Category: ATTRACTION

  • PREBIU BUFET CITARASA ZAMAN BERZAMAN DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

    PREBIU BUFET CITARASA ZAMAN BERZAMAN DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

    Tahun ini merupakan tahun ketiga kita menyambut ramadan dengan pandemik covid-19. Pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa “Citarasa Zaman Berzaman” di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 24 March 2022 yang lalu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakan media.

    Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional ”mesti cuba” di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

    Salah satu tarikan hidangan kegemaran pelanggan adalah Kambing Panggang. ‘Sup Gear Box-Power’, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan satay juga merupakan hidangan tarikan untuk pelanggan. Pihak hotel juga menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang. Justeru itu, pelanggan boleh memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan. Beberapa pilihan pencuci mulut juga diberikan seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman.

    Antara pilihan pencuci mulut

    Setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan Ramadan, pelanggan akan dihiburkan dengan alunan ghazal dan traditional persembahan secara langsung oleh kumpulan “Orkes Sri Johor”. Bagi pelanggan beragama Islam, pihak hotel turut menyediakan surau untuk beribadah tanpa perlu meninggalkan kawasan hotel. Kaunter pembayaran zakat juga disediakan untuk umat Islam melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.

    Kumpulan Orkes Sri Johor

    Pihak hotel turut mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Pelbagai pakej menarik ditawarkan di sana.

    Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

    Bermula dari 4 April sehingga 1 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang, RM60 untuk kanak-kanak berumur 6- 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga bersih adalah RM150 bersih seorang. Pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

    Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

    Terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Merupakan hotel bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia. Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden.

    Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Hotel ini juga berdekatan dengan kemudahan Light Rail Transit (LRT) di Stesen WTC dan KTM Komuter di Stesen Putra.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603-4042 5555 atau layari www.seripacifichotel.com

    Untuk keterangan lanjut berkenaan hotel atau promosi hotel, sila hubungi:-

    Puan Hazeira Binti Abdul Hazis

    Pengurus Pemasaran dan Komunikasi

    Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

    Email: hazeira@seripacific.com

    Mobile: 6017-3504535

    Ikuti juga media sosial:

    Facebook      : seripacificofficial

    Instagram      : seripacifichotelkl

    Tik Tok           : seripacificofficial

    Youtube         : Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

  • HUN 2022: DPUKM sasar 10,000 usahawan berdaftar

    HUN 2022: DPUKM sasar 10,000 usahawan berdaftar

    KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) mensasarkan 10,000 usahawan yang mendaftar dengan pihak DPUKM melalui Hari Usahawan Negara (HUN 2022) yang telah berlangsung pada 24 hingga 28 Mac 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

    Matlamat DPUKM mengadakan acara besar ini untuk menaikkan kembali  ekonomi negara setelah ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Tambahan pula, ini merupakan platform yang terbaik untuk usahawan dan pengunjung untuk memperolehkan informasi dan juga bantuan perniagaan.

    Presiden DPUKM, Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Hasan Mohd Nor berkata, usahawan yang berdaftar akan diberi taklimat tentang kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), symposium ekonomi dan keusahawanan serta biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional).

    “HUN 2022 yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam ini, turut meyediakan pusat info keusahawanan melalui taklimat pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online Akademi Jana Usahawan,” jelasnya.

    Selain itu, katanya, bahawa tujuan HUN 2022 dianjurkan bukan sahaja untuk mengukuhkan lagi malah mengembangkan semua teras sokongan keusahawanan yang telah atau bakal disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai agensinya.

     Seterusnya, katanya lagi, HUN 2022 juga merupakan salah satu penyelesaian yang proaktif untuk memastikan jaringan perniagaan usahawan akan diperbesarkan ke peringkat antarabangsa dan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam memilih bidang keusahawanan.

    Majlis perasmian HUN 2022 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan turut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar.

    Presiden DPUKM, Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Hasan Mohd. Nor juga turut menyertai.

    Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi HUN 2022 antaranya ialah persembahan artis popular,car free morning dan jogathon 1,000 peserta di Datan Merdeka.

    Tidak ketinggalan, acara game show bersama orang ramai dan artis Oppocot Malaysia, persembahan 100 battle of the band, pertunjukan kereta dan motor klasik, kereta-kereta mewah, Malam Aneka Ragam Pop Yeh Yeh, retro klasik, warisan HUN, santai-santai teh tarik  (pertunjukan dan tarian) dan hot balloon.

