Category: ATTRACTION

  • Promosi Malaysia destinasi pelancongan mesra Muslim

    Promosi Malaysia destinasi pelancongan mesra Muslim

    ISLAMIC Tourism Centre (ITC) merupakan rakan sinergi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam menjayakan World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 26 April ini di lokasi perdana, studio TV Alhijrah, Kuala Lumpur.

    Program kali ke-7 itu mengangkat surah al-Sajdah sebagai surah pilihan bertujuan mengikut model Rasullullah SAW, sekali gus memperlihatkan penglibatan ITC bertepatan dengan fokus penganjuran program berkenaan khususnya dalam bidang pelancongan Islam.

    Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Diana Aziz dengan Ketua Pengarah ITC, Datuk Dr Mohmed Razip Hasan untuk mengupas dengan lebih lanjut penglibatan agensi itu dalam program World #QuranHour serta usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim.

    SINAR HARIAN: Apakah yang mencetuskan kolaborasi antara ITC dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) untuk menjayakan World #QuranHour?

    MOHMED RAZIP: Al-Quran itu benar dan jelas. Alhamdulillah, World #QuranHour mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri dan terbukti mampu menarik minat orang Islam dari dalam dan luar negara mendekati, memahami dan mencintai al-Quran.

    Mohmed Razip Hasan

    Mohmed Razip Hasan

    Selain dari kejayaan sebagai sebuah program berciri Islamik, World #QuranHour juga sebuah platform yang ideal untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi bagi pelancong Muslim ekoran topik diketengahkan bersifat universal sekali gus ditonton oleh masyarakat yang ingin tahu tentang Islam dengan lebih mendalam. Ini adalah bersesuaian dengan peranan ITC untuk mendukung pelancongan Islam, hospitaliti mesra muslim serta menjadi pusat rujukan dalam industri ini. Oleh itu, kolaborasi ITC dan WUIF adalah tepat dan strategik.

    Bagaimana pandangan Datuk mengenai penganjuran program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal?

    Konsep baca, faham dan amal yang dibawa World #QuranHour merupakan satu usaha gigih untuk membantu umat Islam menghayati dan memahami isi kandungan kitab al-Quran sebagai petunjuk dalam membuat keputusan dalam kehidupan seharian, sama ada berkaitan bidang pekerjaan ataupun peribadi.

    Sebagai penaja World #QuranHour, apakah harapan Datuk untuk memberi dan menerima manfaat daripada program tersebut?

    Selaku rakan strategik World #QuranHour, ITC berharap agar program ini dapat mendidik masyarakat untuk meluangkan masa walaupun sedikit bersama al-Quran. Dengan perkembangan teknologi, al-Quran kini dapat dimiliki dalam pelbagai saiz dan bentuk, fizikal atau digital, menjadikannya semakin mudah diakses.

    Dengan tema ‘Dunia Bersujud’ untuk membina “Dunia Berbudi dan Penyayang”, para peserta dari seluruh dunia berpeluang mendalami bait–bait Surah Al-Sajdah dan bermuhasabah diri, merenungkan sikap dan sifat yang boleh diperbaiki untuk membina dunia yang harmoni menerusi sikap saling menghormati antara satu sama lain.

    Secara langsung juga telah mendidik masyarakat untuk berdisiplin dari segi minda dan ciri-ciri penting apabila pergi melancong dan menghayati ciptaan ALLAH. Inilah transformasi yang ITC ingin lihat.

    Bagaimana pihak ITC membantu dalam menguar-uarkan World #QuranHour?

    Sebagai rakan sinergi kepada pihak penganjur, ITC mengambil peranan untuk menghebahkan acara ini kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan, pejabat kedutaan negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuala Lumpur untuk dipanjangkan kepada rangkaian mereka.

    Begitu juga dengan pejabat promosi Tourism Malaysia (TM) luar negara di ASEAN, Asia Timur, Eropah, Asia Selatan, Australia, Amerika dan Asia Barat serta perwakilan Malaysia di luar negara, rakan-rakan industri pelancongan, dan pusat-pusat pengajian tinggi. Selain itu, ITC turut membuat hebahan kepada para pengikut laman media sosial rasmi kami di Instagram, Facebook, LinkedIn dan Twitter.

    Tahun ini, Misi #QuranHour membawa Surah al-Sajdah yang mengajak umat Islam untuk sujud dan patuh kepada ALLAH SWT. Bagaimana nilai tersebut boleh digarap dalam bidang pelancongan?

