Category: ATTRACTION

  • Tip penjagaan papan induk – Sinar Harian

    Tip penjagaan papan induk – Sinar Harian

    PAPAN induk (motherboard) adalah bahagian paling penting dalam CPU. Bagaimana cara terbaik untuk memastikan alat itu berfungsi dengan baik?

    Barangkali ramai dalam kalangan pengguna khususnya penuntut masih mencari tip terbaik untuk menjaga gajet mereka supaya lebih tahan lama.

    Jangan risau kerana Muhammad Fairuz Abd Rauf ada panduan menarik untuk membantu menjaga motherboard.

    Ikuti perkongsian Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Perkomputeran, Unisel Kampus Bestari jaya itu dalam video yang disediakan. Selamat mencuba!

    Sumber

  • Bangsa berjaya berjaga malam, bekerja siang

    Bangsa berjaya berjaga malam, bekerja siang

    KUALA LUMPUR – Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang berjaga pada waktu malam dan bekerja di siang harinya, kata Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

    Beliau berkata, kombinasi antara dua perkara itu penting untuk mencipta kekayaan agar dapat berbahagi rezeki bersama insan yang memerlukan.

    “Itulah sebenarnya, kurangkan tidur dan banyakkan kerja-kerja siang (untuk) mencipta kekayaan supaya kita dapat berinfaq.

    “Tidak boleh bayar zakat yang lebih jika tidak ada harta,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program World #QuranHour 2022 di Studio TV AlHijrah pada Selasa.

    Menurutnya, masyarakat kini cenderung membincangkan soal pengagihan harta, tetapi kurang memberi fokus bagaimana mahu menjana pendapatan itu sendiri.

    “Nak agih mudah tetapi nak bina kekayaan dan cipta ekonomi baharu dalam masyarakat, itu yang mencabar,” ujarnya.

    Mohd Daud berkata, umat Islam harus berusaha mengumpul kekayaan untuk mencipta kehidupan yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat.

    “Jadi, (jika) kita nak mencipta kekayaan, al-Quran selalu mengatakan lepas solat Jumaat keluar, jangan duduk di masjid, pergi cari rezeki dan meneroka.

    “Itulah bahasa al-Quran, bukan bahasa akhirat, tetapi bahasa dunia. Al-Quran turun untuk bina kehidupan di dunia sebelum di akhirat.

    “Kita nak wacana al-Quran supaya bina kehidupan di dunia dahulu sebelum di akhirat, ini misi yang kita mahukan,” katanya.

    Sumber

  • Sambil beli-belah, tambah pahala dengan beramal

    Sambil beli-belah, tambah pahala dengan beramal

    MOHAMAD Fitri (empat dari kanan) dan Noorsamah (tiga dari kiri) ketika gimik pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.

    MOHAMAD Fitri (empat dari kanan) dan Noorsamah (tiga dari kiri) ketika gimik pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.

    BAGI mereka yang tercari-cari kelengkapan haji dan umrah, butik pakaian Haqqi antara tempat yang ideal untuk membuat pilihan.

    Sambil membeli-belah, pelanggan juga boleh beramal kerana kira-kira lima peratus bagi setiap pembelian berkenaan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan.

    Ujar Pengarah Butik Haqqi, Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris, pada tahun lalu, Haqqi menyumbang sebanyak 2,000 baju sejuk (winter coat) diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Syria Care.

    “Ada juga sebahagian peratus lagi kita sumbangkan untuk sukarelawan yang membawa jemaah haji,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Butik Haqqi 2020 yang turut dihadiri Penolong Pengurus Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB), Noorsamah Awang di Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor sebentar tadi.

    Pada majlis itu, Butik Haqqi dan KTHB menandatangani memorandum persefahaman menyambung kontrak kolaboratif selama tiga tahun.

    MOHAMAD Fitri (kiri) dan Noorsamah bertukar-tukar dokumen memorandum persefahaman pada majlis pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.

    MOHAMAD Fitri (kiri) dan Noorsamah bertukar-tukar dokumen memorandum persefahaman pada majlis pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.

