Category: ATTRACTION

  • Apabila pelajar, tenaga pengajar berlainan jantina ketika sesi latihan memandu…

    Apabila pelajar, tenaga pengajar berlainan jantina ketika sesi latihan memandu…

    PERASAN atau tidak, kebanyakan pengajar di institusi latihan memandu terdiri daripada lelaki.

    Walaupun ada juga tenaga pengajar terdiri daripada kaum Hawa, namun bilangannya agak sedikit.

    Bagi pelajar wanita yang ingin belajar memandu, mahu atau tidak, mereka terpaksa juga belajar dengan tenaga pengajar lelaki.

    Dalam perihal itu, apakah pelajar dan tenaga pengajar berlainan jantina yang berdua-duaan ketika sesi latihan memandu dianggap sebagai berkhalwat?

    Menelusuri maksud khalwat, ia membawa pengertian sunyinya sebuah tempat atau sesuatu dari sudut bahasa.

    Ini bermakna, tiada seorang atau sesuatu pun di dalam atau tempat berkenaan.

    Justeru, apabila para fuqaha membincangkan isu khalwat, mereka merujuk kepada perbuatan berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram di sesuatu tempat.

    Berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram merupakan suatu perbuatan yang ditegah dalam agama.

    Sabda Rasulullah SAW: “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.” (Riwayat Muslim)

    Menjawab kemusykilan persoalan yang dilontarkan, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang mana beliau berkata:

    “Seorang perempuan dari kalangan Ansar telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, lalu baginda berkhalwat dengannya (dari sudut baginda mengajak perempuan tersebut ke tepi). Lalu baginda bersabda: ‘’Demi ALLAH sesungguhnya kamu (golongan Ansar) merupakan manusia yang paling aku sayang.’’ (Riwayat al-Bukhari)

    Dalam kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari meletakkan hadis berkenaan di bawah bab ‘keharusan seorang lelaki untuk berduaan dengan seorang perempuan dalam keberadaan ramai orang’.

    Sementara itu, Imam Ibn Battal pula menyebut: ‘’Tidak mengapa bagi seorang yang ‘alim dan juga seorang lelaki yang dikenali dengan kesolehan untuk berduaan dengan seorang perempuan di suatu sudut berasingan di sisi orang ramai, lalu perempuan tersebut dapat menceritakan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya serta bertanyakan perkara-perkara peribadi yang dihadapinya dalam isu agama.” (Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (7/360).

    Jika diteliti semula dari sudut keadaan dan situasi hadis berkenaan, Rasulullah SAW pada asalnya bersama dengan beberapa orang iaitu baginda tidak bersendirian.

    Lalu, datang seorang perempuan dalam kalangan Ansar kepada baginda SAW.

    Ini bermakna, walaupun baginda pergi ke suatu sudut kawasan dan berduaan bersama perempuan tersebut, ia dibenarkan kerana masih dapat dilihat oleh orang ramai ketika itu walaupun tidak didengari butir perbualan antara baginda dan wanita tersebut.

    Sebagai kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, hukum berduaan antara pengajar lelaki dan pelajar perempuan atau sebaliknya di dalam kereta semasa kelas latihan memandu adalah dibolehkan.

    Ini kerana di dalam kawasan latihan memandu tersebut terdapat orang ramai yang boleh melihat ke arah mereka berdua.

    Ia juga termasuk situasi seandainya kita menghadapi kesulitan untuk memilih guru yang sama jantina sebagai tenaga pengajar dalam keadaan kekurangan tenaga pengajar seumpamanya.

    Meskipun begitu, batasan pergaulan semasa dalam kenderaan perlu dijaga dan dipelihara.

    Ia termasuklah tidak dibenarkan bersentuhan tanpa sebab dalam keadaan tersebut.

    Apa pun, sebagai seorang Mukmin, hendaklah sedar dan merasai bahawa ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI dan MAHA MELIHAT ke atas setiap perbuatan yang kita lakukan.

