Category: ATTRACTION

  • Rangkaian Smart Bio Golden Remedy

    Rangkaian Smart Bio Golden Remedy

    Memperkenalkan Smart Bio Golden Remedy (SBGR) yang menjual produk kesihatan keluaran tempatan untuk semua. SBGR telah bekerjasama dengan Sureco Sure Return (M) Berhad sejak 2021 lagi untuk meluaskan pasaran  produk yang berada di bawah naungan SBGR.

    Untuk pengetahuan semua, Golden Remedy atau Rawatan Emas adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh SBGR. Produk ini dihasilkan dengan berasaskan herba tempatan dan luar untuk menjadi penyelesaian pelbagai penyakit yang dapat diubati. Sebagai contoh, Ubat gigi herba yang menjadi penawar masalah gigi dan gusi, kapsul tiga serangkai yang menjadi ubat untuk kecing manis, darah tinggi dan jantung.

    SBGR percaya bahawa rawatan holistik setiap penyakit tidak boleh lari daripada pemakanan yang sihat dan bersifat semula jadi. SBGR ingin meyakinkan kepada semua bahawa produk mereka sangat bagus untuk seisi keluarga kerana mereka ada juga mengeluarkan kopi kolagen untuk membersihkan kesihatan dalam, kopi cenkudu, balm cenkudu yang dapat digunakan untuk semua.

    Produk Golden Remedy

    SBGR juga kini mencari orang luar yang ingin mencari wang lebih untuk menjadi ejen mereka. Hal ini kerana, SBGR yakin peluang perniagaan akan terbuka luas dan dapat memberi manfaat kepada ejen mereka kerana mempunyai insentif bonus yang dapat menambah pendapatan mereka. Produk jualan SBGR merupakan produk halal toyyiban dan lebih penting harga produk yang mampu dimiliki dan berkualiti.

    Selain itu, SBGR ingin meningkatkan lagi ekonomi umat Islam di Malaysia melalui kempen BMF agar produk mereka dikenali dan orang ramai tidak was-was akan produk mereka. Sistem rangakain SBGR bukan sahaja mahu melahirkan hartawan malah dermawan, membantu, dan mengajak ejen mereka untuk menikmati kejeyaan di masa kelak.

    Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari https://smartbiogr.com atau boleh hubungi di talian 012-6737762.

  • Kerjasama Studio Pilates Dengan Institusi Sukan Negara (ISN) Malaysia

    Kerjasama Studio Pilates Dengan Institusi Sukan Negara (ISN) Malaysia

    Kerjasama yang dijalankan diantara Institut Sukan Negara (ISN), Institut Sukan Negara Malaysia dan bersama Studio Pilates iaitu Ambasadors of Love (AOLove) untuk menjalankan beberapa program bengkel bagi melatih jurulatih mereka, pakar perubatan sukan, ahli fisioterapi, tukang urut sukan, jururawat dan atlet dalam menyesuaikan dan menggabungkan senaman pilates dalam rawatan kecederaan, pemulihan dan pencegahan, dan pembetulan postur untuk sukan yang professional. AOLove adalah tenaga pengajar yang bertauliah untuk program bengkel ini dalam tempoh yang singkat iaitu empat hari bermula dari 23 Mac hingga 30 Mac 2022, dengan 30 peserta yang akan mengahdiri program latihan asas .

    Majlis Perasmian dan Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta program iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ISN YBrs En. Ahmad Faezal Bin Ramly. Mewakili Ambasador of Love (AOLove) ialah Pengasas, Pengarah Urusan dan Pengajar Utamanya Elaine Tan Yee Lin, seorang pengajar STOTT PILATES yang bertauliah.

    Acara ini turut dihadiri oleh bekas pemain boling negara Shalin Zulkifli yang tidak asing lagi dengan kecederaan sukan yang dialaminya. Shahlin merupakan orang yang perlu bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan mengesyorkan program Pilates yang sangat berkesam oleh AOLove kepada ISN, selepas beliau menghadiri dan mendapat manfaat daripadanya sendiri.

    Bengkel komprehensif yang akan dijalankan oleh AOLove akan melibatkan pasukan perubatan ISN dalam memperkenalkan latihan pilates untuk pencegahan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan kecederaan di kalangan atlet negara dan membetulkan postur yang salah dalam melakukan senaman biasa, bagi meningkatkan prestasi atlet negara kita ini. Bengkel ini akan dikendalikan oleh  pengajar yang bertauliah AOLove termasuk Manjari Vanehuathan, Evon Tan Siew Wan, Yamuna Kamalan, Pavithra Ramakrishnan, Heng Ann Nie, Janet Lai Zui Moi and Koh She Qin.

