Category: ATTRACTION

  • Malaysia Mampu Anjur Expo Dunia, Pantas Bawa Masuk Program Antrabangsa Pasca Pandemik

    Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya melayakkan diri untuk membawa program Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) dan kejohanan sukan antarabangsa berikutan mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu untuk bersaing ujar Stephen Fox, Naib Presiden Global Association of International Sports (GAISF) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

    Dua program antarabangsa sukan Muaythai ke Malaysia akan dilakukan pada tahun 2022 adalah salah satu kejayaan utama hasil lawatan pertemuan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Ismail Sabri diantara Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha pada bulan Februari ke Thailand serta bidaan oleh tindakan pantas Malaysia Convention & Exhibiton Bureu (MyCeb). Malaysia diberikan kredit berikutan kempen untuk bidaan selalunya mengambil masa dalam tempoh dua hingga lapan tahun sebelum mana-mana program atau kejohanan dapat diadakan dimana-mana negara.

    Melebihi 10,000 delegasi antarabangsa akan dibawa ke Malaysia selama tempoh 10 hari dan rancangan TV Hollywood popular sukan Muaythai The Challenger akan ditayangkan di saluran popular AXN ke lebih 500 juta tontonan seluruh dunia sempena Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022. Ini secara tidak langsung, ia membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi sebagai destinasi pelancongan dan destinasi MICE utama dengan kempen digital khas pasca pandemik.

    Tambahan pula, pembangunan dan pemulihan ekonomi negara dapat ditingkatkan serta-merta berikutan industri seni bela diri dianggarkan bernilai melebihi USD 10 billion dengan populariti program seperti UFC dan One FC serta kempen promosi pelancongan dibawah dua program ini memberikan manfaat kepada Malaysia seperti peningkatan ekonomi sebanyak RM 150 juta dari segi pendapatan perbelanjaan pelancongan, pulangan publisiti dan media. Selain itu, anggaran sebanyak RM 108.7 juta merupakan impak ekonomi hasil penganjuran World Union of World Healing Society (WUWHS) pada tahun 2026 akan datang.

    “Sepanjang keberadaan saya semasa lawatan di Malaysia selama beberapa kali bermula pada tahun 2014 seperti Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak, pelbagai fasiliti bertaraf dunia dan Malaysia mampu menganjurkan program mega seperti World Expo sekiranya diberikan peluang” ujar Naib Presiden Global Association of International Sports (GAISF) itu.

    Tambahnya lagi, program Sportaccord World Sport & Business Summit pada tahun ini terpaksa dibatalkan oleh GAISF disebabkan oleh konflik Russia dan Ukraine yang sedang berlaku ketika ini.

    Disamping itu, Vietnam akan menganjurkan Sukan Sea pada tahun ini serta Arab Saudi akan menganjurkan World Combat Games 2023 dan Abu Dhabi akan menganjurkan Kejohanan Muaythai Dunia dan Thailand akan menganjurkan Asian Asian Indoor dan Martial Games pada tahun 2023 dan tidak ketinggalan penganjuran Kejohanan Muaythai Remaja Dunia 2022. Industri sukan pelancongan dijangka akan mencecah USD 3 billion pada tahun 2028 dan USD 1 trillion bagi industri MICE.

  • Mydin Tunjong lokasi utama World #QuranHour di Kelantan

    Mydin Tunjong lokasi utama World #QuranHour di Kelantan

    PETALING JAYA – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menjadi penganjur utama World #QuranHour yang akan diadakan pada 26 April ini di Kelantan.

    Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin terbesar yang dibina di Tunjong akan menjadi lokasi rasmi program tersebut dan mampu memuatkan sehingga 500 pengunjung di pentas utama.

    Menurutnya, ia merupakan satu kelainan kerana dapat menarik pengunjung dari pelbagai latar belakang kerana sebelum ini acara tersebut hanya dilakukan di masjid-masjid.

    “Mydin sebagai satu ahli korporat, dimiliki oleh orang Islam, dan pasar rayanya menjual barangan halal sahaja. Jadi, kami rasa ini peluang yang bagus untuk bersama dalam #QuranHour.

    “Dengan platform ini, dapat memberikan pelanggan lebih memahami al-Quran. Jika sebelum ini, acara ini hanya dilakukan di masjid-masjid, jadi orang yang sama sahaja menyertai #QuranHour ini.