    Acara genting HUN 2022 adalah malam gala dinner yang diadakan pada 28 Mac 2022 ini, bersempena majlis anugerah untuk para usahawan.

    “Pelbagai Anugerah Keusahawanan Kebangsaan akan diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebagai sebahagian daripada sambutan ini.

    “Anugerah ini bertujuan untuk mengiktirafkan dan memberi penghormatan kepada usahawan dan pembina ekosistem keusahawanan atas dan ketekunan usaha cemerlang mereka menyumbang kepada sector ekonomi negara,” katanya.

    Untuk sebarang maklumat boleh melayari www.hariusahawannegara.com.my.

    Untuk pertanyaan media, sila hubungi- Faten: 012 5671078, Haryati: 019 2660174

    Emel; mediavictorytrade@gmail.com

    Emel rasmi HUN22: dahniaga@gmail.com, Hotline no: 03 41418311

  • IFTAR RAMADHAN DI RESTORAN WESTPLATE FACTORY

    IFTAR RAMADHAN DI RESTORAN WESTPLATE FACTORY

    Bertemakan Masakan Barat dan Tradisional, tahun ini merupakan tahun kedua Restoran Westplate Factory mengadakan Buffet Ramadhan sempena sambutan bulan Ramadhan.

    Bertempat di 100, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam Selangor

    Menyajikan hampir 30 jenis masakan. Antara sajian yang disediakan ialah Ayam masak lemak cili api, Ayam masak merah, Ayam masak rendang, Ayam masak kari, Daging Dendeng, Ayam Goreng Berempah, Roti John Daging, Roti John Ayam.

    Masakan barat juga turut disajikan, seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak, Spaghetti Carbonara, Oglio Olio Spaghetti, French Fries, Mushroom Soup dam wedges.

    Kuih-muih seperti kuih lompang, kuih lapis, talam jagung dan talam gula melaka serta pencuci mulut seperti bubur kacang hijau, bubur kacang hitam, kek coklat, butter mable dan kurma juga turut dihidangkan.

    Harga promosi yang ditawarkan dari 1 Mac 2022 hingga 1 April 2022 hanya serendah RM49.90 untuk dewasa dan RM20.90 untuk kanak-kanak.

    Bermula 2 April 2022 akan bermulanya harga biasa, RM59.90 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak (kanak-kanak berumur 5-10 tahun)

    Kemudahan seperti ruang solat, ruang parkir yang luas, dewan berhawa dingin untuk sebarang acara dan pelbagai pakej menarik untuk pelanggan.

    Tempahan boleh dibuat terus melalui pesanan whatsapp ke 014 671 2043, 019 367 4796, 011 5888 1916 atau 013 488 2286. Boleh juga singgah ke laman media sosial Facebook dan Instagram di westplatefactory.

  • Surah Al-Sajdah jadi amalan Rasulullah SAW sebelum tidur

    Surah Al-Sajdah jadi amalan Rasulullah SAW sebelum tidur

    SHAH ALAM – Surah al-Sajdah adalah surah yang besar kedudukannya di sisi Rasulullah SAW.

    Jurulatih utama Tadabbur Centre Sdn Bhd, Syaari Ab Rahman berkata, Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan surah ini tanpa membacanya sebelum tidur.

    “Surah al-Sajdah ini bukan setakat merebah kepala ke tanah, tetapi merasai dalam hati kita betapa sempurnanya rencana Tuhan dan betapa lemahnya kita di atas muka bumi ini.

    “Pernah berlaku peristiwa tentang ahli-ahli sihir firaun yang kufur kepada ALLAH, namun selepas melihat tongkat Nabi Musa AS menjadi ular gergasi, mereka terkejut kerana tidak pernah melihat situasi luar biasa itu selama ini.

    “Melihatkan perkara itu mereka telah melakukan apa yang disebut sebagai al-Sajdah. Mereka sujud dengan air mata kerana kagum dengan apa yang terjadi yang tidak dapat ditafsirkan dengan akal fikiran,” katanya.

