JAKARTA – Pengasas Ar-Rahman Qur’anic Learning Centre (AQL) dari Indonesia, Ustaz KH Bachtiar Nasir mengalu-alukan penyertaan seluruh umat Islam untuk menyertai program Khatam Al-Quran sempena meraih keberkatan Ramadan 1443H.
Menurut beliau, Ramadan adalah bulan al-Quran sebagaimana disebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185. Al-Quran diturunkan pada Ramadan, maka ia menjadi bulan yang mulia.
“Aktiviti mengkhatamkan al-Quran berlangsung selama 15 hari bermula 1 Ramadan lalu. Ia bertujuan membangunkan kesedaran umat Islam mengenai keutamaan Ramadan sebagai bulan al-Quran, seterusnya ia dikenali sebagai bulan puasa.
“Acara kemuncak Majlis Khatam Al-Quran diadakan selepas waktu Zohor hingga Maghrib pada 17 Ramadan 1443H bersamaan dengan 19 April ini di Jakarta Utara.
Ulama yang fokus mengkaji al-Quran ini berkata, untuk mengikuti program yang ditaja oleh Tabung Infaq, peserta boleh mendaftar secara individu mahupun berkumpulan, tanpa mengira usia mahupun tahap kemahiran membaca al-Quran.
“Peserta akan dimasukkan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh koordinator. Setiap orang membaca dua juzuk setiap hari. Namun jika ada yang mahu bacaan berulang banyak kali, ia juga dialu-alukan.
“Koordinator akan melaporkan progres bacaan al-Quran peserta setiap hari sehingga menjelang majlis khatam al-Quran tersebut.
“Program tersebut diharapkan dapat saling memotivasi dan bekerjasama dalam kebaikan demi mengkhatamkan al-Quran bersama. Walaupun peserta membaca al-Quran berulang kali, namun kebersamaan itu penting.
“Dengan kebersamaan, maka banyak doa kita yang dikabulkan oleh ALLAH SWT. ALLAH suka hamba-Nya yang berjemaah,” katanya.
Untuk pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi http://wa.me/6281295294549.
PETALING JAYA – Pusat Rawatan Islam, Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre Dan The Healers Project meningkatkan jaringan perniagaan bagi mengukuhkan dana Rumah Ngaji @ Furqon, Damansara Damai melalui potongan 10 peratus daripada keuntungan tersebut.
Pengasas bersama, Hafiza Alias dan suaminya, Mohd Arief Ashraf Md Isa yang merupakan penggerak Rumah Ngaji @ Furqon mengambil konsep bisnes secara berjemaah bagi mengelakkan pergantungan sepenuhnya terhadap infak dan sumbangan orang ramai.
“Rumah Ngaji yang mampan perlu perancangan untuk jangka panjang berasaskan perniagaan bagi menjana pendapatan berterusan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan infak.
“Kami ingin menjadikan pelbagai perniagaan yang boleh menyumbang ke Rumah Ngaji sebagai projek komuniti. Kami harap inisiatif tersebut menjadi aspirasi Rumah Ngaji lain di seluruh malaysia.
“Kita harus saling membantu dalam menjayakan perniagaan bersama rakan strategik. Fokus utama perniagaan kami adalah terapi akupuntur Korea, bekam, urutan dan rawatan Islam,” katanya.
Beliau mengumumkan inisiatif tersebut di Majlis Prapelancaran Rumah Ngaji @ Furqon: Self Sustaining Model di Damansara Damai, di sini, pada 1 April lalu.
Antara produk perniagaan diperkenalkan adalah program kesihatan dan kecantikan melalui perkhidmatan pemanjaan diri daripada pakar urut berpengalaman dari Kuwait; Rumah Santap Furqon yang menawarkan menu masakan Melayu khususnya asam pedas Melaka; dan rawatan penjagaan wajah Penta Series oleh Penta Harvest International Skincare.
Rumah Ngaji @ Furqon menawarkan kelas mengaji dewasa, fardu ain, tadabbur ayat-ayat al-Quran berkaitan kesihatan secara percuma
MASIH BELUM LUPA merupakan lagu ciptaan dan gandingan Ade Govinda bersama Anneth. Anneth merupa penyanyi-penulis lagu dan pelakon berusia 16 tahun yang juga berasal dari Indonesia. Menerima banyak penghargaan pada tahun 2021 lalu dengan single hitsnya “Mungkin Hari Ini Esok atau Nanti”.