    “Apabila buat di pasar raya yang besar seperti Mydin ini, mungkin orang yang lain pula akan nampak dan pergi acara tersebut. Jadi, lebih ramai dan dapat penyertaan yang berlainan daripada yang biasa.

    “Dalam masa sama dengan penganjuran ini, ia bukan sahaja mampu menarik umat Islam tetapi juga kepada bukan Islam. Bukan hanya tertumpu kepada satu agama sahaja. Benda ini penting dekat Malaysia kerana kita boleh memahami agama yang lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

    Ameer Ali ketika ditemu bual sempena World #QuranHour 1443H/2022.

    Ameer Ali ketika ditemu bual sempena World #QuranHour 1443H/2022.

    Pada 15 April, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, World #QuranHour dengan kerjasama rakan Sinergi Media Malaysia kembali untuk tahun ketujuh membawakan tema ‘Dunia Bersujud’ pada 26 April ini.

    Hussamuddin berkata, penganjuran kali ini diyakini mampu tampil lebih hebat sekali gus memperkukuhkan gelombang gerakan ‘Baca, Faham dan Amal Al-Quran’ dalam kalangan masyarakat.

    Sementara itu, Ameer berkata, Mydin telah membuat perancangan dengan teliti memandangkan ia merupakan pasar raya pertama menganjurkan program tersebut.

    “Saya berharap perkara ini dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Harapnya tiada sebarang kesilapan dan akan mendapat sokongan daripada awam,” ujarnya.

    Beliau berharap, dengan sokongan Mydin terhadap World #QuranHour tersebut, dapat menarik lebih banyak syarikat korporat untuk bersama dalam menyokong acara yang mulia pada bulan Ramadan ini.

    “Jadi, #QuranHour ini nanti bukan sahaja dibuat di masjid. Dengan sokongan ramai, ahli korporat boleh melakukannya di pejabat atau di bangunan mereka sendiri,” katanya.

    Beliau turut berharap program tersebut mendapat sambutan di luar jangka seperti Earth Hour yang dilancarkan bagi menjimatkan tenaga elektrik.

    “Kalau Earth Hour, satu dunia semua sekali akan bersama dari jam 8 hingga 9 malam untuk mencapai objektif acara tersebut. Jadi, kita perlu gunakan konsep yang sama dalam #QuranHour.

    “Umat Islam perlu bersama dalam program ini. Ia penting kerana dalam al-Quran banyak mengajar kita untuk menjadi seseorang yang berguna. Berbeza dengan masa sekarang ini, ramai yang tertumpu kepada penggunaan internet seperti Google untuk menyelesaikan masalah,” ujarnya.

    Sumber

  • Sinergi Media terus barakan World #QuranHour

    Sinergi Media terus barakan World #QuranHour

    SHAH ALAM – World #QuranHour dengan kerjasama rakan Sinergi Media Malaysia kembali untuk tahun ketujuh membawakan tema ‘Dunia Bersujud’ pada 26 April ini.

    Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, penganjuran kali ini diyakini mampu tampil lebih hebat sekali gus memperkukuhkan gelombang gerakan ‘Baca, Faham dan Amal Al-Quran’ dalam kalangan masyarakat.

    “Misi kita semua adalah jelas iaitu untuk ‘mengqurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah’ kerana kita nak tukar ekosistem supaya operasi sistem ummah ini mesti berasaskan kepada al-Quran.

    “Jadi, untuk tujuan itu, gerakan ini perlu usaha yang bersepadu dan saya mengharapkan agar penganjuran kali ketujuh ini bakal jadi yang terbaik berbanding sebelum ini,” katanya dalam Taklimat Sinergi Media Malaysia sempena World #QuranHour secara dalam talian pada Jumaat.

    Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media yang juga rakan sinergi seperti TV Alhijrah selaku hos penyiar, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily dan Denaihati.com.

    World #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

    Program tersebut yang mengangkat surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana iaitu Studio TV Alhijrah.

    Dalam pada itu, Hussamuddin menjelaskan program tersebut yang bermula sejak 2015 telah berjaya menghasilkan gelombang baharu sekali gus mendekatkan masyarakat kepada al-Quran.

    “Saya nak merakamkan kesyukuran kerana selepas tahun kelima penganjuran, kita sudah menghasilkan satu gelombang baharu dalam kalangan masyarakat.

