Category: ATTRACTION

  • Empat lokasi World #QuranHour 2022 di Terengganu

    Empat lokasi World #QuranHour 2022 di Terengganu

    KUALA TERENGGANU – Empat lokasi dipilih sebagai hotspot utama penganjuran Program World #QuranHour 2022 di Terengganu pada tahun ini.

    Lokasi tersebut adalah Masjid Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih; Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang); Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Jamek, Kijal, Kemaman.

    Setiausaha Persatuan RumahNgaji Negeri Terengganu, Wan Nur Aziemah Wan Mohd Azmi berkata, World #QuranHour 2022 di Masjid Abidin dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah akan diadakan pada 26 April, serentak seluruh negara.

    “Memandangkan hari tersebut merupakan cuti umum di Terengganu, program di PPAT akan diadakan sehari awal iaitu 25 April manakala penganjuran World #QuranHour 2022 di Masjid Jamek berlangsung pada 27 April.

    “Antara tetamu kenamaan dijangka hadir Pengerusi PPAT, Ridzuan Hashim (program di PPAT), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah (Masjid Abidin) dan Pegawai Kha Penyelaras DUN Kijal, Haiqal Safie (Masjid Jamek),” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Khamis.

    World #QuranHour bakal diadakan pada Selasa ini bersamaan 24 Ramadan 1443H.

    Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

    Menurut Wan Nur Aziemah, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan program yang sudah diadakan sejak beberapa tahun lalu itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    Beliau berkata, kempen membudayakan Al-Quran itu digerakkan melalui pelbagai medium termasuk media sosial, hebahan di radio dan jemputan rasmi kepada agensi-agensi supaya lebih ramai masyarakat mendapat maklumat tentangnya.

    “Kesedaran masyarakat hari ini tentang penghayatan Al-Quran perlu ditambah baik lagi. Walaupun kita sekarang berada pada era vuca dan digital yang mudah untuk akses kepada ilmu atau pengahayatan Al Quran, namun penghayatan perlu kepada proses tadabbur (deep thinking) dan tazakkur (deep awareness) supaya orang ramai boleh interaksi dengan Al Quran dengan lebih baik.

    “Ini penting supaya apabila interaksi dengan Al-Quran hati akan terjentik dengan kalam Allah. Saya harap orang ramai dapat mengambil peluang sama-sama menghayati Al-Quran pada World #QuranHour,” katanya.

    Sumber

  • Raja Permaisuri dijadual cemar duli

    Raja Permaisuri dijadual cemar duli

    GOMBAK – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual mencemar duli bagi menghadiri Program World #QuranHour 2022 berlangsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah pada 26 April ini.

    Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, Tunku Azizah menyatakan hasrat tersebut atas kehendak sendiri apabila mengetahui tentang penganjuran program itu.

    Beliau berkata, Tunku Azizah yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM juga mempunyai kelas tadabbur al-Quran secara peribadi bersama pensyarah UIAM.

    “Tunku Azizah memang cukup prihatin tentang agama. Saya boleh maklumkan bahawa Tunku sejak pandemik Covid-19, ada kelas tadabbur sendiri dengan pensyarah UIAM seminggu sekali termasuk secara atas talian.

    “Tunku sendiri yang minta untuk belajar… walaupun sebagai Permaisuri tapi Tunku masih merasakan perlu belajar, dan ingin terus mengetahui (tadabbur) dan juga sangup mengorbankan masa.

    “Bermakna, Tunku dengan al-Quran adalah satu perkara yang lazim. Jadi Tunku Permaisuri akan turut serta (World #QuranHour) atas kehendaknya sendiri dan e-mail telah dihantar kepada saya menyatakan kesediaan Tunku untuk turut serta,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di UIAM, di sini pada Khamis.

    UIAM merupakan salah satu rakan sinergi World #QuranHour yang dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    World #QuranHour kembali untuk tahun ketujuh membawakan tema ‘Dunia Bersujud’ sebagai usaha memperkukuhkan gelombang gerakan ‘Baca, Faham dan Amal Al-Quran’ dalam kalangan masyarakat.