    Peserta dari Jabatan Penjara, wakil WUIF dan orang awam yang menyertai 'Jom Mengaji Sebelum Tidur' di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang pada Jumaat. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

    Peserta dari Jabatan Penjara, wakil WUIF dan orang awam yang menyertai ‘Jom Mengaji Sebelum Tidur’ di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang pada Jumaat. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

    Beliau berkata demikian ketika mentadabbur surah al-Sajdah ayat 1 hingga 30 dalam program ‘Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) Edisi Khas: Dari Penjara Menggapai Syurga’ sempena Hari Penjara ke-232 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada Jumaat.

    Program yang diadakan Masjid Jabatan Penjara Malaysia itu turut siarkan secara langsung di platform Zoom dan Facebook Live Sinar Harian, QuranHour, TickTalk TV dan Jabatan Penjara Malaysia.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Sajdah yang dibimbing oleh qari Pembantu guru agama Penjara Kajang, Sarjan Muhammad Hafis Mohamad Foizi, dan Ustaz Husaini Mahmur, Qari My #HadithTime.

    Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrasam Abdul Rahman berkata, setiap penghuni penjara beragama Islam perlu dibentuk kembali ke jalan agama.

    “Ini termasuk membentuk sahsiah mereka dengan terapi keagamaan, kerohanian kerana Jabatan Penjara ada guru-guru agama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pembantu guru agama untuk membantu.

    Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf (kanan) menyampaikan plakad Quran Corner sebagai simbolik penyerahan set Wakaf al-Quran untuk ummah kepada pihak Jabatan Penjara yang diwakili oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).Datuk Ibrasam Abdul Rahman.

    Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf (kanan) menyampaikan plakad Quran Corner sebagai simbolik penyerahan set Wakaf al-Quran untuk ummah kepada pihak Jabatan Penjara yang diwakili oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).Datuk Ibrasam Abdul Rahman.

    Katanya, dalam pemulihan pesalah memerlukan sokongan daripada keluarga mereka sendiri, agensi kerajaan di luar jabatan penjara, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta kolaborasi dengan majikan bagi membolehkan banduan mendapat pekerjaan selepas dibebaskan.

    “Apabila kita libatkan komuniti dalam sistem pemulihan, ianya lebih berkesan dan pengulangan jenayah yang berlaku agak kecil berbanding mereka yang tidak berpeluang menjalani pemulihan dalam komuniti,” ujarnya.

    Sumber

  • ‘Taubat banduan akhir’

    ‘Taubat banduan akhir’

    KAJANG – Tiada insan suci yang tiada masa lampau dan tiada insan berdosa yang tiada masa depan.

    Seorang banduan akhir mengakui kehidupannya kini menjadi lebih baik ketika di dalam penjara.

    Menurutnya, penjara menjadikan dia insaf dan kembali kepada fitrah sebenar kehidupan sebagai Muslim.

    “Sebelum ini saya sering mengejar keduniaan dan tidak mengambil kira perasaan keluarga jauh daripada syariat ALLAH.

    “Bila saya di dalam ni (penjara) mungkin banyak ruang dan masa merenung balik apa yang kita terlepas dulu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program ‘Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) Edisi Khas: Dari Penjara Menggapai Syurga’ sempena Hari Penjara ke-232 di Masjid Jabatan Penjara Malaysia di sini pada Jumaat.

    Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia membawa surah Al-Sajdah ayat 18 hingga 22 dan surah Yusuf, ayat 33 dan 35 (kisah Nabi Yusuf di penjara) untuk ditadabbur.

    Berkongsi kisah, banduan itu berkata, masa yang ada digunakan untuk perkara berfaedah dan kembali kepada ALLAH.

    “Sujud paling terasa adalah sujud di waktu malam, saya tak mahu ulangi kesalahan lalu dan menginsafi apa yang telah berlaku,” katanya.

    Seorang lagi banduan akhir yang ditemui mengakui hanya mula mengenali solat ketika di dalam penjara.

    “Masa sebelum ditangkap dulu, saya adalah seorang yang lalai dan sering tinggalkan sembahyang.

    “Didikan atau hikmah yang dapat semasa berada dalam penjara ialah saya dapat memperbetulkan diri dan kembali ke jalan yang benar,” katanya

    Menurutnya, sujud dalam solat yang paling bermakna apabila sujud dengan penuh penyerahan.

    “Semoga ALLAH SWT menerima taubat saya,” katanya.