    Surah al-Sajdah membawa tiga mesej utama yang boleh dijadikan iktibar iaitu keyakinan terhadap iman, bersujud kepada ALLAH dan menerapkan sifat merendah diri serta menghindari sombong. Sebagai umat Islam, kita perlulah yakin dengan kekuasaan ALLAH, tidak kira kesusahan yang menimpa. Apabila dikurniakan kesembuhan atau kebaikan, kita harus bersyukur dan mengelak dari bersifat sombong dengan memandang rendah orang lain yang dalam kesusahan.

    Mesej Surah al-Sajdah amat sesuai diamalkan di dalam konteks pembangunan industri pelancongan tanpa mempertimbangkan kemampanan alam sekitar, seni dan budaya setempat yang boleh membinasakan bumi ciptaan ALLAH. Sekiranya pembangunan ini dijalankan dengan sifat angkuh tanpa perancangan strategik untuk keuntungan bersifat sementara, keindahan yang dinikmati pada hari ini akan hilang dan tidak akan dapat dirasai oleh generasi akan datang.

    Apakah perancangan pihak ITC dalam kolaborasi bersama WUIF untuk program akan datang?

    Beberapa kolaborasi antara WUIF dan ITC sedang diusahakan untuk menyemarakkan aktiviti pelancongan Islam di Malaysia, antaranya bengkel pelancongan dari perspektif al-Quran dan memperkenalkan lagi World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention sebagai acara yang mampu menarik perhatian umum dan para pelancong Islam ke Malaysia.

    Apakah maklum balas diterima oleh rakan sinergi dalam menjayakan program #QuranHour sebelum ini dan sekarang?

    Maklum balas yang diterima oleh rakan sinergi ITC untuk World #QuranHour amat positif. Rata-rata mereka tertarik dengan konsep World #QuranHour yang mampu menyatukan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latar belakang, ideologi, fahaman politik mahupun ras etnik.

    Apakah fokus ITC dalam mengungguli dunia pelancongan Islam?

    Malaysia telah disenarai pada kedudukan pertama dalam senarai negara yang menyokong ekonomi Islam global bernilai trilion dolar termasuk sektor Pelancongan Mesra Muslim (MFT) berdasarkan Laporan Ekonomi Negara Islam Global (SGIE) 2022 yang dikeluarkan firma antarabangsa kajian strategik DinarStandard, dengan kerjasama Salaam Gateway dan disokong oleh The Department of Economy and Tourism Dubai.

    ITC cenderung untuk meneruskan kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah negara dengan ekosistem pelancongan Islam terbaik yang menjadi destinasi pilihan para pelancong beragama Islam..

    Saranan dan panduan Datuk kepada orang ramai yang kini teruja untuk melancong di dalam dan luar negara pada fasa endemik ini.

    Bagi yang sudah bersedia untuk melancong disaran buat kajian berkenaan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti sebelum berlepas, ketika berada destinasi dan setelah tiba di tempat tinggal masing-masing.

    Sumber

  • ACHIK UKAYS MENITIS AIR MATA , RAKAMAN SEMULA LAGU RAYA TAHUN 1995′

    Apabila tiba saja musim perayaan, lagu – lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan dimainkan dari yang lama hingga kini .

    ’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun’’ – Jelas Salman Shariff.

    ‘’Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun ‘’, Tambah Salman Shariff

    Salman Shariff, Komposer dan penerbit lagu ini sendiri merancang awal untuk rakaman semula lagu raya kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir (UK’S) lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays).

    Achik (Ukays) sememangnya bergandingan dengan kumpulan Ukays untuk menggantikan vokalis kumpulan mereka menerusi lagu Ukays seperti Terseksa, I Love U I Miss U Raya dan Terpaksa Ku Lepaskan. Dengan tawaran yang diterima untuk menyanyi semula lagu raya ini, Achik merasakan ini adalah peluang yang sangat bagus untuk beliau menonjolkan diri dan kembali aktif kerana mungkin ada yang fikir beliau tidak lagi aktif dalam industri. Malah Achik juga masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.

    Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes

  • Ejen Ali & Boost Rekrut ’10 Budak Merah’ Misi Membangkitkan Sambutan Hari Raya

    Siaran video Hari Raya “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” pada hari ini adalah hasil kolaborasi melibatkan Ejen Ali dan Boost yang dikenali sebagai sebuah teknologi kewangan (finteech) Axiata apabila Kerajaan telah mengumumkan negara telah memasuki fasa ‘Peralihan ke Endemik’ serta-merta merupakan berita baik bagi rakyat Malaysia bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” mengisahkan misi Abu dan 9 orang rakan karibnya berpakaian serba merah untuk mengembalikan semangat meraikan Hari Raya dalam kalangan masyrakat.  Mereka berusaha menjayakan pelbagai misi seperti penyediaan hidangan dan kuih raya, mendapatkan tawaran terbaik baju raya dan menghiasi rumah dengan kemudahan dan tawaran hebat yang bolleh diperolehi daripada aplikasi Boost denagn sorakan ceria daripada Ejen Ali.  Bukan itu sahaja, pelbagai cabaran penuh aksi perlu ditempuhi sepanjang pengembaraan mereka bersama-sama penampilan istimewa Ejen Ali.  Kempen “KebangkiTEN Raya” yang berlangsung sepanjang 18 April sehingga 31 Mei 2022 turut disertakan kisah menarik ini.

