Category: ATTRACTION

  • Industri automotif sasar sifar pekerja asing

    Industri automotif sasar sifar pekerja asing

    INDUSTRI kenderaan menyasarkan sifar pekerja asing dalam industri automotif menjelang akhir tahun ini.

    INDUSTRI kenderaan menyasarkan sifar pekerja asing dalam industri automotif menjelang akhir tahun ini.

    KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), menerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan sifar pekerja asing dalam industri automotif menjelang akhir tahun ini.

    Ketika ini, terdapat kira-kira 220,000 pekerja dalam 641 syarikat industri automotif, 70,000 daripadanya adalah pekerja asing.

    Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata, pihaknya berharap sasaran itu mampu dicapai pada tahun ini, sekali gus membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.

    “Sebagai permulaan, kami telah selesai mengadakan perbincangan dengan pengeluar kereta nasional. Perodua dan Proton juga kedua-duanya bersetuju untuk mengurangkan pekerja asing di semua 200 vendor tier 1 mereka yang kini berjumlah 40,000 orang.

    “Malah kami juga giat mengadakan perjumpaan dengan pengeluar kereta lain pada tahun ini untuk tujuan sama,” katanya.

    Menurut Madani lagi, semua pekerja asing yang bakal diberhentikan itu akan segera digantikan oleh pekerja tempatan.

    Ini bermakna pada tahun 2020, akan ada 70,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan dalam industri automotif.

    Tambahnya lagi, kerajaan telah mengurangkan perkhidmatan pekerja asing antara 32,000 hingga 35,000 orang di negara ini sejak 2014 hingga 2019.

    Mengenai sama ada langkah itu akan meningkatkan kos kepada vendor, Madani berkata, ia adalah tidak benar berdasarkan kajian analisis kos yang dibuat pihaknya.

    “Pekerja tempatan tidak akan balik ke negara asal berbanding pekerja asing. Jadi, majikan tidak perlu melatih semula pekerja tempatan ini berbanding terpaksa melatih semula mereka apabila pekerja asing tadi pulang ke negara asal. Itu akan meningkatkan kos latihan.

    “Selain itu, kos levi pekerja asing yang perlu ditanggung oleh majikan tetapi tidak buat pekerja tempatan yang tidak dikenakan levi. Begitu juga kos pasport dan sebagainya. Jadi sebenarnya adalah lebih kompetitif secara menyeluruh untuk mengambil pekerja tempatan berbanding pekerja asing,” ujarnya.

    Sumber

  • Al-Quran menepati ciri perjalanan ummah

    Al-Quran menepati ciri perjalanan ummah

    KUALA LUMPUR – Kitab suci al-Quran perlu dijadikan sebagai panduan lengkap perjalanan kehidupan umat Islam.

    Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islamik (ITC), Datuk Dr Mohmed Razip Hassan berkata, al-Quran sendiri banyak menceritakan tentang perjalanan, pengembaraan dan penemuan yang boleh dijadikan satu proses pembelajaran.

    “Dalam konteks pelancongan, kami melihat apabila kita berkolaborasi dengan program ini, sebenarnya ia menepati ciri perjalanan itu sendiri.

    “Apabila seseorang itu membuat perjalanan, umpama sekarang selepas dibuka sempadan negara, ramai ke luar negara dan ramai juga yang datang ke negara kita hanya untuk melihat apakah kelainan satu-satu destinasi.

    “Jadi ini amat bertepatan dengan apa yang kita ingin sampaikan kepada dunia bahawa apabila kita bersama dengan al-Quran, ia adalah satu perjalanan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program World #QuranHour 2022 di Studio TV AlHijrah pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Mohmed Razip berkata, individu yang luas perjalanannya cenderung mengubah perspektif hidup mereka ke arah lebih baik.

    Katanya, ia sebenarnya memberikan satu refleksi bagaimana untuk menjadi umat Islam dan komuniti yang terbaik.

    “Apabila seseorang, sesuatu komuniti atau kumpulan bebas membuat perjalanan, mereka akan berubah selepas melihat keunikan ciptaan ALLAH SWT misalnya gunung, pantai, cara hidup orang Islam, sejarah dan tamadun.

    “Insya-ALLAH, ini juga akan membawa penekanan kepada kepimpinan individu sama ada di peringkat keluarga atau organisasi.

    “Inilah apa yang kita ingin capai bersama-sama dalam program World #QuranHour 2022,” jelasnya.


