) di mana para pengguna boleh membeli pas perjalanan tanpa had My50 di atas talian dan aplikasi BonusLink yang dikenali sebbagai BLINK boleh membuat transaksi tanpa tunai .

    Kolaborasi ini telah dilancarkan oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Encik Melvin Ooi, di dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

    Prasarana kini telah meningkatkan kemudahan kepada para pengguna dengan menyediakan alternatif bagi pembelian pas tanpa had My50 yang sebelumnya ini dibeli secara tunai di stesen-stesen dan hab-hab yang terpilih.

    Azharuddin berkata kolaborasi bersama BonusLink merupakan titik permulaan bagi Prasarana bergerak segera agresif untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna atau customer experience sejajar dengan hasratnya untuk menarik semula minat orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam. Setakat ini, Rapid Kl mencatatkan jumlah penumpang harian (hari bekerja) seramai 500, 000 orang

    “Aplikasi BLINK yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Playstore ini boleh dimanfaatkan oleh para pengguna untuk membeli terus pas perjalanan My50 melalui tranksaksi atas talian dan tanpa tunai. Jika sebelumnya pengguna perlu membuat pembelian secara tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL, sekarang hanya dihujung jari menerusi aplikasi BLINK” Ujar Azharuddin.

    Kolaborasi ini akan bermula 15 Mei 2022 secara rintis dan bukti konsep selama tiga bulan, dan BLINK akan digunakan sebagai landasan utama bagi pembelian dan penebusan mata atau loyalty points sebagai Ahli BonusLink. Dimiliki bersama oleh syarikat-syarikat gergasi Shell, AmBank dan Parkson. Dengan pas perjalanan My50, para pengguna boleh menaiki semua aset-aset Rapid KL seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT di Lembah Klang selama 30 hari tanpa had.

    Kami telah melalui suatu cabaran yang begitu sukar kebelakangan ini disebabkan oleh pandemik covid 19. Namun, cabaran ini telah memberi peluang untuk kemajuan sektor utama ekonomi negara, dan kami di BonusLink percaya bahawa Kerjasama dengan Prasarana ini adalah permulaan yang baik untuk ahli-ahli BonusLink dan pengguna rangkaian pengangkutan awam Prasarana dalam menyediakan kemudahan tambahan untuk perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia,” ujar Ooi.

    “jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas Kendalian Rapid KL. Ia juga akan dipertingkatkan dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana” tambah Azharuddin

    Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi ini, para pengguna boleh melayari website rasmi Rapid KL di myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my

  • Kehadiran Permaisuri beri impak besar kepada World #QuranHour

    Kehadiran Permaisuri beri impak besar kepada World #QuranHour

    SHAH ALAM – Kehadiran Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli pada Program World #QuranHour pada Selasa sudah pasti memberi impak yang sangat besar kepada program berkenaan yang membawa misi Surah Al-Sajdah pada tahun ini.

    Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, 35 berkata, sokongan Raja Permaisuri Agong itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya dalam mendukung tiga perkara Surah Al-Sajdah.

    Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

    Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

    “Kita sebagai rakyat melihat bagaimana pemerintah tertinggi ini melahirkan sokongan dan menzahirkan kesanggupan untuk sama-sama mendukung surah ini dan tema ‘Dunia Bersujud’.

    “Saya pasti orang-orang yang hadir dalam menjayakan program pada hari ini khususnya akan dapat mengambil manfaat sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang telah digariskan iaitu yakin kepada ALLAH SWT, sujud kepada ALLAH SWT dan tidak sombong dalam kehidupan.

    “Memandangkan ia sempena penganjuran tahun yang keenam, dari 2016 lagi maka, besarlah harapan saya sebagai salah seorang karyawan yang berada di Kumpulan Karangkraf ini agar ingin melihat gelombang al-Quran dan juga momen seperti ini akan sentiasa dilakukan pada tahun-tahun yang mendatang,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas selesai membaca al-Quran untuk Program World #QuranHour di auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

    Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Pengisian Kumpulan Sinar Karangkraf, Rozaid Rahman.