    Video penuh telah disiarkan di akaun Facebook dan YouTube rasmi Boost dan ia juga dapat ditonton di Rangkaian Televisyen Media Prima.  Menerusi gabungan strategik dengan Media Prima OMNIA, kempen tersebut akan dipromosikan menerusi segmen khas dalam program TV3 yang meraih kadar tonton tertinggi seperti Sembang Sahur dan Buletin Utama, serta tidak ketinggalan juga promosi di akaun rasmi Facebook dan Instagram TV3 Malaysia.

    Seiring dengan kempen ini juga, sesi beramah mesra maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pengguna aplikasi Boost juga akan berlangsung di sebuah acara aktiviti bertempat di Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya mulai 23, 24, 30 April dan 01 Mei 2022 pada jam 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang. Selain itu, pelbagai ganjaran menarik dan penjimatan tambahan termasuk cashback melebihi RM 100, peluang memenangi Vespa dan Perodua Ativa baharu untuk pulang ke kampung, ganjaran 10x Boost stars, tambahan Rm 10 eDuit Raya menanti pengguna Boost melalui DuitNow di aplikasi Boost sepanjang kempen “KebangkiTEN Raya berlangsung.”

    “Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami amat mengalu-alukan Boost dalam menjayakan kolaborasi dengan Ejen Ali ini.  Di samping, mempromosikan pelbagai tawaran menarik untuk musim perayaan ini, kami juga berharap gabungan Ejen Ali dan 10 Budak Merah dari Boost dapat membangkitkan semangat dan suasana sambutan Hari Raya yang meriah setelah dua tahun kita menyambut bulan Ramadan dan Syawal secara bersederhana ketika pandemik COVID-19” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Dato’ Khairul Anwar Salleh.

    Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali iaitu Usamah Zaid Yasin berkata “Kami sangat teruja kerana Ejen Ali dapat menjadi sebahagian kempen Hari Raya Aidilfitri anjuran Boost pada tahun ini di kala masyarakat kini sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik.  Saya berharap semangat yang dibawakan oleh Ejen Ali dan 10 Budak Merah juga dapat mengingatkan penonton kami tentang pentingnya menjaga kesihatan dan keselamatan dalam keterujaan dan keinginan untuk meraikan Hari Raya bersama ahli keluarga tersayang dan sahabat handai.”

    Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata “Sambutan Hari Raya secara bersederhana pada dua tahun yang lepas akibat pandemik COVID-19 menunjukkan kecekalan dan ketabahan masyarakat Malaysia.  Walaupun ramai yang tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga dan sahabat akibat sekatan pergerakan, rakyat Malaysia tetap mematuhi SOP demi keselamatan semua dan kekal berhubung dengan insan tersayang menerusi kemudahan teknologi.  Dalam fasa peralihan negara ke arah endemik, kami teruja untuk berkolaborasi dengan Ejen Ali menerusi video animasi ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya rakyat Malaysia.  Ia melambangkan kegembiraan menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahan tahun ini bersama dengan pangkalan pengguna besar kami, yang terus menggunakan Boost sebagai teman gaya hidup digital untuk musim perayaan yang lebih selamat dan mudah.”

    Tayangan Ejen Ali Musim 3 yang bakal bersiaran di platform striming Disney+ Hotstar di 2022 adalah lanjutan kolaborasi antara Ejen Ali dan Boost.  Ejen Ali Musim 3 mengisahkan Ejen Alidan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA.  Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa.  Ali bertekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS.  Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

  • Keluarga LHDN sertai Hasil #QuranHour 2022

    Keluarga LHDN sertai Hasil #QuranHour 2022

    KUALA LUMPUR – Seramai 750 peserta termasuk pesara menyertai Program Pembudayaan Al-Quran: HASiL #QuranHour 2022 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

    Sotimin

    Sotimin

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Percukaiannya, Datuk Dr Sotimin Muhalip berkata, program Ihya Ramadan tersebut merekodkan kehadiran tertinggi tahun ini.

    Menurutnya, program dianjur bagi memberi fokus kepada Keluarga LHDN untuk meluangkan masa bersama membaca dan menghayati ayat suci al-Quran.

    “HASiL #QuranHour yang bermula pada tahun 2018 kini masuk tahun keempat dan mendapat kerjasama daripada Persatuan Kebajikan Islam (Perkis), rakan strategik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Aktiviti bersama al-Quran tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 disebabkan penularan wabak Covid-19.

    “Diharapkan Keluarga LHDN dapat menghayati isi kandungan al-Quran dalam membentuk akhlak dan keperibadian yang tinggi seterusnya melahirkan pegawai yang penuh tanggungjawab dan berjaya di dunia dan akhirat serta membawa kecemerlangan organisasi.” katanya pada Jumaat.

    Program kerohanian tersebut dimulakan dengan acara tadarus dan majlis khatam al-Quran.

    Hasil #QuranHour dengan dimulakan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh qari LHDN.

    Hasil #QuranHour dengan dimulakan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh qari LHDN.

    Ia diikuti dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh qari LHDN ketika sesi HASiL #QuranHour.

    Program diteruskan dengan aktiviti tadabbur bertajuk “Bahagia itu menginsafkan” yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

    Sotimin berkata negara diuji dengan krisis kesihatan akibat wabak Covid-19 yang masih belum berakhir sejak dua tahun lalu.

    Jelasnya, apabila krisis berlaku, ia memberi impak kepada sosio ekonomi dan politik negara, ramai hilang punca pendapatan, kehilangan keluarga tersayang dan terpisah jauh di perantauan akibat wabak Covid-19.

    “Tanggal 1 April lalu, pihak kerajaan mengambil langkah ‘exit strategy’ sebagai pendekatan merubah fasa pandemik kepada endemik agar membolehkan kita kembali menikmati semula kehidupan hampir normal.

    “Ia mampu meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi negara dan menerima realiti kehidupan untuk kita menjalani rutin seharian bersama virus ini yang entah bila akan berakhir,” ujarnya.

    Sesi tadabbur bertajuk “'Bahagia itu menginsafkan' yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

    Sesi tadabbur bertajuk “’Bahagia itu menginsafkan’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

    Tambahnya, pada penghujung tahun lalu, negara mengalami ketidaktentuan iklim sehingga berlaku bencana banjir besar yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dengan nilaian yang besar

    “Apabila kita merenung dengan mata hati, sebenarnya kesemua perkara yang berlaku di sekeliling ini menuntut diri kita semua berfikir, merenung dan sentiasa bermuhasabah diri tentang hakikat kekuasaan ALLAH dalam mengatur perjalanan kehidupan kita di dunia yang fana ini.

    “Semoga segala kesabaran, kecekalan dan tawakal kita sepanjang mengharungi segala mehnah dan ujiannya, segala perkara yang berlaku di sekeliling kita ini diangkat ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak,” katanya.

    Sumber

  • Masjid Al-Alami lokasi World #QuranHour Melaka

    Masjid Al-Alami lokasi World #QuranHour Melaka

    MELAKA – Masjid Al-Alami di MITC, Ayer Keroh, di sini, bakal melakar sejarah apabila akan menghimpunkan kira-kira 500 orang dalam program World #QuranHour pada 26 April ini.

    Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Melaka, Nur Atikah Amir, berkata, ia julung kali diadakan secara besar-besaran selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan dengan bilangan peserta yang ramai akibat pandemik Covid-19.

    Menurutnya, program ini begitu dinantikan oleh pencinta al-Quran untuk berkumpul dalam masjid dan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dengan pemilihan surah pada kali ini iaitu Surah As-Sajdah.

    Katanya, dijangka Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam akan menghadiri program itu yang dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan agensi lain seperti Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).

    “Alhamdulillah menerusi program ini dapat menarik masyarakat Islam di Melaka untuk bersama mengalu-alukan ayat suci al-Quran yang juga diadakan serentak di negeri lain.

    “Ia bukan sahaja disertai peserta Rumah Ngaji sekitar Melaka bahkan akan dimeriahkan dengan penyertaan dalam kalangan penjawat awam negeri ini,” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.

    Mengulas lanjut, Nur Atikah berkata, kira-kira 13 ‘hotspot’ yang juga lokasi Rumah Ngaji di Melaka seperti surau di taman perumahan mahupun kampung dipilih untuk menjayakan program tersebut.

    Menurutnya, program ini sekali gus berjaya mengangkat budaya tadarus al-Quran dalam kalangan masyarakat dan memaparkan semangat tinggi peserta untuk bersama menyebarkan syiar Islam.

    “Meskipun hanya sejam yang diluangkan namun tetap memberi makna kerana alunan ayat suci mampu memberi ketenangan pada jiwa yang mendengarnya,” katanya.