Gandingan dua penyanyi Indonesia Ade Govinda dan Anneth dalam lagu “Masih Belum Lupa”
Lagu MASIH BELUM LUPA adalah berdasarkan hidup nyata tentang perasaan yang masih sangat sulit dilupakan walaupun kejadian patah hati yang terdalam itu sudah dilewatinya.
Peminat wajib mendengarkan lagu ini dari detik awal sampai akhir, dimana lagu dinamik lagu tersebut akan sangat terasa di hati dan telinga. Ditambah lagi dengan adanya “guest star” di lagu ini dalam mengisi pukulan drum oleh Yoyo Padi Reborn.
Lagu ini diterbitkan oleh label Anneth, Rans Musik dan Ade Govinda, MyMusic Records. Diharapkan lagu “genre” balada MASIH BELUM LUPA ini dapat dinikmati oleh seluruh pecinta muzik yang sedang patah hati.
MASIH BELUM LUPA boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube Music bermula jam 12 tengah malam pada 8 April 2022 manakala video muziknya akan ditayangkan di Youtube pada jam 4 petang, 7 April 2022.
Pendatang Baharu Hadir Dengan Single Pop Sulung Berentak Cha Cha DiBawah Naungan Armani Entertainment Group
Pendatang baharu, gadis kecil molek asal Seri Iskandar, Perak, Syazreen Yunadia Mazlan atau bakal dikenali dengan panggilan Yunadia, hadir mempertaruhkan single pertamanya berjudul ‘Cha Cha Cinta’ ciptaan komposer terkenal negara, Iqie Hugh, dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).
Yunadia sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh pihak AEG, kerana cita-citanya untuk mengeluarkan single sendiri tercapai.
Menurut siswazah Jurusan Pendidikan (TESL), perjalanan seninya bermula sejak kecil lagi di mana beliau sangat aktif menyanyi di sekolah dengan band yang dipanggil ‘Kombo Cili Padi’ sehingga pernah mewakili Malaysia ke Istanbul bagi sebuah festival kanak-kanak bertaraf antarabangsa.
“Segalanya bermula sebagai hobi dan lama-kelamaan bertukar menjadi sesuatu yang saya idamkan apabila dewasa kelak. Saya sering menyertai pertandingan nyanyian di peringkat universiti, asalkan ada pertandingan saja, saya akan mencuba nasib.
“Sehinggalah pada satu hari saya menghadiri ujibakat ‘The Audition’ yang dianjurkan oleh AEG, ternyata rezeki berpihak kepada saya apabila dipilih sendiri oleh pengarah tersohor, saudara Michael Ang untuk maju ke peringkat seterusnya, setelah itu saya terus dipelawa untuk menjadi artis di bawah naungan AEG,” jelas gadis berusia 21 tahun ini.
Cha Cha Cinta adalah sebuah lagu romantis santai yang mengetengahkan irama cha cha yang jarang kedengaran pada masa kini, namun komposisinya yang bersahaja ditambah pula dengan paduan vokal Yunadia yang mantap, ternyata menyuntik rasa moden dan kontemporari terhadap lagu ini. Jika diamati liriknya, lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang saedang memujuk buah hatinya agar tidak merajuk terlalu lama, dengan mendendangkan sebuah lagu cinta, akhirnya Kembali menjadi satu.
“Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di studio rakaman, perasaan gembira, berderbar, semuanya ada! Macam tak percaya dibuatnya kerana apa yang saya impikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.” Katanya.
Yunadia turut melakukan persiapan fizikal dan mental dengan melalui latihan vokal bersama guru professional, cikgu sarah ismail. Meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana personalitinya yang rendah diri, dan Hael Husaini kerana keunikan suara yang dimilikinya, Yunadia berhasrat untuk menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti
Akhiri Yunadia penuh pengharapan: “Semoga Cha Cha Cinta dapat diterima ramai dan memberi nafas baru dalam industri muzik kita dengan irama cha cha yang malar segar.
“Jangan lupa untuk terus menyokong saya dan nantikan karya-karya terbaharu saya yang akan datang pada masa hadapan.
Lagu ‘Cha Cha Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.
Kuala Lumpur, 06 April 2022 – Armani Entertainment Group (AEG) merupakan label pengurusan artis yang baru paling hangat di Malaysia, dengan hati yang terbuka AEG telah mengadakan ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa’ bersama rakan-rakan media tempatan selain ingin menyambut bulan Ramadan bulan yang penuh kebaikan.
“Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan secara rasmi barisan artis di bawah naungan AEG serta mengeratkan lagi hubungan kemesraan di antara label (AEG) bersama rakan-rakan media,” kata Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif AEG.