    Pilates adalah satu senaman yang menumpukan kepada pengukuhan badan dengan penekanan pada kekuatan teras. Ini membantu meningkatkan kecergasan am dan keseluruhan. Pilates juga menumpukan pada postur, keseimbangan dan fleksibiliti yang merupakan komponen kecergasan yang sering diabaikan oleh peminat kecergasan atau atlet. Selain itu, senaman ini juga dapat memberi peningkatan otot terutamanya otot perut, bahagian bawah belakang pinggul dan punggung, dan penstabilan tulang belakang.

    Latihan ini bertujuan untuk memberi tumpuan pada otot dalaman seperti transversus abdominus dan multifidus. Kedua- dua otot ini berhampiran dengan tulang rusuk, pelvis dan tulang belakang. Walaubagaimanapun, senaman yang tidak betul boleh melemahkan kekuatan anda dan akan menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan yang ketara.

    Elaine Tan Yee Lin mempunyai Ijazah Sarjana (MSc) Kepujian Kelas Pertama dalam Sains Sukan dan merupakan pengajar STOTT PILATES bertauliah penuh dengan pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun itu turut berkongsi bahawa semasa program begkel itu berlangsung, salah seorang ahli fisioterapi ISN, Thomas telah menerapkan prinsip pilates yang diajar olehnya kepada penyelam negara Dato’ Pandelela Rinong dan telah berjaya mengurangkan sakit belakangnya dalam satu sesi tanpa manipulasi fisioterapi .

    “if your treat the roots, everything will fall in place.” Katanya.

  • AEON Bersama Chef Wan Perkenalkan Neoflam untuk Aeon Star Rewards

    AEON Bersama Chef Wan Perkenalkan Neoflam untuk Aeon Star Rewards

    Untuk julung-julung kalinya pada bulan Ramadan 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama ikon Malaysia yang terkenal di dalam arena masakan Chef Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Chef Wan memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam (Chef Wan-Neoflam Star Rewards Programme) yang bermula dari 24 Mac sehingga 2 Mei 2022 ke seluruh negara.

    Sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimport dari Korea Selatan iaitu Neoflam diperkenalkan melalui program ini. Selain itu, ciri-ciri istimewa yang didatangkan oleh Neoflam adalah ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi Ecolon yang tidak melekat dan tahan lasak. Neoflam boleh didapati oleh seluruh pengemarnya di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara.

    “Selaras dengan moto Chef Wan “Makanan yang baik menyatukan kita semua”, kami percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang baik dan bermutu. Kami ingin memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan peralatan memasak yang berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki terutamanya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar” ujar Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON.

    Melalui Program Star Rewards, pelanggan akan diberi 1 keping setem untuk bukan ahli dan 2 keping setem untuk ahli AEON bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM 30.00 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi iAEON pula akan menerima e-setem. Khas untuk ahli AEON yang membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet pula akan menerima 3 keping setem.

    Para pelanggan boleh menebus koleksi setem yang berjaya dikumpulkan untuk membeli produk-produk Neoflam jika mempunyai bilangan minima 20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem.

    Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari www.aeonretail.com.my

  • Acara Perniagaan Mendorong Transformasi Industri Malaysia Sebaik Sempadan Dibuka

    Acara Perniagaan Mendorong Transformasi Industri Malaysia Sebaik Sempadan Dibuka

    KUALA LUMPUR, 30 Mac 2022 – Semasa Malaysia bersiap sedia untuk membuka sempadannya pada 1 April 2022, Business Events Sarawak (BESarawak) dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) telah membangunkan BEimpactful, pakej yang direka  oleh kedua-dua biro untuk perancang acara perniagaan yang seimbang berikutan Covid-19.

    BEimpactful menawarkan pelbagai ganjaran wang dan barangan. Ia boleh digunakan untuk persidangan nasional dan antarabangsa, pameran, dan acara korporat yang berbentuk sama ada fizikal, hibrid atau buatan sendiri. Acara itu mesti diadakan secara fizikal hanya untuk nasioanal dan antarabangsa.

