Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Belajar bagaimana cara penjagaan beg tangan yang betul
  • Ekspo

Belajar bagaimana cara penjagaan beg tangan yang betul

Helmi Aziz April 19, 2019 3 minutes read
1555653266_251505.jpg

BEG tangan dan wanita memang tak dapat dipisahkan! Kalau keluar tanpa bawa beg tangan rasa macam ‘something’s missing’. Biasalah wanita semua peralatan nak dibawanya seperti telefon, dompet, alat solek, tisu, pewangi dan sebagainya.

Bukan satu, malah setiap wanita dikatakan memiliki lebih daripada dua beg tangan. Tahukah anda bahawa beg tangan juga memerlukan penjagaan yang rapi? Jika anda salah menjaganya, silap-silap tak sampai lima bulan beg koyak dan tali beg pula putus. Femina Sinar Harian kongsikan bagaimana cara penjagaan beg tangan yang betul.

1) Dilarang sama sekali letak beg tangan atas lantai

Jika anda pergi ke mana-mana khususnya restoran jangan sekali-kali letak beg tangan atas lantai. Never! Korang kena ingat bahawa lantai penuh dengan kotoran dan kuman, memang tak sesuai letak beg di situ. Ia boleh menjejaskan warna jika ia putih atau cerah. Sebaiknya biasakan letak beg atas riba, di belakang kerusi atau atau mana-mana kerusi kosong. Bila di rumah, boleh gantung beg pada penggantung khas.

2) Simpan di tempat penyimpanan khas

Segelintir wanita gemar menyimpan beg atas almari atau bawah katil. Please jangan buat begitu lagi ya! Tempat itu memang tidak sesuai sebab mudah berhabuk dan merosakkan kualiti beg anda yang mahal itu. Lagi bagus jika anda ada tempat penyimpanan beg sendiri, lebih nampak kemas dan tersusun. Jika nak gantung beg pada mana-mana penggantung pastikan beg kosong, jika mengandungi barangan ia boleh merosakkan tali beg.

3) Gunakan small clutch

Gunakan small clutch atau beg alat solek menyimpan segala barang makeup dan set penjagaan kulit sebelum menyimpannya dalam handbag. Cara ini membolehkan barang-barang lebih tersusun dan mudah dicari. Jika anda main simpan barangan itu, beg anda boleh jadi kotor jika BB cream atau gincu dan set penjagaan kulit yang disimpan dalam beg terbuka penutupnya. Kan tak pasal-pasal comot beg korang!

4) Gunakan dust bag

Jika anda beli beg tangan berjenama biasanya dapat satu dust bag.. tapi jangan tak gunakan pulak! Bila anda tak pakai beg, make sure balut beg dengan dust bag untuk elakkan segala habuk dan kotoran melekat pada beg itu. Jika anda tak ada dust bag, boleh guna tudung atau baju yang tak dipakai lagi untuk balut beg. Jangan biarkan beg bergesel antara satu sama lain dalam storage. Barulah kualiti beg tahan lama.

5) Rutin penjagaan beg:

– Elak pegang beg dengan tangan yang kotor atau yang dah disapu losyen atau krim. – Simpan beg dari terkena cahaya matahari atau direct sunlight. – Guna beg secara berselang dengan beg lain supaya ia tidak mudah rosak. – Guna berus suede untuk bersihkan beg. – Gunakan leather moisturizer untuk beg kulit lebih tahan lama. – Cuci beg menggunakan kain lembut setiap minggu.

Ok, anda dah tahu cara-cara jaga beg kesayangan anda, jadi jangan lupa follow yer!



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Obses luar biasa sanggup menginspirasikan sebagai tema perkahwinan
Next: Perodua sasar Aruz jadi SUV terlaris di Malaysia Timur

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.