Category: ATTRACTION

  • Berhenti makan sebelum kenyang! Banyak manfaatnya

    Berhenti makan sebelum kenyang! Banyak manfaatnya

    PERASAN atau tidak, setiap kali makan, kita pasti akan menikmatinya sehingga perut benar-benar terasa kenyang.

    Apatah lagi, jika terlalu lapar membuatkan kita tanpa sedar memesan terlalu banyak makanan.

    Walhal, kapasiti perut kita tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan makanan dan minuman yang dipesan tadi.

    Selepas itu, barulah terbit penyesalan dalam diri kerana tidak berupaya menghabiskan makanan dan minuman tadi.

    Adakalanya kekenyangan itu membuatkan kita tersandar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana kurang produktif akibat terlebih makan.

    Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW amat menjaga sunahnya.

    Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang atau dalam erti kata lain makan jangan sampai kenyang.

    Masakan tidak, jika terlalu kenyang dan kemudian berehat, kita akan mengantuk.

    Mana mungkin dalam keadaan itu kita mampu untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala seperti menyambung tugasan di tempat kerja atau dalam perkara ibadah iaitu menunaikan solat fardu.

    Jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi tabiat kita dan malas untuk bekerja dengan menghabiskan banyak masa untuk tidur.

    Sifat sebegitulah yang tidak disukai oleh Rasulullah SAW kerana ia mendatangkan natijah yang tidak baik selepas itu.

    Cuba renungkan kembali kenapa sunah tersebut dilakukan oleh baginda?

    Seperti yang ditegaskan oleh Al-Imam al-Hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi yang meriwayatkan daripada Masruq RA, beliau berkata: “Aku telah menemui Aisyah RA, lalu beliau menghidangkan sesuatu kepadaku dan berkata; “Aku tidak pernah makan kenyang, bila mana aku terasa hendak makan, mulalah aku menangis.”

    Masruq bertanya: “Mengapa?”

    Lantas Aisyah menjawab: “Aku teringat perihal Rasulullah SAW yang telah wafat. Demi ALLAH! Rasulullah SAW tidak pernah kenyang dengan daging atau roti dua kali dalam sehari.” (Al-Targhib wa al-Tarhib)

    Hadis itu menerangkan bahawa Rasulullah SAW mengamalkan sunah makan tidak sampai kenyang sehinggalah kewafatan baginda.

    Dalam sebuah hadis lagi, ada dinyatakan begitu istiqamahnya baginda dalam mengamalkan sunah tersebut.

    Daripada Urwah, daripada Aisyah berkata: “Demi ALLAH wahai anak saudaraku. Kami memandang kepada anak bulan. Demi anak bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap.”

    Urwah berkata: “Wahai ibu saudaraku, maka apakah yang engkau makan?”

    Jawab Aisyah: “Kurma dan air sahaja. Melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW daripada kaum Ansar yang membawakan kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu. Maka, kami minum susu itu sebagai makanan.” (Sahih Bukhari Muslim)

    Ya, barangkali bukan mudah untuk kita menundukkan nafsu makan.

    Tambahan pula, jika kita dihidangkan makanan lagi oleh rakan-rakan atau tuan rumah yang dikunjungi walaupun perut sudah kenyang.

    Demi mengambil hati, makanan itu dijamah jua sehingga perut tidak mampu lagi diisi.

    Jika boleh dielakkan, lakukanlah dengan penuh beradab agar tidak mengecilkan hati rakan atau tuan rumah tadi.

    Ingatlah bahawa pelbagai jenis penyakit bermula daripada perut.

    Justeru, marilah kita berusaha untuk mengamalkan sunah Rasulullah SAW ini yang jelas memberi kebaikan kepada diri.

    (Sumber: 100 Amalan Sunnah Rasulullah, Muhd Nasruddin Dasuki)

    Sumber

  • Rintis rekaan, fleksibiliti TV futuristik

    Rintis rekaan, fleksibiliti TV futuristik

    INOVASI rekaan televisyen gergasi bagaikan panggung wayang mini di dalam rumah menjadi taruhan Samsung bagi memenuhi gaya hidup 2020.

