Malam pembukaan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) telah mencetuskan gelombang besar dalam dunia hiburan tanah air. Dengan persembahan luar biasa yang menampilkan bekas juara One In A Million dari musim terdahulu, ikon legenda KRU, dan aksi hebat daripada 20 peserta yang berbakat, rancangan ini memukau penonton di seluruh negara. Kejutan demi kejutan menjadikan episod pertama ini bukan sahaja rancangan realiti biasa tetapi satu peristiwa epik yang meninggalkan impak besar. Hashtag rasmi #OIAM berjaya mendominasi carta trending platform “X”, dengan lebih 700 juta capaian media sosial dalam satu malam, membuktikan rancangan ini sebagai fenomena nasional.
CSOIAM terus menunjukkan dominasinya sebagai rancangan realiti muzik paling dinanti-nantikan di Malaysia. Angka tontonan yang melonjak tinggi di pelbagai platform mencerminkan daya tarikannya yang meluas dan keupayaan menarik perhatian penonton yang aktif berinteraksi. Gabungan antara bakat generasi baharu dan sokongan luar biasa daripada peminat mengukuhkan kedudukannya sebagai rancangan berprestij yang menutup tirai tahun ini dengan penuh gilang-gemilang.
Dalam episod pembukaan, daripada 20 peserta yang bertanding, hanya 14 yang berjaya mara ke minggu kedua. Persaingan sengit menyaksikan peserta berusaha menonjolkan vokal hebat dan penghayatan terbaik. Malangnya, enam peserta terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal iaitu Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah.
Keputusan ini dibuat berdasarkan gabungan markah 70% daripada persembahan langsung dan 30% daripada saringan awal, diadili oleh panel juri profesional yang terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan. Tambah mendebarkan, elemen dramatik diperkenalkan apabila proses penyingkiran dilaksanakan secara berperingkat sepanjang malam. Dalam detik luar jangkaan, Rezza Shah diberikan imuniti saat akhir, memastikan tempatnya sebagai peserta ke-14 yang mara ke minggu seterusnya.
Antara persembahan yang mencuri tumpuan termasuk Zazzleen dengan lagu bertenaga I’m Outta Love, manakala gelaran Peserta Paling ‘FIZZ’ dimenangi oleh Kai Deva, yang akan berduet bersama Datuk Nash pada minggu hadapan. Menurut Cakra Khan, ton suara Kai Deva berada pada tahap sempurna, menjadikannya antara peserta yang harus diberi perhatian.
Episod kedua CSOIAM bakal membawa tema menarik, “Melodi Indah, Segar Membara,” di mana peserta akan menyanyikan semula lagu-lagu hit dengan sentuhan segar. Saksikan kreativiti dan vokal memukau daripada peserta Top 14 pada Ahad, 9.00 malam di TV3, atau strim secara eksklusif di Tonton melalui laman web rasmi. Jangan lupa, anda juga boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah mingguan untuk memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!
Undian rasmi untuk peserta kegemaran akan dibuka mulai minggu hadapan. Keputusan mingguan akan berdasarkan gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton. Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma atau tingkatkan peluang kemenangan peserta kegemaran anda dengan menebus baucar undian tambahan melalui pembelian Calpis di Shopee.
Calpis Soda One In A Million mendapat sokongan padu daripada penaja utama seperti PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO, bersama rakan digital seperti SAYS, OhBulan!, dan XTRA, serta rakan radio Hot FM dan Fly FM. Tambahan, segmen sorotan eksklusif Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, 9.00 malam, mulai 26 Disember.
Ikuti perkembangan terkini di @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial. Rasai kesegaran dan keunikan rasa Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat yang menjadi pilihan musim ini.