Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • ALTUS PROHOUSE CIPTA SEJARAH BAHARU DENGAN “SHEILA MAJID 40 YEARS IN MUSIC”
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music

ALTUS PROHOUSE CIPTA SEJARAH BAHARU DENGAN “SHEILA MAJID 40 YEARS IN MUSIC”

Helmi Aziz November 11, 2025 (Last updated: November 12, 2025) 3 minutes read
TN_SM40KL-31

Altus Prohouse sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam dunia hiburan apabila menganjurkan konsert mega “Sheila Majid 40 Years in Music”, sebuah pementasan eksklusif yang meraikan empat dekad perjalanan seni figura legenda dan Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid. Dihadiri oleh lebih 9,000 peminat dan mencatat status sold out, konsert yang dibawakan dengan kerjasama TopGallant Show sebagai penganjur bersama ini berlangsung penuh gilang-gemilang di Axiata Arena, Bukit Jalil menjadikannya konsert solo pertama Sheila Majid di pentas ‘indoor’ terbesar di Malaysia.

Lebih daripada sekadar persembahan muzik, konsert ini merupakan perayaan penuh warna-warni yang menandakan evolusi karier Sheila Majid selama 40 tahun dalam dunia muzik Nusantara sebuah kisah seni yang terus hidup, berkembang dan menginspirasi generasi demi generasi.

Menurut Miselyn Yee Siew daripada Altus Prohouse, konsert ini bukanlah sekadar persembahan penghargaan, tetapi satu naratif perjalanan seni yang menggambarkan evolusi Sheila Majid sepanjang empat dekad berkarya. “Karya, suara, dan keunikan Sheila menjadikan konsert ini lebih daripada sekadar persembahan muzik. Sheila Majid 40 Years in Music adalah perayaan terhadap seorang legenda yang terus relevan dan menjadi inspirasi kepada peminat seni tanah air,” ujar beliau.

Bagi Sheila Majid sendiri, konsert ini merupakan hadiah tanda penghargaan buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokongnya sejak awal perjalanan karier. “Empat puluh tahun bukan tempoh yang singkat, dan saya amat bersyukur kerana masih terus dicintai oleh peminat sejak mula saya melangkah ke dunia muzik. Konsert ini adalah lambang kasih dan penghargaan kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan saya termasuk pasukan di belakang tabir yang sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan,” ujar beliau penuh emosional.

Pementasan kali ini turut menampilkan pasukan produksi dan pemuzik berpengalaman yang telah lama menjadi nadi kepada identiti muzik Sheila Majid. Antaranya ialah Mac Chew selaku Pengarah Muzikal dan pemain keyboard yang telah bekerjasama dengan Sheila sejak 1987 serta menjadi tunjang utama dalam membentuk bunyi ikonik beliau; Jenny Chin sebagai kolaborator kreatif dan pemain keyboard yang terkenal dengan sinerginya bersama Mac Chew dalam menghasilkan sentuhan muzik berkualiti tinggi; Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert ternama yang sinonim dengan pementasan berskala besar dan impak visual yang tinggi; serta Steve Ho, pereka pentas dan pencahayaan antarabangsa yang pernah bekerjasama dengan legenda Cantopop seperti Jacky Cheung dan Eason Chan.

Barisan pemuzik yang turut serta dalam konsert Sheila Majid 40 Years in Music terdiri daripada Mac Chew (Music Director / Keyboard), Jenny Chin (Keyboard), John Thomas (Drums), Rozhan Razman (Bass), Marcus Leong (Gitar), Tohpati (Gitar), Steve Thornton (Percussion), Kevin Choo (Saxophone), Eddie Wen (Trumpet), Roger Chee (Trombone), serta barisan vokalis latar Uci, Ira dan Icha.

Konsert Sheila Majid 40 Years in Music bukan sekadar mengimbas perjalanan lalu, tetapi menjadi simbol kelangsungan seni yang tulus dan bermakna. Ia membuktikan bahawa apabila karya disampaikan dengan jiwa dan keikhlasan, ia akan terus hidup di hati peminat dari satu generasi ke generasi seterusnya. Peminat muzik tanah air bertuah dapat menyaksikan detik bersejarah ini perayaan empat dekad keemasan seorang legenda yang tidak pernah hilang sinarnya.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AG Autoworld Launches Malaysia’s First Proton e.MAS Showroom at Sunway Big Box Retail Park Johor
Next: The Dual Power of Imaging and Performance: vivo X300 Series with ZEISS 200MP Telephoto and OriginOS 6 Sets a New Flagship Benchmark

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.