    Dengan ciri pintar dan kualiti bunyi terbaik, Samsung Electronics…

    Sumber

  • Kesinambungan rancangan My #QuranTime – Sinar Harian

    Kesinambungan rancangan My #QuranTime – Sinar Harian

    World #QuranHour disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan semua platform digital Sinar Harian

    World #QuranHour disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan semua platform digital Sinar Harian

    KUALA LUMPUR – Program World #QuranHour merupakan kesinambungan rancangan harian My #QuranTime yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah.

    Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, kewujudan rancangan bacaan al-Quran yang bersiaran sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu diilhamkan daripada keadaan semasa ketika itu.

    Namanzee

    Namanzee

    “Sejarah My #QuranTime bermula setelah melihat keresahan orang ramai terhadap keadaan semasa (penularan Covid-19) dan cara yang terbaik mengatasi keadaan itu adalah dengan memartabatkan al-Quran.

    “Kita menghasilkan program tersebut setiap hari dengan bertaddabur dan beriman dengan al-Quran bersama-sama secara perlahan-lahan.

    “Kaedah untuk memahami al-Quran adalah dengan cara tertib dan teratur agar pemahaman terhadapnya jelas selain dapat disampaikan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah pada Selasa.

    Program World #QuranHour disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan semua platform digital Sinar Harian pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program berkenaan bagi menyertai bacaan Surah Al-Sajdah.

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah.

    Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah.

    Dalam pada itu Namanzee menjelaskan, konsep program My #QuranTime turut diterapkan pada program tahunan World #QuranHour dengan melibatkan enam qari yang membaca surah Al-Sajdah bersama tiga pentaddabur.

    “Bacaan dan taddabur surah Al-Sajdah yang disampaikan hari ini disifatkan sebagai bacaan al-Quran yang bukan sekadar bacaan, tetapi memahami isi kandungannya supaya umat Islam dapat mempelajari sesuatu daripadanya,” ujarnya.


    Sumber

  • Bolehkah buang uri di tempat pembuangan sampah?

    Bolehkah buang uri di tempat pembuangan sampah?

    SEBAIK bayi dilahirkan, kita disunatkan untuk menanam urinya dengan cara yang sepatutnya. -Gambar hiasan

    SEBAIK bayi dilahirkan, kita disunatkan untuk menanam urinya dengan cara yang sepatutnya. -Gambar hiasan

    SEJURUS seorang bayi dilahirkan, uri yang berfungsi ‘menjaga’ bayi ketika dalam rahim seorang ibu akan dikeluarkan.

    Lazimnya, masyarakat kita akan membasuh dan menanam uri berkenaan.

    Andai kata ia dibuang di tempat pembuangan sampah, adakah dibolehkan kita untuk berbuat demikian?

    Berdosakah kita jika membuang uri tersebut?

    Pensyarah Universiti Utara Malaysia dan pendakwah, Dr Fitri Haris merungkaikan jawapannya dalam segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini.

    Ujar beliau, membuang uri bayi berkenaan adalah tidak digalakkan kerana ia merupakan sebahagian daripada diri kita.

    Justeru, tambah beliau, tindakan paling baik dilakukan adalah dengan menanamnya dengan cara yang sepatutnya.

    “Dikhuatiri uri itu menjadi makanan haiwan-haiwan liar seperti anjing dan sebagainya. Jadi, tak elok dan tak baik sebenarnya (jika uri itu dibuang),” jelas beliau.

    Menjawab persoalan sama ada berdosa atau tidak jika berbuat demikian, hukumnya adalah makruh, namun kita disunatkan untuk menanamnya, terang Fitri.