    Ia juga merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022.

    Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

    Mengulas mengenai pemilihan Surah Al-Sajdah, Dzulkifli berkata banyak perkara dapat diambil menerusi makna surah tersebut yang perlu dijadikan pengajaran buat seluruh masyarakat.

    Katanya, UIAM sendiri mengambil pendekatan tersendiri menerusi penghayatan ayat 4 Surah Al-Sajdah yang bermaksud:

    ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

    “Pengajaran ini yang kita di universiti ini cuba bawa konsep pembangunan lestari baru-baru ini tentang bagaimana kita mentadbir alam semesta dan tidak mengabaikannya.

    “Selama tiga bulan pelajar-pelajar turun padang ke kampung-kampung yang menghadapi banjir dan mereka pulang dengan pengajaran yang tidak ada ketika belajar dalam dewan kuliah,” katanya.

    Sumber

  • World #QuranHour terus disemarakkan di Pahang biarpun sederhana

    World #QuranHour terus disemarakkan di Pahang biarpun sederhana

    KUANTAN – Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota dan Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan antara ‘hotspot’ World #QuranHour di Pahang, pada 26 April ini.

    Setiausaha Sekretariat Rumah Ngaji Pahang, Mohd Rozamli Mohd Rozak berkata, World #QuranHour di Masjid Tengku Ampuan Afzan diadakan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang sempena Program Iktikaf Perdana 10 akhir Ramadan.

    Menurutnya, Jabatan Mufti bersetuju untuk menyelitkan slot sesi berinteraksi bersama al-Quran itu antara jam 11.45 pagi hingga 1 tengah hari pada hari berkenaan.

    “Bagi kedua-dua ‘hotspot’ World#QuranHour itu, pemilihan qari dan pentaddabur akan ditentukan penganjur,” katanya.

    Mohd Rozamli berkata, program cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu juga akan dibawa ke peringkat sekolah di negeri ini untuk disemarakkan.

    Mohd Rozamli

    Mohd Rozamli

    “Perkara ini dipersetujui oleh Bahagian Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

    “Konsep dan pelaksanaannya bergantung kepada pihak sekolah sama ada diadakan serentak dalam kelas atau mengadakan majlis dihadiri pelajar terpilih dan guru.

    “Antara sekolah yang tidak melepas peluang mengambil bahagian dalam World #QuranHour setiap tahun adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini,” katanya.

    Warga SMK Tengku Afzan sentiasa memberi sokongan dan mengambil bahagian dalam World #QuranHour setiap tahun.

    Warga SMK Tengku Afzan sentiasa memberi sokongan dan mengambil bahagian dalam World #QuranHour setiap tahun.

    Beliau berkata, pihak JPN Pahang juga dijangka turut sama mengambil bahagian dalam World #QuranHour peringkat jabatan.

    “Bagi daerah-daerah, ia akan diselaraskan pihak Rumah Ngaji daerah masing-masing sama ada diadakan di Rumah Ngaji atau di masjid terpilih.

    “Walaupun tahun ini tiada ‘hotspot’ utama untuk sambutan kempen World #QuranHour secara besar-besaran di Pahang, yang penting tradisi ini dapat terus disemarakkan biarpun secara sederhana,” katanya.

    Menurutnya, paling penting program itu dapat diteruskan yang mana setiap tahun sekurang-kurangnya akan ada satu surah al-Quran sebagai interaksi melalui tadabbur dan tazakkur.

    “Mesej yang disampaikan melalui surah-surah ini kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan ummah.

    “Al-Quran yang diturunkan pada Ramadan bukan sekadar dibaca tetapi penuh dengan pintu-pintu hidayah petunjuk buat insan di muka bumi,” katanya.

    Tambah beliau, pemilihan surah Al-Sajdah tepat dengan tema World #QuranHour tahun ini iaitu ‘Dunia Bersujud’ dalam mencapai matlamat ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’.

    “Ia juga kena dengan masanya selepas rakyat negara ini melalui dua fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19.