    “Semasa Covid-19 melanda juga, kita sudah ada program My #QuranTime yang mendapat sambutan luar biasa yang mana setiap hari kita ‘memaksa’ orang Islam duduk depan televisyen atau telefon bimbit mereka untuk dengar bacaan al-Quran, belajar tajwid, dan bertadabbur,” katanya.

    Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan program World #QuranHour terus menjadi medium untuk memacu negara ke arah yang lebih baik.

    “Banyak negara Islam hancur kerana manusia rakus dan tamak selain tidak berpegang kepada nilai murni termasuk terima rasuah dan sebagainya.

    “Tengok apa jadi kepada Pakistan apabila rakyat mereka bangkit kerana marah dengan ahli politik mereka jual kerusi sehingga bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang sedang bawa perubahan besar kepada negara tersebut dijatuhkan.

    Marhaini

    Marhaini

    “Kita kena pastikan negara kita tidak berlaku walaupun bibit itu telah ada dan kita perlu hentikan dengan cara membawa masyarakat kembali kepada al-Quran,” katanya.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, surah Al-Sajdah dipilih dengan misi untuk ‘reset’ kembali kehidupan terutama dalam mengharungi cabaran hidup pada masa akan datang.

    “Kita nak membawa ke arah impak iaitu negara dan dunia berbudi dan penyayang. Selain itu, kita lihat ada tiga isu besar iaitu cabaran dalam pendidikan, kesihatan dan ekonomi.

    “Untuk tahun ini, kita nak bawa kepada penyelesaian ekonomi ummah. Jadi kita nak fokus kepada hutang iaitu dari segi hutang fizikal, hutang kepada kerjaya, hutang kepada keluarga dan hutang sosial,” katanya.

    Menurutnya, pengisian untuk menjelaskan mengenai ekonomi ummah dalam surah Al-Sajdah tersebut akan difokuskan kepada tiga ayat utama pada World #QuranHour kali ini.

    “Kita ambil ayat kelima iaitu Al-Amru iaitu bagaimana ALLAH mentadbir segala urusan dan keperluan makhluknya. Ayat seterusnya ialah berkaitan sujud iaitu ayat ke-15 dan ke-16 dengan menekankan tugas sebagai seorang hamba itu hanyalah bersujud dan berinfak.

    Mohd Ashrudy Borhan

    Mohd Ashrudy Borhan

    “Selain itu, ayat ke-24 iaitu ‘Yahduna Bi Amrina’ menekankan seruan kepada setiap pemimpin, diri, keluarga dan institusi untuk mendidik ahlinya dengan sabar dan mengembalikan segala urusan kepada ALLAH,” katanya.

    Sementara itu, Penerbit Eksekutif TV Alhijrah, Mohd Ashrudy Borhan berkata, stesen televisyen tersebut akan menjanjikan kelainan dalam penyiaran World #QuranHour kali ini.

    “Pada tahun ini, program dilaksanakan di studio Alhijrah berbanding sebelum ini diadakan di luar studio seperti di masjid. Jadi, ia satu cabaran terutama menempatkan pentadabbur, qari dan tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

    “Untuk program ini kita tetapkan satu jam dan meletakkan dua pengacara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar ia lebih bersifat antarabangsa dan boleh ditonton di seluruh dunia.

    “Dari segi persembahan, kelainan yang akan kami bawa adalah pentadabbur utama bukan hanya duduk sebaliknya akan bertadabbur dengan cara penceritaan.

    “Beliau boleh bergerak kerana kita menggunakan paparan LED di belakang dengan memainkan paparan visual yang berkaitan dengan pengisian tadabbur.

    “Selain itu, bacaan qari juga diletakkan kesan bunyian seperti bergema supaya ia memberikan ‘mood’ kepada penonton,” katanya.

  • MAPIM Lancar Ikatan Selebriti Pencinta Al-Aqsa (KACA)

    Umum melihat kesucian Masjid Al Aqsa kini diceroboh oleh perbuatan zionis Israel, oleh itu Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) memainkan peranannya melalui penubuhan Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa (KACA).

    Objektif penubuhan KACA adalah bertujuan mempertahankan dan berjuang serta melindungi Masjid Al Aqsa yang melibatkan penyertaan daripada para seniman dan barisan selebriti tanah air.  Peranan para seniman dan barisan selebriti dilihat melalui kesedaran terhadap masyarakat dapat ditingkatkan melalui pengaruh mereka yang sedia ada supaya isu serius ini mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Dengan harapan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakana sebagai anggota KACA seperti jelajah penerangan, penggumpulan dana Al Aqsa, menarik sokongan peminat, kempen boikot Israel dan kempen bantu murabitun Al Aqsa dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh para selebriti yang menyertai kempen ini.