    “Kita duduk dalam satu kelompok komuniti yang mempunyai pelbagai ilmu. Kadangkala (ada orang yang) tidak dapat dijangkau ilmunya seperti sihir. Mereka boleh menggunakan uri ini sebagai sihir dan sebagainya,” katanya.

    Apa pun, beliau mengingatkan kita supaya jangan sampai menimbulkan perkara khurafat ketika proses penanaman uri berkenan.

    “Dalam kita belajar memahami ilmu tentang penanaman uri, ada juga segelintir daripada masyarakat Islam menggunakan uri untuk membuat perkara-perkara khurafat contohnya tanam uri dengan letak garam, letak buku dan rebus serta sebagainya supaya anak pandai.

    “Itu semua khurafat. Jangan buat perkara-perkara yang tidak berfaedah,” nasihat beliau.


    Sumber

  • Mercedes-Benz tamatkan produksi trak pikap X-Class

    Mercedes-Benz tamatkan produksi trak pikap X-Class

    ANTARA punca X-Class tidak mencapai sasaran jualan ialah trak pikap tersebut dijual pada harga yang terlalu tinggi, iaitu bermula dari €37,294 (RM171,810) di Eropah.

    ANTARA punca X-Class tidak mencapai sasaran jualan ialah trak pikap tersebut dijual pada harga yang terlalu tinggi, iaitu bermula dari €37,294 (RM171,810) di Eropah.

    DEK kurangnya permintaan terhadap model trak pikap premium X-Class, Mercedes-Benz nampaknya sudah bersedia dan nekad untuk menamatkan produksi model tersebut.

    X-Class merupakan cubaan Mercedes menceburkan diri dalam segmen trak pikap melihatkan kepada kenaikan trend pemilikan trak pikap di seluruh dunia.

    Dilancarkan pada 2017, X-Class menggunakan platform Nissan Navara bagi memberikan saingan kepada Ford Ranger dan juga raja trak pikap Toyota Hilux.

    Tambahan pula, X-Class diperkenalkan bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna kelas komersial serta mengurangkan kebergantungan terhadap van komersial.

    Namun, berdasarkan senario yang berlaku dalam industri automotif, kebanyakan pengguna tidak bersedia untuk membayar harga premium X-Class.

    Tahun pertama X-Class menerjah pasaran global pada 2018, hanya 16,700 unit trak pikap berjaya dijual di Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Sementara itu, tambahan 10,000 unit lagi berjaya terjual tahun lepas.

    Menurut jurucakap Mercedes-Benz dalam satu kenyataan media, malangnya produksi trak pikap itu akan berakhir pada Mei 2020.

    Namun pelanggan masih boleh menempah X-Class mengikut spesifikasi yang diinginkan sehingga 11 Februari ini.

    Sumber

  • Peserta khatam al-Quran sertai World #QuranHour

    Peserta khatam al-Quran sertai World #QuranHour

    Peserta yang menyertai Program World #QuranHour di Masjid Mu'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada Selasa.

    Peserta yang menyertai Program World #QuranHour di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa pada Selasa.

    SHAH ALAM – Program World #QuranHour mendapat sokongan dan penyertaan lebih daripada 100 orang di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa pada tahun ini.

    Pengerusi Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Mu’adz Bin Jabal, Datuk Azli Halim berkata, program tersebut dilakukan secara serentak dengan Program Khatam Quran Perdana yang akan berlangsung selepas World #QuranHour.

    “Ini merupakan kali ketiga Program Khatam Quran ini diadakan sempena dengan World #QuranHour.

    “Tahun ini kita ada lebih kurang 100 orang peserta untuk khatam al-Quran yang terdiri daripada golongan dewasa dan remaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Azli berkata, barisan qariah turut menyokong program World #QuranHour yang berlangsung pada jam 12 tengah hari.

    Majlis tersebut dimulakan dengan aktiviti tadabbur al-Quran pada jam 11 tengah hari yang dipimpin oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Lukman Ibrahim sebagai pentadabbur.

