Category: ATTRACTION

  • Tunku Azizah cemar duli hadir World #QuranHour 2022

    Tunku Azizah cemar duli hadir World #QuranHour 2022

    KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2022 yang berlangsung di Studio TV Alhijrah pada Selasa.

    Tunku Azizah tiba di pekarangan bangunan TV Alhijrah pada jam 11.30 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan Surah Al-Sajdah yang dipilih sebagai surah utama dalam program tersebut.

    World #QuranHour tahun ini mengangkat tema ‘Dunia Bersujud’ sebagai usaha memperkukuhkan gelombang gerakan ‘Baca, Faham dan Amal Al-Quran’ dalam kalangan masyarakat.

    Program tersebut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    Ia turut mendapat kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karangkraf Medicare Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabat Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.


    Sumber

  • JENAMA BELI BELAH TERBESAR TANAH AIR, STARVENDORS KEMBALI SELEPAS 2 TAHUN

    StarVendors kembali lagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran StarVendors Mega Raya Fest 2022 di WTC pada 22 hingga 24 April 2022.

    Festival yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperassi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar. Beliau turut meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa dan seterusnya melawat ruang pameran.

    Acara kemuncak festival tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada malam 24 April 2022. Acara cabutan bertuah akan turut diadakan yang menawarkan 2 hadiah utama motosikal RXZ.

    Menariknya, program yang berlangsung bermula jam 9 pagi 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April akan cuba untuk mencatatkan rekod penganjuran acara selama 75 jam tanpa henti.

    StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam negara seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Tujuan utama StarVendors adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga.

    StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya 2022 bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

    Program ini turut ditaja oleh Serifa Beauty, Secret Desire, Origina, SugarBomb, Todak, Doctor Kayu dan Semblance.

    Pada tahun ini StarVendors menyasarkan peningkatan jumlah pengunjung kerana sudah 2 tahun acara seumpama ini tidak diadakan.

  • World #QuranHour mampu naikkan imej Islam, pupuk budaya al-Quran

    World #QuranHour mampu naikkan imej Islam, pupuk budaya al-Quran

    SHAH ALAM – Program World #QuranHour mampu menaikkan imej Islam, sekali gus memupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan sama ada dari segi pembacaan, penghayatan dan amalan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan, agar semua organisasi, masjid, surau dan individu meluangkan masa selama satu jam, bermula jam 12 tengah hari esok (Selasa) di lokasi masing-masing untuk berinteraksi dengan al-Quran khususnya surah Al-Sajdah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

    “Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita semua dapat berkumpul bersama-sama dalam program World #QuranHour kali ke-7 yang bertemakan #DuniaBersujud.

    “Saya difahamkan World #QuranHour tahun ini telah memilih surah Al-Sajdah sebagai surah utama bagi mengajak orang ramai menghayati erti sebenar bersujud dengan penuh keyakinan kepada ALLAH SWT yang dapat membuang sifat ego atau sombong untuk berjaya di dunia dan akhirat.

    “Surah tersebut turut menjadi panduan untuk perubahan kerangka minda dan penyatuan ummah melalui aspek ekonomi dan pendidikan, sekali gus memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi ujian dengan bersujud kepada ALLAH SWT,” katanya dalam satu ucapan sempena Program World #QuranHour yang akan berlangsung pada Selasa.

    Bermula jam 12 tengah hari esok (Selasa) orang ramai yang berada di lokasi masing-masing untuk berinteraksi dengan al-Quran khususnya surah Al-Sajdah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

    Bermula jam 12 tengah hari esok (Selasa) orang ramai yang berada di lokasi masing-masing untuk berinteraksi dengan al-Quran khususnya surah Al-Sajdah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

    Mengulas lanjut beliau berharap agar surah tersebut bukan sekadar dibaca, tetapi diamalkan dalam kehidupan kita.

    “Semoga usaha baik mendekatkan masyarakat dengan al-Quran seperti yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan rakan sinerginya ini akan dapat diteruskan sampai bila-bila dan dirahmati oleh Allah SWT,” ujarnya.

    Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada WUIF kerana penganjuran World #QuranHour mampu memberi impak besar kepada segenap lapisan masyarakat khususnya umat Islam dalam meningkatkan kesedaran untuk mendampingi al-Quran.

