Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bekas eksekutif bank jana pendapatan melalui Flourworks
  • ATTRACTION

Bekas eksekutif bank jana pendapatan melalui Flourworks

Helmi Aziz June 23, 2019 4 minutes read
365310.jpg

DEMI mahu melihat anak membesar di depan mata, Nor hidayati Mohd Kamal, 34, atau mesra disapa Yati sanggup meninggalkan kerjaya dalam dunia perbankan.

Ibu beranak dua itu kemudian memberanikan diri menceburi bidang kek dan pastri selepas berhenti kerja pada tahun 2014.

Bagaimanapun, bekas Eksekutif Kewangan di Bank Simpanan Nasional itu tidak menyangka sama sekali apabila langkah itu benar-benar mengubah kehidupannya.

“Asalnya, sekadar suka-suka. Kini, ia menjadi pendapatan tetap buat saya. Alhamdulillah, hasil yang diperoleh agak lumayan,” katanya kepada Dapur Femina baru-baru ini.

Menceritakan semula pembabitannya dalam dunia pembuatan kek dan pastri, wanita yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu berkata, ketika berpantang selepas melahirkan anak sulung, beliau membuat satu keputusan nekad untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia perbankan.

“Ya, saya nekad berhenti kerana mahu membesarkan anak dengan tangan sendiri. Sebelum ini saya membesar tanpa ibu dan bapa selepas pemergian mereka ketika usia saya 19 tahun.

“Jadi, kalau boleh saya mahu anak kecil ini mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada saya,” ujarnya.

Yati memberitahu Dapur Femina bahawa beliau bertuah kerana suaminya menyokong setiap keputusan yang dibuatnya sambil memintanya agar tidak menyesal dengan keputusannya yang telah direncanakan.

Sentuhan air tangan Yati yang mendapat permintaan tinggi.

Sentuhan air tangan Yati yang mendapat permintaan tinggi.

Sentimental kek coklat

Bercerita tentang dunia yang diceburinya sejak lima tahun lalu, Yati sangat teruja untuk berbicara. Yati berkata, sebenarnya sebelum ini beliau tidak pernah menghasilkan sebarang kek meskipun kek coklat yang menjadi dambaannya sejak kecil.

“Ketika saya mula membuat kek, saudara-mara dan rakan-rakan menjadi testimoni saya. Selepas menerima maklum balas yang positif, saya membuat keputusan untuk bergiat serius dalam bisnes ini.

“Saya kemudiannya menghadiri kelas belajar membuat kek dan pastri termasuk mengikuti kelas secara atas talian bagi menambah ilmu dan mempelajari selok-belok menghasilkan produk yang bermutu,” katanya.

Kira-kira setahun selepas itu dan diri mula berasa yakin, beliau mula mengambil tempahan kek daripada rakan-rakan.

Pada masa sama, wanita itu membuat penambahbaikan resepi mengikut cita rasanya agar bersesuaian dengan permintaan pasaran.

Melalui jenama Flourworks, kek dan pastri beliau semakin diterima dan semakin dikenali ramai bukan sahaja di Lembah Klang bahkan juga di negeri-negeri lain.

“Selain kek coklat, saya turut hasilkan kek mentega, marble, brownies, kek kukus buah, kek cawan, whoopie pie, krim puff, kek hari jadi, kek untuk perkahwinan dan sebagainya.

“Berkenaan harga pula, ia mampu milik. Ia juga bergantung kepada jenis kek dan corak-corak yang diminta pelanggan,” ujarnya.

Kreativiti Yati dalam menghasilkan kek yang cantik dan bermutu tinggi.

Kreativiti Yati dalam menghasilkan kek yang cantik dan bermutu tinggi.

Dugaan

Tatkala ditanya berkenaan cabaran ketika mengharungi bisnes baharu itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor itu memberitahu, memang ada dugaan dan halangannya tersendiri.

“Dalam dunia pembuatan bakeri dan pastri, memang memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Bagi menyiapkan sebiji kek, saya terpaksa ambil masa empat hingga lima jam.

“Itu termasuklah membuat dekorasi dari segi corak, mainan warna dan ukirannya. Ya, banyak proses yang perlu dilalui bagi menyiapkan sebiji kek,” ujarnya.

Sambil tersenyum Yati turut berkongsi kenangan pahit yang sehingga kini masih berbekam dalam fikirannya. Keknya pernah terjatuh selang beberapa jam sebelum diserahkan kepada pelanggan!

“Ketika itu, perasaan saya bercampur-baur, nak tak nak saya terpaksa siapkan semula kek itu kerana tidak mahu menghampakan pelanggan,” ujarnya.

Katanya lagi, waktu tengah malam menjadi durasi masa yang paling sesuai untuknya menyiapkan tempahan.

“Bukan apa, tidak mahu ada gangguan anak-anak yang masih kecil kerana mereka teruja kalau melihat dekorasi kek yang cantik-cantik,” kata wanita yang sangat ramah itu.

Mengenai perancangan masa depan, Yati berterus-terang yang beliau mempunyai hasrat mahu membuka sebuah kedai berasaskan bakeri dan pastri suatu masa nanti.

“Angan-angan dan impian itu ada, namun bukan sekarang. Banyak perkara yang saya perlu tumpukan terlebih dahulu.

“Pun begitu, bagi mengukuhkan jenama Flourworks, saya turut mempromosikan air tangan saya dengan menyertai acara-acara keraian termasuk menghantarnya di kafe-kafe yang menjadi tumpuan ramai,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tiada akad, sah ke bayar zakat?
Next: Daniel Swarovski genius kristal

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.