    Sumber

  • Wajibkah anak sindrom down berkhatan?

    Wajibkah anak sindrom down berkhatan?

    AMALAN berkhatan diwajibkan ke atas setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan.

    AMALAN berkhatan diwajibkan ke atas setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan.

    SEBUT sahaja tentang berkhatan, semua sedia maklum dengan syariat Islam yang satu ini.

    Dari segi hukumnya, ia diwajibkan ke atas setiap umat Islam sebagaimana disebutkan dalam satu riwayat.

    Sabda Rasulullah SAW: “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.” (Riwayat al-Bukhari)

    Namun, bagaimana dengan anak sindrom down? Adakah berkhatan itu diwajibkan juga ke atas mereka?

    Segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini membincangkan lanjut mengenai topik tersebut.

    Sebelum menjawab tanda tanya berkenaan, pendakwah yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris mengajak kita untuk menyelami amalan berkhatan itu.

    Jelas beliau, menurut Mazhab Syafie yang diamalkan di negara ini, amalan berkhatan diwajibkan ke atas setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan.

    “Kita perlu ingat bahawa berkhatan juga ada signifikannya dari segi saintifik. Apabila berkhatan, ia dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada terkena penyakit, selain berupaya menjaga kebersihan,” katanya.

    Kepada ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down, kata Fitri, mereka boleh membawa anak-anak berkhatan selagi tiada kekangan untuk berbuat demikian.

    “Selagi mana anak itu boleh dibawa ke klinik (untuk berkhatan), tidak meronta dan sebagainya, sebaiknya, bawalah anak itu berkhatan.

    “Insya-ALLAH semoga kita dapat hikmat dan manfaat daripada amalan berkhatan ini,” jelas beliau.

    Sumber

  • Prihatin impak koronavirus – Sinar Harian

    Prihatin impak koronavirus – Sinar Harian

    ANGKA korban akibat wabak koronavirus di China makin meningkat.

    ANGKA korban akibat wabak koronavirus di China makin meningkat.

    SUSULAN wabak koronavirus yang melanda baru-baru ini, beberapa syarikat automotif tampaknya prihatin dengan bangkit dan tampil membantu.

    Antara syarikat gergasi yang menghulurkan bantuan ialah Ford Motor. Syarikat gergasi Amerika Syarikat itu memanggil beberapa kumpulan pekerjanya di Jiangling Motor, rakan kongsi Ford di China untuk menukarkan 600 unit Ford Transit kepada varian ambulans khas.

    Automotive News China melaporkan, SAIC Motor dan Beiqi Foton Motor turut melakukan perkara sama yang mana mereka menghantar bantuan ambulans ke daerah Wuhan.

    Sementara itu, Daimler, BMW, Toyota dan Honda bertindak dengan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak 5 juta yuan hingga 26 juta yuan kepada yayasan-yayasan yang terlibat di sana.

    “Dongfeng Motor dan GAC Motor turut memberikan bantuan kewangan untuk penduduk di Hubei dan Wuhan.

    “Kebanyakan pengedar kenderaan masih menutup dewan pameran mereka untuk meminimumkan risiko wabak itu merebak,” lapor Automotive News China baru-baru ini.

    Untuk makluman, Wuhan juga mempunyai beberapa kilang pemasangan kenderaan, termasuk milik PSA Group, Renault, Nissan, Honda dan General Motors.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada gejala yang lebih berbahaya seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).

    Virus itu sudah tersebar di seluruh China dan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

    Sumber

  • World #QuranHour diadakan serentak di 20,000 lokasi

    World #QuranHour diadakan serentak di 20,000 lokasi

    KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,000 lokasi berdaftar World #QuranHour diadakan secara serentak dalam Malaysia pada Selasa bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, bagi luar negara penganjurannya dijalankan menerusi 14 lokasi di 14 negara.

    “Di luar negara kita bekerjasama dengan kedutaan. Selain daripada itu, yang sudah biasa ikut, orang di sana yang akan menyusun program World #QuranHour ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

    Marhaini Yusoff

    Marhaini Yusoff

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2022 yang berlangsung di Studio TV Alhijrah pada Selasa.

    Pada tahun lalu, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar dalam negara dan 42 lokasi luar negara.

    World #QuranHour pada Selasa dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 7 dibimbing oleh qari, Mohamad Husaini Mahmur.

    Kemudiannya, ia diikuti sesi bacaan 30 ayat surah Al-Sajdah secara bergilir oleh qari, Dr Anuar Hasin, Abdul Khair Jalil, Ahmad Tirmizi Ali, Amirahman Abas dan Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

    Sesi tadabbur pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail; Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

    Mengulas lanjut, Marhaini berkata, sejak penganjuran World #QuranHour ini, pihaknya mendapati pembukaan Rumah Ngaji juga semakin bertambah.

    Menurutnya, dianggarkan jumlah Rumah Ngaji kini adalah 1,000 manakala Quran Corner pula 6,000.

    “Kalau awal-awal dahulu mungkin dalam 10 Rumah Ngaji. Tetapi bila kita mulakan World #QuranHour, setiap negeri sudah mempunyai wakil negeri untuk Rumah Ngaji,” katanya.

    Selain daripada itu tambahnya, disebabkan World #QuranHour ini memfokuskan agensi-agensi dan organisasi, mereka turut boleh mengambil nilai al-Quran untuk dijadikan panduan.

    Sumber

  • Haram sambut Hari Kekasih, elak beri hadiah

    Haram sambut Hari Kekasih, elak beri hadiah

    HARI ini merupakan 14 Februari iaitu tarikh yang sinonim dengan Hari Kekasih. Namun, kita dilarang untuk menyambutnya kerana ia ditegah di sisi agama Islam tidak kiralah apa jua alasannya.

    Bahkan, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Hal itu kerana ia mempunyai unsur-unsur agama lain. Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

    Masakan tidak, lihat saja apa yang berlaku setiap kali tibanya Hari Kekasih. Ada segelintir anak muda tanpa segan silu berseronok di kelab dan berbuat maksiat di bilik-bilik hotel tanpa sekelumit rasa bersalah dalam diri.

    Bukan mahu membuat kesimpulan mudah, namun itulah yang berlaku dalam dunia realiti. Jika tidak, tiadalah Ops Valentine yang boleh dikatakan dilaksanakan hampir saban tahun, biarpun ada yang mendakwa rentak operasi seperti itu semakin perlahan sejak dua tahun kebelakangan ini.

    Hakikatnya, Hari Kekasih sebenarnya banyak memberikan natijah buruk bukan sahaja kepada diri kita, tetapi generasi baharu dan agama Islam itu sendiri.

    Ada sebab kenapa ia diharamkan oleh agama Islam. Apakah sebab kepada pengharaman itu? Bagaimana pula hukumnya apabila suami isteri memberikan hadiah kepada pasangan pada hari berkenaan?

    Unsur agama lain

    Bagi mendasari topik berkenaan, Sinar Islam mendapatkan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Jelas beliau, sejarah Hari Kekasih atau Valentine’s Day tidak ada dalam Islam. Sebaliknya, amalan budaya dan hasrat perayaan itu mempunyai unsur-unsur agama lain yang bercanggah dengan agama suci yang kita anuti.

    MOHD TAMYES

    MOHD TAMYES

    Menelusuri historiografinya, katanya, Valentine’s dikatakan berasal daripada nama seorang paderi, St Valentino yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.

    “Bahkan, St Valentino juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam,” ujar beliau ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

    Justeru, agamawan itu menegaskan, barang siapa yang merayakan Hari Kekasih, mereka seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

    “Dalam Islam, tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang. Setiap hari sebenarnya adalah hari kasih sayang dalam Islam.

    “Cuma, Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Hari Kekasih kerana ada unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya yang boleh menggugat akidah Islam,” jelas beliau.

    Rosakkan generasi

    Pada sama sama, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu menegur sikap segelintir anak muda dan golongan yang meraikan Hari Kekasih dengan perbuatan yang dilarang oleh syarak.

    BAGI pasangan yang sudah berkahwin, mereka boleh mempertautkan kasih sayang dengan perkara yang tidak bercanggah dengan agama Islam dan bukannya menyambut Hari Kekasih.

    BAGI pasangan yang sudah berkahwin, mereka boleh mempertautkan kasih sayang dengan perkara yang tidak bercanggah dengan agama Islam dan bukannya menyambut Hari Kekasih.

    Perbuatan sedemikian jika tidak dibendung, kata beliau, akan merosakkan generasi umat Islam pada masa akan datang.

    “Ya, memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain. Akan tetapi, untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan, perlu melalui saluran dibenarkan oleh syarak.