    Beliau juga merakamkan penghargaan, kepada rakan sinergi WUIF, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pusat Pelancongan Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Sinar Harian, TV AlHijrah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Majlis Permuafakatan Angkatan NGO-NGO Malaysia (MAPAM) di atas penganjuran World #QuranHour 2022.



    Sumber

  • Sertai World #QuranHour di TV Alhijrah

    Sertai World #QuranHour di TV Alhijrah

    SHAH ALAM – Orang ramai boleh menyertai World #QuranHour di rumah masing-masing melalui saluran TV Alhijrah bermula jam 12 hingga 12.55 tengah hari pada Selasa.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, setakat ini sebanyak 15,000 lokasi seluruh negara telah didaftarkan sebagai lokasi World #QuranHour yang membawakan tema ‘Dunia Bersujud’.

    Menurutnya, jumlah ini melepasi angka 3,000 lokasi pada tahun lalu dan orang ramai digalakkan bersama-sama membaca surah Al-Sajdah di rumah masing-masing menerusi siaran langsung oleh TV Alhijrah.

    “Setakat ini, terdapat 20 lokasi di seluruh dunia yang mengesahkan akan menyertai World #QuranHour.

    “Jumlah lokasi dijangka bertambah lagi pada malam ini dan bagi menyemarakkan World #QuranHour, orang ramai boleh memuat naik gambar di lokasi masing-masing menerusi media sosial dengan meletakkan World #QuranHour sebagai tanda sokongan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dijadual mencemar duli bagi menghadiri Program World #QuranHour 2022 yang berlangsung di lokasi perdana, Studio TV Alhijrah pada Selasa.

    Selain itu turut dijangka hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail.

    Beberapa duta asing yang bakal turut serta termasuklah Duta Tajiskistan, Turki, Somalia dan Senegal.

    World #QuranHour merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022.

    Matlamat surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi dan Penyayang.

    World #QuranHour diadakan kerjasama rakan Sinergi Media Malaysia kembali untuk tahun ketujuh membawakan tema ‘Dunia Bersujud’.

    Sumber

  • Terengganu buka tirai World#QuranHour 2022

    Terengganu buka tirai World#QuranHour 2022

    KUALA TERENGGANU – Terengganu membuka tirai program World#QuranHour 2022 yang menjadikan Surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan untuk dibaca, diperhalusi dan difahami bersama.

    Muhaisham

    Muhaisham

    Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Muhaisham Ibrahim berkata, program yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada Selasa dimulakan lebih awal memandangkan negeri itu mengambil cuti umum pada Selasa sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

    “Walaupun tarikh berlangsungnya program ini ditukar pada saat akhir, sambutan diterima dari agensi kerajaan sama ada kerajaan negeri dan persekutuan amat memberangsangkan.

    “Setakat Isnin, lebih 40,000 peserta terdiri dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan negeri dan persekutuan turut serta untuk bersama-sama menyemarakkan program ini dengan penuh semangat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sempena ProgramWorld#QuranHour di Dewan Serbaguna PPAT di sini, pada Isnin.

    Menurut Muhaisham, seramai 300 peserta terdiri dalam kalangan guru serta wakil agensi kerajaan menyemarakkan program di PPAT yang merupakan antara empat lokasi dipilih sebagai hotspot utama penganjuran Program World #QuranHour 2022 di Terengganu pada tahun ini.

    “Pada Selasa program World #QuranHour akan diteruskan di masjid-masjid di negeri ini serta akan turut dijayakan dengan penyertaan daripada wakil badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

    Sebahagian daripada 300 peserta yang menyertai program World#QuranHour 2022 di Dewan Serbaguna PPAT antara lokasi hotspot program berkenaan di Terengganu.

    Sebahagian daripada 300 peserta yang menyertai program World#QuranHour 2022 di Dewan Serbaguna PPAT antara lokasi hotspot program berkenaan di Terengganu.

    Hadir sama pada program itu ialah Timbalan Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Ridzuan Hashim dan Pengarah PPAT, Noriza Ismail.