    Andai kata, pihak berkuasa memberikan ruang untuk dibenarkan pelajar perempuan untuk membawa rakan atau mahram ketika proses latihan memandu, ia sebenarnya lebih baik dan menepati tuntutan syarak.

    (Sumber: Al-Kafi #1581: Berduaan dengan Instructor Ketika Latihan Memandu Adakah Dianggap Khalwat? Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

    Sumber

  • Telefon pintar paling kecil dunia

    Telefon pintar paling kecil dunia

    REKA bentuk miniatur yang unik dan ultra ringan bukan halangan. Tugasnya seperti merakam gambar, video, berbual, pesanan ringkas, permainan dalam talian, kalendar serta banyak lagi adalah antara perkara yang mampu dilakukan dengannya.

    Apa yang pasti, gajet mini sebesar pemetik api pun ada permintaannya. Zini Mobiles sebagai contoh, memperkenalkan Zanco T2, inovasi gajet telefon pintar 3G paling kecil di dunia!

    Barangkali agak pelik dan melucukan kerana saiz kerdil tidak ubah seperti telefon mainan. Dalam perkongsian newatlas.com, perincian menarik spesifikasi fitur baharu itu dalam kelas tersendiri.

    Fungsinya lebih praktikal berbanding telefon kasut pintar Maxwell yang pernah mengejutkan industri telekomunikasi suatu ketika dahulu.

    Menariknya, meskipun saiz tak ubah seperti sekotak gula getah, namun keupayaannya sama seperti telefon pintar lain seperti merakam gambar dan video bersaiz resolusi 128 x 96 piksel.

    Justeru, jangan pandang sebelah mata kerana sekecil-kecil peranti dengan saiz satu inci skrin LCD itu, ia berada dalam kelasnya tersendiri.

    INOVASI yang cuba ditonjolkan Zini Mobiles ltd ternyata membuka lembaran baharu dalam revolusi teknologi telefon pintar dunia.

    INOVASI yang cuba ditonjolkan Zini Mobiles ltd ternyata membuka lembaran baharu dalam revolusi teknologi telefon pintar dunia.

    Menurut Shazad Talib, ketika ini telefon pintar dilihat lebih canggih yang didatangkan dengan harga semakin mahal, biarpun materialnya berat dan mudah ‘rapuh’.

    “Zanko T2 pula dicipta sebagai alternatif telefon pintar mampu milik dengan daya ketahanan lebih lasak, ultra ringan dan kompak untuk menjalankan aktiviti seharian.

    “Saya percaya si kecil ini mampu menjadi solusi berbanding membawa peranti pintar yang tidak sesuai dibawa untuk aktiviti ekstrem,” kata pengasas Zini Mobiles tersebut.

    Suka perbezaan

    Agak mengejutkan apabila telefon dengan saiz 2.4 inci x 1.18 inci x 0.65 inci itu mampu berfungsi sebagai peranti alternatif buat si peminat gajet yang sukakan perbezaan.

    Mungkin penciptaan fitur baharu dengan berat hanya 31 gram tersebut menjadi berita baik buat pengguna yang sukakan minimalis kerana tidak mustahil, ada peminatnya tersendiri.

    MESKIPUN kecil namun berfungsi untuk membuat atau menerima pesanan ringkas selain membuat panggilan.

    MESKIPUN kecil namun berfungsi untuk membuat atau menerima pesanan ringkas selain membuat panggilan.

    Peranti versatil itu agak mengujakan kerana memiliki bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari selain memiliki ciri storan 32 gigabit (GB) dan akses sambungan Bluetooth.

    Bagi mereka yang inginkan kebebasan, peranti cilik itu sememangnya direka untuk menjauhkan diri daripada gangguan emel dan media sosial tanpa meminggirkan komunikasi yang penting-penting sahaja.

