Tahun ini merupakan tahun ketiga kita menyambut ramadan dengan pandemik covid-19. Pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa “Citarasa Zaman Berzaman” di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 24 March 2022 yang lalu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakan media. Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional ”mesti cuba” di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Salah satu tarikan hidangan kegemaran pelanggan adalah Kambing Panggang. ‘Sup Gear Box-Power’, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan satay juga merupakan hidangan tarikan untuk pelanggan. Pihak hotel juga menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang. Justeru itu, pelanggan boleh memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan. Beberapa pilihan pencuci mulut juga diberikan seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman. Antara pilihan pencuci mulut Setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan Ramadan, pelanggan akan dihiburkan dengan alunan ghazal dan traditional persembahan secara langsung oleh kumpulan “Orkes Sri Johor”. Bagi pelanggan beragama Islam, pihak hotel turut menyediakan surau untuk beribadah tanpa perlu meninggalkan kawasan hotel. Kaunter pembayaran zakat juga disediakan untuk umat Islam melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan. Kumpulan Orkes Sri Johor Pihak hotel turut mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Pelbagai pakej menarik ditawarkan di sana. Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Bermula dari 4 April sehingga 1 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang, RM60 untuk kanak-kanak berumur 6- 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga bersih adalah RM150 bersih seorang. Pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Merupakan hotel bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia. Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Hotel ini juga berdekatan dengan kemudahan Light Rail Transit (LRT) di Stesen WTC dan KTM Komuter di Stesen Putra. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603-4042 5555 atau layari www.seripacifichotel.com Untuk keterangan lanjut berkenaan hotel atau promosi hotel, sila hubungi:- Puan Hazeira Binti Abdul Hazis Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Email: hazeira@seripacific.com Mobile: 6017-3504535 Ikuti juga media sosial: Facebook : seripacificofficial Instagram : seripacifichotelkl Tik Tok : seripacificofficial Youtube : Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Post navigation HUN 2022: DPUKM sasar 10,000 usahawan berdaftar Ways to Keep Your Info Secure