    Bagi mengukuhkan solidariti para seniman antarabangsa kepada perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa terhadap pencabulan zionis Israel, MAPIM menyeru dan mengalu-alukan golongan seniman dan budayawan untuk mengguna kemahiran mereka mengangkat keprihatinan dunia terhadap isu ini.

  • Riang Ria Buffet Ramadan oleh The Venue Shah Alam

    The Venue yang terletak di lokasi Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam memeriahkan lagi suasana kedatangan bulan ramadan pada tahun 2022 dengan mengadakan Buffet Ramadan yang bersesuaian untuk berbuka puasa bersama-sama seisi keluarga mahupun rakan-rakan.

    Buffet Ramadan bermula pada 03 April sehingga 01 Mei 2022 disertakan pelbagai hidangan juadah yang menarik seperti Kambing Golek, Shellout Seafood, Nasi Arab Baghdad, Daging Masak Lemak Cili Padi, Lala Masak Pedas, Ayam Buttermilk dan lain-lain lagi. Selain itu, ciri-ciri fasiliti yang terdapat di The Venue dengan kemudahan seperti musolla, parkir kereta yang luas dan lokasi yang strategik semestinya memberikan keselesaan kepada setiap pelanggannya.

    Tawaran Buffet Ramadan yang disediakan oleh The Venue Shah Alam bagi dewasa adalah sebanyak RM 66.00 manakala kanak-kanak berumur 5 sehingga 12 tahun sebanyak RM 46.00. Kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah boleh menikmati hidangan secara percuma. Tempahan meja turut disediakan yang mampu menampung 10 orang sekali gus dengan caj bayaran dikenakan RM 600.00.

    Setiap para pelanggan The Venue yang menikmati Buffet Ramadan 2020 berpeluang memenangi hadiah melalui peraduan Cabutan Bertuah yang bernilai sehingga RM 20,000.

    Bagi menikmati Buffet Ramadan 2022 The Venue Shah Alam dan ingin membuat tempahan, sila hubungi nombor di talian 0142508160 (Bard), 0182051492 (Faridah) dan 0132473767 (Wan).

  • WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih

    Sudah semestinya bulan Ramadan yang mulia membawa seribu satu kebaikan bagi seluruh umat Islam yang menantikan kehadirannya pada setiap tahun kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah S. W. T.

    Oleh itu, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan menyantuni 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih melalui hidangan juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar. Suasana majlis turut dimeriahkan oleh barisan artis tanah air popular seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Inteam , Mei Fen, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan ramai lagi.

    Penganjuran program amal ini dapat dilihat membuahkan impak positif seperti jalinan ukhwah dapat dieratkan dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Diharapkan program-program seperti ini mampu membangkitkan semangat serta keterujaan kepada golongan kurang bernasib baik untuk meraikan bulan Ramadan Al-Mubarak.

    Tambahan pula, pengurusan WTCKL juga tidak ketinggalan untuk meneruskan kerja-kerja amal seperti tahun sebelumnya seperti penajaan bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sumbangan berupa makanan dan wang tunai turut disalurkan ke rumah penjagaan orang tua dan anak yatim melalui kolaborasi beberapa rumah kebajikan lain.

    “Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan melalui tajaan amal. Kita juga berharap agar perniagaan kita bertambah dan berkembang maju supaya dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi pihak di masa hadapan” ujar Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim.

  • SISI RELIGI MADAM & IMAGI MENERUSI ‘DENGAN SEMPURNA’

    SISI RELIGI MADAM & IMAGI MENERUSI ‘DENGAN SEMPURNA’

    Kuala Lumpur, 4 April 2022 – Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rocketfuel Entertainment, label hiburan tanah air yang terkenal, buat pertama kalinya menggabungkan dua kumpulan rock terkenalnya, MADAM dan IMAGI, dalam single dengan idea religi bernama ‘Dengan Sempurna‘, yang digubah oleh Amy Bong dan Haneef Al-Ansari.