    Dengan saiz yang comel, ia mudah dibawa ke mana-mana walaupun dengan poket terhad. Sama ada jika mahu berjoging sambil mendengar muzik, Zanco T2 mampu menjadi peneman setia.

    Tidak dinafikan, dengan saiz seumpama itu pasti wujud pro dan kontranya. Bagi pemilik jari besar, agak susah untuk menaip pesanan ringkas menggunakan pad halus, apatah lagi bermain permainan seperti ular atau tetris.

    BARANGKALI si jari runcing tidak berdepan masalah untuk menekan pad Zanco T2.

    BARANGKALI si jari runcing tidak berdepan masalah untuk menekan pad Zanco T2.

    Setiap orang memiliki kecenderungan yang berbeza.

    Ada yang suka dan ada yang menolak rekaan seumpama itu kerana lebih memilih jam pintar yang memiliki konsep sama.

    Meskipun harganya masih belum diumumkan, fitur baharu itu dijangka akan menembusi pasaran bermula April nanti. Pastinya ada yang tidak sabar untuk menunggu kemunculannya nanti.

    PERBEZAAN saiz antara Zanco T2 jika dibandingkan dengan telefon pintar biasa.

    PERBEZAAN saiz antara Zanco T2 jika dibandingkan dengan telefon pintar biasa.

    Sumber

  • Anggota PGA, Baiduri bergabung laksana World #QuranHour

    Anggota PGA, Baiduri bergabung laksana World #QuranHour

    Seramai kira-kira 300 peserta terlibat di dalam penganjuran World #QuranHour di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Ulu Kinta di sini pada Selasa.

    Seramai kira-kira 300 peserta terlibat di dalam penganjuran World #QuranHour di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Ulu Kinta di sini pada Selasa.

    IPOH – Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Badan Amal dan Usaha Isteri negeri Perak (Baiduri) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) bergabung tenaga menjayakan World #QuranHour di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA, Ulu Kinta di sini pada Selasa.

    Pada majlis itu dianggarkan seramai lebih 300 peserta hadir memeriahkan penganjuran program tersebut.

    Pengerusi PPANPk, Jamilah Zakaria berkata, gabungan penganjur kali ini lebih mantap dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya.

    “Walaupun satu jam, World #QuranHour ini merupakan satu yang amat baik untuk dilaksanakan untuk mengajak orang ramai mendekati al-Quran.

    “Kita akan terus memberikan komitmen terhadap penganjuran World #QuranHour pada masa akan datang. PPANPk akan mengangkat al-Quran sebagai bahan bacaan yang popular dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian selepas ditemui di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Ulu Kinta di sini pada Selasa.

    Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Aezer Zubin.

    Pusat Latihan PGA bersama Baiduri dengan kerjasama PPANPk bergabung tenaga menjayakan World #QuranHour di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA, Ulu Kinta di sini pada Selasa.

    Pusat Latihan PGA bersama Baiduri dengan kerjasama PPANPk bergabung tenaga menjayakan World #QuranHour di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA, Ulu Kinta di sini pada Selasa.

    Beliau berkata, melalui World #QuranHour mendekatkan masyarakat dengan al-Quran seterusnya memberi kefahaman terhadap isi kandungan kitab suci itu.

    Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Pasukan, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir menjelaskan pihaknya sangat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada program tersebut.

    Menurutnya, seramai 250 anggota termasuk pegawai hadir menyokong dan memeriahkan program tersebut.

    Program tersebut bermula seawal jam 10.30 pagi dengan ceramah yang disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzillah Abdul Halim.

    Program kemudiannya diteruskan dengan gimik perasmian World #QuranHour oleh Aezer dan diikuti dengan penyampaian cenderahati.

    Seterusnya, bacaan tadarus Al-Quran Surah Al-Sajdah diperdengarkan oleh semua peserta yang hadir sebelum tadabbur ayat bagi surah berkenaan disampaikan.


