Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Antara kemahuan dan diskriminasi – Sinar Harian
  • Ekspo

Antara kemahuan dan diskriminasi – Sinar Harian

Helmi Aziz March 3, 2023 4 minutes read
588414.jpg

SIRI 1

MANTAN Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri pernah menzahirkan bahawa golongan wanita hebat diperlukan bagi memastikan negara republik tersebut maju.

Namun begitu, matlamat berkenaan sukar untuk dicapai sekiranya jumlah penglibatan wanita dalam gelanggang politik di negara itu dilihat lebih rendah berbanding golongan lelaki.

Beliau yang merupakan Ketua Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila turut meluahkan, sebahagian besar wanita pada zaman modeninasi hari ini berpendidikan tinggi, bijak dan berfikiran kritis, tetapi enggan untuk berada di barisan pemimpin negara.

“Perempuan jangan takut masuk ke dunia politik kerana wanita hebat diperlukan untuk Indonesia maju. Ramai wanita terbaik hari ini, namun saya berasa kesepian (dalam dunia politik).

“Majoriti masih dengan persepsi tabu bahawa pentas politik merupakan tempat untuk golongan lelaki beraksi,” tutur Megawati pada Hari Ibu BPIP di Jakarta, Indonesia pada Disember tahun lalu.

Bicara Megawati seperti dipetik menerusi Antara, konstitusi di negaranya sedikitpun tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Kedudukan dua gender sama rata. Masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam membangunkan negara.

Itu antara cebisan senario politik yang berlaku dalam kalangan wanita di negara jiran kita. Bagaimana pula kisahnya penglibatan dan penerimaan wanita Malaysia dalam arena politik tempatan?

MEGAWATI menyarankan golongan wanita jangan takut untuk melibatkan diri dalam gelanggang politik demi pembangunan Indonesia. Foto: Ihsan detik.com

MEGAWATI menyarankan golongan wanita jangan takut untuk melibatkan diri dalam gelanggang politik demi pembangunan Indonesia. Foto: Ihsan detik.com

Menjawab persoalan itu, Felo Akademi Sains Malaysia merangkap penganalisis politik, Dr Madeline Berma berkata, realiti politik Malaysia menyaksikan kesamarataan penglibatan wanita dan lelaki.

“Namun begitu, lelaki dilihat lebih mendominasi apabila kebanyakan jawatan peringkat tertinggi dalam sesebuah parti ataupun Kabinet dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Walhal, jika diperhalusi di peringkat akar umbi, kedua-duanya adalah sama rata,” katanya ketika dihubungi Femina baru-baru ini.

Dalam isu tersebut, beliau membuat perbandingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional ketika memerintah negara.

Kerajaan PH katanya, menunjukkan lebih ramai wanita berada di peringkat atasan khususnya yang dilantik sebagai menteri.

“Perlu difahami secara jelas, terdapat beberapa komponen utama yang menyebabkan kurangnya wanita terlibat secara aktif dalam politik Malaysia.

“Situasi tersebut bukan disebabkan kurangnya keyakinan diri atau bimbang diperlekehkan golongan lelaki, sebaliknya berpunca daripada struktur organisasi yang tidak mesra wanita,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Madeline menyifatkan, sehingga kini struktur organisasi negara bagaikan tidak membenarkan wanita ke depan.

” Perjuangan mereka seolah-olah terhenti pada tahap yang telah ditetapkan berbanding mempamerkan kebolehan yang dimiliki di peringkat tertinggi.

“Lagipun penetapan syarat-syarat tertentu untuk melayakkan seseorang itu berada di barisan atas secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan wanita berfikir dua kali sama ada meneruskan perjuangan sebagai ahli politik atau orang biasa sahaja,” katanya.

Situasi berkenaan juga kata Madeline, memberi kesan lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

“Keseimbangan masa antara keluarga, politik, parti dan masyarakat semuanya perlu disusun dengan baik. Namun, lain pula ceritanya apabila sesetengah wanita telah diberi peluang menjawat jawatan tertinggi tetapi menolak dengan alasan kononnya selesa berada di kedudukan kedua, ketiga atau sedia ada.

“Situasi seumpama itu bukan sahaja berlaku dalam politik, bahkan turut melibatkan pengurusan pentadbiran pejabat sehingga kadangkala mereka dipaksa agar menerima peluang keemasan itu,” jelasnya.

Tegasnya, rakyat tidak boleh menidakkan keupayaan wanita kerana golongan itu memiliki ‘kebijaksanaan’ tersendiri terutamanya dalam melaksanakan aktiviti turun padang seperti menyalurkan misi bantuan dan bertemu masyarakat serta menjayakan kempen pilihan raya.

PENGANALISIS politik berharap Malaysia bakal mempunyai perdana menteri dalam kalangan wanita seperti negara Finland dan New Zealand.

PENGANALISIS politik berharap Malaysia bakal mempunyai perdana menteri dalam kalangan wanita seperti negara Finland dan New Zealand.

“Berbekalkan sifat keibuan dan personaliti yang baik, wanita mampu memikat, sekali gus menambat hati para pengundi,” katanya.

Persepsi sosiobudaya

Sementara itu, penganalisis politik dan pakar sejarah, Prof Datuk Ramlah Adam mempunyai perspektif tersendiri berhubung isu yang dibincangkan.

Ditebak soalan mengapa kaum Adam lebih diberi kepercayaan dan menyerlah dalam politik, beliau memberitahu, perkara tersebut dipengaruhi oleh sosiobudaya negara ini.

“Agama Islam misalnya, mengutamakan lelaki dalam segala aspek seperti nabi, rasul, khalifah dan imam, maka jelas bahawa kepimpinan cenderung memihak lelaki.

“Namun begitu, ini tidak bermakna Islam mendiskriminasikan wanita, tetapi golongan berkenaan lebih wajar dimanjakan, dibelai, disayangi dan dihormati. Bukannya dibuli atau dicederakan,” ulas beliau ketika dihubungi Femina.

Ramlah turut menjelaskan, meskipun wanita layak bergelar pemimpin, tetapi dalam konteks negara dan persepsi, keyakinan dan kepercayaan rakyat lebih utuh kepada pentadbiran yang dipimpin oleh pemimpin lelaki.

“Namun, siapa tahu, pada masa hadapan, Malaysia bakal mempunyai pemimpin dalam kalangan wanita sekali gus mengikut jejak langkah negara-negara lain yang berani melakukan transisi. Sebenarnya, Malaysia merupakan antara negara yang masih pada graf sama mengekalkan kaum Adam sebagai pemimpin utama,” kata Ramlah.

Kepada satu soalan, beliau turut menolak tanggapan bahawa penyertaan wanita kurang dalam politik kerana bimbang diugut dan dicederakan.

“Politik Malaysia masih aman dan stabil. Justeru, tidak timbul isu ahli politik wanita bakal disakiti,” katanya sambil menegaskan penglibatan wanita dalam politik amat diperlukan kerana golongan itu mampu membantu sesebuah negara mempertingkatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: [VIDEO] ‘Hari ini sangat istimewa bagi saya’
Next: Puma semarakkan semangat bersukan melalui House of Hustle

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.