    Sementara itu, Jurulatih Tadabbur Rumah Ngaji Terengganu, Mohd Amir Syakirin Maznan berkata, surah Al-Sajdah memberi pengertian besar terhadap umat Islam.

    Katanya, surah berkenaan menceritakan berkenaan orang mukmin yang amat menghargai dan menghayati al-Quran dengan penuh keyakinan.

    “Segala kurniaan oleh ALLAH SWT meliputi semua aspek sama ada ekonomi, pemerintahan, kerjaya keluarga akan disucikan daripada perkara yang tidak disukai ALLAH SWT.

    “Surah ini memberi pengertian orang yang bersujud bukan sekadar sujud dalam sembahyang namun mereka lakukan sujud dalam segenap aspek kehidupan mereka dengan erti kata lain tunduk dan patuh atas kurniaan ALLAH SWT kepada mereka,” katanya.

    Kesemua 300 peserta program World#QuranHour 2022 merakam gambar kenangan selepas program di Dewan Serbaguna PPAT pada Isnin.

    Kesemua 300 peserta program World#QuranHour 2022 merakam gambar kenangan selepas program di Dewan Serbaguna PPAT pada Isnin.

    Beliau menjelaskan, antara ciri-ciri orang yang sentiasa lakukan sujud ialah mereka tidak akan sesekali berasa sombong di dalam segala hal dan keadaan kerana mereka mengetahui bahawa semua itu adalah pemberian ALLAH SWT.

    Sumber

  • Mari Meriahkan Aidilfitri Anda bersama Astro dengan Menampilkan 190 Rancangan Sempena Hari Raya!

    Tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramdan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik ini dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid-19.

    Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata bersesuaian dengan tema tahun ini, Astro bakal menyajikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan.

    “Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang bakal menampilkan nama-nama popular tanah air, karya throwback ‘terbaik’ serta program kanak-kanak dan animasi. 

    “Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan bermula siaran mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam di Astro WARNA. Program baru ini menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos dan barisan panel seperti Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin dan ramai lagi.

    “Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di semua platform digital Astro. Menerusi platform radio pula, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga bakal menemani pendengar dan membawakan pelbagai kandungan terbaik di sepanjang Syawal nanti.

    “Dengan rasa teruja kami mempertontonkan treler kepada iklan filem pendek Raya Astro hasil arahan pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen kami, Nadhir Nasar. 

    “Buat pertama kalinya iklan raya kami diolah menjadi sebuah filem pendek berdurasi 20 minit arahan dari pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi oleh salah seorang duta kempen kampen kami Nadhir Nasar dengan berjudul “Tujuh Hari Di Bawah Matahari”.

    Nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro GO menjelang Hari Raya Pertama, 3 Mei pada jam 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 3 Syawal, 5 Mei jam 8.00 malam.

    Rancangan Hiburan Variasi ’Raya Special’ di Astro Ria akan dimulakan dengan ’Megaraya Ria’ yang bermula siaran dari malam Raya hingga 5 Syawal. Program-program hiburan menarik seperti ’Meletop Raya’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’, ‘Bila Tiba Big Stage Beraya’, program istimewa dari Jakarta terus kerumah anda dalam ‘Tembakan Syawal Bunda Hetty’, ’Konsert Semangat Lebaran Kita’, ’Kisah Seorang Aliff Aziz’, dan program eksklusif menyelami suka duka Shuib dalam ’Semakin Cinta, Shuib’ juga akan menemani penonton sepanjang lima hari pertama bulan Syawal nanti.

    Kemeriahan di Syawal ini juga akan diriuhkan lagi dengan himpunan Rancangan Komedi. Bergelak ketawa dengan ‘Sepahtu Al Raya’ selama 7 malam berturut-turut yang akan bersiaran dari malam Raya hingga 6 Syawal di Astro Warna dalam himpunan tujuh episod khas – ‘Konsert Raya Sepahtu’, ’Guntingkan Kesedihanmu’, ‘Warung Sepahtu Raya’, ‘Misteri Kem Motivasi (Hantu Raya)’, ‘Lebaran Perantauan’ dan ‘Sambutan Salah Niat’. Juga di Astro Warna, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia Reunion 2022’, ’MLM Raya:Kampung Pening Lalat’ dan ’Sejenis Raya Reunion’ yang menampilkan barisan pelawak lagenda, Senario, bakal menggeletek hati penonton.