    Sumber

  • Apabila minuman halal dan arak berkongsi peti sejuk…

    Apabila minuman halal dan arak berkongsi peti sejuk…

    DIBOLEHKAN mengambil minuman halal dan meminumnya walaupun ia ditempatkan dalam peti sejuk yang sama dengan minuman yang haram melainkan jika ada unsur-unsur syubhah yang nyata.

    DIBOLEHKAN mengambil minuman halal dan meminumnya walaupun ia ditempatkan dalam peti sejuk yang sama dengan minuman yang haram melainkan jika ada unsur-unsur syubhah yang nyata.

    KEBANYAKAN peti sejuk di kedai atau pasar raya menempatkan pelbagai jenis minuman di dalamnya.

    Ada minuman dalam tin, kotak dan botol yang halal yang mempunyai pelbagai jenama dan perasa.

    Sesetengah premis perniagaan pula menempatkan minuman tidak halal seperti arak di dalam peti sejuk yang sama dengan minuman halal.

    Yang membezakannya hanyalah kedudukan rak sahaja sama ada di atas atau di bawah.

    Dalam hal itu, apakah hukumnya jika kita membeli air minuman berkenaan lantas meminumnya?

    Adakah ada unsur syubhah jika kita beli dan minum air berkenaan?

    Untuk mengetahui jawapannya, ayuh bersama pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris yang akan merungkaikannya dalam segmen Soal Jawab Netizen.



    Sumber

  • Aplikasi wajib ada 2020 – Sinar Harian

    Aplikasi wajib ada 2020 – Sinar Harian

    TIDAK dinafikan terlalu banyak aplikasi mudah alih boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Daripada berjuta-juta perisian tersebut, ada yang memiliki fungsi sama.

    Pemilihan aplikasi itu bergantung kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih yang terbaik demi keperluan peribadi tanpa membazir ruang storan dalam peranti pintar masing-masing.

    Gedung maya popular selain App Store Apple bukan sahaja menawarkan aplikasi percuma dan berbayar, bahkan memberikan pilihan yang mungkin lebih mengujakan berbanding perisian lama.

    Pun demikian, adakah anda tahu aplikasi menarik yang perlu ada untuk tahun 2020? Ingin tahu perinciannya? Edisi e-Trend minggu ini yang meninjau carian tertinggi di Google Play, menghimpunkan lima perisian terkini untuk pengguna Android.

    PILIHAN e-wallet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau lain-lain caj dalam bentuk kod QR atau sebagainya.

    PILIHAN e-wallet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau lain-lain caj dalam bentuk kod QR atau sebagainya.

    1. Google Pay

    Jika anda seorang pengguna Android, mesti sudah biasa dengan aplikasi Google Pay. Ia antara aplikasi pembayaran mudah alih terbaik lebih-lebih lagi ketika ini orang ramai mula beralih kepada pembelian tanpa tunai.

    Aplikasi itu ada kelainan tersendiri. Bukan sahaja menawarkan ganjaran dalam setiap transaksi pembayaran, maklumat pengguna untuk pemindahan wang atau penerimaan wang secara digital juga dilindungi.

    Ia boleh menjadi pilihan e-dompet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau caj-caj lain dalam bentuk kod imbas (QR).

    HANYA membuat pelarasan (syncs) antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do: To Do List boleh uruskan sekelip mata.

    HANYA membuat pelarasan (syncs) antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do: To Do List boleh uruskan sekelip mata.

    2. Any.do: To do list

    Bagi si dia yang pelupa, mungkin boleh menjadikan aplikasi Any.do sebagai sahabat maya. Kegunaannya boleh membantu memberikan peringatan untuk hari istimewa, tugasan atau rancangan hujung minggu bersama keluarga tercinta.

    Bukan sahaja membantu menguruskan hal kerja, aplikasi itu boleh dikatakan sebagai penyelamat nyawa yang sebenar. Tidak percaya? Pemegang anugerah pilihan editor Google itu telah membantu lebih 25 juta pengguna dalam urusan harian.