    Program pada Selasa ini akan dimulakan dengan sesi tadarus al-Quran diikuti majlis khatam al-Quran sebelum berlangsungnya World #QuranHour jam 12 tengah hari.



    Sumber

  • PR1MA Memperkasakan Agenda Malaysia Berdaya Huni Melalui Skim PR1MA Rent-To-Own

    Rakyat golongan berpendapatan pertengahan (M40) diberikan peluang untuk memiliki rumah idaman melalui skim pemilikan perumahan secara mampu milik, Skim PR1MA Rent-to-Own (RTO) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan kerjasama Malayan Banking Berhad (Maybank) yang merupakan langkah inisiatif diambil untuk meningkatkan pemilikan rumah dan memperkasa agenda Malaysia Berdaya Huni dalam kalangan Keluarga Malaysia terutamanya generasi muda.

    YB Dato’ Sri Reezal Merian Naina Merican selaku dan Menteri Kewangan, YB Senarator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah melancarkan skim ini pada minggu yang lalu semasa pelancaran i-Biaya.

    Setiap bakal pembeli Skim PR1MA RTO akan menerima pelbagai faedah seperti kos kemasukan rendah, kos bulanan yang rendah untuk lima tahun pertama serta harga rumah yang terkawal dan mampu milik melalui tawaran sebanyak 29 buah residensi PR1MA dengan lebih 1,000 unit.

    “Selari dengan aspirasi kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik, PR1MA akan terus mendukung usaha baik Kerajaan dalam membantu Keluarga Malaysia memiliki rumah pertama idaman mereka. Kami percaya bahawa Skim PR1MA RTO ini dapat membantu ramai anak muda yang masih belum layak untuk mengambil pinjaman perumahan biasa bagi memiliki rumah pertama mereka” ujar Dato’ Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya selaku Pengerusi PR1MA.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Seri Hj. Mohd Nazri bin Md. Shariff berkata, “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan institusi kewangan terbesar di Malaysia, Maybank dalam menunaikan impian rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka.” Tambahnya lagi, “Antara kebaikan Skim RTO ini ialah para pembeli hanya perlu membayar RM1,500 untuk deposit harga kediaman yang bernilai RM250,000. Jika dibandingkan dengan pembelian rumah secara konvesional, bayaran permulaan atau deposit yang harus dikeluarkan oleh pembeli ialah 10% daripada harga rumah atau RM25,000,”

    Selain itu, peruntukkan menghampiri nilai sebanyak RM 756,000 diperlukan bagi kelas bacaan Al-Quran untuk komuniti residensi PR1MA khususnya para kakitangan PR1MA serta ahli keluarga mereka. Program IQRA dibawah penganjuran PR1MA ini menyasarkan seramai 780 orang peserta daripada komuniti residensi PR1MA di lokasi terpilih di seluruh negara dan 65 peserta yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat PR1MA serta ahli keluarga mereka.

    Program IQRA memfokuskan kepada pendekatan masyarakat kepada Al-Quran, mengenali Al-Quran melalui platform pendidikan dengan ekosistem yang strategik dan berkesan, membantu masyarakat menghayati dan mengaplikasi Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam seharian.

    Sebanyak tiga buah kelas yang disediakan iaitu Kelas Celik Al-Quran untuk kanak-kanak yang sukar membaca dengan lancar dan tidak mengenal huruf, kelas Ha-Fa Al-Quran untuk pelajar sekolah rendah yang boleh membaca dan berminat untuk menghafal manakala Kelas Tahsin dan Tadabbur Al-Quran khas untuk golongan dewasa yang ingin memperbaiki bacaan dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran sepanjang tempoh 12 bulan.

    Tambahan lagi, PR1MA akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi bertujuan menyelaraskan inisiatif pengajian lanjutan kakitangan PR1MA dalam program ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kedoktoran UIAM, menggalakkan penyelidikan dan kajian khusus dalam bidang yang akan memberi manfat kepada perkembangan program PR1MA, kerjasama dalam penerbitan serta penganjuran program akademik.

  • AMARAN ABIGAIL BUAT PLAYER DI LUAR SANA DALAM ‘TRAPS’

    Musibah pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukanlah penghalang bagi penyanyi cantik kelahiran Kuala Lumpur, Abigail Chew atau lebih dikenali sebagai Abigail.

    “Ternyata, apa yang berlaku pada dunia ada kesannya ke atas semua. Manakan tidak, proses pembikinan lagu terpaksa ditunda, studio rakaman ditutup dan keadaan agak tidak menentu. Namun saya percaya, karya-karya baru dalam muzik pasti muncul dan menyusul dengan deras,” kata gadis berusia 22 tahun ini.