    “Baru sebulan single Nona dan Merasuk dilancarkan, MADAM dan IMAGI hadir pula dengan single terbaharu bagi meraikan bulan puasa. Jika pada tahun lepas, MADAM pernah muncul dengan single berjudul ‘Kekasihku’, tahun ini kamu menggabungkan dua band rock sekaligus,” kata Putera yang berperan sebagai vokalis MADAM.

    Inspirasi kerjasama padu ini tercetus daripada pihak pengurusan Rocketfuel sendiri yang mencari kelainan daripada lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan sebelum ini, selain cara untuk meyambut kedatangan Ramadan tahun ini.

    Menurut Haziq, vokalis IMAGI: “Kami ingin mencuba sesuatu yang baharu di maana dua kumpulan rock bergabung dalam sebuah single rock ala religi yang belum pernah dibuat lagi. Selain itu, kami semua dapat bereksperimentasi dalam muzik dan bertukar-tukar pendapat.

    Dengan Sempurna lebih berkonsepkan ketuhanan atau agama daripada lagu raya yang sepatutnya, membawa mesej taubat seorang hamba yang mengharapkan keampunan daripada Tuhannya.

    “Lagu ini tidak semestinya didengar ketika bulan Ramadan saja, dan boleh didengar pada bila-bila masa. Kami cuma mengambil keberkatan untuk melancarkannya pada bulan yang penuh rahmat ini.

    “Dalam hidup, kita harus sedar siapa diri kita yang sebenarnya dan betapa kerdilnya diri ini berbanding kuasa Yang Maha Esa, oleh itu perbanyakkanlah ibadah dan sentiasa muhasabah diri. Lagu ini juga merupakan dakwah kecil dari kami semua,” jelas Azuan, selaku pemain bass MADAM.

    Walaupun berwatak religi, lagu Dengan Sempurna mengekalkan konsep pop rock yang menjadi identiti kedua-dua band ini, ia ditonjolkan daripada karya-karya lampau mereka agar lebih ‘mesra’ untuk didengari oleh semua peringkat umur, dan yang paling penting, mesej yang hendak disampaikan dengan cara penulisan lirik menginsafkan.

    “Kami mengambil masa lebih kurang seminggu untuk merakamkan masterpiece ini di Alibaba Record & Production, maklumlah ramai pemuzik yang terlibat, namun kami seronok melakukannya kerana banyak idea yang dikongsi bersama selain memupuk rasa ‘ukhwah’ atau kebersamaan sesama kami, kongsi Fitri atau Bob, yang merupakan vokalis dan gitaris IMAGI.

    Encik Erick Yew, selaku Ketua Label & Production Rocketfuel Entertainment berkata, “Sebagaimana lazimnya pada setiap tahun, Rocketfuel akan menampilkan pelbagai variasi konsep lagu bersempena bulan puasa. Pada kali ini kami menampilkan MADAM dan IMAGI menerusi kolaborasi unik yang jarang dilakukan mana-mana label di Malaysia.

    “Semoga pendengar terhibur dalam beringat melalui single Dengan Sempurna dan selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh negara.

    Ramadan dan raya kali ini akan berbeza setelah fasa Covid-19 berubah ke endemik tiada lagi sekatan merentasi daerah dan negeri, luah Herman, pemain dram MADAM,”Dua tahun berlalu dengan perasaan yang amat suram, dan pada tahun ini In Shaa Allah akan menjadi lebih meriah kerana kita telah memasuki era endemik, walaubagaimanapun kesihatan dan SOP harus diberi keutamaan.

    “Kami semua berharap agar single Dengan Sempurna ini dapat memberi manfaat kepada semua pendengar dan lebih melonjakkan lagi nama MADAM dan IMAGI, teruskan menyokong dan memberi semangat kepada kami untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik.

    Lagu Dengan Sempurna boleh dimuat turun daripada iTunes dan digunakan sebagai nada dering panggilan oleh semua pembawa telekomunikasi tempatan. Ia juga boleh didengari pada bila-bila masa menggunakan aplikasi penstriman dalam talian termasuk Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

    MV single ini hanya tersedia secara eksklusif dan boleh ditonton pada akaun YouTube Rocketfuel Network.

  • Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)

    Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)

    Program Jelajah Kenali Sawit ini dilancarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin ini merupakan lanjutan daripada penerbitan buku ‘Mari Kenali Sawit’ yang telah dilancarkan pada bulan Januari lalu di Putrajaya dan Ampang.