    Hanya buat pelarasan antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do boleh uruskannya sekelip mata.

    DATA geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan pada jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih keterhadapan.

    DATA geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan pada jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih keterhadapan.

    3. Google Find My Device

    Satu lagi aplikasi menarik buat mereka yang selalu berdepan insiden ‘kehilangan’ barangan peribadi seperti telefon pintar kerana fitur canggih itu mampu mengesan lokasi.

    Perisian Android percuma itu mudah digunakan untuk mengesan lokasi peranti yang hilang atau dicuri. Selain itu, ia berupaya menetapkan semula pin atau kod laluan mahupun memadam semua data dalam sekelip mata.

    Apa yang menarik, data geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan dari jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih terkehadapan. Itulah yang menarik mengenai perisian tersebut. Jadi, sentiasa kekal berhubung dan lindungi peranti Android anda!

    CIRI pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian selain kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat.

    CIRI pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian selain kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat.

    4. Zomato

    Zomato ya bukan tomato! Aplikasi itu juga dikatakan antara yang terbaik dalam kalangan perisian Android buat si pemburu makanan lewat malam di restoran berhampiran.

    Hanya perlu lihat gambar, senarai menu makanan dan ulasan pengguna sebelum membuat keputusan sama ada mahu menempah juadah pilihan dalam talian atau terus ke restoran berkenaan.

    Ciri pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian. Kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat dengan mudah, hanya di hujung jari anda.

    PERISIAN brilian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

    PERISIAN brilian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

    5. Antivirus Kaspersky mudah alih

    Antivirus cukup signifikan dalam memastikan keselamatan peranti pintar. Paling popular adalah Kaspersky kerana ketetapan perisiannya cukup ketat.

    Sama seperti antivirus lain, perisian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

    Aplikasi hebat itu dikatakan mempunyai ciri antikecurian terbaik pernah dicipta meliputi carian lokasi, pemadaman data jarak jauh selain sentiasa meningkatkan ketetapan bank setiap kali menukar telefon pintar.

    Sumber

  • Masjid Abidin bergema surah Al-Sajdah

    Masjid Abidin bergema surah Al-Sajdah

    Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah sebelum bacaan Surah Al-Sajdah oleh imam khas Masjid Abidin, Syeikh Dr Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari Al-Misri.

    Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah sebelum bacaan Surah Al-Sajdah oleh imam khas Masjid Abidin, Syeikh Dr Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari Al-Misri.

    KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Suasana Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu) di sini bergema dengan alunan bacaan Surah Al-Sajdah sempena program World#QuranHour 2022 yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada jam 12 tengah hari pada Selasa.

    Lebih 400 peserta hadir ke majlis berkenaan yang bermula jam 11.30 pagi itu.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rozali Salleh.

    Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah sebelum bacaan surah Al-Sajdah oleh imam khas Masjid Abidin, Syeikh Dr Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari Al-Misri dan Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Mohd Hanafiah Hussin sebagai pentadabbur.

    Dr Syed Mohammad Salleh (kanan) bersama jemputan sedang membaca Surah Al-Sajdah pada program World#QuranHour di Masjid Abidin.

    Dr Syed Mohammad Salleh (kanan) bersama jemputan sedang membaca Surah Al-Sajdah pada program World#QuranHour di Masjid Abidin.

    Pengerusi Ahli Lembaga Masjid Abidin, Datuk Dr Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al Zawawi berkata, ini merupakan kali pertama Masjid Abidin menganjurkan program World#QuranHour dengan kerjasama rakan sinergi yang lain.

    “Program ini satu idea yang bagus dalam usaha mendekatkan al-Quran dalam diri kita dan masyarakat lengkap dengan tadabbur dan kefahaman ayat.

    “Harapan kita program ini dapat diadakan lagi di sini pada masa akan datang untuk manfaat rakyat,” katanya ketika ditemui pada World#QuranHour 2022 di Masjid Abidin di sini pada Selasa.