    “Tahun ini ALLAH meredakan kembali wabak itu, justeru sebagai umat Islam kita wajib kembali sujud menyembah syukur kepada-NYA.

    “Surah yang dipilih ini juga menjadi surah lazim kehidupan insan sebagai pedoman kehidupan, malah Rasulullah SAW sendiri mengesyorkan ia dibaca setiap pagi Jumaat solat Subuh dan setiap malam sebelum tidur,” katanya.

    Tambah beliau, surah Al-Sajdah mengandungi sembilan perkara yang dapat diyakini bagi membentuk peribadi yang bersujud dan satu solusi untuk meningkatkan keyakinan serta rasa kehambaan kepada ALLAH SWT.

    “Peribadi bersujud melahirkan karakter manusia yang tidak sombong sekali gus membentuk cara dan gaya fikir yang selari dengan al-Quran dan hadis.

    “Justeru, kandungan surah Al-Sajdah akan dikupas melalui World #QuranHour kali ini agar ia menjadi panduan dalam membentuk keharmonian sejagat di seluruh dunia,” katanya.

    Sumber

  • World #QuranHour pilih surah Al-Sajdah

    World #QuranHour pilih surah Al-Sajdah

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengangkat surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan pada program World #QuranHour yang akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana iaitu Studio TV Alhijrah pada 26 April depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, surah Al-Sajdah dipilih bertujuan untuk mengikut model Rasulullah SAW, selain mahu mengubah mindset manusia supaya tidak rasa sombong dalam diri sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara.

    Marhaini

    Marhaini

    “Kita nak lahirkan ummah yang boleh ikut apa yang Rasulullah SAW buat. Baca surah Al-Mulk dan Al-Sajdah sebelum tidur. Paling penting kita nak membina kerangka fikir kita berubah dengan apa yang surah ini sampaikan.

    “Jadi tema utama dalam surah Al-Sajdah ini adalah dunia bersujud. Kita nak ajak semua sujud dan masing-masing merasakan penting untuk kita sujud kepada ALLAH SWT.

    “Selain itu, membuang ego pada sesama manusia, sekali gus membuahkan hasil dunia berbudi dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

    World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

    Mengulas lanjut, Marhaini berkata, hampir dua tahun Malaysia diuji dengan isu kesihatan, ekonomi terutamanya impak kewangan dan juga bencana alam seperti banjir.

    World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

    World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

    “Jadi, surah Al-Sajdah ini, secara thematic dan reconstruct ingin dikaji sehingga ia menjadi panduan serta solusi akan masalah ekonomi bagi membantu ummah yang sedang lemas dan lapar.

    “Ia sebagaimana model perjuangan Rasulullah SAW kepada orang miskin dan fakir. Dalam konteks sekarang ramai yang menjunam jatuh dari T20, M40 di saat sukar ini.

    “Justeru, kita berharap ini menjadi sebab untuk kita menjadi Malaysia ke arah sebuah negara yang bersujud, dunia yang bersujud,” ujarnya.



    Sumber

  • Masjid Felda Air Hitam lokasi utama World #QuranHour di Johor

    Masjid Felda Air Hitam lokasi utama World #QuranHour di Johor

    JOHOR BAHRU – Program World #QuranHour 2022 di negeri ini memilih Masjid Darul Salam Felda Air Hitam, Kluang sebagai lokasi utama penganjuran program pada 26 April ini.

    Timbalan Pengerusi Rumah Ngaji Johor, Roziah Kamal berkata, buat julung kalinya World #QuranHour di negeri ini diadakan di luar Johor Bahru bagi memberikan kelainan.

    Katanya, Felda Air Hitam yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap merupakan kawasan yang diwakili Menteri Besar Johor yang baharu iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi.

    “Selama ini program World #QuranHour diadakan di Johor Bahru tetapi tahun ini diadakan di kawasan DUN Menteri Besar Johor sebagai tanda sokongan kepada beliau.

    “Program tersebut dijangka dihadiri oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.