    “Ia bukannya menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang perkara yang dilarang dan berbentuk maksiat,” jelas beliau.

    Bagaimana pula jika seorang individu itu berhasrat untuk memberikan hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Hari Kekasih? Jawab Mohd Tamyes, perbuatan itu tidak dibenarkan kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawakan oleh Hari Kekasih.

    “Kepada pasangan suami isteri, mereka digalakkan untuk memberi hadiah kepada pasangan masing-masing pada bila-bila masa sahaja. Ia dengan syarat asalkan tidak diniatkan dengan tarikh atau sempena dengan sesuatu yang dilarang oleh agama Islam,” tegas beliau.

    Beliau turut mengingatkan kembali keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 21 Februari 2006 yang memutuskan, amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

    “Perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur dan amalan yang bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan dilarang oleh Islam.

    “Orang Islam yang bertindak dengan cara menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995,” jelas beliau.

    Buka ruang zina

    Bagi mendapatkan kupasan lanjut tentang sambutan Hari Valentine, Sinar Islam mewawancara pendakwah Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz.

    PU FAIZ

    PU FAIZ

    Jelas beliau, sambutan Hari Kekasih mempunyai pelbagai versi sejarah tentangnya. Pun demikian, semua historiografi berkenaan merupakan budaya orang bukan Islam yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

    “Ada yang menyatakan, Hari Kekasih versi asal daripada agama Pagan dan satu versi lagi daripada agama Kristian. Namun, rata-ratanya berkaitan kebudayaan. Tentatif program berkenaan membawa kepada pergaulan bebas, seks sebelum nikah, pergaulan dengan bukan mahram, (aktiviti) memabukkan dan sebagainya.

    “Semua isi kandungan program itu adalah haram. Ia haram bukan kerana namanya Valentine. Ini kerana, hukum sesuatu terbina berdasarkan kandungan program, bukan nama (program tersebut). Agama Islam tidak mengingkari sesuatu yang baik yang dikerjakan pada zaman sebelum (kedatangan) Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.

    Bukan itu sahaja, menyambut Hari Kekasih dengan pengisian program maksiat hakikatnya membuka ruang-ruang zina seandainya ia diraikan oleh pasangan bukan mahram, terang beliau.

    Sebagai umat Islam, jelas beliau, wajib bagi kita untuk menjauhi zina.

    Firman ALLAH SWT: “Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32)

    Bagi pasangan suami isteri pula, jelas PU Faiz, jika mereka menguatkan lagi kasih sayang tanpa pergaulan bebas, aktiviti memabukkan dan tidak melakukan apa yang dilarang oleh syarak, ia tiada masalah.

    “Bahkan, Islam sebenarnya amat menganjurkan umatnya sentiasa berkasih sayang pada setiap masa. Ia bukan hanya pada 14 Februari sahaja, tetapi pada sepanjang masa dengan pengisian yang tidak bertentangan dengan syarak,” katanya.

    Menurut Ketua Tanfiziyah Pertubuhan Nahdlatul Ulama Malaysia itu, dalam sirah nabi, Islam sebenarnya mempunyai ‘Hari Valentine’ sendiri iaitu hari pembebasan Kota Suci Makkah yang mana ia terjadi pada bulan Ramadan tahun 630 Masihi.

    “Ketika itu, Nabi Muhammad SAW berserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju ke Makkah. Mereka kemudian menguasai Makkah secara keseluruhan tanpa pertumpahan darah sedikit pun. Bahkan, baginda SAW mengampuni orang yang sebelum ini pernah mengusirnya dari tanah airnya sendiri.

    “Ternyata keburukan dan kekasaran yang pernah diturunkan kepada nabi dibalas dengan cinta dan kasih sayang. Dalam erti kata lain, kita sebagai umat Islam dituntut untuk saling mengasihi dan menolong sesama kita tanpa perlu menunggu momen tertentu,” jelas beliau.

    Dalam Islam, kita diharuskan menyayangi golongan muda dan menghormati mereka yang tua pada setiap hari, terang PU Faiz. Pada masa sama, Islam tidak melarang adanya tradisi tahunan.

    “Contohnya, pendakwah pada zaman dahulu mengubah pengisian program mungkar kepada yang makruf sepertimana amalan ‘sesaji’ yang kini ditukar dengan tahlil atau doa selamat,” jelas beliau.