    Lagu ciptaan penuh oleh Abigail, ‘Traps’ ini turut menampilkan rapper terkenal, Lil J, dan diterbitkan oleh label hiburan terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.

    Tambah penyanyi lagu ‘Traps’ ini lagi, “saya sememangnya gemar menghasilkan lagu dan melodi sendiri. Saya cuma pilih jenis beat, bermula dari situ dan berpuas hati dengan hasilnya.”

    Cintanya terhadap bidang itu bermula ketika beliau melakukan persembahan di sekolah dan beberapa buah acara. Sejak kecik lagi, Abigail telahpun didedahkan kepada muzik.

    Menurut siswazah jurusan psikologi tahun ketiga ini, tempoh pandemik banyak membuka matanya terhadap banyak perkara, terutamanya dalam bidang muzik.

    “Saya sememangnya gemar bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik, sedari remaja lagi saya sudah mula menulis dan menghasilkan muzik yang sering membahaskan tentang hal semasa, seperti isu masalah mental dalam single pertama berjudul ‘Status Quo’.”

    Menceritakan tentang perihal remaja mahupun dewasa yang sering berlaku dalam mana-mana perhubungan melalui karya yang diciptanya pada kali ini.

    “Ia kisah si perobek hati atau dalam bahasa mudahnya player, baik lelaki ataupun perempuan. Pernah tak berdepan dengan situasi di mana ‘si dia’ hadir dalam hidup dengan serba-serbi sempurna dan tiba-tiba menghilang begitu saja? Bayangkanlah perasaan seseorang yang termakan dengan hati budi kekasihnya dan akhirnya diri sendiri dipersalahkan?

    Dalam ‘Traps’ saya cuba merungkai permasalahan tersebut yang merangkumi setiap proses iaitu penipuan, manipulasi dan obsesi.

    Di awal pembikinan Traps, saya dapat rasakan ada sesuatu yang kurang. Jadi saya pelawa Lil J untuk memberi buah idea dengan menambah dimensi dalam lagu tersebut. Dia berjaya mencipta verse yang kena dengan ‘selera’ saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu.

    Proses rakaman dikatakan berjalan dengan begitu pantas, kurang dari 2 jam di studio MFMF.

    Encik Erick Yew, Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel berpendapat bahawa Abigail adalah artis muda penuh berbakat dengan banyak idea yang kreatif. Pihak label juga memberikan sepenuh kebebasan padanya dalam berkarya kerana percaya dengan bakat yang dia ada.

    Beliau juga percaya lagu Traps bakal diterima baik oleh semua terutamanya golongan muda kerana jenis muzik generasi kini yang dibawa oleh Abigail.

    Penyanyi dan pencipta lagu Traps itu berharap agar pendengar dapat memahami maksud lagu tersebut dan turut nyanyi bersama.

    Lagu Traps boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga Youtube Music.

  • WANI KAYRIE & YONNYBOII NYANYIKAN ‘SEMANGAT LEBARAN KITA’

    Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, dua label hiburan popular negara, Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia mempersembahkan sebuah single raya istimewa berjudul SEMANGAT LEBARAN KITA gabungan yang mantap dari penyanyi muda wanita yang berbakat Wani Kayrie dengan penyanyi rap-penggubah lagu sedang meledak, Yonnyboii.

    “Syukur Alhamdulillah, tidak sampai sebulan single terbaru saya berjudul ‘Kamu Kamu’ dilancarkan, kini saya diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak Rocketfuel untuk tampil dengan sebuah lagu Raya istimewa bersama Yonnyboii.

    Pihak astro juga turut berbesar hati melantik Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syawani Abdullah sebagai duta Ramadan-Raya untuk tahun 2022. Tajuk single SEMANGAT LEBARAN KITA nyanyian mereka berdua ini turut menjadi tema sambutan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Raya nanti oleh pihak Astro.

    “Saya diberitahu oleh pihak label (DefJam Recordings) tentang pelawaan berkolaborasi dengan Wani dalam sebuah lagu Raya dari pihak Rocketfuel, sudah tentu saya menerimanya dengan hati yang terbuka” Jelas Yonnyboii.

    Lagu Raya hasil ciptaan komposer Amy Bong dan penulis lirik Amy Bong dan Bab ini hadir dalam rentak yang berbeza dengan keunikan tersendiri, genre alternatif pop moden yang diketengahkan diserikan lagi dengan petikan instrumen muzik jenis ‘akordion’ yang jarang kedengaran sekarang, menambahkan lagi dinamik komposisi tersebut. Selain lagu, video muzik (MV) single ini juga turut dilancarkan serentak dengan menampilkan sebuah sketsa pendek yang berkonsepkan kemeriahan suasana di pagi Raya.