    Cawangan Butik Haqqi di Bandar Baru Bangi itu baru sahaja tiga minggu beroperasi di lokasi baharu yang lebih strategik iaitu di Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral.

    Dalam pada itu, Mohamad Fitri yang juga Duta Butik Haqqi berkata, pihaknya merancang untuk membuka cawangan baharu di Makkah dan Madinah dijangka pada hujung tahun ini.

    “Dua lokasi Tanah Suci ini memang sinonim dengan ibadah haji dan umrah. Tidak lengkap jika tiada cawangan di sana.

    “Kami sudah mengenal pasti lokasi yang berkaitan dan melihat tempat tersebut. Perbincangan lanjut mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa,” jelas beliau.

    Pada masa sama, kata Fitri, beberapa buah bandar raya akan di negara ini akan menjadi lokasi tumpuan pembukaan baharu cawangan Butik Haqqi antaranya di Johor Bahru, Johor; Alor Setar, Kedah dan Kuantan, Pahang.

    Butik Haqqi yang mula beroperasi pada tahun 2016 menjual pelbagai kelengkapan haji dan umrah antaranya ihram, jubah, kurta, sarung tangan, kit kosmetik haji dan telekung.

    MOHAMAD Fitri (kanan) dan Noorsamah ketika pelancaran Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi sebentar tadi.

    MOHAMAD Fitri (kanan) dan Noorsamah ketika pelancaran Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi sebentar tadi.


    Sumber

  • Kawalan serangga perosak mesra alam

    Kawalan serangga perosak mesra alam

    DENGAN sentuhan teknologi nano, input pertanian organik yang dirintis Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka satu lembaran baharu dalam sektor pertanian negara.

    Projek yang diketuai Dr Nur Kartinee Kassim bersama dua lagi penyelidik, Dr Norhayu Asid (Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM) dan Dr Norazlinaliza Salim (Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM) membuktikan keupayaan pakar penyelidik tempatan dalam menghasilkan produk botani novel yang selamat dan mesra alam.

    Apa yang pasti, rumusan formula tersebut dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan hayat penyimpanan serta penggunaan bahan yang membantu kebanyakan golongan petani.

    Bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, bahkan produk dihasilkan mudah dikendalikan dan sangat efektif buat tanaman sayuran.

    Sudah semestinya, selain pemain industri pertanian, pendekatan formulasi tersebut dapat menguntungkan negara sekali gus kita untuk mendapatkan konsumsi makanan selamat.

    Kajian yang menggunakan Geran Penyelidikan Pembangunan Inovasi UPM itu dimulakan sejak 2014. Ia masih dilaksanakan sehingga tarikh dijangka tamat pada 31 Ogos nanti.

    Menariknya, penyelidikan tersebut menggunakan bahan semula jadi yang sangat berkesan sebagai antifeedant dan penghalau serangga. Kesannya efektif terutamanya kepada sayur-sayuran Cruciferous iaitu kelompok sayuran seperti kubis, brokoli dan lobak.

    Mengulas lanjut mengenai kajian saintifik itu, Dr Nur Kartinee menjelaskan, formulasi Armigard berfungsi sebagai kawalan organik (biopestisida) dalam pengurusan serangga perosak.

    “Rumusan formula ini dibangunkan menggunakan teknologi nano. Bahan aktifnya dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan tempoh penyimpanan dan penggunaan.

    “Bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, produk ini juga mudah dikendalikan dan sangat berkesan kepada sayuran tersebut,” ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

    Signifikan penyelidikan alami itu berikutan kebergantungan petani terhadap racun sintetik dalam industri pertanian untuk melindungi hasil tuaian mereka daripada serangan serangga perosak.

    PROJEK tanaman kubis yang menjadi salah satu tapak percubaan ujian Armigard di Cameron Highland.

    PROJEK tanaman kubis yang menjadi salah satu tapak percubaan ujian Armigard di Cameron Highland.

    Meskipun mengetahui penggunaan racun kimia adalah berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran, namun petani tiada pilihan lain untuk membendung serangga perosak durjana.

    Atas justifikasi tersebut, Dr Nur Kartinee meneruskan kajian memandangkan permintaan produk kawalan perosak semula jadi semakin meningkat disebabkan kos lebih rendah dan manfaat kelestarian sektor pertanian organik.

    “Saya percaya, biopestisida mampu meningkatkan hasil pertanian petani tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang.

    “Armigard juga terbukti sebagai produk organik alternatif yang baik dan boleh digunakan untuk melindungi sektor perladangan secara cekap, selamat, kos efektif dan mesra alam,” katanya.

    Formulasi Armigard mengandungi bahan tumbuhan yang kaya dengan terpene. Sebatian organik semula jadi dan sintetik berasal daripada isoprena hidrokarbon itu disifatkan sebagai bahan aktif.

    Terang Dr Nur Kartinee, rumusan Armigard cukup pekat. Jika menggunakan mesin penyembur, ia perlu disukat untuk mencapai tahap cecair yang ditetapkan sebelum disembur secara terus kepada tanaman.

    “Penggunaannya cukup mudah. Kami turut menyediakan pek percubaan kepada golongan petani yang berminat,” bicaranya yang positif penggunaan produk itu untuk keperluan industri.

    EDARAN pek percubaan Armigard kepada petani.

    EDARAN pek percubaan Armigard kepada petani.

    Sedia dikomersialkan

    Bercerita lebih lanjut mengenai kelebihan inovasi tersebut, Pensyarah Kanan Jabatan Kimia, Fakulti Pertanian UPM itu berkata, impak penyelidikan Armigard cukup besar terhadap pembangunan mampan seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara.

    Menariknya, penyelidikan itu dikatakan berupaya meningkatkan hasil tanaman, malah pendapatan petani! Kata Dr Nur Kartinee, ia berikutan perangkaan menunjukkan 45 peratus golongan itu masih mempunyai pendapatan bawah tahap kemiskinan.

    “Penggunaan biopestisida terbukti mampu menghasilkan tanaman organik, bebas racun perosak kimia berbahaya dengan tahap residu yang rendah,” ungkapnya.

    Bicaranya lagi, kawalan perosak ‘bio’ adalah produk yang boleh biodegradasi dan mesra alam. Barangkali isu alam sekitar boleh diselesaikan dengan penggunaan biopestisida seumpama Armigard.

    “Pengurangan penggunaan racun perosak kimia akan memastikan pengeluaran tanaman lebih selamat sekali gus meningkatkan sekuriti tabung makanan negara.

    “Jika ditanya mengenai kesediaan produk ini, ya, kami sudah bersedia untuk peringkat pengkomersialan memandangkan percubaan ladang sudah selesai dengan jayanya,” katanya.

    PROJEK percubaan penggunaan Armigard di Bukit Damar pada tahun 2019.

    PROJEK percubaan penggunaan Armigard di Bukit Damar pada tahun 2019.

    Seperkara tentang pencapaian projek penyelidikan itu, Dr Nur Kartinee menerangkan, jalinan kerjasama dan pelesenan sedang dilaksanakan bersama pemain industri tempatan.

    “Alhamdulillah, kami sedang menjalinkan kerjasama bersama Nanocipta Sdn Bhd melalui perjanjian pelesenan yang berupaya memimpin pemasaran dan pengkomersialan biopestisida Armigard di seluruh negeri.

    “Pada masa ini, promosi pemasaran dan pengkomersialan turut dijalankan melibatkan negara luar terutamanya Australia, Indonesia dan India,” ujarnya.

    Sumber

  • Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ langkah tepat

    Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ langkah tepat

    Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

    Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

    KUALA LUMPUR – Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ menerusi penganjuran World #QuranHour pada tahun ini disifatkan sebagai satu langkah yang tepat pada masa ini.

    Qari, Ahmad Tirmizi Ali berkata, ia memandangkan manusia sebelum ini jauh dengan ALLAH SWT serta banyak melakukan maksiat.