    Lebih 400 peserta hadir bagi menjayakan World#QuranHour 2022 di Masjid Abidin di Kuala Terengganu pada Selasa.

    Lebih 400 peserta hadir bagi menjayakan World#QuranHour 2022 di Masjid Abidin di Kuala Terengganu pada Selasa.

    Masjid Abidin merupakan salah satu daripada empat lokasi utama program World#QuranHour di Terengganu selain Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang); Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Jamek, Kijal, Kemaman.

    Program ini dianjurkan Masjid Abidin dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Terengganu dan Kumpulan Perlibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta Kuala Terengganu.

    Ia mendapat penglibatan peserta dari MBKT, Yayasan Terengganu, Polis Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali dan pelajar Madrasah Al-Muhajirin Bukit Jong, Tahfiz Ar-Rusd, Madrasah Ar-Rahmah.

    World #QuranHour diadakan serentak seluruh negara pada Selasa bersamaan 24 Ramadan 1443H.

    Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.


    Sumber

  • Surah al-Falaq mengajar kita mohon perlindungan ALLAH

    Surah al-Falaq mengajar kita mohon perlindungan ALLAH

    SENTIASA meletakkan pergantungan dan memohon perlindungan ALLAH SWT yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi ini.

    SENTIASA meletakkan pergantungan dan memohon perlindungan ALLAH SWT yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi ini.

    SEKITAR dua minggu sebelum ini, segmen Kapsul Surah membincangkan tentang keistimewaan Surah al-Falaq yang menjadi antara surah yang tiada tandingan.

    Surah yang mengandungi lima ayat itu bukan calang-calang kerana ia mengandungi ibrah yang besar kepada diri kita.

    Sesungguhnya, ia mengajar kita supaya sentiasa meletakkan pergantungan dan memohon perlindungan daripada ALLAH SWT yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi ini.

    Perkara itu jelas dinyatakan dalam ayat 1 hingga 3 surah berkenaan.

    Apakah pengajaran yang kita boleh ambil iktibar daripada Surah al-Falaq? Kenapa begitu signifikannya surah ini?

    Kupasan lanjut bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dalam segmen Kapsul Surah bagi menyambung kesinambungan manfaat Surah al-Falaq siri 1 sebelum ini.

    (ARTIKEL BERKAITAN: Al-Falaq antara surah yang tiada tandingan)



    Sumber

  • Aksesori bukan sekadar gaya – Sinar Harian

    Aksesori bukan sekadar gaya – Sinar Harian

    HOBI menunggang motosikal baik lelaki mahupun wanita kini ibarat sudah menjadi kebiasaan.

    Pada setiap hujung minggu, lebuh raya-lebuh raya akan dipenuhi dengan kumpulan motosikal yang berkonvoi ke destinasi tujuan.

    Trend tersebut dapat dilihat menerusi penubuhan beberapa kelab motosikal di Malaysia yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

    Kepada penunggang motosikal, sikap berhati-hati perlu sentiasa menjadi amalan. Sedikit kelalaian mampu mengakibatkan kecederaan dan lebih buruk lagi boleh membawa maut.

    Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk menunggang, setiap pecinta dua roda seharusnya bersedia dengan kelengkapan-kelengkapan asas penunggang yang betul bagi mengurangkan risiko kemalangan.

    Antaranya ialah topi keledar, jaket motosikal, sarung tangan, pelindung siku, pelindung lutut dan kasut.

    Setiap kelengkapan juga perlu diteliti keaslian dan kualitinya.

    Paling utama bagi Sinar Turbo ialah topi keledar yang semestinya perlu mendapat kelulusan serta diperakui oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia.

    Berikut Sinar Turbo perincikan kegunaan setiap alatan dan aksesori untuk panduan bersama.

    1. Topi keledar

    Bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi, selalunya mereka lebih cenderung untuk memiliki jenis muka penuh (full face) kerana ia lebih selamat dan kalis angin ketika menunggang.