    Lagu SEMANGAT LEBARAN KITA boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

  • FORCEPARKBOIS TERUS MEMECUT DENGAN ‘TOPBOI’

    Kuala Lumpur, 1 April 2022 – Di kalangan peminat muzik hip hop Asia Tenggara, namanya FORCEPARKBOIS memang tidak asing lagi, tetapi bagi krew hip hop yang fenomenal ini, perjalanan seni mereka baru sahaja bermula.

    Nakalness (nakalness), Chik (chikpap), Aset.bo (asset.bo), Blxckid (yungfriyay), dan Noel (actualnoel), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Laws (laws.prayboi), Aali.3gp (aali.3gp), N$H (fpbnishy), dan Fuegone (Fuegone) adalah ahli kumpulan hiphop Johor Bharu.

    Terbaru, FORCEPARKBOIS tampil dengan single bertajuk ‘Topboi’, single kedua mereka untuk 2022, hasil petikan mereka sendiri, diterbitkan oleh FORCEPARKBOIS WORLDWIDE, dan dilesenkan secara rasmi oleh Warner Music Malaysia.

    “Kami sedang dalam rangka menyiapkan album dan ianya hampir siap tidak lama lagi, single ini juga bakal dimuatkan dalam album tersebut.

    “Kami masih tidak menyangka kejayaan yang dikecapi hari ini bermula sekadar suka-suka sahaja, semuanya terjadi melalui sesi rakaman tidak sengaja single pertama yang dilakukan di dalam kereta, dan kereta bagi kami, mempunyai signifikasi yang sangat besar dan menjadi memori terindah buat kami,” kata Chik.

    Single berinspirasikan Nakalness karya Topboi, tercetus semasa mereka berada di dalam bengkel kereta, terdetik di hatinya, bagaimana mereka mula menjejakkan kaki dalam industri muzik tanah air.

    “Lagu ini menceritakan tentang pencapaian yang kami peroleh sekarang, dan kereta merupakan metafora terbaik kerana segala-segalanya bermula di sini.

    “Selain itu, kereta juga menjadi simbolik kepada betapa lajunya untuk kami sampai ke tahap ini, dan enjin sesebuah kereta harus mantap dan padu, sama seperti karya-karya kami terdahulu,” jelas Nakalness.

    Single mereka Lotus berjaya melonjakkan nama FORCEPARKBOIS ke kemuncak kejayaan dengan lebih 18 juta tontonan di YouTube, bukan itu sahaja, ia turut mendapat perhatian artis rap antarabangsa dari Korea Selatan, Jay Park.

    Jay bersama barisan penyanyi rap dari label muzik, H1ghr Music, berminat untuk menghasilkan versi remix single hit dengan kata pembuka yang cukup menarik ‘Apa Khabar, it’s Jay Park’.

    Lagu Topboi meningkatkan elemen perangkap yang semakin popular di kalangan artis hip hop, tetapi FORCEPARKBOIS membezakannya dengan tidak bersikap stereotaip dan menawarkan nuansa rap alternatif yang paling santai, dengan setiap daripada sebelas ahli mempunyai pantun mereka sendiri yang dimainkan dalam persembahan yang berbeza-beza.

    “Kami memperuntukkan 2 hari bagi sesi rakaman kerana setiap ahli mahu berikan yang terbaik walaupun proses tersebut mengambil tempat hanya di stesen minyak Petron yang viral di Genting Highland dan bengkel kereta, SDW Workshop.

    “Bagi video muziknya (MV) pula, sesi penggambaran dilakukan di bengkel yang sama dengan menampilkan konsep lumba kereta jalanan ala Fast & Furious selain mempromosikan servis yang disediakan SDW Workshop,” ulas Noel.

    Walaupun mereka masih muda, FORCEPARKBOIS telah menjadi terkenal dengan cepat berkat arahan muzik mereka, yang tertumpu pada konotasi hip hop bukan generik hip hop yang mereka pegang.

    “Bagi kami, kesemua pemuzik di Malaysia ada keistimewaannya, yang membezakan kami adalah setiap ahli FORCEPARKBOIS mempunyai karakter yang unik dengan pembawakan rap yang tersendiri.

    “Setiap karya yang kami hasilkan adalah yang terbaik, dengan usaha 100%, dan kami akan buat sehingga lagu tersebut jadi ‘sedap’,” tambah Blxckid.

    Kata Aset.bo: “Semoga pendengar muzik terutamanya penggemar hip hop dapat menerima Topboi dan terus meledak.

    “Agar semua dapat enjoy dengan karya ini dan teruslah menyokong pengkarya muzik tempatan.”