    Program ini melibatkan 100 buah sekolah menengah kebangsaan dan swasta terpilih di Semenanjung Malaysia bagi fasa pertama dan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak bagi fasa seterusnya.

    Sebanyak 300,000 naskhah buku ‘Mari Kenali Sawit’ akan diedarkan di sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta terpilih di seluruh negara bagi memberikan pendedahan mengenai fakta kelapa sawit, kepentingan serta sumbangan industri komoditi itu kepada pembangunan sosioekonomi dan pendapatan negara.

    Turut disampaikan sumbangan peranti seperti laptop dan tablet kepada sekolah dan pelajar terpilih daripada Majlis Getah Malaysai (MRC).

  • Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati Pecah Rekod Kehadiran

    Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati Pecah Rekod Kehadiran

    Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri yang unik anjuran Jati, jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar (MGB), bersama ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw telah menarik perhatian ramai pada hari pertama pelancarannya untuk acara yang berlangsung selama 16 hari itu, menjadi viral di media sosial.

    Pembeli dari Lembah Klang, pelawat dari negeri-negeri lain dan juga pelancong mengambil kesempatan dengan pemasangan hasil seni retro dan kilauan lampu untuk kandungan media sosial mereka sambil mengunjungi lebih 60 gerai pilihan khas yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman untuk berbuka puasa berserta juadah Raya, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya untuk seisi keluarga, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang viral dan dipercayai.

    Ramai selebriti yang turut membeli-belah di Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri termasuklah Sazzy Falak, Bella Astillah, dan Maryam & Ryzal Ibrahim yang terkenal kerana durian Kimchi TV.

    Jati yang ditubuhkan sejak 1993 itu terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu Siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509.

    Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri akan berlangsung di Malaysian Grand Bazaar yang bermula pada hari ini 9 April hingga 24 April selama 16 hari, dari 10 pagi hingga 10 malam. Ia adalah bazaar yang harus dikunjungi pada tahun 2022, dengan begitu banyak tawaran berserta pelbagai aktiviti, peraduan, giveaway, permainan dan banyak lagi dengan menyokong jenama Malaysia. Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan. Mulakan di sini!” ujarnya.

    Setiap pengunjung akan menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar, tiada pembelian diperlukan. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka. 

    Sazzy Falak sangat gembira dan suka dengan suasana, kemudahan, keselesaan, pilihan dan tawaran tempatan yang disediakan. Malah, banyak jenama tempatan yang viral di satu tempat dan pelanggan boleh melakukan pembelian terus kerana raya tidak lama lagi. ucapan syabas kepada jati kerana menyokong dan memberikan ruang keapda usahawan tempatan untuk menyinar.

    Bella Astilah teruja dengan apa yang ditawarkan termsuklah biskut dan hadiah untuk keluarga dan rakannya di kampung halaman. “Ianya sangat selesa untuk membeli belah disini, dan ia adalah tempat uang sesuai untuk mencipta kandungan untuk Ramadhan dan Raya” katanya.

    Maryam dan Ryzal Ibrahim, pasangan Korea-Malaysia yang terkenal kerana Durian Kimchi TV sedang sibuk di gerai Jati memilih pelbagai jenis nasi untuk resipi gabungan Ramadhan dan Raya untuk saluran YouTube mereka. “Kualiti dan pilihan beras dari Jati sangat mengagumkan. Ia akan berfungsi dengan baik dengan resipi Korea, Malaysia dan fusion. Ini adalah bazaar Ramadhan berskala besar yang pertama untuk saya, malah ia lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Suasananya begitu meriah dan membangkitkan suasana kampung,” kongsi Maryam dan Ryzal

    Parkir adalah percuma di Bukit Bintang City Centre untuk para pembeli Rasa Kasih Aidilfitri.

    Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat gaya terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!

    Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200. 

    Pengunjung juga berpeluang untuk dihiburkan sepanjang Bazar dengan persembahan dan mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang hari seperti bengkel dan sesi permainan, ia dapat menjanjikan keseronokan untuk setiap ahli keluarga pada semua peringkat umur. Lawatilah Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri anjuran Jati yang Insta-worthy daripada 9 April sehingga 24 April, 2022 kerana ia merakam kembali jiwa bazaar Ramadhan dari era pra-pandemik, dilengkapi dengan kawalan, keselamatan, kebersihan dan pematuhan SOP sewaktu fasa endemik.