    Dalam pada itu, PU Faiz turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang belum berkahwin agar mengelakkan diri daripada menyambut Hari Kekasih. Sebaliknya, sambutlah kasih sayang dengan ibu bapa atau adik-beradik.

    Pupuk kasih sayang ikut acuan Islam

    Agama Islam menganjurkan umatnya untuk membajai nilai perasaan kasih sayang dalam seluruh ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga termasuk juga organisasi dan komuniti masyarakat kita.

    Perbuatan atau usaha tersebut perlulah mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Demikian kata Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood.

    USTAZAH SITI FATAHIYAH

    USTAZAH SITI FATAHIYAH

    Ujar beliau, kita diciptakan oleh ALLAH SWT di muka bumi ini semata-mata untuk beribadah kepada-NYA. Maka, seharusnya kasih sayang yang disuburkan sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini perlu dilakukan atas dasar melaksanakan sesuatu kebaikan yang disuruh-NYA.

    Elakkan diri daripada terjebak dengan perkara maksiat atau dimurkai-NYA, jelas beliau.

    “Hubungan kasih sayang antara lelaki dan perempuan yang cuba dibina dengan penuh kemesraan dan romantis sebelum ikatan perkahwinan yang sah adalah dilarang. “Apatah lagi andai ada hubungan mesra yang intim ini yang berlaku kepada lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan secara songsang, ia turut diharamkan,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)

    Ustazah Siti Fatahiyah yang juga Pengerusi Dewan Wanita, Majlis Dakwah Negara Peringkat Negeri Selangor itu menegaskan, konsep kasih sayang dalam Islam menekankan kejujuran dan keikhlasan dengan menetapkan niat mengasihi seseorang kerana ALLAH SWT.

    “Ia bukan semata-mata untuk kepentingan peribadi atau berniat jahat di sebalik mempamerkan kasih sayang tersebut,” katanya.

    Di samping menyuburkan kasih sayang yang dibina, beliau mengingatkan agar jangan meruntuhkan hubungan kasih sayang dengan orang yang lain sehingga memutuskan silaturahim tersebut.

    Justeru, ujar beliau, binalah kasih sayang dalam hidup mengikut acuan yang ditetapkan oleh Islam agar hidup lebih diberkati dan diredai oleh ALLAH SWT.

    “Jangan leka dibawa arus kehidupan yang kian mencabar keimanan kita ketika ini. Jangan pula menunggang agama dalam mencipta bahagia di dunia. Dalam sibuk mencipta bahagia, jangan pula menempah derita kepada orang lain dengan memutuskan silaturahim.

    “Jom kita kuatkan iman dengan mengawal debaran dalam hati atau ‘kocakan’ di minda kita agar kasih sayang yang kita bina dapat membawa kita ke syurga, bukan menghumban kita ke neraka,” ujar beliau mengakhiri perkongsian ilmunya.

    Sumber

  • Hyundai Kona Elektrik catat rekod dunia

    Hyundai Kona Elektrik catat rekod dunia

    MENERUSI cubaan terbaharu itu, Hyundai Kona Elektrik berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah SUV yang tahan lasak di dalam keadaan yang serba ekstrem.

    MENERUSI cubaan terbaharu itu, Hyundai Kona Elektrik berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah SUV yang tahan lasak di dalam keadaan yang serba ekstrem.

    KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Hyundai Kona Elektrik berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness apabila berjaya melengkapkan pendakian ke altitud setinggi 5,731 meter di Sawula Pass, Tibet, China.

    Dalam kenyataan media Hyundai, SUV tersebut dikatakan tidak mengalami sebarang masalah prestasi ketika mencapai titik altitud paling tinggi.

    Dengan pencapaian tersebut, Kona Elektrik telah membuktikan bahawa ia sememangnya sebuah SUV yang tahan lasak. Menghadapi pelbagai keadaan cuaca yang teruk seperti suhu sejuk melampau, salji yang berterusan termasuk permukaan jalan yang berais antara keupayaannya.

    “Kona Elektrik juga dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang dapat memastikan kestabilan kenderaan dalam setiap keadaan jalan yang diuji.

    “Sepanjang tempoh cabaran, model tersebut dicas menerusi pengecas mudah alih yang disertakan bersama dengannya. Ia juga tidak mengalami sebarang masalah sepanjang pendakian,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

    Semasa turun dari puncak, sistem penjanaan semula kuasa yang pintar memastikan SUV tersebut sentiasa mempunyai kuasa yang mencukupi.

    Diperkenalkan pada tahun 2018, Kona Elektrik menawarkan jarak pemanduan sejauh 452 km dengan satu cas penuh. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan unit pengecas mudah alih dan juga AC Wall Box Charger untuk kegunaan di rumah.

    SUV tersebut juga didatangkan dengan waranti tiga tahun tanpa had perbatuan, manakala pek baterinya dilindungi oleh waranti untuk lapan tahun atau 160,000 kilometer perjalanan.

    Sumber

  • Alunan surah Al-Sajdah bergema di Perpustakaan Raja Tun Uda

    Alunan surah Al-Sajdah bergema di Perpustakaan Raja Tun Uda

    Mastura (barisan hadapan, tengah) mengetuai lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan sempena program World QuranHour pada Selasa

    Mastura (barisan hadapan, tengah) mengetuai lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan sempena program World QuranHour pada Selasa

    SHAH ALAM – Pogram World #QuranHour di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, bergema dengan alunan bacaan kitab suci itu selama satu jam oleh lebih 100 kakitangan gedung ilmu berkenaan.

    Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, surah Al-Sajdah dapat memberi panduan kepada umat Islam dan pemimpin negara terutamanya.

    Menurutnya, surah itu dapat membantu golongan pemimpin terbabit untuk menjadi lebih baik dan mengambil tindakan dalam membantu golongan memerlukan, miskin dan anak yatim.

    “Satu program yang benar-benar bermakna, kita menghentikan aktiviti lain dan hanya mendengar kata-kata dari al-Quran dan para ulama agar pemimpin melakukan perkara yang betul dengan menjaga golongan miskin, anak-anak yatim serta B40 ini,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan World QuranHour 2022 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini pada Selasa.

    Tambahnya, program itu turut berlangsung di seluruh perpustakaan di Selangor.

    Tahun ini, World QuranHour bertemakan berinteraksi dengan surah Al-Sajdah, mensasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud selama sejam dengan al-Quran dibaca, difahami dan diamalkan.

    Program berlangsung dari jam 12 hingga 1 tengah hari itu bersiaran secara langsung melalui saluran media utama negara termasuk dalam talian dengan penglibatan lebih 2.63 bilion peserta sejak 2015.


    Sumber

  • Santuni ibu bapa, mertua bukan Islam

    Santuni ibu bapa, mertua bukan Islam

    SESUNGGUHNYA, Islam menggalakkan umatnya supaya berbuat baik kepada semua orang. Hal itu termasuklah memberi bantuan kewangan, penjagaan dan apa saja pertolongan asalkan tidak membantu dalam urusan yang mensyirikkan ALLAH. Agama suci itu menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya walaupun mereka tidak memeluk Islam.

    Begitulah juga apabila anaknya itu telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan terhadap kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkannya tetap sama kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    Andai kata, ditakdirkan seseorang itu berkahwin dengan pasangan daripada keluarga bukan Islam, jangan sesekali meminggirkan kedua ibu bapa mertua. Ingatlah bahawa mereka adalah individu yang melahirkan pasangan kita. Merekalah yang merawat, memberi makan, mendidik dan menyekolahkan pasangan kita sehingga mereka berjaya.

    Sedar atau tidak, tanpa mereka, pasangan kita tadi tidak akan wujud. Oleh sebab itu, kedua ibu bapa mertua itu wajib disantuni sepertimana ibu bapa kita sendiri. Mereka perlu dilayan dengan baik, diberikan kasih sayang dan perhatian.

    Sekalipun mereka bukan Islam, sebagai anak, kita perlu mendengar nasihat mereka. Ia adalah peluang yang sangat berharga untuk kita mempamerkan akhlak Islam.

    Doakan kebaikan

    Bagaimana jika ibu bapa mertua kita yang bukan Islam itu sakit? Ketahuilah bahawa mendoakan kebaikan untuk orang bukan Islam seperti mendapat kesejahteraan kesihatan, anak dan harta adalah dibolehkan. Ia berserta syarat bahawa selagi orang bukan Islam itu bukan dalam kalangan mereka yang bermusuh dengan Islam sepertimana disebutkan dalam kalam ALLAH.

    Firman ALLAH SWT: “ALLAH tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya ALLAH hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)

    KEDUDUKAN ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama dalam Islam tidak kiralah mereka seorang Muslim ataupun tidak.