    Lagu ‘Topboi’ boleh dimuat turun di iTunes dan juga boleh digunakan sebagai nada dering panggilan melalui semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube FORCEPARKBOIS WORLDWIDE.

  • Langkah Sulung Dem Lepak Boyz Dengan ‘Abang Datang’

    Duo bertenaga dan penuh dinamik, Dem Lepak Boy (DLB) yang dianggotai dua penari berpengalaman iaitu Zaidy dan Hazel terjun ke bidang nyanyian setelah dinobatkan sebagai naib juara nyanyian ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) musim pertama.

    Terbaharu, DLB hadir memperkenalkan single pertama mereka berjudul ‘Abang Datang’ yang diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment. Single Abang Datang merupakan genre pop hip-hop dengan elemen ‘trap’ yang mendapat sentuhan barisan komposer disegani iaitu Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves ini mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan yang merangkumi proses rakaman dari mula sehingga akhir.

    “Alhamdulillah, sejak menjadi naib juara ATNM ramai yang membuka mata terhadap bakat DLB. Pada awal kemunculan, kami hanya dikenali sebagai kumpulan penari dan kini portfolio DLB bertambah dengan adanya bidang nyanyian. “Kami juga ingin berterima kasih yang setingginya buat pihak Rocketfuel kerana memberi peluang kepada DLB selain percaya dengan bakat yang kami ada. Apa yang kami cuba sampaikan dalam Abang Datang adalah mengingatkan pada semua yang kita mampu menghadapi sebarang masalah dan jadi lebih kuat dari sebelumnya” kata Zaidy.

    “Pihak Rocketfuel pada mulanya ada memberitahu kami tentang lagu baru yang telah disiapkan dan mahukan kami menyanyikannya. Kami agak terperanjat kerana ia berlaku dengan mengejut namun kesemuanya kami anggap sebagai rezeki. “Sebelum masuk ke studio, kami terlebih dahulu mengadakan sesi ‘brainstorming’ demi mencari melodi yang sesuai dan ‘kena’ dengan citarasa kami, maka lahirlah single Abang Datang” jelas Hazel.

    Abang Datang adalah sebuah lagu yang menceritakan mengenai individu yang sering dipandang rendah atau remeh oleh masyarakat, namun mesej yang dibawakan mengajak agar semua bangkit dan menepis pandangan tersebut.

    Perjalanan seni DLB bermula hampir sedekad yang lalu, ketika itu mereka pernah menjuarai sebuah program pertandingan tarian urban berkumpulan iaitu ‘Showdown’ pada tahun 2012. Dem Lepak Boy merupakan nama yang diberikan oleh anggota yang terdahulu, kini tugas tersebut diserahkan kepada Zaidy dan Hazel dalam menyambung legasi nama kumpulan itu.

    “Pada awalnya, DLB dianggotai senior kami dalam bidang tarian. Kemudian, pada tahun 2021, kami bercadang untuk menyambung legasi DLB ke bidang nyanyian pula. Setelah menghantar video uji bakat ke pihak ATNM, kami terpilih untuk menjadi peserta sehinggalah nasib menyebelahi kami apabila diumumkan sebagai naib juara. “Siapa sangka, permulaan yang hanya suka-suka akhirnya membuahkan hasil,” jelas Hazel.

    Ujar Zaidy, “dahulunya, DLB lebih sinonim dengan bidang tarian sahaja. Setelah masa berlalu, kami berkembang dengan menceburi bidang nyanyian dan mana tahu pada masa akan datang, DLB mungkin terjun ke bidang lakonan pula. Kalau boleh kami nak cuba kesemua cabang seni.”

    Menurut Encik Erick Yew selaku Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baharu, “kami mengambil keputusan untuk menjadikan DLB sebagai sebahagian dari Rocketfuel kerana kombinasi unik yang mereka ada. Walaupun baru, mereka mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang seni. Dengan kemunculan single Abang Sayang, semoga DLB bakal menggegarkan industri muzik tanah air dengan kehadiran mereka.

    Komen Hazel, “Kami berdua berharap agar semua yang mendengar single Abang Datang sukakannya. Semoga semua terhibur dengan lagu yang DLB bawakan dan menjadi pemangkin serta memberi semangat melalui mesej yang disampaikan. “Akhir kata, teruskan menyokong DLB dan ‘show us some love’ kerana masih banyak lagi yang kami mahu persembahkan buat rakyat Malaysia.

    Selain single, menariknya video muzik (MV) Abang Datang yang turut diriliskan serentak menampilkan jalan cerita dan konsep yang menarik dengan adanya adegan pergaduhan di dalam sebuah gelanggang tinju! Video muzik single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

    Lagu ‘Abang Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.