Armani entertainment Group merupakan sebuah label pengurusan artis dan juga label muzik yang akan bertanggungjawab menjadi wakil dan penasihat professional untuk pemuzik dan pelakon di bawah naungannya. Tambahan pula, AEG juga berfungsi sebagai Platform Selebriti Profesional, memastikan pulangan pelaburan yang berterusan dengan menawarkan platform kepada dunia hiburan untuk individu berbakat dengan personaliti yang menarik.
Selain itu, AEG juga berfungsi sebagai syarikat produksi yang terlibat dengan penghasilan video berkonten untuk siaran TV, media social, promosi korporat, iklan dan lain-lain berkenaan media.
“Misi AEG adalah untuk melahirkan bakat-bakat baharu yag dengan keperibadian baik dan boleh dijadikan role model kepada masyarakat umum di Malaysia dengan motto label ‘impian anda kami jadikan kenyataan’.
“Artis-artis di bawah naungan kami terdiri daripada penyanyi serta pelakon baharu yang berbakat besar. Kami juga berbangga menjadi wakil beberapa artis bertaraf A-list tanah air seperti rapper terkenal, MK (K-clique), pengarah tersohor, Michael Ang, pelakon TV Popular, Farah Nabilah dan hos TV, EllY Ariffin,” jelas P. Zaileen Yusnita Abd Jalil yang merupakan Ketua Pegawai Operasi AEG.
Para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan ketika majlis berlangsung , daripada artis-artis AEGsendiri seperti Hasif Upin yang membawakan lagu ‘Janji Sampai Mati’, pendatang baru, Yunadia yang muncul dengan single ‘Cha Cha Cinta’, Syauqi Danial dengan lagunya ‘Kekasih Simpananmu’, Emeer Bakri dengan lagu ‘Fantasia’ dan juga kumpulan wanita M-pop, COEX yang menyanyikan lagu cover Raya ‘Cahaya Aidilfitri’.
Sebagai penambah perasa, acara cabutan bertuah turut memeriahkan lagi susana majlis itu dengan hadiah utamanya telefon pinta, ipad dan juga TV.
Dato’ KK Chua Berkata lagi “ Perancangan masa hadapan AEG adaah menjadi sebuah syarikat public listed dan peneraju label hiburan tanah air dan Asia Tenggara dalam melahirkan lebih ramai lagi artis -artis berbakat besar di bawah naungannya.
Single ‘Nostalgia Raya’ Dilancarkan
Berhubung dengan malam ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa,’ AEG telah mengeluarkan lagu Raya unik yang dipanggil ‘Nostalgia Raya,’ yang menampilkan kerjasama mantap antara Hasif Upin dan Yunadia dan digubah oleh komposer terkenal Iqie Hugh. Lagu pop ceria ini mengimbau kembali kenangan Hari Raya buat kita semua.
Hasif Upin dan Yunadia
“Lagu ini kami rakamkan sebelum bulan puasa lagi dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan. Ini merupakan pengalaman pertama saya merakamkan lagu Raya dan seronok dapat menyanyikan lagu Raya sendiri!” kata Yunadia.
Menurut Hasif pula,“Setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik COVID-19, kali ini kita dapat betul-betul beraya kerana dunia telah memasuki fasa pendek. Namun, setelah kehilangan ibu tercinta pada tahun lepas, saya hanya beraya sebatang kara. Kehidupan tetap diteruskan dan saya pasrah dengan ketentuan ilahi. Saya juga ada berita gembira selepas Raya nanti di mana saya akan muncul dengan sebuag single bersama seorang penyanyi legend tanah air, kalua hendak tahu siapa? Kenalah tunggu…
Lagu ‘Nostalgia Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai anda dering pangilan menerusi syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas panggilan- Joox, KKBox, Spotify, Apple Music dan juga Youtube Music.
MV single Raya ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran Youtube Armani Entertainment.
Bentong, Pahang merupakan lokasi seterusnya yang mempunyai kebun pelancongan eko iaitu LKE Hydroponic Farm yang mengamalkan penanaman hidroponik secara efektif untuk penghasilan tanaman segar yang dilancarkan pada 23 Mac 2022 oleh LKE Group Sdn. Bhd. turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah.
Ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai sebuah fasiliti persendirian, LKE Hydroponic Farm merupakan sebahagian yang dimiliki oleh LKE Group Sdn. Bhd. termasuk LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm, LKE Bio Ginger Farm, LKE Swiflet Farming, LKE Palm Oil Plantation dan LKE Natural Rubber. LKE Hydroponic Farm berkeluasan 1.5 ekar ini mengamalkan kaedah mesra alam dengan menggunakan air sebagai asas untuk bercucuk tanam tetapi menggunakan kurang 80-90 peratus air berbanding teknik penanaman tradisional serta-merta mampu menghasilkan tanaman yang lebih sihat dan berkhasiat dengan penggunaan racun serangga yang minimum juga penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam Amalan Inovasi Hijau.
Disamping itu, teknik hidroponik di LKE Hydroponic Farm memberi kelebihan melalui pengawalan suhu dan pemantauan kelembapan yang membolehkan semua tanamannya boleh ditanam sepanjang tahun berikutan penuaian tidak bergantung kepada musim menuai. Tambahan pula, teknik tanaman hidroponik mampu mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak dua kali ganda yang membolehkan potensi hasil dapat ditingkatkan kerana setiap tanaman mempunyai ruang akar yang lebih luas maka tiada persaingan melibatkan tumbuhan mendapatkan air untuk membesar.
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., En. Jeremy Chin berkata “Walaupun kami mengalami kesukaran semasa peringkat awal akibat pandemik, kini kami bersedia untuk menjemput para pengunjung dari seluruh dunia apabila Malaysia membuka pintu sempadan nanti. Jadi, kami mengharap dapat memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk menggunakan amalan-amalan inovatif yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk hasil yang lebih baik, berdasarkan pendekatan saintifik. Dengan itu, ekonomi Malaysia akan berkembang secara signifikan dan kita lebih dekat untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan menjelang 2030”.
LKE Hydroponic Farm juga mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan dan antaranbangsa untuk melawat kawasan di seluruh fasiliti sambil dibawa oleh atendan yang terlatih pada masa yang sama pelancong berpeluang menimba pengalaman dan ilmu baharu mengenai sistem hidroponik. Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan daripada hasil tanaman kebun tersebut.
“Saya amat bangga melihat rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk menjaga Bumi kita dan memastikan kehidupan yang lestari untuk generasi akan datang. LKE Hydroponic Farm ini sudah pasti menetapkan penanda aras dalam industri pertanian di Malaysia dan ianya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang menghiburkan (edutainment), sesuai untuk golongan kanak-kanak. Selain itu, LKE Group Sdn. Bhd. juga menawarkan pelbagai kemudahan di tanah yang seluas 200 ekar ini, dimana ianya dapat menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara serta meningkatkan sektor ekopelancongan di Malaysia.” ujar Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah.
Paparan penuh Majlis Pelancaran LKE Hydroponic Farm Bentong Pahang boleh ditonton melalui klip dibawah:
Susulan sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) yang telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan COVID-19 (My Sejahtera) kepada sebuah syarikat swasta, #RasuahBusters justeru terpanggil untuk memberikan kenyataan berhubung isu ini.
#RasuahBusters menegaskan bahawa trend dan amalan pihak kerajaan melaksanakan rundingan secara terus dengan pihak-pihak tertentu dalam isu membabitkan data awam ini telah menimbulkan persepsi bahawa standard governans di Negara ini masih lemah. Proses pemerolehan kontrak memerlukan usaha yang wajar dan siasatan yang telus untuk menentukan pemberian sebarang award tidak mempunyai sebarang pertalian politik atau konflik kepentingan mana-mana pihak. Kita tidak mahu sebarang inisiatif CSR menjadi pintu masuk kepada urusniaga berat sebelah dan tidak telus.
Intipati kontrak harus terbuka dan kerajaan perlu mengambil kira keyakinan awam yang mahukan jaminan bahawa MoH benar-benar melindungi data peribadi mereka dan tidak melanggari undang-undang yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kontroversi yang timbul ini menimbulkan kegusaran kerana ia melibatkan 38 juta pengguna My Sejahtera. Manipulasi data bukan saja boleh berlaku berkaitan maklumat kesihatan dan data peribadi bahkan aplilkasi tersebut mempunyai rekod jejak lengkap operasi perniagaan, strategi dan pelbagai bentuk informasi yang boleh di petakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ini boleh mengakibatkan kerugian berbillion ringgit dan memberi kesan tidak langsung kepada sistem ekonomi dan sosial negara.
Potensi kebocoran data akibat salah guna atau kecuaian transaksi tertentu hanya akan memperluas ruang dan peluang jenayah rasuah dan memperlahankan usaha mengembalikan #NilaiMoralKarakterBangsa yang menjadi asas kestabilan dan pemulihan negara.