    Kakitangan Prolintas cawangan Lebuhraya SILK yang menyertai World #QuranHour

    Kakitangan Prolintas cawangan Lebuhraya SILK yang menyertai World #QuranHour

    Sementara itu, seramai 150 kakitangan Prolintas memberi sokongan dengan menyertai program World #QuranHour pada Selasa.

    Jumlah tersebut merangkumi kakitangan daripada anak syarikat Prolintas termasuk dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

    Pembacaan Surah Al-Sajdah oleh kakitangan Prolintas itu dilakukan secara dalam talian di pejabat masing-masing.

    Kakitangan Prolintas seluruh cawangan yang menyertai World #QuranHour

    Kakitangan Prolintas seluruh cawangan yang menyertai World #QuranHour

    Sumber

  • Surah al-Falaq jadi pendinding diri

    Surah al-Falaq jadi pendinding diri

    LAZIMI Surah al-Falaq dalam kehidupan seharian kerana ia boleh menjadi pendinding diri yang 'mengganggu' kita.

    LAZIMI Surah al-Falaq dalam kehidupan seharian kerana ia boleh menjadi pendinding diri yang ‘mengganggu’ kita.

    PERKEMBANGAN arus teknologi pada zaman milenial kini tidak ‘membejatkan’ usaha individu tidak bertanggungjawab untuk mengamalkan sihir.

    Lantaran itu, al-Quran yang menjadi panduan hidup kita dilengkapi dengan amalan yang boleh dilazimi bagi mematahkan gangguan-gangguan akibat perbuatan manusia dan makhluk-makhluk lain.

    Al-Falaq menjadi surah pilihan yang boleh menjadi pendinding diri bagi kita.

    Ini kerana antara sebab penurunan ayat itu mempunyai perkaitan rapat dengan peristiwa Rasulullah SAW disihir oleh seorang lelaki Yahudi.

    Apakah peristiwa berkenaan? Apakah ibrah yang cuba disampaikan dalam ayat 4 dan 5 Surah al-Falaq?

    Ayuh bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah yang akan mengupas lanjut mengenainya dalam segmen Kapsul Surah pada hari ini.

    (ARTIKEL BERKAITAN: Al-Falaq antara surah yang tiada tandingan)

    (ARTIKEL BERKAITAN: Surah al-Falaq mengajar kita mohon perlindungan ALLAH)


    Sumber

  • X70 bakal dilengkapi DCT – Sinar Harian

    X70 bakal dilengkapi DCT – Sinar Harian

    PEMBUAT kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijangka dilancarkan 12 Februari ini bakal dilengkapi kotak gear klac berkembar (DCT) automatik tujuh kelajuan.

    Kotak gear tersebut direka bagi menggantikan transmisi auto konvensional pada versi jenis import sepenuhnya (CBU).

    DCT telah dibangunkan oleh Geely bersama subsidiari mereka iaitu Volvo. Ia digunakan secara meluas pada model-model terkini kumpulan syarikat tersebut.

    Teknologi tersebut kini digunakan dalam pasaran bagi digandingkan dengan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo yang terdapat pada Volvo XC40 dan beberapa model mewah Geely yang lain.

    Jika dilihat secara teknikal, ia tidak menghasilkan sebarang perubahan ketara output kuasa. Bagaimanapun penggunaan kotak gear moden tersebut mampu memendekkan jarak pecutan.

    GEELY yakin penggunaan klac basah yang lebih lasak mampu mengelakkan masalah kerosakan yang berlaku sebelum ini.

    GEELY yakin penggunaan klac basah yang lebih lasak mampu mengelakkan masalah kerosakan yang berlaku sebelum ini.

    Secara tidak langsung gabungan enjin dan kotak gear tersebut berupaya menghasilkan lebihan daya tujahan 15 Newton meter (Nm) tork. Tujahan kuasa kini meningkat kepada 300Nm dari 1,750 hingga 4,000 putaran per minit (rpm). Namun begitu, penghasilan kuasa tetap sama iaitu 181 kuasa kuda (hp) pada 5,500rpm.