     Istimewa buat para peminat program ‘signature’, Astro Warna bakal memperkenalkan program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam. Manakala untuk penggemar program bercorak variasi, Astro Ria akan menyajikan dua buah episod khas ’Romantika Raya’ bersama 2 pasangan selebriti terkenal – Kamal Adli & Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad & Raja Syahiran.

    Menerusi Gempak Original Series, Kamal dan Uqasha turut akan membintangi ’The House Kamal & Uqasha’ yang akan memaparkan perjalanan bulan madu mereka ke Kuantan dengan menaiki karavan. The House yang juga ditaja oleh McDonald’s ini akan mula ditayangkan pada 5 Mei di Astro Ria, jam 2.00 petang dengan dua episod pertama ditayangkan secara berturut – turut. Episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria.

    Sambutan perayaan bulan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa diserikan dengan koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya. Di Astro Ria, penonton akan dapat mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti ’Penunggang Agama 2’, ‘18 Puasa di Kampung Pisang’, ‘Kampung Pisang Muzikal’ dan enam buah telefilem istimewa Syawal berjudul ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ & ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal, jam 10 pagi.

    Telefilem-telefilem ini akan dibarisi ramai pelakon popular masa kini seperti Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan, Janna Nick, pasangan popular Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson, juga pelakon veteran seperti Kartina Aziz dan Jalil Hamid. Astro Citra juga tidak ketinggalan menampilkan sebuah telefilem eksklusif berjudul ‘Curi Duit Raya’ pada 5 Syawal.

    Bagi peminat drama bersiri Melayu, ‘Jangan Menangis Cinta’ & ’Scammer 2’ di Astro Ria, ‘Dendam Seorang Isteri’ di Astro Prima dan ‘Kuasa’ di Astro Citra akan terus setia menemani penonton sehingga ke penghujung musim.

    Khas untuk penonton-penonton cilik, program animasi dan kanak-kanak di Astro Ceria, ’Megastar Academy’, ’Puteri Kuasa Tiga’, ’Take CTRL’, ’Didi & Friends Raya Song’ dan ’Puteri’ akan menghiburkan adik-adik sepanjang Syawal nanti. Di Astro Warna, ’Lu Fikir La Nabil, TuuDeh..!!’ pula akan ke udara pada 3 Syawal.

    Di rangkaian saluran antarabangsa, para pelanggan Astro boleh menonton 2 buah filem terbaharu seperti ’The Batman’ dan ’King Richard’ di HBO GO menerusi On Demand. Di saluran PRIMEtime, sebuah rancangan masakan realiti ‘Star vs Food Malaysia – Raya Special’ akan bersiaran pada 7 dan 8 Mei di mana 2 episod ini akan memaparkan gandingan mantap masakan Datin Lisa Surihani bersama Chef Melba Nunis dan Daiyan Trisha bersama Chef Fadzly Che Omar. Sebuah animasi baru untuk kanak-kanak ’The Patrick Star Show’ pula akan muncul di saluran Nickelodeon bermula 23 Mei.

    Untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua. Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn dan Eli dan program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak juga akan ke udara. Kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena.

    Dari 11 April – 11 Mei, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian (termasuk tiket penerbangan dan penginapan), tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot dari Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Rewards! Layari astro.com.my/rewardsraya untuk maklumat lanjut

    Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astroraya.com.my

  • RAYA TERBAIK GABUNGAN TIGA SUARA DAYANG NURFAIZAH, HANNAH DELISHA & SOPHIA LIANA

    Petaling Jaya, 22 April 2022 – Edisi Raya All Out daripada syarikat rakaman Universal Music Malaysia diteruskan dengan persembahan gandingan pertama penyanyi Dayang  Nurfaizah, Hannah Delisha dan Sophia Liana menerusi lagu raya, RAYA TERBAIK.

    Universal Music Malaysia sebelum ini mengeluarkan single Balik Kampung yang menggabungkan lima penyanyi dan rapper popular, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, ASYRAF NASIR dan Yonnyboii, Dolla dan Hael Husaini untuk lagu Suara Lebaran Kita dan Dato’ SriSiti Nurhaliza (Lip Lap Raya) dan The Gadys (Great Gadys).