    Yang Berhormat Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, hari ini berkata pada Himpunan Suku Tahunan BESarawak di Kuala Lumpur bahawa “Sebagai persediaan untuk pembukaan semula sempadan, dan kebarangkalian tinggi acara mengembalikan perniagaan antarabangsa, kami telah memutuskan untuk meneruskan Pakej Insentif Perancang Acara Perniagaan untuk tahun ini.” “BESarawak dan MyCEB bekerja lebih rapat berbanding sebelum ini di peringkat kerjasama yang lebih tinggi untuk memacu transformasi ekonomi dan sosial Malaysia pembangunan melalui acara perniagaan,” kata Menteri itu lagi.

    Sektor acara perniagaan telah dikenal pasti sebagai aspirasi dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030, yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 2021 dan bertujuan untuk memperkasakan komuniti, memulihara warisan, budaya, dan biodiversiti, serta menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam semua sektor.

    Institut Teknologi Makanan Malaysia, Persatuan Radiografer Malaysia, Persatuan Sistem IEEE, Manusia dan Sibernetik (Malaysia), dan Persatuan Pakar Anaesthesiologi Malaysia (MSA) dan Kolej Pakar Anaesthesiologi, Akademi Perubatan Malaysia semuanya mengumumkan kemenangan bidaan untuk empat persidangan kebangsaan dan antarabangsa utama semasa Perhimpunan Puak.

    Persidangan ini dijadualkan membawa anggaran 4,000 peserta ke Sarawak, menunjukkan bahawa percubaan Sarawak untuk sejajar dengan matlamat dan piawaian seluruh dunia dalam menilai tidak ketara untuk acara perniagaan, yang dikenali sebagai impak warisan, berada di landasan yang betul.

    Dalam ucapan yang menggembirakan, Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman, menekankan bagaimana pembangunan sistem pengukuran impak warisan pada 2019 telah menghasilkan manfaat jangka panjang yang besar untuk Sarawak, seperti yang diukur oleh 13 Bidang Tumpuan Utama dan UNSDG.

    “Kesan Legasi pantas menjadi strategi untuk bukan sahaja pulih daripada kesan daripada pandemik tetapi untuk mengekalkan sektor perniagaan yang semakin berkembang.” Dia berkata.

    Sejak permulaannya pada 2006, Sarawak telah memperoleh hampir RM3 bilion kesan ekonomi keseluruhan melalui acara terjaminnya, menurut rekod kerajaan.

    Untuk maklumat lanjut tentang kesan legasi ,sila e-mel rose@sarawakcb.com.  Untuk bertanya tentang BEimpactful dan Dana Acara Perniagaan Sarawak, hubungi Donny Tan untuk Konvensyen dan Pameran (donny@sarawakcb.com)  atau e-mel Crystal Phang untuk Mesyuarat Korporat dan Korporat Insentif (crystal@sarawakcb.com).

  • PELANCARAN APLIKASI ‘MUKMIN PRO’ OLEH FAZURA

    PELANCARAN APLIKASI ‘MUKMIN PRO’ OLEH FAZURA

    Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Faz merupakan pelakon dan usahawan terkemuka. Beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, Fazura telah melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan gaya hidup Muslim di alaf baharu, Mukmin Pro.

    Pelancaran Aplikasi ‘Mukmin Pro’ oleh Fazura

    Semasa ditemui di majlis pelancaran aplikasi Mukmin Pro, Fazura menzahirkan rasa bersyukur kerana salah satu impiannya telah tercapai.

    Kelebihan aplikasi ini adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat. Selain itu, Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau ‘interface’ yang lebih focus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura.

    Keunikan aplikasi Mukmin Pro ini adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok.

    Program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran, program Wakaf Quran dan Infaq makanan kepada golongan yang memerlukan juga ditawarkan di aplikasi ini.

    Dengan adanya pakej-pakej yang menarik dan mampu milik, amalan seperti Qurban dan Aqiqah juga boleh dilaksanakan dengan mudah dengan menggunakan Mukmin Pro.

    Aplikasi ini turut mempunyai rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah-surah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. Navigasi masjid-masjid yang berdekatan juga turut disediakan untuk para Mukmin.

    Aplikasi Mukmin Pro ini boleh dimuat turun di aplikasi ‘App Store’ dan ‘Google Play’’ secara PERCUMA.