    “Selain itu terdapat15 ‘hotspot’ atau lokasi di seluruh negeri akan bersama World #QuranHour pada 26 April ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

    Roziah berkata, QuranHour kini mempunyai pengikutnya sendiri selepas beberapa tahun dianjurkan menerusi Malaysia#Quran Hour dan World#Quran Hour dengan pendekatan membudayakan al-Quran.

    “Syukur, selepas beberapa tahun program QuranHour dianjurkan, sudah ada pengikutnya. Di Johor sahaja sudah ada lebih 180 rumah ngaji.

    “Membudayakan al- Quran juga sudah semakin meningkat. Rumah Ngaji membawa tadabur sebagai pendekatan ummah. Jika lima tahun sebelum ini, perkataan tadabur mungkin kurang didengari, namun kini ramai sudah memahaminya.

    “Rumah ngaji merupakan perintis kepada perkataan tadabur dan program tadabur itu sendiri,” katanya.

    Tambah Roziah, Rumah Ngaji Johor di Jalan Camar 8, Taman Perling di sini menggunakan media sosial sebagai medium bagi penganjuran program dan kelas mengaji.

    “Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), media sosial digunakan 100 peratus. Banyak kelas secara online diadakan ketika pandemik Covid-19 dan diteruskan sehingga kini.

    “Pada bulan Ramadan ini World #QuranHour diadakan, kami merasa cukup bertuah kerana dapat menyertainya,” katanya.

    World #QuranHour bakal diadakan pada 24 Ramadan 1443H, bersamaan Selasa, 26 April 2022.

    Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

    Sumber

  • Perkasa agenda penyatuan, kekuatan ummah

    Perkasa agenda penyatuan, kekuatan ummah

    YAYASAN Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengangkat surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan pada program World #QuranHour yang akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana iaitu Studio TV Alhijrah pada 26 April ini, pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

    Program World #QuranHour 2022 ini mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

    Menjelang program tersebut, Sinar Harian berpeluang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai persiapan menjelang World #QuranHour serta harapannya terhadap program tersebut.

    SINAR HARIAN: Pandangan Namanzee mengenai penglibatan TV Alhijrah sebagai penyiar utama bagi program World #QuranHour 1443H?

    NAMANZEE: TV Alhijrah mempunyai pengalaman istimewa dan luar biasa saat kami meletakkan keyakinan pada ALLAH untuk terus berinteraksi dengan kalam-NYA. Bermula dengan Malaysia #QuranTime, kemudian kita jenamakan sebagai MY #QuranTime, penonton menyambut baik inisiatif stesen ini untuk memberi pemahaman tentang al-Quran. Saya merasakan World #QuranHour merupakan platform sangat baik untuk diketengahkan, dijadikan sebagai acara tahunan yang harus diikuti oleh rakyat Malaysia beragama Islam. Untuk itu, saya berasa bangga dan berbesar hati apabila TV Alhijrah menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1443H.

    Sebelum ini TV Alhijrah turut menjadi penyiar utama program #QuranHour sejak 2020. Apakah impak yang dilihat oleh pihak TV Alhijrah dalam mengajak orang ramai untuk mendekati al-Quran?

    Namanzee

    Namanzee

    TV Alhijrah melihat #QuranHour sebagai pemula kepada rancangan My#QuranTime, program yang menjadi tunjang utama stesen ini dalam membawa masyarakat menghayati al-Quran melalui cogan kata baca, faham dan amal. Inisiatif ini secara tidak langsung mengajak penonton menghargai waktu yang diluangkan untuk memuliakan al-Quran.

    Pandangan mengenai inisiatif yang dibawa oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) untuk membawa kempen gerakan al-Quran termasuk Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention?

    Saya melihat inisiatif yang dijalankan WUIF sebagai memperkasakan agenda penyatuan dan kekuatan ummah yang mana al-Quran dijadikan sumber rujukan dan jawapan kepada semua permasalahan masa kini. Pastinya amat sukar serta berdepan dengan pelbagai rintangan, namun syabas dah tahniah buat WUIF kerana berjaya merancang pelaksaan World #QuranHour secara serentak di peringkat dunia.