Mempertahankan kerahsiaan data ini adalah mandat oleh rakyat dan kerajaan harus mempraktikkan akauntabiliti yang tinggi terhadap amanah dan tanggungjawab ini. Rakyat memandang secara kritikal dan tidak akan bertoleransi terhadap prinsip ketelusan dan profesionalisme kerajaan dalam menangani isu ini.
Demi mengelakkan ketirisan, adalah munasabah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan bahawa sebarang rundingan harus memberi keutamaan kepada entiti berpusatkan kepentingan dan keuntungan jangka panjang kepada rakyat dan ini tentunya mengurangkan risiko berlakunya amalan kronisme. Rantaian ganas ini harus diputuskan agar normalisasi budaya ini tidak terus membarah
Tema “Seikhlas Hati” telah dipilih untuk pelancaran kempen Ramadan Raya 2022 pada 20 Mac yang lalu oleh Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi saluran TV3 dan TV9 dengan penyajian program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup untuk tatapan penonton sepanjang Ramadan ini.
Seramai 16 selebriti popular tanah air telah terpilih untuk menghiasi kempen Seikhlas Hati serta menjayakan program-program istimewa yang akan disiarkan di bulan Ramadan dan Syawal akan datang. Di TV3, Fedtri Yahya, Sharifah Rose, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Haqiem Rusli, Aina Abdul, Nabila Razali, Meerqeen, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Hael Husaini dan Andi Bernadee. Barisan selebriti yang tersenarai sebagai wajah di TV9 pula adalah Datuk Rosyam Nor, Aprena Manrose, Mark Adam dan Kim Hassan.
TV3 dan TV9 telah menyediakan pelbagai variasi program yang menarik khas untuk tontonan sepanjang Ramadan ini. Menjadi suatu kemestian tayangan program ini di saluran TV3 pada setiap Ramadan yang dinantikan oleh penonton setianya iaitu program Jejak Rasul yang memaparkan pengembaraan Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialisi Inggeris dan menyaksikan pemimpin alim ulama yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan serta maruah agama dan bangsa menerusi program Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul II bermula 01 April 2022 pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang.
Program bual bicara berkaitan topik-topik menarik berkaitan Ramadan dan Raya yang bersiaran pada jam 11.00 malam, setiap Rabu dan Khamis iaitu Sembang Sahur menampilkan penyanyi tersohor Aina Abdul dan Haqiem Rusli sebagai artis jemputannya.
Sebuah drama komedi bakal menghiasi slot Azalea iaitu ‘Mem dan Bibik-Bibik’ menerusi slot Azalea bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Do You Love Me, Captain?” di Slot Lestary bermula 13 April 2022, setiap Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam lakonan Sharifah Rose sebagai Daneena yang terpaksa berkahwin secara olok-olok demi menyembunyikan diri daripada rancangan jahat makciknya itu.
Gandingan mantap Fasha Sandha dan Nelydia Senrose dapat disaksikan menerusi sebuah drama bersiri “Khilaf Asmara” yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 18 April 2022 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10.00 malam. Saksikan bagaimana Hanim menangani krisis rumah tangganya apabila dia dikhianati oleh Irma yang disayangi dan dipercayai selama ini?
Beralih di saluran TV9 pula, saksikan program Sembang Viral Mega pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bersama panel ustaz dan selebriti jemputan yang membincangkan dan mengupas isu-isu semasa yang tular di media sosial dari perspektif agama islam secara santai.
Ayuh berhibur dengan gelagat Mark Adam, Aprena Manrose dan ramai lagi pelakon hebat tanah air dalam drama bersiri “30 Hari Sebelum Raya” yang mengisi slot Diandra sepanjang bulan Ramadan ini bermula 29 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 8.30 malam.
Para penonton juga jangan ketinggalan untuk mengikuti program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai di platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seikhlas Hati bersama-sama Kim Hassan.
Makanan sejuk beku sudah dikenali di pasaran negara sejak dulu lagi. Jenama Ezeefood yang dimiliki oleh Industri Makanan Syed telah beroperasi selama 2 tahun dan telah mengecapi beberapa anugerah termasuklah Asia Top 100 Brands Honesty Award. Ezeefood menjual makanan sejukbeku yang halal dan buatan Malaysia turut mendapat sijil Sistem Jaminan Keselamatan Makanan (HACCP).