  • Tindakan Penguatkuasaan KPDNHEP Dalam Membanteras Ketirisan Minyak Masak Bersubsidi

    Tindakan pemeriksaan dan pemantauan secara lebih menyeluruh di bawah Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) sentiasa dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas semua syarikat pembungkusan minyak masak dan kilang penapis minyak masak.

    Selain itu, operasi khas iaitu OPS GORENG juga telah dilaksanakan dalam menangani isu penyelewangan dan ketirisan minyak masak bersubsidi ke atas syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit minyak masak. Hasil OPS GORENG telah berjaya merampas sejumlah RM 15.57 juta yang melibatkan 401 kes kesalahan berkaitan pembekalan minyak masak termasuklah minyak masak bersubsidi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

    Selain itu, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) melibatkan nilai pembukaan ke atas aset syarikat berkaitan minyak masak yang telah diambil tindakan berjumlah RM 1.79 juta. Berdasarkan statistik sehingga Februari 2022 sebanyak 27 syarikat telah digantung/dibatakan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, ini membuktikan Kementerian tidak akan berkompromi dan memandang serius berkaitan isu ini.

    Susulan pembukaan sempadan Negara mulai 01 April 2022, KPDNHEP akan mempertingkatkan tindakan penguatkusaan dipintu masuk sempadan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memastikan isu-isu berkaitan ketirisan barang kawalan termasuk minyak masak bersubsidi dibanteras sepenuhnya.

    Rakyat Malaysia diseru untuk bekerjsama dengan memainkan peranan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak masak supaya aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi ini boleh mengemukakan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran aduan tertera seperti berikut:

    i. WhatsApp 019-279 4317
    ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    iii. Call Centre 1-800-886-800
    iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    v. Ez ADU KPDNHEP

  • Asean’s Most Influential Chef milik Chef Anis Nabilah

    Asean’s Most Influential Chef milik Chef Anis Nabilah

    Chef selebriti terkemuka, Anis Nabilah Umaruddin atau lebih dikenali sebagai Anis Nabilah kini berada di tahap yang membanggakan dengan penceburannya dalam bidang kulinari sejak 14 tahun yang lalu.

    Usaha dan titik peluh beliau dibuktikan dengan Chef Anis Nabilah berjaya merangkul Asean’s Most Influential Chef yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melalui anugerah Asean Food & Travel Awards 2022 yang berlangsung di hotel terkemuka di ibu negara.

    Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab; Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk N Subramaniam; Presiden Persatuan Eksekutif Makanan & Minuman Malaysia, Muhammad Hisham Tan Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran; Editor Pengurusan RHA Media, Lee Seng Chee dan Pengarah Komunikasi Korporat, ASEAN Food and Travel, Puan Helis Muda turut menghadiri majlis tersebut.

    “Saya amat berterima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mempromosikan negara kita kepada Dunia. Tahniah pada semua atas kerja keras dan usaha untuk mengembangkan industri ini untuk negara kita, untuk Asean. Ia memerlukan semangat, pengorbanan, dan daya tahan untuk berjaya dalam industri ini terutamanya semasa pandemik dua tahun lepas” ujar Chef Anis Nabilah.

    “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan pasukan saya, Universal Music Malaysia, Celebrity 360, kerana sentiasa mempercayai saya dan menyokong semua matlamat dan impian saya tidak kira betapa besarnya ia. Ini untuk anda semua” katanya.

    Menurut Anis Nabilah, dia bangga apabila melihat industri yang diceburinya ini semakin berkembang dan diminati ramai.

    Chef Anis Nabilah berkata “Saya juga gembira saya terus bertahan kerana ia membuka begitu banyak pintu untuk saya. Saya berjaya menjelajah dunia untuk berkongsi resipi saya dan bertemu beberapa idola saya di beberapa acara masakan terbesar di dunia, seperti ‘Worlds 50 Best Restaurant’ dan ‘Invite The World to Dinner’ yang diadakan di Australia. Itulah kali pertama saya bertemu Heston Blumenthal (salah seorang chef terkemuka dalam gastronomi molekul). Bukan sahaja dapat jumpa dengannya, tapi dapat bersembang, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengannya”.