    Program MyQuranTime menjadi tarikan penonton untuk setia bersama mengikuti di TV Alhijrah. Setakat ini, berapa ramai penonton TV Alhijrah?

    Sehingga kini, program MyQuranTime telah mengumpul sebanyak 10.3 juta penonton.

    Boleh ceritakan impak program berinteraksi dengan al-Quran terhadap kesedaran masyarakat untuk baca, faham dan amal al-Quran?

    Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia kerana memiliki wahyu ALLAH yang terpelihara dalam keadaan utuh, masih aman ketika ia diturunkan buat Nabi Muhammad SAW. Jadi sebagaimana agungnya al-Quran ini, begitu jugalah impaknya bukan sekadar pada, keluarga malah kepada bangsa, agama dan negara serta peradaban dunia. Saya percaya interaksi dengan al-Quran adalah satu-satunya cara yang boleh mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan dalam kehidupan di dunia dan insya-ALLAH di akhirat kelak.

    Apakah perancangan dan persiapan penganjuran World #QuranHour yang julung kali bersiaran langsung secara fizikal bersama tetamu jemputan di TV Alhijrah pada tahun ini?

    Segala perancangan dan persiapan telah dilakukan sejak dua bulan lalu dan antaranya menentukan strategi promosi dan penentuan konsep serta olahan persembahan program. Selain itu kami juga akan memastikan pemilihan surah yang disampaikan bersesuaian dengan tema yang ditetapkan dalam penyampaian tadabbur. Bagi memastikan kapasiti di studio sesuai dengan program ini, kami telah berbincang bersama pihak WUIF secara terperinci dari segi jumlah pentadabbur dan qari utama yang terlibat selain mengenal pasti jumlah peserta pada program ini.

    World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

    World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

    Di samping itu juga, persiapan dari aspek look and feel konsep serta penyampaian program juga diambil kira dan dibincang rapi untuk memberi kelainan berbanding program World #QuranHour tahun sebelumnya. Apa yang kami hasratkan, program ini dapat menyemarakkan dunia dengan amalan membaca al-Quran dan memahami kandungannya.

    Berapa ramai kru dan kos yang terlibat dalam menjayakan program World #QuranHour tahun ini?

    Seramai 40 orang kru akan terlibat menjayakan program dan dianggarkan menelan kos hampir RM50,000 bagi menjayakan program World #QuranHour tahun ini.

    Sumber

  • “Jom Shop Raya” Rancakkan Program Jualan Malaysia Aidilfitri Di Jalan Tunku Abdul Rahman

    Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi lokasi perasmian Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022 Jom Shop Raya @ J. T. A. R. yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol Bin Wahid selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Program ini dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Batu Road Retailers Association (BARRA) diatas keprihatinan kerajaan terhadap isu serius yang dialami oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR.

    Umum mengetahui, kemeriahan suasana Jalan TAR pada tahun 2020 dan 2021 tidak seperti tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan akibat penularan pandemik COVID-19. Perniagaan yang diusahakan oleh peniaga-peniaga di Jalan TAR mengalami kemerosotan yang teruk akibat kekurangan pelanggan yang datang berkunjung.

    Tambahan itu, langkah inisiatif telah diambil untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami rakyat khususnya dari golongan B40 untuk membuat persiapan raya, kempen promosi jualan JOM SHOP RAYA telah digerakkan oleh pihak BARRA melalui sumbangan RM 300,000.00 termasuk baucar hadiah berjumlah RM 200,000.00 hasil saluran oleh KPDNHEP.

    Pelaksanaan JOM SHOP RAYA selama tempoh satu bulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022 merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara khususnya sektor peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR dalam keadaan selamat. Kesinambungan konsep PJM sejak tahun 2020 iaitu Recovery (Pemulihan), Revitalise (Merancakkan) dan Revive (Menghidupkan Semula ) sektor peruncitan merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi rakyat dan KDNK negara.