    “Maka sujud itu memberi satu isyarat kepada perbuatan yang hampir dengan ALLAH. Setiap hamba itu di dalam solat perbuatan sujud itulah antara yang paling rapat dengan ALLAH,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

    World #QuranHour ini turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menyertai bacaan Surah Al-Sajdah.

    Bagi Qari, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman pula menyifatkan pemilihan Surah Al-Sajdah ini bertujuan bagi mengajak semua masyarakat untuk bersujud kepada ALLAH SWT.

    “Maknanya nak bangkitkan kembali ketetapan dan fokus kita ketika sujud itu setelah barangkali banyak ujian kita lalui dan alami. Ayat ini kembali memujuk kita bahawa sebenarnya kita ada ALLAH. Kadangkala kita lalai dan leka serta jauh daripada ALLAH SWT. Itulah sebenar untuk memujuk hati kita kembali bersujud,” jelasnya.

    Amirahman Abas

    Amirahman Abas

    Sementara itu, Qari, Amirahman Abas pula memuji penganjuran World #QuranHour yang diadakan kali ketujuh ini.

    “Bagus sebab dia nak menggerakkan semangat mahu membaca al-Quran itu dan melibatkan seluruh dunia. Ada hari-hari yang kita mesti ingat untuk membaca al-Quran. Paling kurang dalam masa satu jam. Saya ingat ia gerakan yang sangat baik digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF),” jelasnya.

    Sumber

  • Kuatkan rohani berdepan wabak, hindari dengan ubat dan tingkatkan kawalan

    SEJAK akhir-akhir ini, satu demi satu wabak datang tanpa diundang. Bukan satu tempat sahaja yang diserang, namun ia melibatkan puluhan buah negara.

    Pada penghujung tahun lalu, negara kita menerima…

    Sumber

  • Racun kimia ancaman pembunuh senyap

    Racun kimia ancaman pembunuh senyap

    SERANGAN serangga perosak sememangnya isu perbahasan hangat utama dalam kalangan petani. Masakan tidak, berdepan masalah tersebut mampu mengundang risiko kerugian, malah boleh menutup periuk nasi mereka.

    Pakar Biokimia, Kimia Organik dan Fitokimia UPM, Dr Nur Kartinee Kassim berkata, kebanyakan petani merungut apabila pertanian terjejas akibat serangan bakteria, kulat, rumpai dan serangga perosak.

    “Ancaman itu menyebabkan hasil pertanian berkurangan setiap musim. Pada masa sama, pengeluaran terjejas dan kualiti tidak memuaskan.

    “Lantaran itu, kaedah paling biasa yang digunakan untuk mengawal serangan perosak adalah penggunaan intensif racun sintetik sejak tahun 1960-an lagi,” demikian katanya.

    Jika diimbas semula, banyak laporan media mengenai penggunaan racun sintetik secara tidak sah di dalam negara. Sisa toksik yang mencemari bekalan air sehingga mengundang bahaya kepada penduduk setempat.

    Ujar Dr Nur Kartinee, penggunaan racun serangga dalam pengurusan perosak tanaman kubis seperti di kawasan tanah tinggi rancak dijalankan demi menghasilkan produk yang ‘cantik’.

    “Bahayanya racun sintetik ini juga mendapatkan perhatian Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sehingga mengeluarkan arahan mengharamkan sayur-sayuran yang menggunakan racun perosak dari Cameron Highlands dan Johor Bahru.

    “Ini kerana banyak masalah ditimbulkan racun serangga sintetik yang bukan sahaja memberi kesan kepada manusia bahkan alam sekitar untuk tempoh jangka masa panjang,” jelasnya.

    kartinee

    kartinee

    Terangnya lagi, penggunaan racun kimia bahaya itu membunuh bukan pada sasaran kerana melibatkan semburan menyeluruh selain menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

    “Selain bukan biodegradasi, kesan sisa kimia terhadap sayur-sayuran yang dituai cukup membahayakan, bahkan menimbulkan kesan rintangan kepada perosak,” ujarnya.