    Kakitangan Kumpulan Karangkraf yang menyertai Program World #QuranHour pada Selasa.

    Kakitangan Kumpulan Karangkraf yang menyertai Program World #QuranHour pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Mohamad Amiro Safwan berkata, masyarakat perlu tadabbur surah-surah al-Quran dengan lebih mendalam supaya mereka dapat memikirkan bahawa al-Quran itu bukan sekadar membaca tetapi juga mendapat manfaat.

    Menurutnya, Surah Al-Sajdah iaitu surah untuk misi tahun ini, mengajak manusia supaya tunduk, patuh, rukuk dan sujud kepada ALLAH SWT terhadap apa yang telah dialami sepanjang tahun ini.

    “Saya merakamkan jutaan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf khususnya di bawah naungan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub kerana menggerakkan satu gelombang untuk menerbitkan kesedaran kepada masyarakat khususnya iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai solusi dalam kehidupan.

    “Mudah-mudahan ada sinar bahagia hari-hari yang mendatang dan dengan kita tunduk, sujud dan patuh kepada ALLAH SWT maka akan meraih kebaikan dan keberkatan yang banyak kepada kita,” ujarnya.

    Sumber

  • Kehadiran Permaisuri beri impak besar kepada World #QuranHour

    Kehadiran Permaisuri beri impak besar kepada World #QuranHour

    SHAH ALAM – Kehadiran Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli pada Program World #QuranHour pada Selasa sudah pasti memberi impak yang sangat besar kepada program berkenaan yang membawa misi Surah Al-Sajdah pada tahun ini.

    Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, 35 berkata, sokongan Raja Permaisuri Agong itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya dalam mendukung tiga perkara Surah Al-Sajdah.

    Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

    Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

    “Kita sebagai rakyat melihat bagaimana pemerintah tertinggi ini melahirkan sokongan dan menzahirkan kesanggupan untuk sama-sama mendukung surah ini dan tema ‘Dunia Bersujud’.

    “Saya pasti orang-orang yang hadir dalam menjayakan program pada hari ini khususnya akan dapat mengambil manfaat sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang telah digariskan iaitu yakin kepada ALLAH SWT, sujud kepada ALLAH SWT dan tidak sombong dalam kehidupan.

    “Memandangkan ia sempena penganjuran tahun yang keenam, dari 2016 lagi maka, besarlah harapan saya sebagai salah seorang karyawan yang berada di Kumpulan Karangkraf ini agar ingin melihat gelombang al-Quran dan juga momen seperti ini akan sentiasa dilakukan pada tahun-tahun yang mendatang,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas selesai membaca al-Quran untuk Program World #QuranHour di auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

    Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Pengisian Kumpulan Sinar Karangkraf, Rozaid Rahman.

    Kakitangan Kumpulan Karangkraf yang menyertai Program World #QuranHour pada Selasa.

    Kakitangan Kumpulan Karangkraf yang menyertai Program World #QuranHour pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Mohamad Amiro Safwan berkata, masyarakat perlu tadabbur surah-surah al-Quran dengan lebih mendalam supaya mereka dapat memikirkan bahawa al-Quran itu bukan sekadar membaca tetapi juga mendapat manfaat.

    Menurutnya, Surah Al-Sajdah iaitu surah untuk misi tahun ini, mengajak manusia supaya tunduk, patuh, rukuk dan sujud kepada ALLAH SWT terhadap apa yang telah dialami sepanjang tahun ini.

    “Saya merakamkan jutaan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf khususnya di bawah naungan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub kerana menggerakkan satu gelombang untuk menerbitkan kesedaran kepada masyarakat khususnya iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai solusi dalam kehidupan.

    “Mudah-mudahan ada sinar bahagia hari-hari yang mendatang dan dengan kita tunduk, sujud dan patuh kepada ALLAH SWT maka akan meraih kebaikan dan keberkatan yang banyak kepada kita,” ujarnya.