    Selain itu, mulai 23 April hingga 1 Mei 2022, Program Rancak Aidilfitri di AEON Nilai, Negeri Sembilan akan dilaksanakan untuk mengembalikan suasana kemeriahan perayaan aidilfitri. Ahli keluarga Malaysia berpeluang mendapatkan pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan barangan elektrik serta pelbagai barangan keperluan hari raya pada harga yang sangat berpatutan.

    Jualan murah yang yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan Program Utama melalui Program Jualan Raya (PJM) yang telah dirancang dan diselaras melalui KPDHNEP di seluruh negara menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 500 bilion bagi sektor peruncitan pada tahun 2022.

  • HYdeout mempersembahkan Upin & Ipin: Kampung In The City

    Hydeout telah menempah nama sebagai lokasi tempat makan pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur yang bertemakan mesra keluarga untuk menjamu selera dan berjaya menapak di sana sejak December 2020. Bertemakan ‘Dinotopia’ kini, pihak hotel senang untuk mendedahkan tema-tema baru eksklusif yang bermula 9 April 2022 berkolaborasi dengan Siri animasi pemenang anugerah yang paling digemari di Malaysia – Upin & Ipin.

    HYdeout telah berkembang pesat sejak ia menampilkan tema klasik yang bergema dengan baik dengan golongan muda seperti ‘Spookyville’ dan ‘Dinotopia’ – semuanya terima kasih kepada rakan kongsi imaginatif, La memoria, syarikat pengurusan acara yang disegani di sebalik idea hiasan bertema fenomenal HYdeout. “Bagi kami mengekalkan momentum secara berterusan, idea-idea menarik akan menjadi satu keperluan bagi kami untuk menegakkan objektif HYdeout yang sangat menyerlahkan keseronokan keluarga. Kami menganggap bahawa kepentingan bertemakan ‘Kampung In The City’ akan memberi kesan yang baik kepada tetamu tempatan dan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Les’ Copaque Production, syarikat penerbitan animasi perintis Malaysia, juga pencipta Upin & Ipin, untuk memastikan visi ini melayari apa yang kami percaya akan memerlukan rasa perhubungan yang hebat untuk keluarga untuk kembali kepada pengembaraan ‘kampung’,” luah Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.

    Haji Buhanuddin Md Radzi, Pengasas, Pengarah Urusan dan Penerbit Les’ Copaque Production, berkongsi, “Adalah kebanggaan dan keistimewaan kami untuk bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk tema baharu HYdeout kerana kami mampu membawa elemen Upin & Ipin hidup di luar skrin. Kami berhasrat untuk orang lain memupuk budaya rumah tangga dan hiburan tradisional kami, yang dipentaskan daripada pengembaraan Upin & Ipin, sebagai cara untuk kami menghargai akar umbi kami dan menghidupkan semula nostalgia zaman kanak-kanak di tengah-tengah zaman moden ini. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman uniknya akan memupuk rasa akrab yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin, malah memupuk yang baharu.”

    Tema ‘Kampung In The City’ yang serba baharu di HYdeout meraikan intipati Upin & Ipin melalui semua yang ditawarkan oleh tempat perlindungan bertema – daripada bufet “all-you-can-eat” yang lazat kepada hiburan yang merangsang seperti permainan yang “messy play”, permainan tradisional , lukisan ‘wau’, sudut bacaan, gerai karnival, dinding 3D, tayangan filem dan banyak lagi. Anak-anak pun mungkin terkejut dengan penampilan istimewa dari Upin & Ipin sendiri!

    HYdeout mempersembahkan Upin & Ipin: Kampung In The City untuk harga bufet semasa bulan Ramadhan untuk kanak-kanak berharga RM168 seorang dan RM248 untuk seorang dewasa bermula dari 9 April 2022 sehingga 30 April 2022, HYdeout mula beroperasi pada jam 6.30 petang. sehingga 10.00 malam.

    Manakala pada hari biasa bermula dari 6 Mei 2022 dan seterusnya, HYdeout mula operasi pada jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. pada hari Sabtu dan Ahad, 7.00 p.m. sehingga 10.00 malam pada hari Sabtu sahaja. Harga buffet untuk hari biasa untuk kanak-kanak adalah berharga RM168.00 untuk seorang kanak-kanak dan RM248 untuk seorang dewasa.

