Cara berhadapan dengan alergik kosmetik

Cara berhadapan dengan alergik kosmetik

  • March 13, 2019
  • 0 comments

Kosmetik tidak hanya digunakan oleh orang dewasa, tetapi turut digunakan oleh bayi, orang berusia. Sudah semestinya kosmetik amat sinonim dengan wanita, akan tetapi lelaki turut menggunakannya sekarang ini. Melihat meluasnya pemakaian kosmetik ini syarikat yang mengeluarkan berlumba-lumba mencipta pelbagai produk kosmetik.

Sehingga akhirnya rumusan dan kandungan tidak mengambil kira dari segi kesihatan. Apa yang penting produk itu mampu memberikan kesan segera dan ada perubahan bagi mereka yang memakainya, walaupun terpaksa menggunakan bahan kimia.

Sebagai ketua keluarga anda harus memastikan produk yang digunakan oleh orang tersayang selamat daripada bahan yang mungkin memberi kesan alahan pada kulit.

Namun jika sudah terlanjur dan akibatnya kulit muka terasa gatal, bengkak, timbul ruam dan kulit muka bertukar warna, itu tandanya sedang mengalami alahan. Usah panik, anda harus tahu cara untuk mengatasinya;

Caranya

  1. Ais batu

Kulit kering dan nipis lebih mudah terdedah kepada alahan kosmetik ini. Ketulan ais batu dapat menyejukkan alahan pada wajah anda. Dengan meredakan saluran darah dan bengkak pada muka.

  1. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi lemak yang baik dengan kandungan vitamin A dan E yang mampu melembapkan kulit. Ia membantu menyembuhkan alahan pada kulit yang meradang. Oles minyak zaitun pada waktu malam untuk lihat kesannya pada keesokan hari.

  1. Air mawar

Air mawar mengandungi antioksidan. Ia turut melembapkan kulit muka dan meredakan alahan.

  1. Lidah buaya

Lidah buaya atau Aloe vera mempunyai sifat anti-radang. Ia boleh mengurangkan kemerahan, keradangan dan rasa sakit disebabkan oleh alahan. Untuk kesan lebih berkesan, letakkan lidah buaya dalam petik sejuk sebelum menggunakannya.

  1. Bijirin Oat

Kandungan avenanthramides dalam oat membantu melegakan kegatalan pada muka. Rumusan dalam oat alkaloid fenolik turut boleh melegakan hipersensitiviti dan bengkak pada kulit muka.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge