Buang angin guna bawang putih Bawang putih mampu membuang angin dalam badan. RAMAI beranggapan bahawa bawang putih selalunya digunakan dalam masakan. Pun begitu, pasti ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih jugak bermanfaat untuk kesihatan kita khususnya membuang angin dalam badan. Angin dalam badan pasti memberi ketidakselesaan kepada anda, perut akan jadi kembung dan boleh melarat ke bahagian kepala. Jangan risau, kali ini Femina sarankan anda guna bawang putih bagi membuang angin tersebut. Jom cuba! Caranya mudah, ambil beberapa ulas bawang putih dan buang kulitnya. Kemudian hiris bawang putih itu nipis-nipis. Rebuskan ia bersama dua gelas air putih sehingga berkurangan kepada satu gelas. Selepas itu, siap untuk diminum. Sebaik-baiknya, minum ramuan ini sebulan sekali. Atau cara lain: Tumbuk bawang putih, kemudian campurkannya dengan air panas. Tunggu sehingga air bawang keluar barulah minum. Amaran Syed Saddiq kepada Ramasamy Jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini, demikian amaran Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada bekas Naib Pengerusi… Dua sahabat berdepan hukuman mati Dua sahabat termasuk seorang remaja berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini atas tuduhan membunuh dan… Sunway Lagoon siasat dakwaan Stacy PIHAK pengurusan Sunway Lagoon, melahirkan rasa kesal di atas kejadian yang menimpa penyanyi, Stacy Anam dan keluarganya ketika berada di taman tema… Sumber Post navigation Hilangkan ulser dengan dua cara mudah Petua elak digigit nyamuk