    Sumber

  • Surah Al-Sajdah bukti ALLAH sentiasa terima taubat

    Surah Al-Sajdah bukti ALLAH sentiasa terima taubat

    KAJANG – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia menganjurkan program ‘Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) Edisi Khas: Dari Penjara Menggapai Syurga’ sempena Hari Penjara ke-232 pada Jumaat.

    Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf berkata, JMST menjadi gelombang ajakan secara besar-besaran dalam menuju misi World #QuranHour 2022.

    “JMST diharapkan menjadi pencetus kepada orang ramai untuk baca, faham dan amalkan surah tersebut dalam kehidupan.

    “Iktibar kepada kita, tidak semestinya seorang pendosa tiada pengakhiran baik di sisinya. ALLAH SWT Maha Pemaaf dan menerima taubat hambanya,” katanya.

    Beliau berkata, JMST bersama Jabatan Penjara membawa surah Al-Sajdah ayat 18 hingga 22 dan surah Yusuf, ayat 33 dan 35 (kisah Nabi Yusuf di penjara) untuk ditadabbur.

    Program yang diadakan Masjid Jabatan Penjara Malaysia itu turut disiarkan secara langsung di platform Zoom dan Facebook Live Sinar Harian, QuranHour, TickTalk TV dan Jabatan Penjara Malaysia.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Sajdah yang dibimbing oleh qari Pembantu guru agama Penjara Kajang, Sarjan Muhammad Hafis Mohamad Foizi, dan Ustaz Husaini Mahmur, Qari My #HadithTime.

    Sesi tadabbur dibawakan oleh Jurulatih utama Tadabbur Centre Sdn Bhd, Ustaz Syaari Ab Rahman manakala perkongsian daripada dua banduan akhir dari Penjara Kajang diselaraskan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Kajang, Zuliadaini Shafii.

    Menurut Ahmad Yani, antara mesej penting daripada perkongsian tersebut adalah tiada insan suci yang tiada masa lampau dan tiada insan berdosa yang tiada masa depan.

    “Setiap jiwa pasti akan merasai mati suatu hari nanti. Manusia yang beruntung ialah dia telah kembali kepada ALLAH kepada tuhannya sebelum dia mati,” katanya.



    Sumber

  • Pelancaran Program Istana Budaya 2022

    Pelancaran Program Istana Budaya 2022

    Lambang Sari, bangunan panggung Istana Budaya terpilih menjadi lokasi pelancaran Program Istana Budaya 2022 yang merupakan satu inisiatif supaya seluruh aktiviti seni persembahan pentas bagi tahun 2022 dapat dipergiatkan ujar YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Tambahan lagi, kelangsungan ekonomi industri mampu meningkat berikutan ruang-ruang pementasan di Istana Budaya dapat memberi peluang pekerjaan serta kepuasan berkarya kepada penggiat seni.

    Pelbagai program yang menarik telah disusun dan dirancang dengan baik seperti dramatari, teater, muzikal dan anugerah untuk pengisian sepanjang program Istana Budaya 2022 berlangsung. Lima program terbitan Istana Budaya adalah “Konsert Lagu Rakyat”, “Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Peter & The Wolf”, “The Carnival of The Animals”, “Sulur & Nakasari”, “Ratu Kuning Langkasuka” dan Jula Juli Bintang Tujuh”.

    Selain itu, “Konsert U.K Reunion 25 Tahun”, “Konsert Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab”, “5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA)”, “Thunder-Kaleidoscope VI Drumming Festival 2022” serta tiga teater “Antara Tiga”, “Tanjong” dan “Teater Muzika Moyang Salleh” juga turut dipentaskan.

    Buat julung-julung kalinya bagi program Istana Budaya 2022, Orkestra Tradisional Malaysia juga menganjurkan “Konsert Lagu Rakyat” selama dua hari pada 25 dan 26 Mac 2022 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. Barisan penyanyi popular yang akan memeriahkan suasana program adalah Dato’ Zainal Abidin, Floor 88, Bunga, Roslan Madun, Azizul Haqim, Hazra Dollah, Jatt Aziz dan Mah Meri. Pakej harga tiket mula dijual bermula harga RM 88.00 sehingga RM 158.00

    Bermulanya daripada tahun 2022 sehingga 2025, MOTAC telah meluluskan insentif pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus untuk syarikat yang menganjurkan aktiviti yang meliputi kategori persembahan pentas dan kebudayaan ujar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia itu. YB. Dato’ Sri Hajah Nancy turut berharap insentif tersebut dapat membantu melonjakkan semula industri seni persembahan pentas dan memberi dorongan kepada penggiat seni untuk bergiat aktif.

