Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Buck & Awas Menggegar dengan Single Terbaru ‘Naik Hantu’ – 2024
  • Entertainment
  • Music

Buck & Awas Menggegar dengan Single Terbaru ‘Naik Hantu’ – 2024

Helmi Aziz September 9, 2024 (Last updated: September 9, 2024) 5 minutes read
buck

“Wah, bro! Perform diorang memang gempak gila! Feel dia memang best!” Dengan rambut yang mengerbang bagaikan ditiup angin dari helikopter, jaket kulit tebal, seluar ketat, buckle tali pinggang sebesar penumbuk yang dihiasi dengan aksesori logam, dan kasut boots macam nak naik kuda, Buck & Awas adalah contoh semangat rock sebenar di bawah naungan Alternate Records & Talents. Bersedia untuk menikmati Rock Kapak? … Ini bukan sekadar sejarah silam.

Ini adalah Duo Rockers yang tampil dengan single terbaru mereka, ‘Naik Hantu,’ yang pasti akan membuat anda semua terangkat dan ‘naik hantu’ bersama!

Siapa sangka persembahan santai mereka dalam acara team building syarikat akan menarik perhatian pihak pengurusan yang akhirnya mengangkat mereka sebagai artis. Dari belakang tabir ke pentas utama, Buck & Awas kini melangkah maju tanpa menoleh ke belakang. Mereka bukanlah ingin bersaing dengan bakat-bakat baru generasi Z, tetapi mereka melihat ini sebagai peluang untuk merealisasikan impian lama mereka.

“Kami bukanlah penyanyi profesional,” akui Buck & Awas. “Bila pertama kali dengar demo lagu ni, hati kami terus berdegup kencang! Perasaan bercampur baur sebab suara kami akan dirakam secara profesional,” kongsi mereka. Setelah beberapa sesi ujian vokal yang santai namun penting, mereka akhirnya berpeluang merekodkan lagu di studio. Hasilnya? ‘Naik Hantu’ versi rock yang penuh tenaga dan mantap!

Buck & Awas mula dikenali dalam industri hiburan melalui konten viral bersama artis terkenal di Anugerah Juara Lagu 38. Mereka kemudiannya muncul sebagai cameo dalam drama aksi ‘Polis Peronda,’ yang juga merupakan debut lakonan mereka. Kini, mereka melangkah ke bidang nyanyian dengan lagu cover pertama berjudul ‘Naik Hantu’ versi rock, yang juga menjadi runut bunyi untuk filem ‘Pontianak 200kg,’ dinyanyikan oleh Shiha Zikir dan Aya Amiruddin.

‘Naik Hantu’ versi Buck & Awas, yang menggabungkan elemen rock dan rap dengan sempurna, merupakan hasil kerjasama antara pengarah muzik terkenal Iqie Hugh, Shazriq Azeman, dan Omar K sebagai komposer, dengan sokongan Alternate Records & Talents. Genre rock dipilih kerana ia sesuai dengan karakter Buck & Awas yang bersemangat dan suara mereka yang unik mampu menghidupkan muzik ini dengan bertenaga.

Dua sesi rakaman dan hampir tujuh jam di studio telah dilalui untuk menghasilkan lagu ini. “Bagi kami yang baru dalam bidang ni, menyanyi bukanlah perkara mudah, bro. Terutama dengan lagu yang beatnya laju macam ni. Kena kawal pernafasan! Ada tiga kali high note yang buat kami rasa macam nak ‘naik hantu’ sendiri!” ketawa Buck & Awas, mengenang cabaran semasa rakaman.

“Pengalaman rakaman ni memang luar biasa untuk kami,” tambah mereka. “Iqie Hugh sebagai penerbit sangat humble dan supportive walaupun kami masih belajar. Kalau diberi peluang lagi, kami pasti ingin bekerjasama lagi dengan team ni!” mereka menambah.

“Korang semua wajib dengar single pertama kami ni! Gabungan rock dan rap yang fresh dengan lirik catchy. Nostalgia rock zaman dulu tapi dengan sentuhan moden. Lagu ni santai dan menghiburkan tanpa unsur berat,” kata mereka penuh semangat.

“Kalau korang suka, mungkin kita boleh explore genre lain lepas ni, mungkin pop rock pula!” tambah Buck & Awas.

Menurut Iqie Hugh, idea untuk versi rock muncul untuk memberikan daya tarik baru kepada lagu ini. “Versi rock ‘Naik Hantu’ ni memang sesuai dengan identiti Buck & Awas yang kelakar, bersahaja, dan penuh nostalgia rock zaman dulu. Mereka adalah duo yang sempurna—pemalu sebelum perform, tapi bila on stage, memang lain macam!”

Dengan hanya dua sesi rakaman dan tempoh pembikinan selama tiga minggu, Buck & Awas telah menunjukkan bakat dan profesionalisme yang luar biasa. “Mereka benar-benar membawa vibe yang unik ke dalam studio. Tak sabar nak lihat reaksi pendengar,” tambah Iqie.

‘Naik Hantu’ bukan sekadar lagu rock biasa. Ia menyampaikan mesej jelas—dalam setiap situasi, jangan bertindak melulu. Fikir dulu sebelum buat keputusan. “Untuk Buck & Awas, teruskan berkarya dan menghiburkan rakyat Malaysia. Langkah pertama memang sukar, tapi itu yang paling penting,” pesan Iqie Hugh.

Untuk merancakkan lagi ‘Naik Hantu,’ muzik video rasmi telahpun dilancarkan di saluran YouTube Buck & Awas Official. Muzik video ini membawa penonton ke dalam dunia filem seram komedi Pontianak 200kg, di mana suasana malam digunakan untuk mengekalkan mood seram yang sepadan dengan lagu ini. Dirakam dalam satu malam, gaya visual yang dramatik disertai dengan babak menarik dari filem tersebut. Persembahan Buck & Awas dilakukan di lokasi yang mempunyai elemen rustic dan vintage, dengan pontianak yang sentiasa memerhatikan mereka, menambah lagi elemen seram dalam muzik video ini.

Bersedialah untuk dihiburkan dengan ‘Naik Hantu’ versi rock oleh Buck & Awas. Lagu ini bukan sekadar muzik; ia adalah cerita, cabaran, dan keberanian untuk melangkah ke hadapan!

“Apa lagi yang korang tunggu? Jom layan ‘Naik Hantu’ dengan Buck & Awas sekarang!”

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar versi rock ‘Naik Hantu’ nyanyian Buck & Awas yang kini sudah mula bergegar di pelbagai platform penstriman seperti Spotify dan YouTube Music. Saksikan juga filem komedi seram ‘Pontianak 200kg’ yang akan ditayangkan pada 5 September 2024 di pawagam seluruh Malaysia.

Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial mereka di Facebook, @alternate.my_, di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. Juga, jangan lupa ikuti Buck & Awas di Instagram @buck_awas dan TikTok @buck.awas.

 

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RASA Layan Curry Fiesta 2024 Bawa Semangat Hari Malaysia dengan Hidangan Kari Unik”
Next: Hafiz Hamidun Dedikasi Lagu ‘Raudah’ Sempena Maulidur Rasul – 2024

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.