    Justeru itu, penyelidik yang berpengalaman lebih 10 tahun itu turut menekan kawalan organik sangat penting dan berpotensi membantu meningkatkan sekuriti tabung makanan negara seiring permintaan yang semakin tinggi.

    “Ketika ini, penggunaan kawalan racun alami hanya meliputi dua peratus sahaja sebagai perlindungan tumbuhan di dunia dan dianggarkan pengeluaran biopestisida global lebih 3,000 tan setahun.

    “Atas justifikasi itu, kajian kami insya-ALLAH bakal memenuhi keperluan petani yang mengharapkan kawalan organik untuk tanaman mereka dengan kos lebih murah dan efektif,” jelasnya.

    Sumber

  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah ditandatangani hari ini di hadapan pegawai kanan kedua-dua organisasi oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail.

    Melalui MoU ini, DOSM dan UTM telah komited untuk bekerjasama dalam beberapa bidang, termasuk penyelidikan, kolaborasi analisis data, dan perkongsian penemuan analisis dan penemuan baharu. Selain itu, MoU ini melaksanakan kerjasama dalam bidang penyelidikan statistik dan perkongsian pengetahuan, penyediaan maklumat, penyimpanan dan pertukaran, dan peningkatan standard maklumat rasmi mengikut undang-undang yang akan dipersetujui bersama.

    Dengan bantuan kaedah statistik termaju, aplikasi sains data dan analitik, dan strategi canggih lain, kerjasama ini dijangka membantu pertumbuhan profesional pakar perkara di kedua-dua belah pihak. Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh DOSM dan UTM adalah perjanjian yang ke-23.

  • MALAM PENUH NOSTALGIA DI ‘BUNKFACE! 15 YEARS OF KORANG’

    Di atas jangkaan, luar biasa, dan berkuasa! Berikut adalah beberapa kritikan yang dibuat tentang Bunkface, kumpulan punk rock terbaik negara, semasa persembahan “Bunkface! Baru-baru ini, pada 30 dan 31 Julai, 15 Tahun Korang telah dipersembahkan di tempat muzik serba baharu Zepp Kuala Lumpur.

    “Hanya satu perkataan, gempakmagis! Begitulah atmosfera yang dirasai pada malam pertama Bunkface beraksi di pentas Zepp KL, kami tidak menyangka turnout yang begitu ramai sehingga tiket habis dijual pada kedua-dua hari persembahannya,” jelas Farizz, selaku pengurus Bunkface.

    Peminat Bunkface, sebuah band punk rock yang dibentuk oleh Sam, Youk, Pa’an, dan Biak, mengalami persembahan yang sengit dan memukau kumpulan itu pada malam 30 dan 31 Julai, menggegarkan dewan konsert Zepp Kuala Lumpur.

    “Rata-rata pengunjung yang hadir menyaksikan konsert adalah dari generasi baharu dalam lingkungan umur 21 tahun dan ke atas, yang mula mengenali kami seawal umur 12 tahun. Ramai juga yang merupakan first-timer yang hadir ke konsert sebegitu dengan respon positif.

    “Kebanyakan mereka mengatakan malam tersebut sukar untuk dilupakan dan merupakan salah satu malam terbaik yang pernah mereka alami,” kongsi Sam, vokalis utama dan gitaris Bunkface.

    Hampir 29 buah lagu telah dinyanyikan sepanjang acara tersebut, termasuk lagu-lagu hits I Miss You, Korang, Situasi, Malam Ini Kita Punya, Revolusi dan lain-lain.

    “Di antara gimik yang kami tonjolkan pada malam konsert adalah penampilan van asal yang menjadi simbolik bersejarah kepada Bunkface, bagaimana kami bermula dengan hanya mencipta lagu di dalam van tersebut dan membuat gig di sana-sini dengan menaiki van itu juga.