    Sumber

  • Bawa mesej World #QuranHour melalui ‘flash mob’

    Bawa mesej World #QuranHour melalui ‘flash mob’

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Persatuan Briged Sukarelawan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengadakan ‘flash mob’ Yakin, Sujud dan Tidak Sombong (YST) sebagai gerakan menuju World #QuranHour yang diadakan pada Selasa.

    Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) WUIF, Muhammad Iqbal Mohd Rosdi berkata, ‘flash mob’ tersebut yang diadakan pada Jumaat lalu bertujuan membawa mesej yang terkandung dalam misi World #QuranHour pada tahun ini iaitu surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan.

    Ujar Muhammad Iqbal, pentas program Iftar Ala [email protected] telah dijadikan sebagai tempat ‘flash mob’ dengan membawa mesej World #QuranHour supaya ia dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada orang ramai yang datang ke sana.

    “Keunikan ‘flash mob’ ini adalah kita membawakan mesej ‘simple’ (ringkas) tetapi senang dihadam.

    “Diharapkan dengan flash mob ini orang akan mudah ingat dengan ‘key point’ (titik penting) yang kita ingin bawa dalam surah Al-Sajdah itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

    Mengulas lanjut, Muhammad Iqbal memaklumkan seramai 20 orang sukarelawan dari UiTM Shah Alam daripada pelbagai jurusan telah menyertai ‘flash mob’ berkenaan.

    Muhammad Iqbal

    Muhammad Iqbal

    Tambahnya, perkara utama yang dibawakan dalam mesej surah Al-Sajdah melalui gerakan ‘flash mob’ itu ialah yakin iaitu memupuk keyakinan orang ramai terhadap ALLAH SWT dan al-Quran.

    “Kemudian dengan keyakinan itulah, kita semakin tunduk dan semakin sujud kepada ALLAH SWT bahawa ALLAH SWT akan mengatur kehidupan kita dan kita mengikut arahanNya seperti yang terkandung di dalam al-Quran.

    “Yang ketiga, dengan kita mengakui bahawa ALLAH SWT adalah segala-galanya, kita tidak menjadi sombong kepada orang, alam dan paling penting kepada ALLAH SWT,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Presiden Persatuan Briged Sukarelawan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Amirah Safiah Shaharuddin, 22, mengakui berbesar hati kerana dijemput untuk bersama-sama dengan WUIF menyertai ‘flash mob’ di Kompleks Karangkraf.

    Amirah Safiah

    Amirah Safiah

    Amirah Safiah berkata, ia merupakan satu pengalaman yang amat bermakna menjadi sebahagian daripada komuniti dalam menjayakan serta mempromosikan World #QuranHour pada tahun ini.

    “Insya-ALLAH apa yang semua sukarelawan harapkan adalah kami dapat sampaikan mesej yang memang menepati objektif program ini untuk menggalakkan orang ramai membaca al-Quran termasuk surah Al-Sajdah untuk tahun ini,” menurutnya.

    Sementara itu, program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang diadakan bermula 4 April lalu sehingga 29 April ini turut memberi peluang kepada orang ramai merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi.

    Orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah boleh membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya dengan menghubungi sekretariat di talian 019-2133315.


    Sumber

  • Masjid Abidin bergema surah Al-Sajdah

    Masjid Abidin bergema surah Al-Sajdah

    KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Suasana Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu) di sini bergema dengan alunan bacaan Surah Al-Sajdah sempena program World#QuranHour 2022 yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada jam 12 tengah hari pada Selasa.

    Lebih 400 peserta hadir ke majlis berkenaan yang bermula jam 11.30 pagi itu.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rozali Salleh.

    Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah sebelum bacaan surah Al-Sajdah oleh imam khas Masjid Abidin, Syeikh Dr Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari Al-Misri dan Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Mohd Hanafiah Hussin sebagai pentadabbur.

    Dr Syed Mohammad Salleh (kanan) bersama jemputan sedang membaca Surah Al-Sajdah pada program World#QuranHour di Masjid Abidin.