    KEDUDUKAN ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama dalam Islam tidak kiralah mereka seorang Muslim ataupun tidak.

    Ibn Kathir berkata: “ALLAH SWT tidak melarang kamu berbuat baik kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu kerana agama, seperti kaum wanita dan orang-orang yang lemah di antara mereka. ALLAH hanya melarang kamu bersahabat dengan orang-orang yang telah melancarkan permusuhan terhadap kamu, kemudian mereka memerangi dan mengusir kamu dan membantu mengusir kamu.” (Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim, 8/135)

    Bahkan, Nabi Muhammad SAW pada asasnya menyuruh kita membalas kebaikan kepada pelaku dengan ucapan yang baik.

    Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga ALLAH membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.” (Riwayat al-Nasa’ie dan al-Tirmizi)

    Ujar Imam al-Munawi, doa yang disebutkan dalam hadis di atas hanya untuk seorang Muslim. Adapun sekiranya seorang kafir berbuat kebaikan kepada seorang Muslim, maka doakanlah agar dia mendapat harta, anak, kesihatan dan ‘afiyah. (Rujuk Faidh al-Qadir oleh al-Munawi, 1/526)

    Alangkah baiknya jika kita berdoa agar ALLAH mengurniakan taufik dan ditunjukkan jalan yang terbaik dalam kehidupan kepada kedua ibu bapa atau mertua kita yang bukan Islam. Ini kerana ia termasuk dalam uslub dakwah yang penuh dengan hikmah dan kasih sayang.

    Pun demikian, doa seperti rahmat dan barakah daripada ALLAH SWT adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    Justeru, sebagai anak atau menantu yang dikurniakan ibu bapa atau mertua yang bukan Islam, jalanilah tanggungjawab terhadap kedua-dua mereka dengan sebaiknya. Ia bukan sahaja dapat memelihara kerukunan rumah tangga kita, tetapi juga memelihara hubungan kekal harmoni dengan keluarga mertua.

    Siapa tahu dengan tindakan kita tadi akan menjentik hati kedua ibu bapa atau mertua kita untuk mengenali agama yang suci ini dengan lebih dekat, sekali gus memeluk Islam.***Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud merupakan pendakwah dan Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah.

    Sumber

  • Tip asas penjagaan Ysuku – Sinar Harian

    Tip asas penjagaan Ysuku – Sinar Harian

    SEJAK kebelakangan ini, motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku menjadi dambaan ramai ‘kaki motor’ di Malaysia.

    Kepopularannya boleh dikatakan memenangi hati pelbagai peringkat umur. Jentera tersebut juga kini mendapat permintaan yang sangat tinggi. Dalam erti kata lain ‘geng Ysuku’ menjadi trend dan fenomena.

    Pun begitu, seperti lazimnya, salah satu tabiat buruk pengguna jentera adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan. Sedangkan, sebagai pengguna motosikal, urusan penting sedemikian seharusnya diambil peduli.

    Justeru pada minggu ini, dengan fokus pada spesifikasi standard, Sinar Turbo kongsikan beberapa tip asas penjagaan jentera Yamaha Y15ZR.

    Input tip tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh Elhani Bikers Trading yang acap menerima kes motosikal pelanggan yang berdepan hal penalaan, suntikan bahan api dan lain-lain khususnya pada Yamaha Y15ZR.

    1. Minyak enjin.

    Yamaha Y15ZR mempunyai struktur enjin yang hampir sama dengan model terdahulunya iaitu Yamaha LC 135 dan Yamaha FZ150i.

    Seperti yang termaktub oleh pihak pengilang Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLY), minyak enjin disyorkan sendiri HLY ialah dengan kelikatan [email protected]

    ANTARA minyak yang disyorkan pengilang.

    ANTARA minyak yang disyorkan pengilang.

    Mahal tidak semestinya bagus. Bagi Yamaha Y15ZR berkapasiti 150cc (berkuasa kecil), 90 peratus penunggang selalunya akan menujah pada revolusi per minit (RPM) tinggi. Jadi, minyak enjin dengan kelikatan itu ialah pilihan yang tepat.

    Anggaran harga minyak enjin itu pula hanya dalam lingkungan bawah RM30. Terdapat pelbagai pilihan jenama seperti 15W50 dan 20W50 dengan selang perubahan minyak (OCI) 1,500 kilometer (km). Pengguna boleh menyukat mana yang akan cepat susut.