    Lagu RAYA TERBAIK ditulis oleh Ajay Amai, Banni Basyishar, Sophia Liana, dan Ja’a.

     Gandingan Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, dan Sophia Liana memang di luar jangkaan, dan ketiga-tiga bakat cemerlang ini masing-masing mempunyai laluan kerjaya tersendiri untuk diikuti.

    Lagu RAYA TERBAIK yang mementingkan kegembiraan, mengimbau kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di tanah air, serta meraikannya bersama orang tersayang.

    Perwatakan dan kekuatan vokal yang berbeza memberikan ‘mood’ menjadikan lagu ini berbeza daripada lagu raya lain.

    Penerbit lagu RAYA TERBAIK iaitu Bani Basyisyar menggabungkan pelbagai elemen muzik tradisional dalam lagu ini.

    “Lagu ini adalah gabungan muzik inang, joget dan sedikit koplo pada bahagian korus. Rentak tradisional ini diiringi oleh alat muzik dan bunyi moden. Sudah lama lagu raya tidak menampilkan muzik sebegini dan bagi saya ia satu lagi kelainan dan keistimewaan,” katanya.

    Dalam liriknya, Dayang Nurfaizah menggambarkan RAYA TERBAIK sebagai “lagu raya yang menyeronokkan.”

    “Lagu ini sangat ‘fun’, seronokdan kalau tengok lirikia lebih menunjukkan pada kemeriahan suasana hari raya. Jadi harapan saya kepada sesiapa saja yang mendengar lagu ini terutama peminat saya, kalau dengar lagu ini mereka dapat ‘vibes’ kemeriahan berhari raya bersama keluarga,” katanya.

    Dayang mengulas betapa hebatnya sesi rakamannya bersama Hannah dan Sophia.

    “Proses rakaman sangat senang dan semuanya berjalan lancar. Masing-masing ada bahagian. Saya masuk dulu, sementara Hannah dan Sophia rakam kemudian. Sebelum rakam saya ada juga berjumpa dengan Hannah, sebab nak tengok bahagian mana sesuai untuk saya dan untuk Hannah.  Sewaktu  rakaman  pun  sekali  dengan  komposer  dan  penerbit  untuk  lagu  ini.  Jadi proses rakaman lagu ini sangat mudah,” katanya.

    Dayang melaporkan muzik video (MV) lagu ini dirakam dalam suasana meriah, seperti yang digambarkan dalam liriknya.

    “Penggambaran MV ambil masa lama sebab membabitkan tiga artis. MV ini kita cuba tunjukkan suasana hari raya yang kita sambut meriah dan raikan bersama keluarga. Itu yang kita cuba sampaikan sama seperti dalam lirik lagu ini. Secara keseluruhan memang seronok walaupun penat,” katanya.

    Bagi Hannah Delisha pula, dia berpendapat lagu RAYA TERBAIK merupakan lagu raya yang segar dan mampu menarik perhatian pencinta muzik tanah air.

    “Ini adalah lagu raya. Sudah tentu lagu ini menceritakan mengenai detik  gembira  yang  kita semua  alami semasa menyambut  hari  raya.  Raya adalah mengenai berkumpul  dengan keluarga dan rakan-rakan kita.

    “Jadi, lagu ini memberikan ‘vibes’ yang menyeronokkan, segar  dan sangat menarik.  Ia juga kolaborasi  lagu raya  pertama  saya  dengan  dua  wanita  berbakat  dalam  industri  muzik  ini. Sangat teruja untuk semua orang mendengar lagu ini,” kata Hannah.

    Pada masa yang sama, Sophia adalah komposer bersama lagu RAYA TERBAIK, dan dia gembira kerana berpeluang berkolaborasi dengan Dayang dan Hannah dalam projek ini.

    “Saya sangat bangga, ini adalah lagu raya pertama saya. Alhamdulillah diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Dayang dan Hannah. Terima kasih Universal Music Malaysia. Sejujurnya, saya sangat teruja menjayakan projek ini,” kata Sophia pula.