    Dr Syed Mohammad Salleh (kanan) bersama jemputan sedang membaca Surah Al-Sajdah pada program World#QuranHour di Masjid Abidin.

    Pengerusi Ahli Lembaga Masjid Abidin, Datuk Dr Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al Zawawi berkata, ini merupakan kali pertama Masjid Abidin menganjurkan program World#QuranHour dengan kerjasama rakan sinergi yang lain.

    “Program ini satu idea yang bagus dalam usaha mendekatkan al-Quran dalam diri kita dan masyarakat lengkap dengan tadabbur dan kefahaman ayat.

    “Harapan kita program ini dapat diadakan lagi di sini pada masa akan datang untuk manfaat rakyat,” katanya ketika ditemui pada World#QuranHour 2022 di Masjid Abidin di sini pada Selasa.

    Lebih 400 peserta hadir bagi menjayakan World#QuranHour 2022 di Masjid Abidin di Kuala Terengganu pada Selasa.

    Lebih 400 peserta hadir bagi menjayakan World#QuranHour 2022 di Masjid Abidin di Kuala Terengganu pada Selasa.

    Masjid Abidin merupakan salah satu daripada empat lokasi utama program World#QuranHour di Terengganu selain Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang); Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Jamek, Kijal, Kemaman.

    Program ini dianjurkan Masjid Abidin dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Terengganu dan Kumpulan Perlibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta Kuala Terengganu.

    Ia mendapat penglibatan peserta dari MBKT, Yayasan Terengganu, Polis Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali dan pelajar Madrasah Al-Muhajirin Bukit Jong, Tahfiz Ar-Rusd, Madrasah Ar-Rahmah.

    World #QuranHour diadakan serentak seluruh negara pada Selasa bersamaan 24 Ramadan 1443H.

    Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

    Sumber

  • Rumah Ngaji Kelantan tekad perhebatkan semula World #QuranHour

    Rumah Ngaji Kelantan tekad perhebatkan semula World #QuranHour

    KOTA BHARU – Persatuan Rumah Ngaji Kelantan tekad memperhebatkan lagi kempen World #QuranHour yang dilihat agak suram sejak dua tahun kebelakangan ini ekoran pandemik Covid-19.

    Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, langkah itu bertujuan menarik lebih ramai masyarakat untuk kembali membudayakan bacaan dan mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab suci itu.

    “Saya akui sambutan terhadap program ini agak menurun sepanjang tempoh Covid-19 disebabkan tiada program secara bersemuka.

    “Namun dengan adanya sokongan dari rakan baharu iaitu Mydin Mall ini dan sudah boleh bersemuka, saya yakin World #QuranHour akan dapat kembali dipopularkan sekali gus menghidupkan semula amalan membaca al-Quran,” katanya kepada pemberita pada Program World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, di sini pada Selasa.

    Sebahagian daripada peserta World #QuranHour yang terdiri daripada pelajar tahfiz tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut yang berlangsung serentak seluruh Malaysia.

    Sebahagian daripada peserta World #QuranHour yang terdiri daripada pelajar tahfiz tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut yang berlangsung serentak seluruh Malaysia.

    Perasmian program itu disempurnakan oleh Pegawai hal Ehwal Imarah Masjid Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Rosli Che Soh.

    Hadir sama Pengurus Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Salim Mydin.

    Menurutnya, melalui kerjasama itu, kempen berterusan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa supaya amalan baik ini kekal subur dalam kalangan masyarakat di Kelantan.

    Beliau berkata, setiap pelanggan yang hadir ke Mydin Mall untuk membeli-belah akan disuburkan dengan kata-kata nasihat berkait dengan budaya membaca al-Quran.

    Sebahagian daripada peserta yang hadir menjayakan Program World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.

    Sebahagian daripada peserta yang hadir menjayakan Program World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.

    Adnan berkata, selepas ini pihaknya akan menganjurkan kempen Malaysia #QuranHour pada bulan Ogos nanti.

    “Untuk makluman di sini juga kita akan menghidupkan program bersama pelajar dalam mendekatkan mereka dengan al-Quran,” katanya.