Makanan yang ada pada Ezeefood ialah masakan nasi, masakan berkuah,manisan dan juga pes masakan. Makanan ini dapat dihidang dan djamah dalam masa 3 minit sahaja selepas dipanaskan. Ezeefood amat mementingkan kualiti pada makanan mereka malah tiada bahan pengawet dan tanpa MSG tambahan yang digunakan dalam makanan sejukbeku mereka.
Makanan sejukbeku telah dijamu kepada lebih 10 juta penumpang penerbangan terutamanya penumpang AirAsa dan Malindo. Bukan setakat itu sahaja, makanan ini juga boleh dibawa kemana-mana seperti berkelah, makanan untuk askar di hutan, malah turut boleh dijadikan sebagai hadiah. Bukan sahaja mudah disediakan malah kaya juga dengan rasa yang enak untuk dinikmati bersama.
Selain daripada Ezeefood, terdapat juga Ezeemeals yang juga makanan sejukbeku yang disimpan dalam bekas seperti makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak lauk rending ayam, Briyani Bukhara dan juga Nasi Kandar. Makanan ini boleh dinikmati dimana sahaja pada bila-bila masa. Kalau ibu-ibu, atau mereka bujang yang malas masak atau ingin cepat boleh sahaja membeli makanan ini kerana mudah disediakan.
Produk ini bukan sahaja dipasar dalam pasaran Malaysia, malah masuk di pasaran luar seperti Singapura, Filipina, Vietnam dan banyak lagi. Pihak Ezeefood amat mengalu-alukan kepada syarikat luar yang ingin menjadikan mereka supplier makanan boleh terus berurusan dengan mereka.
Tersedia dalam pembungkusan sedia untuk dimakan dengan jangka hayat dua tahun, telah membolehkan penghantaran ke seluruh dunia untuk syarikat penerbangan, syarikat dan pengembara yang gemar ,pesakit di hospital dan askar di hutan. Pelanggan juga boleh membeli produk mereka di atas talian seperti di Lazada Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ezfood boleh hubungi 017-8603933 atau boleh terus layari https://www.ezeefood.com/.
Pelancaran Dapur Pasak & Putra Amaris telah memulakan gerak kerja membantu golongan yang memerlukan sehubungan dengan pelancaran dan sidang media #samasamakenyang yang berlangsung di Eastin Hotel pada 14 Mac yang lalu.
Program ini turut mendapat sokongan penuh oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
“Saya menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh Dapur Pasak dan juga Putra Amari dalam membantu 2000 golongan asnaf di semua kawasan dalam Kuala Lumpur.” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Program ini menyasarkan bantuan kepada 2000 orang golongan sasar antaranya Asnaf, Anak Yatim, OKU, Gelandangan, Anak Tahfiz dan golongan B40.
Harapan dari Program Infaq Ramadan ini adalah untuk meringankan beban mereka yang sedang menempuhi ujian kehidupan dan berharap agar dapat membantu mereka mengharungi kejatuhan dan kesulitan yang berlaku.
Antara aktiviti lain yang diwujudkan adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Golongan Asnaf & Anak Yatim, Majlis Berbuka Puasa bersama OKU, Sahur & Berbuka Puasa bersama Gelandangan, Sumbangan kepada Anak-anak Tahfiz, Sumbangan Bakul Makanan kepada Golongan B40 dan Program masak dan agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat serta Program Rumah Baru. Aktiviti ini akan disusun dan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini.
Berikutan program utama ini, mereka sendiri akan pergi terus ke rumah-rumah asnaf dan golongan yang memerlukan serta memenuhkan peri ais mereka dengan ikan, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, air, pek makanan segera dan banyak lagi. Barangan keperluan asas seperti beras dan telur juga turut dibekalkan kepada mereka yang memerlukan.
Sepanjang 30 hari bulan Ramadan ini, segala aktiviti ini akan diuruskan sendiri oleh para sukarelawan Dapur Pasak dan Team Putra Amaris sendiri.
Putra Amaris, Penganjur bersama program #samasamakenyang berkata ini adalah inisiatif bersama bagi membantu mereka yang memerlukan dan mengurangkan beban mereka didalam bulan Ramadan ini dan membantu mereka dalam mengharungi kehidupan seharian.
Tambah beliau, kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan orang ramai yang ingin menyumbang adalah sangat-sangat dialukan.
Akhir sekali, diharapkan hasil daripada program dan aktiviti ini dapat memberi impak dan kesan kepada orang ramai termasuklah penerima bantuan, sukarelawan, penyumbang dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.