    Jenis seperti itu biasanya lebih mahal berbanding topi keledar biasa iaitu kira-kira RM150 dan yang mencecah hingga ribuan ringgit.

    Terdapat banyak pilihan jenama yang popular dalam pasaran seperti Arai, Shoei, KYT, AGV, Shark dan banyak lagi.

    2. Jaket

    Jaket motosikal juga penting untuk penunggang motosikal khususnya motosikal berkuasa tinggi. Ini kerana jaket yang dikhaskan untuk menunggang mempunyai ciri-ciri yang dilengkapi dengan pad atau pelindung pada siku, lengan, dada dan bahagian belakang tubuh.

    Fungsi jaket sebenarnya lebih untuk mengurangkan risiko kecederaan buat penunggang sekiranya mengalami kemalangan mengejut.

    Ia kebiasaannya boleh didapati pada harga serendah RM100 dan mampu mencapai ribuan ringgit bergantung kepada jenis material yang digunakan. Material seperti Mesh lebih murah berbanding meterial kulit.

    Untuk tunggangan harian, lebih baik menggunakan material jenis Mesh kerana ia tidak panas dan lebih selesa.

    3. Sarung tangan dan pelindung lutut

    Sarung tangan penting kerana ia mampu memberi penunggang motosikal lebih keyakinan ketika menunggang.

    Tangan yang berpeluh sangat bahaya kerana ia mampu membuatkan seseorang hilang tumpuan. Memakai sarung tangan antara lain berfungsi membantu cengkaman kuat pada pemegang motosikal.

    Pelindung lutut pula penting jika seseorang bercadang menunggang untuk perjalanan pada jarak yang jauh. Ia boleh melindungi lutut dan betis jika terjatuh atau kemalangan.

    Namun, bagi tunggangan jarak dekat, ia bukanlah satu keutamaan.

    4. Kasut

    Satu lagi yang memberi faktor keyakinan ketika menunggang motosikal adalah pemakaian dan pemilihan kasut yang sesuai. Tidak seperti motosikal biasa seperti skuter, motosikal jenis berkuasa tinggi terutamanya harus menggunakan kasut yang lebih praktikal lantaran jentera seperti itu mempunyai gear manual dan memerlukan skil untuk mengimbangi minyak dan clutch.

    KASUT yang sesuai memudahkan penunggang menukar gear dan mengawal jentera dengan baik.

    KASUT yang sesuai memudahkan penunggang menukar gear dan mengawal jentera dengan baik.

    Jika memilih untuk memakai selipar ketika hujan, pilihan itu sangat memudaratkan. Jika berlaku kemalangan pula, kaki akan cedera kerana tiada perlindungan.

    Kasut yang sesuai akan memudahkan penunggang menukar gear dengan baik dan mengawal jentera sebelum bergerak atau ketika berhenti.

    5. Pelindung siku dan pad badan (body pad)

    Dua aksesori luaran itu boleh dikategorikan boleh digunakan untuk menambahkan lagi perlindungan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini.

    Ia boleh dipakai walaupun menggunakan jaket motosikal. Dengan aksesori itu, ia mampu membantu melindungi anggota badan daripada kecederaan teruk jika berlaku kemalangan terutamanya pada bahagian tulang belakang.

    Waima menunggang motosikal kapcai, keselamatan perlu dititikberatkan walaupun kita cuma menunggang sekitar 20 kilometer atau 50km sahaja.

    Sumber

  • Rumah Ngaji Kelantan tekad perhebatkan semula World #QuranHour

    Rumah Ngaji Kelantan tekad perhebatkan semula World #QuranHour

    Qari, Mohamad Qayyim Nizar Sarimi (kiri) mengetuai bacaan ayat suci al-Quran semasa World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu. Gambar kecil: Adnan

    Qari, Mohamad Qayyim Nizar Sarimi (kiri) mengetuai bacaan ayat suci al-Quran semasa World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu. Gambar kecil: Adnan

    KOTA BHARU – Persatuan Rumah Ngaji Kelantan tekad memperhebatkan lagi kempen World #QuranHour yang dilihat agak suram sejak dua tahun kebelakangan ini ekoran pandemik Covid-19.

    Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, langkah itu bertujuan menarik lebih ramai masyarakat untuk kembali membudayakan bacaan dan mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab suci itu.

    “Saya akui sambutan terhadap program ini agak menurun sepanjang tempoh Covid-19 disebabkan tiada program secara bersemuka.

    “Namun dengan adanya sokongan dari rakan baharu iaitu Mydin Mall ini dan sudah boleh bersemuka, saya yakin World #QuranHour akan dapat kembali dipopularkan sekali gus menghidupkan semula amalan membaca al-Quran,” katanya kepada pemberita pada Program World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, di sini pada Selasa.

    Sebahagian daripada peserta World #QuranHour yang terdiri daripada pelajar tahfiz tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut yang berlangsung serentak seluruh Malaysia.

    Sebahagian daripada peserta World #QuranHour yang terdiri daripada pelajar tahfiz tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut yang berlangsung serentak seluruh Malaysia.

    Perasmian program itu disempurnakan oleh Pegawai hal Ehwal Imarah Masjid Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Rosli Che Soh.

    Hadir sama Pengurus Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Salim Mydin.

    Menurutnya, melalui kerjasama itu, kempen berterusan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa supaya amalan baik ini kekal subur dalam kalangan masyarakat di Kelantan.

    Beliau berkata, setiap pelanggan yang hadir ke Mydin Mall untuk membeli-belah akan disuburkan dengan kata-kata nasihat berkait dengan budaya membaca al-Quran.

    Sebahagian daripada peserta yang hadir menjayakan Program World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.

    Sebahagian daripada peserta yang hadir menjayakan Program World #QuranHour di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.

    Adnan berkata, selepas ini pihaknya akan menganjurkan kempen Malaysia #QuranHour pada bulan Ogos nanti.

    “Untuk makluman di sini juga kita akan menghidupkan program bersama pelajar dalam mendekatkan mereka dengan al-Quran,” katanya.

    Sementara itu Salim berkata, pihaknya telah mewujudkan kelas-kelas al-Quran secara percuma kepada para pelanggan yang berkunjung ke Mydin Mall Kota Bharu.

    “Kelas ini ada dua sesi iaitu jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 4 petang yang berlangsung di surau Mydin Mall.

    “Apa yang kita lakukan ini adalah usaha untuk menyuburkan lagi amalan membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

    Salim berkata, Mydin menyediakan guru untuk pelanggan yang ingin mengikuti kelas berkenaan.

    Sumber

  • Haram rai Hari Kekasih – Sinar Harian

    Haram rai Hari Kekasih – Sinar Harian

    UMAT Islam dilarang menyambut Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran agama suci yang kita anuti.

    UMAT Islam dilarang menyambut Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran agama suci yang kita anuti.

    RAMAI yang cakna tentang pengharaman sambutan Hari Kekasih dalam Islam.

    Pun demikian, masih ada segelintir orang lagi yang kurang faham tentang sambutan yang dimaksudkan.

    Ada yang berhasrat untuk memberikan hadiah sekadar suka-suka kepada pasangan masing-masing walaupun tidak berniat untuk menyambut Hari Kekasih.

    Jika ia bukan jatuh Hari Kekasih, barangkali tiada masalah untuk berbuat demikian.

    Dengan syarat, ia tidak diniatkan dengan tarikh atau sempena dengan sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

    Benarkah tidak boleh memberikan hadiah kepada pasangan pada Hari Kekasih? Kenapa Hari Kekasih dilarang dalam Islam?

    Segala tanda tanya itu akan dikupas dalam Sinar Harian menerusi sisipan Sinar Islam esok.

    Sumber