    Sementara itu Salim berkata, pihaknya telah mewujudkan kelas-kelas al-Quran secara percuma kepada para pelanggan yang berkunjung ke Mydin Mall Kota Bharu.

    “Kelas ini ada dua sesi iaitu jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 4 petang yang berlangsung di surau Mydin Mall.

    “Apa yang kita lakukan ini adalah usaha untuk menyuburkan lagi amalan membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

    Salim berkata, Mydin menyediakan guru untuk pelanggan yang ingin mengikuti kelas berkenaan.

    Sumber

  • World #QuranHour diadakan serentak di 20,000 lokasi

    World #QuranHour diadakan serentak di 20,000 lokasi

    KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,000 lokasi berdaftar World #QuranHour diadakan secara serentak dalam Malaysia pada Selasa bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, bagi luar negara penganjurannya dijalankan menerusi 14 lokasi di 14 negara.

    “Di luar negara kita bekerjasama dengan kedutaan. Selain daripada itu, yang sudah biasa ikut, orang di sana yang akan menyusun program World #QuranHour ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

    Marhaini Yusoff

    Marhaini Yusoff

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2022 yang berlangsung di Studio TV Alhijrah pada Selasa.

    Pada tahun lalu, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar dalam negara dan 42 lokasi luar negara.

    World #QuranHour pada Selasa dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 7 dibimbing oleh qari, Mohamad Husaini Mahmur.

    Kemudiannya, ia diikuti sesi bacaan 30 ayat surah Al-Sajdah secara bergilir oleh qari, Dr Anuar Hasin, Abdul Khair Jalil, Ahmad Tirmizi Ali, Amirahman Abas dan Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

    Sesi tadabbur pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail; Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

    Mengulas lanjut, Marhaini berkata, sejak penganjuran World #QuranHour ini, pihaknya mendapati pembukaan Rumah Ngaji juga semakin bertambah.

    Menurutnya, dianggarkan jumlah Rumah Ngaji kini adalah 1,000 manakala Quran Corner pula 6,000.

    “Kalau awal-awal dahulu mungkin dalam 10 Rumah Ngaji. Tetapi bila kita mulakan World #QuranHour, setiap negeri sudah mempunyai wakil negeri untuk Rumah Ngaji,” katanya.

    Selain daripada itu tambahnya, disebabkan World #QuranHour ini memfokuskan agensi-agensi dan organisasi, mereka turut boleh mengambil nilai al-Quran untuk dijadikan panduan.

    Sumber

  • Alunan surah Al-Sajdah bergema di Perpustakaan Raja Tun Uda

    Alunan surah Al-Sajdah bergema di Perpustakaan Raja Tun Uda

    SHAH ALAM – Pogram World #QuranHour di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, bergema dengan alunan bacaan kitab suci itu selama satu jam oleh lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan.

    Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, surah Al-Sajdah dapat memberi panduan kepada umat Islam dan pemimpin negara terutamanya.

    Menurutnya, surah itu dapat membantu golongan pemimpin terbabit untuk menjadi lebih baik dan mengambil tindakan dalam membantu golongan memerlukan, miskin dan anak yatim.

    “Satu program yang benar-benar bermakna, kita menghentikan aktiviti lain dan hanya mendengar kata-kata dari al-Quran dan para ulama agar pemimpin melakukan perkara yang betul dengan menjaga golongan miskin, anak-anak yatim serta B40 ini,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan World QuranHour 2022 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini pada Selasa.

    Tambahnya, program itu turut berlangsung di seluruh perpustakaan di Selangor.

    Tahun ini, World QuranHour bertemakan berinteraksi dengan surah Al-Sajdah, mensasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud selama sejam dengan al-Quran dibaca, difahami dan diamalkan.

    Program berlangsung dari jam 12 hingga 1 tengah hari itu bersiaran secara langsung melalui saluran media utama negara termasuk dalam talian dengan penglibatan lebih 2.63 bilion peserta sejak 2015.

    Sumber