    2. Penalaan/ penyesuaian bahan api

    Terserah pada bajet dan keperluan pengguna sama ada mahu penyesuaian bahan api (fuel adjustment) pada Unit Kawalan Elektrik (ECU) standard menggunakan alat Diagnostik Suntikan Bahan Api (FID tools) ataupun menukar ECU aftermarket.

    PENJAGAAN penyelenggaraan penting supaya enjin dalam keadaan baik.

    PENJAGAAN penyelenggaraan penting supaya enjin dalam keadaan baik.

    Penyesuaian bahan api perlu bagi memastikan jentera berada dalam tetapan yang sempurna dan sentiasa selamat untuk ditunggang.

    3. Palam pencucuh

    Adakah plag yang mahal itu bagus dan menjamin prestasi motosikal? Jawapannya mudah sahaja.

    Dalam dunia permotoran, sebenarnya sebarang alat ganti yang dikategorikan sebagai alat ganti berprestasi tinggi, tiada istilah ‘plag dan main’ (plug and play).

    Semuanya harus dilaraskan semula. Seperti Yamaha Y15ZR, pengguna disarankan memakai plag berjenama seperti NGK CR8E, CR9E. Plag biasa berharga sekitar RM10 hingga RM20 sahaja.

    PALAM pencucuh.

    PALAM pencucuh.

    Walaupun menggunakan plag biasa, penyesuaian bahan api perlu dibuat bagi memastikan keperluannya mencukupi dan pembakaran sempurna dalam enjin.

    Jika pengguna ingin memakai plag berprestasi tinggi (racing) seperti Plag NGK CR8EIX, CR9EIX (NGK iridium) atau Brisk Premium dengan anggaran harga sekitar RM80, pastikan jentera ditala.

    Itu boleh dilakukan sama ada dengan ECU standard menggunakan FID tools ataupun ECU aftermarket dengan menggunakan wideband tune atas jalan atau run dyno.

    Bahan api yang tidak cukup akibat penggunaan alat ganti berprestasi tinggi boleh menyebabkan penggunaan bahan petrol terjejas. Itu seterusnya menyebabkan enjin gagal berfungsi dengan lancar (knocking).

    Lebih parah, kesan jangka panjang pada enjin boleh mengakibatkan blok calar, injap bocor dan sebagainya.

    4. Sensor (Lean Angle Sensor)

    Untuk pengetahuan, Yamaha Y15ZR mempunyai teknologi motosikal berkuasa tinggi iaitu Lean Angle Sensor. Tujuan asalnya untuk mematikan enjin semasa mengalami kemalangan motosikal pada sudut yang tertentu.

    Pun begitu, apa yang menjadi masalah apabila motosikal terjatuh ketika parkir atau gagal diseimbangkan. Kongsi Elhani Bikers Trading, terdapat kes, Y15ZR yang ditunggang laju tiba-tiba terlanggar bonggol atau lubang, dengan serta-merta enjinnya mati dan tidak boleh dihidupkan.

    Apa yang perlu dibuat jika itu berlaku?

    • -Error code 30 & 41 akan ‘naik’ dalam sistem ECU motosikal.
    • -Biarkan motosikal seketika dan cuba hidupkan seperti biasa.
    • -Jika masih tidak boleh dihidupkan, cabut lean angle sensor, goncang dan pasang semula.
    • -Bagi pemilik ECU standard, ‘clearkan’ Error code 30 & 41 menggunakan FID tools dan segera pergi ke bengkel-bengkel yang berdekatan.

    5. Cara menunggang

    Yamaha Y15ZR ialah roda dua yang berkuasa sederhana. Apabila menunggang dalam kelajuan 125 hingga 130 km per jam, secara tidak langsung RPM berada dalam julat 9,000 ke 10,000.

    Jadi, beringatlah semasa menunggang. Kerapkanlah periksa paras minyak enjin dan penyejuk motosikal untuk menggelakkan berlakunya enjin terlalu panas.

    Elak menunggang pada RPM tinggi dengan gear yang rendah. Penggunaan RPM tinggi pada gear rendah boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian enjin terutamanya bearing dan omboh (piston).

    Pendek kata, elakkan ‘main pickup’ atau ‘main top’. Itu ayat yang paling mudah difahami oleh geng Ysuku, bukan?

    Sumber