    Saiz kotak gear DCT baharu itu juga hampir sama dengan kotak gear auto terdahulu, tetapi lebih ringan iaitu seberat 75 kilogram sahaja.

    Selain itu, ia juga mampu menukar gear dengan kadar kelajuan lebih pantas iaitu 0.3 saat dan dapat menahan tork maksimum sehingga 330Nm.

    Spesifikasi padanan enjin dan kotak gear X70 tersebut adalah unik dan eksklusif untuk Proton.

    Sumber

  • World #QuranHour terap budaya al-Quran

    World #QuranHour terap budaya al-Quran

    Hilmi (tengah) dan Norden (kiri) menyampaikan naskhah al-Quran kepada wakil kakitangan Malakat Mall.

    Hilmi (tengah) dan Norden (kiri) menyampaikan naskhah al-Quran kepada wakil kakitangan Malakat Mall.

    CYBERJAYA – Pengajuran World #QuranHour memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga kerja Kumpulan Malakat Eco mengenai peri pentingnya menerapkan budaya al-Quran dalam kehidupan.

    Ketua Pegawai Eksklusifnya, Hilmi Ismail berkata, pihaknya menggalakkan semua kakitangan membaca dan memahami al-Quran dengan membuka kelas al-Quran.

    “Jika ada yang kadang-kadang membacanya atau langsung tidak tahu membaca, inilah peluangnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas program World #QuranHour di pusat membeli-belah itu, pada Selasa.

    Menurutnya, surah Al-Sajdah yang diangkat sebagai surah pilihan pada pengajuran kali ini memberi peringatan kepada seluruh umat Islam.

    “Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan sebagai sebuah pusat membeli-belah yang diwujudkan dengan ekosistem Islam, sudah tentu Malakat Eco menyokong dan mengambil kesempatan terhadap peluang ini,” katanya.

    Sebelum itu, Hilmi menyerahkan lebih 100 naskhah al-Quran kepada kakitangan, operator kedai dan pengunjung pusat membeli-belah.

    Program kemudiannya diakhiri dengan tadabbur al-Quran dan sesi bergambar.

    Penganjuran World #QuranHour di Malakat Mall meriah.

    Penganjuran World #QuranHour di Malakat Mall meriah.

    World #QuranHour bertemakan ‘Dunia Bersujud’ tahun ini memilih surah As-Sajadah sebagai surah pilihan yang dibacakan secara serentak di seluruh dunia.

    Sementara itu, Penasihat Media Malakat Mall, Norden Mohamed ditemui berkata, walaupun kali pertama pusat membeli-belah itu menyertai World #QuranHour, pihaknya komited untuk meneruskannya setiap tahun.

    “Segala-galanya berjalan lancar dan sudah tentu Malakat Mall akan menyertainya tahun hadapan,” katanya.


    Sumber

  • Urus wabak ikut kaedah Islam

    Urus wabak ikut kaedah Islam

    ISLAM mempunyai garis panduan lengkap dalam menguruskan wabak. -Gambar hiasan

    ISLAM mempunyai garis panduan lengkap dalam menguruskan wabak. -Gambar hiasan

    KEBELAKANGAN ini, dunia seakan ‘kelam’ apabila dihujani wabak penyakit yang berlanjutan sehingga hari ini.

    Bukan sebuah negara sahaja yang terjejas, tetapi berpuluh-puluh negara turut merasai tempiasnya.

    Pun demikian, sebagai seorang Mukmin yang berpegang teguh kepada agama, kita dianjurkan agar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh agama Islam dalam menangani wabak berkenaan.

    Ketahuilah bahawa agama suci ini ada menyediakan kaedah lengkap ketika menghadapi situasi seperti itu.

    Apakah garis panduan pengurusan wabak menurut kaedah Islam? Apakah ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mengekang wabak ini?

    Segalanya akan dikupas dalam sisipan Sinar Islam esok.

    Sumber