  • MENDAPAT TONTONAN 300,000 DALAM 10 HARI, LAGU ‘COME FOLLOW ME’ MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT RADIO TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

    MENDAPAT TONTONAN 300,000 DALAM 10 HARI, LAGU ‘COME FOLLOW ME’ MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT RADIO TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

    Lagu hasil kerjasama antara penerbit terkenal Sweden, Tomas Gralind dan jurutera audio terkenal, Martin Ankelius dari Cutting Room Sweden serta calon Anugerah Grammy, Bjorn Engelmann yang berjudul ‘Come Follow Me’ nyanyian Sasi The Don, Duta Reggae Asia telah mendapat 300,000 tontonan Youtube dalam masa 10 hari selepas dilancarkan dan mendapat sambutan yang hebat di radio tempatan dan juga antarabangsa.

    Penyanyi ‘Come Follow Me’, Sasi The Don

    Lagu yang dibawakan oleh Sasi dan penyanyi tanah air, Sherilyn Marissakee dan penyanyi Sweden, Sofie Andren itu mendapat permintaan yang tinggi. Radio kegemaran Malaysia seperti HITZ.fm dan Fly.fm juga turut memainkan ‘Come Follow Me’ kerana rentak dan irama lagunya yang menghiburkan.

    Sasi The Don menghasilkan lagu yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai budaya dan negara. Diinspirasikan dari usaha melawan pandemik, di mana orang ramai terkesan sewaktu perintah kawalan pergerakkan dikuatkuasakan terutamanya menghadkan kebebasan awam untuk bergerak dan menjana pendapatan.

    Penyanyi lagu ‘Come Follow Me’ itu berharap lagu ini dapat memberikan motivasi kepada orang ramai mengikut langkah beliau untuk menempuh segala rintangan dan cabaran.

    “Saya percaya muzik mempunyai kuasa yang tidak dapat digambarkan untuk memberikan semangat, empati dan kekuatan. Dengan bantuan rakan-rakan karib saya, ‘Come Follow Me’ menjadi saluran yang tepat bagi mereka yang memerlukan ruang yang selamat untuk memperoleh inspirasi, motivasi dan semangat juang untuk terus maju walaupun berhadapan dengan cabaran.” kata Sasi.

    Digi Telecommunications menunjukkan sokongan mereka dengan menaja pelancaran dan pemasaran lagu ‘Come Follow Me’. Menurut Lo Wei Tzen, Ketua Penjenamaan dan Media Digi, “kami menghargai usaha Sasi untuk mengadaptasikan situasi kini dan memanfaatkan internet dan perhubungan, membolehkan kerjasama kreatif merentas sempadan. Sebagai penyedia perkhidmatan digital, inisiatif ini sejajar dengan usaha kami di dalam menyediakan perkhidmatan internet melalui hubungan menyeluruh”.

    Peminat dan pendengar boleh mendengar dan menstrim lagu ‘Come Follow Me’ di platform muzik seperti Youtube dan Spotify. Dengarkan Sasi di HITZ.fm, Fly.fm dan stesen-stesen radio yang lain. Sila layari http://www.youtube.com/watch?v=MLF8yl1PeS8 untuk menonton video muzik ‘Come Follow Me’.

  • RESIPI RINGKAS RAMADAN – AGROBANK LANCAR SIRI VIDEO ATAS TALIAN, GUNA PRODUK PELANGGAN PIKAT SELERA PENONTON

    RESIPI RINGKAS RAMADAN – AGROBANK LANCAR SIRI VIDEO ATAS TALIAN, GUNA PRODUK PELANGGAN PIKAT SELERA PENONTON

    KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Antara tarikan utama di bulan Ramadan yang suci ini semestilah juadah Ramadan. Aneka makanan yang enak sekali pada bulan Ramadan bukan sahaja istimewa malah dinanti-dinantikan oleh rakyat Malaysia tidak kira agama atau bangsa untuk dijadikan juadah berbuka atau makan malam.

    Agrobank ingin mengambil kesempatan atas keistimewaan Ramadan dengan berkolaborasi  bersama Chef Akmal hari ini untuk memperkenalkan siri video ‘Resipi Ringkas Ramadan Agrobank’ yang akan dilancarkan oleh Zurina Othman, Ketua Pegawai Pengurusan Kredit Agrobank yang mewakili Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank. Siri video ini akan keluarkan 8 buah resipi warisan untuk dikongsi bersama pengguna media sosial pada bulan Ramadan ini dengan menggunakan semua barangan tempatan keluaran para pelanggan Agrobank sebagai bahan utama dalam resipi masakan ini.  

    Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, selaku Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif berkata “ Teras usaha di Agrobank adalah untuk mendukung seluruh aspek rantaian nilai pertanian selaras dengan visi Agrobank iaitu ‘Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan’. Ia telah menjadi nadi buat Agrobank dalam menyediakan produk pembiayaan pertanian yang holistik, meningkatkan akses pembiayaan, pembangunan kerjasama strategic di samping menyediakan khidmat nasihat dalam ekosistem ini.”

    “Justeru dalam usaha untuk meningkatkan kelestarian sector pertanian dan agromakanan sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi, siri video Resipi Ringkas Ramadan Agrobank ini telah diperkenalkan khusus untuk menyokong dan memperkenalkan produk-produk keluaran pelanggan Agrobank serta pada masa yang sama memberi peluang kepada penonton untuk menggunakan resipi yang dikongsi untuk tujuan perniagaan. Harapan kami agar resipi yang dikongsi dapat menjadi inspirasi buat usahawan untuk digunakan dalam menjana pendapatan di samping memberi idea untuk menu juadah berbuka puasa bersama keluarga tersayang,” katanya.

    Turut kata beliau lagi, “Siri makanan yang dikongsi ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif dalam pemerkasan sosial  serta memacu meningkatkan kemampuan kesluruhan rantaian nilai sector pertanian. Saya percaya, pelanggan kami adalah agen yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk sama-sama menyokong perniagaan mereka. Menerusi pembikinan siri video masakan bersempena Ramadan ini, promosi produk-produk keluaran pelanggan kami dapat diperkenalkan dan di harap usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi perniagaan mereka,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.

    Chef Akmal

    Dibawah ini merupakan senarai produk dan syarikat yang akan digunakan dalam siri video Resipi Ramadan Agrobank:

    1. Nurtinah Enterprise menerusi produk Keropok Lekor Hulu Selangor
    2. Mukmin Enterprise menerusi produk Tauhu Telur, Cincau, Fishball (3 episod)
    3. Nanas Waknur menerusi produk Nanas Yankee
    4. Patin Paskal Enterprise menerusi produk Frozen Patin Tempoyak
    5. Agro4me menerusi produk Terung Mini

    Semua Resipi Ringkas Ramadan ini dapat ditonton secara percuma melalui media sosial Agrobank iaitu Facebook – Agrobank dan Instagram- @agrobankmy bermula 2 April tahun ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan. Penonton juga boleh menonton siri video ini melalui akaun TikTok milik Chef Akmal pada setiap hari Rabu dan Khamis.

  • ALIF SATAR & THE LOCOS x RAIHAN TAMPILKAN EP ‘THE SUNNAH THE BETTER’

    ALIF SATAR & THE LOCOS x RAIHAN TAMPILKAN EP ‘THE SUNNAH THE BETTER’

    KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Penyanyi, pelakon dan pengacara nombor satu negara, Alif satar dan juga kumpulannya The Locos turut bersama-sama kumpulan nasyid  epik tanah air, Raihan, bakal mengimarahkan lagi bulan mulia Ramadan dengan sebuah EP khas yang bertajuk ’The Sunnah The Better’ diterbitkan secara istimewa oleh label rakaman yang terkenal, Warner Music Malaysia.

    “ Sesungguhnya ia merupakan penghormatan besar buat kami, pemuzik pelapis, dapat bekerjasama dengan senior-senior dalam industri muzik Malaysia seperti Raihan, kita semua membesar mendengar lagu-lagu Raihan yang penuh dengan pengajaran dan peringatan sebagai umat Islam, dan melalui kolaborasi ini, kami ingin menghidupkan semula semangat  tersebut dan mengembalikan nostalgia lagu-lagu berunsur spiritual sekaligus memperkenalkan Raihan kepada generasi muda sekarang,” jelas Alif Satar.

     Untuk pengetahuan semua, Alif Satar pernah bekerjasama dengan Raihan sebelum ini dalam rakaman lagu ‘#Sesungguhnya2019’ dan ‘Damba CintaMu’ yang  telah mendapat sambutan yang hebat daripada penggemar muzik. Kini, Alif & The locos telah bersama memulakan langkah mereka dengan mengeluarkan EP yang mempunyai 5 hits terbaik Raihan dalam bentuk audio yang akan dimuatnaik di laman Youtube bermula 1 April ini, antaranya ialah ‘Bismillah’, ‘25 Rasul’, ‘Puji-pujian x Syukur Medley’, ‘Assolatuwassalam’ dan ‘Rayuan Rindu’. Muzik videonya (MV) pula akan dimuatnaik secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

    Apabila Alif ditanya mengapa Raihan, Alif menjawab, “ Kami semua peminat Raihan sedari kecil lagi, kebanyakan lagu mereka kami sudah hafal by heart. Kami juga pernah bekerjasama sebelum ini , jadi chemistry yang ada memudahkan lagi proses rakaman.