  • HADIAH KEMENANGAN S.O.G X SHILA AMZAH ‘SEIKHLAS HATI’ dan TONTON SOUNDSTAGE SHILA AMZAH & FRIENDS

    Anugerah Juara Lagu ke-36 yang lalu, kemenangan kumpulan S.O.G dan Shila Amzah telah berjaya membuka mata pemain muzik tanah air. Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada. Pengikut muzik indie ini juga tidak kurang ramainya dan boleh membantu menaikkan ekonomi muzik tanah air.

    Media Prima sekaligus mengambil langkah dengan bekerjasama bersama S.O.G dan juga Shila Amzah dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini. Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila Amzah dan lagu ini dinyanyikan oleh S.O.G dan Shila Amzah sendiri.

    Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta ini juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’. Menerusi lirik lagu ini juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati. Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik S.O.G yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada

    Lagu ‘Seikhlas Hati’ nyanyian S.O.G dan Shila Amzah ini, edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 18 April 2022, manakala muzik video akan mula di tayangkan di Youtube TV3 bermula pada 20 April 2022.

    TONTON SOUNDSTAGE SHILA AMZAH & FRIENDS

    Program ‘tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends’ akan disiarkan di TV3 pada 7 Mei 2022 (Sabtu), pukul 10.00 malam. Ia juga akan disiarkan di portal tonton. Program ini dihoskan oleh Shila Amzah dan juga turut  menampilkan Jihan Muse, Fara Fauzana, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan S.O.G sebagai selebriti jemputan. Program satu jam ini mengisahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah sebagai seorang penyanyi dan meraikan muzik bersama-sama dengan rakan-rakannya di industri hiburan.

    Lagu-lagu yang dipersembahkan dalam program ini adalah Patah Seribu, Memori Tercipta (Shila Amzah), Pelukan Angkasa (Shila Amzah & S.O.G), Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor), lagu medley Ikut Rentakku / Drama (Jaclyn Victor & Ning Baizura), Bunga Api Di Hati (Fara Fauzana, Jihan Muse & Shila Amzah). Shila Amzah dan S.O.G juga akan mempersembahkan lagu raya baharu berjudul ‘Seikhlas Hati’ bersempena dengan kempen Seikhlas Hati. 

  • Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022


    Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022,” yang dihoskan oleh L Cadeau Sdn. Bhd., baru-baru ini diperkenalkan oleh kumpulan syarikat Eminent International.

    Pertandingan ratu cantik yang hebat diadakan untuk memberi anda peluang sekali seumur hidup untuk berhubung dengan platform antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran jenama dan menunjukkan sokongan syarikat anda untuk acara-acara penting.

    Misi Miss & Mrs Peace and Culture International Pageant 2022 adalah untuk mempromosikan dan menyebarkan budaya, keselamatan, kasih sayang dan persahabatan ke seluruh dunia. Pertandingan ini membantu dalam penyampaian ucapan awam yang baik dan perkongsian kelas budaya yang indah, serta pengetahuan yang lebih baik tentang hubungan antara budaya dan keamanan di pelbagai negara dan benua tempat kita tinggal.

    Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022 bukan sahaja tertumpu kepada kecantikan dalaman para peserta, tetapi keinginan mereka untuk berjaya, dedikasi mereka terhadap khidmat masyarakat, keberanian untuk memperjuangkan perkara yang betul dan yang paling penting, semangat untuk membuat perbezaan dalam kehidupan mereka yang kurang bernasib baik melalui kesukarelawanan.

    Pada tahun 2022, di Kuala Lumpur, Malaysia, Ratu & Puan Peace and Culture Pageant akan diadakan buat kali pertama.

    Pemenang pertandingan ini akan mewakili masyarakat budaya dan keamanan dan bertindak sebagai duta mempromosikan budaya dan keamanan di peringkat antarabangsa.