    Hasil pendapatan jualan tiket bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 130 ribu dan dijangka dapat meningkat pada tahun 2022 termasuk hasil sewaan ruang sejajar dengan kenaikan penerimaan persembahan dari syarikat produksi tempatan dan agensi kerajaan yang lain. Dengan itu, permohonan untuk penyewaan ruang Panggung Sari bagi tahun 2022 dan 2023 yang dipohon oleh penganjur masih diterima oleh pihak Istana Budaya sehingga kini mengikut kesesuaian program serta tarikh.

  • Enjoy Amazing Deals This Ramadan and Aidilfitri at KLGCC and SDCC

    Enjoy Amazing Deals This Ramadan and Aidilfitri at KLGCC and SDCC

    Malaysia’s Premier Golf and Country Club, Kuala Lumpur Golf & Country Club (“KLGCC”), and the versatile Sime Darby Convention Centre (“SDCC”) have it all covered for you, from the most anticipated Buffet of the Year to Festive Golf Promotions and Fantastic Deals for formal and social gatherings.

    Dapur KLGCC will take centre stage in the magnificent of the Grand Ballroom at the Sime Darby Convention Centre from 5 April to 1 May 2022, led by Executive Banquet Chef Mohd Faisal Ismail. Diners will be treated to a sumptuous buffet spread from a host of over 20 stalls, showcasing local and international delights specially prepared by their talented chefs. The highlights of the dishes including the famous Lidah Bakar, Ayam Panggang Bubu Bali, Udang Sambal Petai, Tenggiri Lada Hijau, Tumis Darat Daging Kalio, Roasted Whole Lamb, Satay, Assorted Lok Lok also local tossed salad such as Kerabu Udang, Kerabu Tauhu, Kerabu Pucuk Ubi lastly the famous local’s dessert such as ABC as well as Cendol and the list goes on. In conjuction with Ramadan which will upcoming soon, one of their best dishes which is Bubur Lambuk will be distributed for free for two days on 19 and 20 March 2022.

    While stock last, early bird vouchers are now up for sale at RM 86.00 nett (Member) and RM 98.00 nett (Visitor) with the full buffet priced at RM 118.00 nett (Member) and RM 140.00 nett (Visitor) respectively. Children aged between 6 to 12 years old can enjoy 50% from the full buffet price.

    An unique Sundown Set Menu is perfect for four pax and priced at RM 128++ will be offered from the Golfers’ Terrace from 4.00 p.m. until 8.30 p.m. for daily from 2 April to 3 May 2022 from 4.00 p.m. until 8.30 p.m. for those who prefer to break their fast in the comfort of their own home.

    Order their Ramadan or Raya Feast packages priced at Rm 98.00 nett per person with a minimum of 50 people per event and leave the worry of arranging a scrumptious festive spread to them.

    Enjoy a fantastic discount on a world-class golfing experience with your golfing buddy during KLGCC’s festive golf campaign, which runs from 3 April to 8 May 2022. On Sunday and Public Holiday, golf fees are RM 275.00 nett (Member’s Guest) and Rm 300.00 nett (Visitor), inclusive of sharing buggy and caddy.

  • Pembukaan Agung Dr KO Dermaceutical yang kelima di Mid Valley dirasmikan oleh Datuk Seri Hj Hasnol

    Pembukaan Agung Dr KO Dermaceutical yang kelima di Mid Valley dirasmikan oleh Datuk Seri Hj Hasnol

    Majlis pelancaran pembukaan Dr KO Dermaceutical yang ke-5 diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pelancaran pembukaan diadakan di Mid Valley Megamall.

    Dr KO Dermaceutical masih dalam usaha untuk menjadi rangkaian penjagaan kulit profesional terbesar di Asia Tenggara.