    “ Setelah berbulan perbincangan, kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi rakaman yang hanya memakan masa selama 2 hari sahaja, dan apa menariknya, setiap lagu yang dihasilkan hanya ‘sekali jalan’, maksudnya tiada pengubahsuaian mahupun rakaman semula ibarat nyanyian secara langsung yang bertempat di Drum Asia, Kota Damansara.”

    Alif juga berkongsi bahawa menitiskan air mata kerana dapat berkolaborasi merakam lagu bersama Raihan yang sangat legendaris dalam genre nasyid. Katanya, “Lagu-lagu Raihan amat menyentuh perasaan  dan penuh kesedaran, bukan saya seorang sahaja yang terasa sebaknya, bahkan anggota The Locos juga turut menitiskan air mata, dan perasaan kebersamaan atau ukhwah itu jelas terasa.

    Alif & The Locos

    Raihan merupakan sebuah nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum kerana mereka sudah lama berada dalam industri Muzik Malaysia, bahkan di luar negara, lagu-lagu ciptaan mereka yang mempunyai unsur ketuhanan dan  kerohanian tersebar luas di seluruh dunia kerana lagu-lagu mereka penuh dengan nasihat dan panduan yang berguna.

    “Banyak yang kami pelajari dari mereka, agak gementar juga ketika mula-mula hendak bekerjasama, yalah mereka sudah bertaraf antarabangsa. Namun begitu, mereka tetap merendah diri dan tetap lokek berkongsi ilmu selain menerima cadangan-cadangan kami.’

    “ Ada beberapa kelainan yang kami tonjolka melalui EP ini, jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu raihan dibawakan secara acapella, pada kali ini kami ada memasukkan bunyi-bunyian dari alatan muzik, manakala Che Am dan saya bertindak selaku ketua vocal.”

    “Tidak banyak yang diubah kerana komposisi terdahulu sudah cukup sempurna agar mood yang dibawakan tidak lari dari bunyi yang asli. Selain itu, ahli The Locos juga turut menyumbangkan suara mereka selaku penyanyi latar.”

     Zaidan Zainuddin dari Shutterspeak Studio yang mengarahkan kesemua MV The Sunnah The Better yang akan menampilkan konsep yang ringkas tetapi menarik dengan jalan cerita yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur kerana tujuan utamanya adalah memberi nasihat melalui lagu yang disampaikan.

    Alif & The Locos bersama kumpulan Raihan

    “Tujuan utama kami menghasilkan EP ini adalah untuk menghibur dan menbawakan mesej-mesej berguna dengan jujur dan ikhlas. Semoga ramai dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan sama-sama kita meriahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan mendidik anak-anak melalui konsep edutainment ini, dan kami juga ingin mengajak mereka yang bukan beragama Islam untuk turut mendengar dan secara tidak langsung dapat belajar tentang agama Islam,” akhiri Alif.

    Tambahan pula, Alif Satar dan kumpulannya mengucapkan ribuan terima kasih  kepada seluruh Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Falah Subang Jaya kerana memberi kerjasama dan membenarkan mereka membuat rakaman video muzik di masjid tersebut.

    Kesemua MV EP boleh ditonton secara berperingkat yang dimuatnaik di saluran Youtube Alif Satar  pada waktu jam 5.00 pagi iaitu waktu sahur bagi umat Islam pada bulan Ramadhan seperti berikut:

    1. 3 April 2022: Bismillah
    2. 7 April 2022: 25 Rasul
    3. 13 April 2022: Pujian-pujian + Syukur (Medley)
    4. 19 April 2022: Assolatuwassalam
    5. 24 April 2022: Rayuan Rindu

    Buat pengetahuan semua lagu-kagu tersebuat boleh dimuat turun di iTunes dan boleh dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari pada bila-bila masa sahaja melalui aplikasi penstriman talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox dan juga Youtube Music mulai 1 April 2022.

    Turut serta pautan link EP, The Sunnah The Better: https://WMM.lnk.to/TheSunnahTheBetter.