    “Cabaran nak siapkan lagu ini, pertamanya saya agak sukar untuk mencari melodi untuk rap. Sebab lagu raya, ia kena ceria dan mudah didengar. Jadi nak cari melodi dan untuk orang terima rap dalam lagu raya ini agak sukar.

    “Pada mulanya saya tak jumpa melodi, tapi selepas itu Alhamdulillah diberikan ilham dapatlah jumpa melodi. Saya ambil masa sehari untuk siapkan ‘verse’ saya. Ada juga input daripada Mike Chan untuk tambah sikit pada bahagian hujung korus.

    “Bagi MV pula, cabaran adalah kerana berpuasa. Jadi cepat dahaga, penat berganda dan macam-macam lagi. Tapi kita cuba untuk kuatkan diri walaupun penggambaran dari petang hingga sahur. Kami cuba juga habiskan dengan tenaga dan positiviti yang ada. Tapi perkara yang paling menarik adalah saya dapat bekerja dengan Dayang dan Hannah untuk siapkan lagu ini,” katanya.

    Sama seperti Dayang dan Hannah, Sophia juga berharap lagu RAYA TERBAIK mendapat sambutan daripada pendengar.

    “Harapan saya agar pendengar akan sentiasa gembira, ceria bersama keluarga, bila dengar lagu ini. Kalau boleh, banyakkan lagi video di Instagram, TikTok dengan  menggunakan lagu ini. Saya juga harapkan agar kolaborasi kami ini diterima dengan hati terbuka. Harapnya suka dengan rapper saya juga,” katanya.

    RAYA TERBAIK kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Manakala tayangan muzik video itu dijadualkan pada hari Jumaat berikutnya, 29 April 2022 jam 9 malam.

  • PRIHATIN Santuni 500 Petugas Barisan Hadapan Hospital Ampang

    Program Kembara Ramadan Prihatin dan Majlis Iftar Perdana anjuran PRIHATIN telah meraikan seramai 500 petugas barisan hadapan Hospital Ampang serta Pengarah Hospital Ampang, Dr. Kasuadi Bin Hussin telah merasmikan sebuah majlis penyerahan Sumbangan Tunai Prihatin di Ruang Legar Auditorium Hospital Ampang.

    Senarai aktiviti yang dijalankan melalui kempen ini adalah seperti program Berbuka Puasa, Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk serta Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin yang menglibatkan penglibatan anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan. 

    “Bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan dalam bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu dan menyantuni semua golongan yang kurang bernasib baik.  Disamping itu, Petugas Barisan Hadapan juga perlu diberi perhatian kerana mereka juga mereka golongan yang bekerja keras dikala wabak pandemik tetapi turut sama terjejas dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.  Program yang dilaksanakan bersama hasil kolaborasi strategik dapat menzahirkan keprihatinan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat sekaligus berbakti kepada negara Malaysia tercinta ini.”

    Pemerkasaan hubungan strategik ini memerlukan kerjasama daripada agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan serta Institusi Kesihatan supaya pelbagai program boleh dilaksanakan dengan pada masa yang sama mampu meringakan beban petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

  • MERIAHKAN AIDILFITRI DENGAN SUSUNAN PROGRAM MENARIK & PENAMPILAN BARISAN SELEBRITI POPULAR DI TV3 & TV9

    Bulan Syawal bakal tiba selepas berakhirnya bulan Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pastinya didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid-19.

    Tahun ini bertemakan ‘Seikhlas Hati’, TV3 dan TV9 telah menyusun program-program menarik dan barisan selebriti popular tanah air sepanjang dua minggu pertama di bulan Syawal. Antara artis yang terlibat ialah Datuk Rosyam Nor, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Hael Husaini, Andi Bernadee, Meerqeen, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Aprena Manrose, Fauziah Latiff, Janna Nick, Nora Danish, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Kenchana Devi, Beego, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Shila Amzah, S.O.G, Ain Edruce, Izzue Islam, Datin paduka Eina Azman dan ramai lagi.

    Kemeriahan sambutan lebaran turut digandakan dengan adanya program-program hiburan menarik di TV3 seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya 2022, I Can See Your Voice Malaysia 5 ( Episod 1: Edisi Raya). Master In The House Malaysia Raya, tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends, J.K.K Raya dan Al Kisah Pak Kodi 5G.