    Diiktiraf sebagai “Klinik Kulit, Laser dan Estetik Terbesar di Malaysia” oleh Malaysia Book of Records. Sebanyak 37 cawangan klinik telah dibuka di seluruh Malaysia. Di negara jiran, Indonesia sebanyak 4 buah Klinik Pakar Kulit KO dibuka di sana. Kualiti produknya yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah kulit seperti masalah jerawat, pencerahan kulit, anti-penuaan, kulit kering dan masalah jeragat mendapat pengiktirafan secara meluas dan terbukti berkesan.

    Kini, Dr KO Dermaceutical mempunyai lima cawangan di Malaysia. Klinik penjagaan kulit ini bertapak di Sunway Pyramid, Mid Valley Southkey (Johor Bahru), Pavillion Bukit Jalil dan Gurney Plaza (Pulau Pinang). Dr KO Dermaceutical bercadang untuk melebarkan lagi sayap mereka dengan membuka cawangan di pusat beli-belah utama di negeri Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

    Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, Dr KO Dermaceutical bercadang untuk memperluaskan bahagian pasaran mereka dalam tempoh lima tahun akan datang. Malaysia dan Indonesia merupakan pilihan utama apabila dikaitkan dengan penjagaan kulit. Mempunyai impian untuk menambahkan lagi cawangan di masa hadapan di Malaysia serta perkembangan secara progresif di seluruh Asia Tenggara.

    Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), beliau menzahirkan sukacita terhadap perasmian pembukaan cawangan baru ini. Malaysia telah menjadi salah satu destinasi yang ideal untuk kesihatan kulit. Beliau percaya akan jenama ini mampu untuk mencapai kejayaan dan berkembang di seluruh negara serta di Asia Tenggara.

    Objektif Dr KO Dermaceutical adalah untuk mencipta produk penjagaan kulit profesional yang khusus untuk permasalahan kulit orang tempatan. Dato’ Dr Ko Chung Beng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr KO Dermaceutical berkata, beliau turut berasa gembira selepas melihat senyuman dan keyakinan yang diperolehi oleh pelanggan selepas menggunakan produk Dr KO Dermaceutical. Tekanan mental adalah salah satu faktor yang memudaratkan kulit kita. Di fasa pandemik ini, penggunaan topeng muka yang berterusan menyebabkan pelbagai masalah kulit. Sebagai contoh, jerawat dan keradangan kulit.

    Bahan yang digunakan untuk produk penjagaan kulit Dr KO Dermaceutical adalah bahan-bahan gred perubatan yang berkualiti tinggi. Penjagaan kulit yang konsisten dan penggunaan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit dapat merealisasikan impian pengguna untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri. Produk mesra wuduk juga turut ditawarkan dan sesuai untuk pengguna beragama Islam.

    Sila layari https://drkoskincare.com/ atau http://koskinspecialist.com. untuk maklumat lanjut.

  • MyCar bekerjasama dengan AMCARE dalam memberikan Perlindungan Insurans Tenang

    MyCar bekerjasama dengan AMCARE dalam memberikan Perlindungan Insurans Tenang

    MyCar ialah syarikat e-hailing Malaysia. Dengan kerjasama MyCar dan AMCARE, sejumlah 250,000 pemandu B40 menerima perlindungan insurans tenang.

    Susulan inisiatif Bajet 2022, ia bertujuan untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah, terutamanya pemandu MyCar, melalui kerjasama dengan industri insurans dan takaful.

    Berdasarkan program Perlindungan Tenang, pemandu MyCar boleh menyertai program perlindungan yang berpatutan dan mudah difahami dengan proses tuntutan yang mudah kerana ia meningkatkan perlindungan sosial.

    Kini pemandu MyCar boleh melindungi diri mereka dan keluarga mereka daripada risiko yang mengancam nyawa dengan perlindungan tenang. MyCar ialah syarikat e-hailing pertama yang menawarkan faedah kepada pemandu.

    MyCar mereka dan membangunkan sendiri aplikasi mereka yang diberi nama MyCar 3.0 dengan kerjasama bersama graduan kejuruteraan perisian tempatan. ’Unicorn” gig ekonomi pertama negara merupakan sasaran utama MyCar.

    Untuk aplikasi lama MyCar (MyCar 1,0 dan SuperApp 2.0) pengguna boleh dinyahturunkan (uninstall) aplikasi tersebut dan pengguna boleh memuat turun aplikasi MyCar 3.0, ciptaan terbaru MyCar.