Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Astro Perkenal Deretan Drama Baharu Disember Ini, Menutup Tahun 2024 Dengan Penuh Makna
  • Drama
  • Entertainment

Astro Perkenal Deretan Drama Baharu Disember Ini, Menutup Tahun 2024 Dengan Penuh Makna

Helmi Aziz November 27, 2024 4 minutes read
ASTRO_7547

Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab utama drama tempatan dengan mempersembahkan rangkaian drama baharu yang menarik di saluran Astro Ria (104) pada Disember 2024. Penonton bakal disajikan dengan tiga karya istimewa yang pastinya menggamit emosi dan perhatian: Ofis Politik pada 4 Disember, diikuti oleh Rahsiamu Selamat Denganku pada 9 Disember, dan akhirnya Curang Tanpa Niat pada 23 Disember.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, berkongsi keterujaannya mengenai pelancaran ini:
“Kami sangat berbangga dapat memperkenalkan tiga drama baharu yang menawarkan variasi genre untuk penonton dari pelbagai lapisan. Setiap drama membawa jalan cerita unik dan penuh makna. Terima kasih kepada produksi serta barisan pelakon yang telah memberikan yang terbaik. Kami berharap ketiga-tiga drama ini menjadi pilihan utama penonton untuk menutup tirai 2024 dengan penuh inspirasi dan membawa mesej yang bermakna menjelang tahun baharu.”

Ofis Politik

Memulakan tayangan pada 4 Disember, Ofis Politik mengisi slot Dramavaganza dengan gabungan elemen komedi romantik. Kisah ini berlatarkan Jabatan Perantaraan yang dicipta untuk “menempatkan” penjawat awam berprestasi rendah. Dipimpin oleh Encik Abdullah Abdullah (Rashidi Ishak), mereka berusaha membuktikan kewujudan jabatan ini relevan untuk terus beroperasi. Drama terbitan KL Motion Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Wan Hasliza dan Wan Alauddin dengan 16 episod yang turut menampilkan Erysha Emyra dan Syafi Tee sebagai pelakon utama.

Rahsiamu Selamat Denganku

Ditayangkan mulai 9 Disember setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam, drama ini membawa penonton ke dunia jenayah romantik menerusi gandingan Siti Khadijah Halim dan Alvin Chong. Mereka memainkan watak Profesor Hana dan Profesor Rafel, masing-masing bergelut menyembunyikan rahsia demi menjaga reputasi. Dalam usaha menangani isu aplikasi pelajar bernama ‘Live or Die’ (LOD), mereka akhirnya jatuh cinta. Drama hasil kolaborasi MS Orange Solutions Sdn Bhd dan Blimey dari Korea ini diarahkan oleh Jade (Blimey) dan Faliq Sharif dan akan bersiaran sebanyak 16 episod.

Curang Tanpa Niat

Mengisi slot MegaDrama bermula 23 Disember, Curang Tanpa Niat membawa kisah konflik rumah tangga dan kecurangan di tempat kerja. Elina, lakonan Mira Filzah, berdepan pergolakan apabila suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya), terlibat dengan skandal di pejabat. Drama berat ini turut menampilkan Sharifah Sakinah dan diterbitkan oleh iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd (iFAME) dengan arahan Eyra Rahman. Sebanyak 32 episod akan menyusuri cabaran rumah tangga serta konflik keluarga yang mendalam.

Semua drama ini boleh distrim secara fleksibel melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka. Untuk penonton yang belum melanggan, Astro kini menawarkan promosi JUALAN JIMAT BESAR dengan langganan serendah RM41.99 sebulan serta pemasangan percuma.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hiburan berkualiti dengan drama-drama hebat ini. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut dan langgan sekarang!

Terma dan syarat dikenakan.

1) Info Drama ‘Ofis Politik’

Produksi : KL Motion Pictures Sdn Bhd

Info siaran : Bermula 4 Disember 2024, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam

Sinopsis: 

‘Ofis Politik’ adalah sebuah komedi tentang sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh Datuk Harun untuk menyelewengkan duit. Namun selepas Datuk Harun meninggal dunia, rancangannya terbantut dan agensi itu terpaksa diisi dengan pekerja-pekerja kurang berprestasi dari kerajaan Bandar Mega. Encik Abdullah Abdullah, seorang yang malas bekerja, dilantik sebagai ketua pengarah dan melantik Zain untuk menguruskan Jabatan Perantaraan yang terdiri daripada pekerja-pekerja pelik dan bermasalah seperti Kursyia yang putus harapan, Kak Rosemarry yang ada agenda tersembunyi, Nessi yang ketagih media sosial, Ehsan yang beristeri dua, Mawar yang berkira, dan Zohri yang mudah marah.

2) Info Drama ‘Rahsiamu Selamat Denganku’

Produksi : MS Orange Solutions & Blimey

Info siaran : Bermula 9 Disember 2024, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 11 malam

Sinopsis: 

Seorang peminat K-pop, Profesor Hana yang jatuh cinta dengan seorang profesor macho bernama Rafel yang menyembunyikan sisi ‘geeky’-nya. Bersama-sama, mereka berusaha menumpaskan pencipta aplikasi ‘Live or Die’ (LOD). Dalam menyelesaikan masalah ini, mereka belajar untuk menerima diri mereka seadanya sambil membina hubungan yang penuh keraguan.

3) Info Drama ‘Curang Tanpa Niat’ 

Produksi : iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd (iFAME)

Info siaran : Bermula 23 Disember 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

 Sinopsis: 

‘Curang Tanpa Niat’ memaparkan keharmonian sebuah keluarga yang retak kerana si suami mempunyai ‘office wife’ di pejabatnya. Patutkah Elina sebagai seorang isteri yang sah bertahan dengan semua ini?

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Unlock Corporate Success with the Samsung Galaxy S24 FE: Your Ultimate Productivity Tool
Next: OKU FEST 2.0: Festival Seni Komuniti Istimewa Kembali Lebih Meriah!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.