BerKim Menggabungkan Kreativiti Fesyen dan Teknologi Blockchain untuk Masa Depan Industri

BerKim, peneraju industri fesyen mewah, dengan bangganya memperkenalkan Aset Dunia Nyata (RWA) dalam bentuk token tidak sepiawai (NFT). Dengan menggunakan teknologi Blockchain, BerKim membuka akses kepada fesyen mewah dan peluang pelaburan utama, menetapkan standard baru di Asia Tenggara.

“Misi kami di BerKim adalah untuk mentakrifkan semula had kreativiti dan aksesibiliti dalam industri fesyen,” kata Kimberly Lee, pengasas BerKim. “Dengan menggabungkan teknologi blockchain ke dalam platform kami, kami menekankan keaslian, penglibatan komuniti, dan pembelajaran, menyatukan peminat fesyen dan pelabur dalam perjalanan transformasi di mana fesyen bertemu teknologi.”

NFT RWA BerKim menawarkan koleksi unik sebanyak 1984 token yang mewakili secebis sejarah fesyen. Pendekatan inovatif ini memberikan pemegangnya faedah eksklusif, termasuk akses kepada aset fesyen, peluang penglibatan sosial, dan ganjaran pelaburan. “Kami menjangkakan nilai pasaran NFT kami akan meningkat pada masa depan dan memberikan pulangan yang memberangsangkan kepada pemegangnya,” tambah Kimberly Lee.

“Kami teruja dengan inovasi penggunaan teknologi blockchain oleh BerKim untuk mempertingkatkan pengalaman fesyen dan mewujudkan peluang baru bagi penglibatan dan pelaburan,” kata Edison Choong, Timbalan Pengarah Kelestarian, Promosi Eksport dan Akses Pasaran MATRADE.

Datuk Wira Dr. Calvin Khiu, pengasas OE Academy dan pemegang saham butik mewah tersebut, turut menyokong Inisiatif BerKim. “Usaha ini menonjolkan perpaduan antara fesyen mewah dan teknologi canggih, menunjukkan potensi model perniagaan baru yang mendorong keuntungan dan kelestarian,” kata beliau.

Ciri-ciri utama NFT BerKim adalah seperti berikut:

  • Koleksi Khas: Setiap satu daripada 1984 NFT BerKim mewakili secebis sejarah fesyen dalam koleksi khas kami yang mencerminkan detik-detik ikonik dalam dunia fesyen.
  • Faedah untuk Pemegang: Pemegang NFT BerKim menikmati akses eksklusif kepada aset fesyen, peluang penglibatan komuniti, dan sumber pembelajaran. Mereka juga menerima airdrop percuma aset fesyen terpecah (fractionalized) dan ganjaran pelaburan berkala.
  • Ganjaran Token $Berkim: Ganjaran Token $Berkim disediakan secara eksklusif untuk pemegang NFT BerKim, menawarkan insentif dan faedah tambahan untuk penyertaan dalam ekosistem BerKim.
  • Bekalan Terhad: Dengan hanya 1984 NFT BerKim yang tersedia untuk pembelian, setiap satu sepadan dengan secebis sejarah fesyen yang unik, NFT BerKim adalah aset yang terhad dan eksklusif.

Sehubungan dengan pelancaran ini, sebuah forum bertajuk “Penyepaduan Model Perniagaan Tradisional dan WEB3 untuk Kelestarian dan Keuntungan” telah diadakan. Forum ini memperkuat nilai dan kepentingan NFT dalam perniagaan, dengan kehadiran wakil-wakil terkemuka dari MDEC, MATRADE, dan organisasi terkenal lain untuk menyokong inisiatif ini. Para pemimpin dan peserta forum membincangkan integrasi blockchain untuk pertumbuhan lestari, meneroka strategi inovatif, dan kesan transformatif teknologi terhadap model perniagaan serta inisiatif kelestarian.

Mulai dari hari pelancaran, BerKim akan menyediakan NFT untuk dipasarkan, setiap satu dikaitkan dengan produk mewah sebenar yang dipamerkan di MySac, butik fesyen mewah yang baru dibuka. Kedai yang dilancarkan bersama projek NFT BerKim juga mempamerkan beberapa beg mewah yang diwakili sebagai NFT.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap inovasi dan pengembangan, BerKim telah memulakan jelajah Asia pada bulan April, melawat Dubai, Singapura, dan Bangkok. Lawatan ini menyediakan pentas untuk jelajah Eropah BerKim yang akan datang pada bulan Oktober, seterusnya mengukuhkan kehadiran dan pengaruhnya dalam pasaran fesyen mewah global.

Pelancaran bersejarah ini menekankan komitmen BerKim terhadap inovasi dan kecemerlangan. Dengan menggabungkan keanggunan abadi dengan teknologi Web3, BerKim menetapkan standard baru dalam industri fesyen mewah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://berkim.io/