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton program Sampaikan Raya yang dihoskan oleh Janna Nick dan Andi Bernadee pada 2 Mei 2022, pukul 11.00 malam di TV3. Saksikan perkongsian persiapan hari raya daripada Shuib dan anak-anaknya serta pasangan Fizo Omar dan Fareeza Nazri Azrai, ucapan Hari Raya dari perantauan dan juga persembahan istimewa oleh Junainah M. Amin, Ramlah Ram, Ella, Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Khai Bahar, Shila Amzah, S.O.G, Marsha Milan, Wany Hasrita, Tajul, Afieq Shazwan, Floor 88 dan Iman Troye.

    Program inspirasi Tanyalah Ustaz Raya mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tatapan seisi keluarga di TV3 dan TV9. Istimewa raya pertama bersiaran dari 6.30 pagi (3 Mei 2022), ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh membincangkan topik Silaturahim yang Terputus. Tanyalah Ustaz Raya diteruskan pada minggu pertama raya dengan penambahan segmen lebih istimewa.

    Program bual bicara popular TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran selama dua jam dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi di Hari Raya pertama (3 Mei 2022) dengan membincangkan pelbagai topik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta lintas langsung Takbir Raya, solat raya dan khutbah raya dari masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. MHI Raya diteruskan pada keesokannya dengan topik-topik raya menarik dengan barisan pengacara MHI yang ceria dan bertenaga.

    999 Raya yang bersiaran pada 3 Mei 2022, pukul 9 malam menampilkan anggota polis IPD Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air, seorang anggota bomba di Melaka terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Polis Marin yang bertugas ketika syawal.

    Turut memeriahkan Aidilfitri anda dengan mini siri raya menarik di TV3 dan TV9 iaitu Puteri Reunion, Wan Senja dan Misi Anak Bulan di minggu pertama Syawal. Istimewa buat peminat setia sitcom popular Puteri, mini siri Puteri Reunion akan menemui penonton TV3 dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, pukul 10.30 pagi untuk 4 episod. Sudah pasti ramai yang merindui telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya iaitu Kamala, Nadia, Anita dan Roslan dan ingin tahu tentang khabar baharu mereka.

    Penonton Tv3 disajikan dengan sebuah antologi raya, Wan Senja lakonan hebat daripada Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazwan Hasan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, jam 11.30 pagi untuk 4 episod Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu sebagai ibu dan guru.

    Misi Anak Bulan lakonan Datin Paduka Eina Azman, Aiman Badrul, Idris, Nur Dania Miazara, Ali AIman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali dan Natasha Ellyzza akan menemui penonton TV9 pada 4 Mei hingga 8 Mei 2022, pukul 6.00 petang untuk 5 episod. Mengisahkan tentang Aiman yang mengikut ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila dia melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman. Setelah Aiman memberitahu dia memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung bahawa jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

    Kemeriahan Aidilfitri diserikan lagi dengan susunan telefilem menarik yang menampilkan artis-artis popular tanah air di TV3, nantikan siarana Sempurna  Mencintaimu (Redza Rosli, Intan Najuwa), Sakanak (Farid Kamil, Tiz Zaqyah), Ayahanda – Ibrah Ramadan (Jalil Hamid, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Noorkhiriah, Shah Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shilla), Artis Pujaanku Mai Raya (Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan), Hantu Karaoke (Hazama, Nabila Razali), Misteri Pakcik Lumpur (Kazar, Zul Huzaimy), Misteri Lain Macam (Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Didie Alias, Azhan Rani), Villa Untuk Bella (Keith Foo, Yuna Rahim, Farhan Azri) dan Bini-Bini Lockdown (Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Datin Paduka Eina Azman, Sangeeta). TV9 pula akan menyiarkan Jangan Malu Menangis (Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn), Cikgu Nerd (Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana) dan Hari-Hari, Hari Raya (Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro).

    Tidak ketinggalan TV3 juga akan menyiarkan siri filem Men In Black pada minggu pertama Syawal, iaitu Men In Black, Men In Black 2, Men In Black 3 dan Men In Black International.

    Untuk kaki drama, jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan siri baharu di slot drama popular TV3 dan TV9 iaitu Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan (Hisyam Hamid dan Scha Elinnea), Akasia: Bisik Bisik Gelora (Redza Rosli dan Raysha Rizrose), Lestary: Melur Untuk Firdaus (Meerqeen, Anna Jobling), Diandra: Ada Apa Dengan Saka (Syazwan Zulkifly & Shiha Zikir) dan Air Mata Allisya (Keith Foo dan Sophia AlBarakbah).

    Khusus buat penonton cilik, TV9 juga akan menyiarkan siri animasi istimewa Mina Mila: Kata Raya pada Hari Raya pertama, pukul 6.00 petang. Dengarkan celoteh comel kembar seiras Mina dan Mila tentang perlunya kerja keras dan usaha untuk menyambut kemeriahan beraya. Saksikan juga Peningnya Raya OhBulan!, program berkonsepkan sitcom dan buat bicara menampilkan hos-hos OBTV bersama-sama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin. Ia mengisahkan situasi dan masalah penduduk kampung yang tidak dapat beraya kerana paip air pecah.

    Laman web rasmi kempen Seikhlas Hati iaitu http://www.xtra.com.my/seikhlashati turut menyediakan koleksi e-Kad Seikhlas Hati yanng menampilkan 16 selebriti popular boleh dimuat turun dan kongsi di sosial media. Ikuti juga artikel-artikel menarik dan tips ramdan, resepi makanan serta restoran yang menyediakan buffet menarik sepanjang Ramadan, senarai program menarik Ramadan dan Raya di TV3 dan Tv9, ucapan serta kata-kata mutiara daripada selebriti popular dan juga paparan menarik di sebalik penggambaran video bagi kempen Seikhlas Hati di laman web tersebut.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & Tv9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia.

  • Malakat Mall terus sokong inisiatif World #QuranHour

    Malakat Mall terus sokong inisiatif World #QuranHour

    SHAH ALAM – World #QuranHour mampu menyuburkan budaya membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kalangan masyarakat.

    Penasihat Media Malakat Mall, Norden Mohamed berkata, program tersebut juga akan memastikan masyarakat menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian.

    Menurut beliau, Malakat Eco menerusi Malakat Mall turut menjadi penggerak dan menyokong inisiatif World #QuranHour dengan menjadikan pusat beli-belah itu sebagai tempat berlangsungnya program tersebut.

    “Seramai 100 orang kakitangan kami akan turut serta pada hari tersebut dan kami juga mengajak orang ramai untuk turut hadir ke Malakat Mall dalam program ini.

    “Kami ada concourse area di Malakat Mall ini yang mana kami adakan tarawih serta qiamullail dan di situ juga akan diadakan program ini.

    “Malah, sebelum program bermula, kami akan sedekahkan al-Quran kepada staf Malakat Mall dengan acara ringkas penyampaian itu disampaikan oleh Pengasas Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

    World #QuranHour yang mengangkat surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan pada kali ini akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana iaitu Studio TV Alhijrah pada 26 April ini.

    Mengulas lanjut, Norden menegaskan, Malakat Mall akan terus menyokong program World #QuranHour untuk tahun-tahun akan datang.

    Jelas beliau, ia selaras dengan konsep Malakat Mall sebagai sebuah pusat beli-belah Muslim dan segala aktiviti urusniaga adalah berpandukan agama dan al-Quran.

    “Ini pertama kali Malakat Mall turut serta dalam program World #QuranHour dan apa juga aktiviti atau urus niaga yang kami lakukan semuanya bersandarkan kepada ketakwaan kepada ALLAH untuk kejayaan dunia akhirat.

    “Di Malakat Mall juga ada 7 minute break iaitu apabila masuk azan semua kakitangan akan solat terutama lelaki yang disarankan untuk berjemaah. Kami memudahkan orang ramai untuk beribadah walaupun masuk ke pasar.

    “Jadi wajib buat kami untuk menyokong program World #QuranHour dan dalam masa sama mengajak orang ramai sentiasa menjadikan al-Quran panduan dalam kehidupan,” katanya.

    Sumber