    “Ini adalah permulaan yang baik bagi kami kerana selepas ini kami sedang merencanakan untuk mengadakan persembahan di negara seberang, Indonesia, selain single Bahasa Melayu dan Inggeris yang bakal keluar dalam tahun ini juga, serta album studio ke-5 yang bakal disiapkan,” jelas Youk, basis Bunkface.

    Menurut Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas, Hitman Solutions, selaku rakan penganjur, “Sangat luar biasa dan melangkaui jangkaan, kerana kami tidak menyangkakan respon yang begitu baik dari pengunjung konsert.

    “Ternyata rakyat Malaysia dahagakan hiburan berbentuk fizikal seperti konsert yang tidak dapat dijalankan selama 2 tahun dek kerana pandemik COVID-19, dan kini-lah masanya untuk kita kembali berhibur seperti sedia kala, namun apa yang pasti tetap dengan penjagaan SOP.

    “Terima kasih kepada kesemua yang terlibat terutamanya Tourism Malaysia di bawah program Cuti-cuti Malaysia, badan kerajaan, PENJANA, MyCreative Ventures, Waka, dan penaja utama iaitu syarikat dagangan OctaFX, serta rakan radio rasmi, Hot FM dan Fly FM.

  • Kehadiran Permaisuri Agong beri impak besar kepada World #QuranHour

    Kehadiran Permaisuri Agong beri impak besar kepada World #QuranHour

    Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua, kanan) berkenan menyertai program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

    Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua, kanan) berkenan menyertai program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

    SHAH ALAM – Kehadiran Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli pada Program World #QuranHour pada Selasa sudah pasti memberi impak yang sangat besar kepada program berkenaan yang membawa misi Surah Al-Sajdah pada tahun ini.

    Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, 35 berkata, sokongan Raja Permaisuri Agong itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya dalam mendukung tiga perkara Surah Al-Sajdah.

    Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

    Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil

    “Kita sebagai rakyat melihat bagaimana pemerintah tertinggi ini melahirkan sokongan dan menzahirkan kesanggupan untuk sama-sama mendukung surah ini dan tema ‘Dunia Bersujud’.

    “Saya pasti orang-orang yang hadir dalam menjayakan program pada hari ini khususnya akan dapat mengambil manfaat sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang telah digariskan iaitu yakin kepada ALLAH SWT, sujud kepada ALLAH SWT dan tidak sombong dalam kehidupan.

    “Memandangkan ia sempena penganjuran tahun yang keenam, dari 2016 lagi maka, besarlah harapan saya sebagai salah seorang karyawan yang berada di Kumpulan Karangkraf ini agar ingin melihat gelombang al-Quran dan juga momen seperti ini akan sentiasa dilakukan pada tahun-tahun yang mendatang,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas selesai membaca al-Quran untuk Program World #QuranHour di auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

    Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Pengisian Kumpulan Sinar Karangkraf, Rozaid Rahman.

    Kakitangan Kumpulan Karangkraf yang menyertai Program World #QuranHour pada Selasa.

    Kakitangan Kumpulan Karangkraf yang menyertai Program World #QuranHour pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Mohamad Amiro Safwan berkata, masyarakat perlu tadabbur surah-surah al-Quran dengan lebih mendalam supaya mereka dapat memikirkan bahawa al-Quran itu bukan sekadar membaca tetapi juga mendapat manfaat.

    Menurutnya, Surah Al-Sajdah iaitu surah untuk misi tahun ini, mengajak manusia supaya tunduk, patuh, rukuk dan sujud kepada ALLAH SWT terhadap apa yang telah dialami sepanjang tahun ini.

    “Saya merakamkan jutaan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf khususnya di bawah naungan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub kerana menggerakkan satu gelombang untuk menerbitkan kesedaran kepada masyarakat khususnya iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai solusi dalam kehidupan.

    “Mudah-mudahan ada sinar bahagia hari-hari yang mendatang dan dengan kita tunduk, sujud dan patuh kepada ALLAH SWT maka akan meraih kebaikan dan keberkatan yang banyak kepada kita,” ujarnya.


    Sumber