Dengan bangga, kumpulan indie-folk yang sedang mendapat perhatian, Satwo, mengumumkan pelancaran album pertama mereka yang berjudul “Di Persembunyian”. Di bawah bimbingan syarikat rakaman terkenal Malaysia, Luncai Emas, album ini telah melalui empat tahun penantian yang memikat dengan suspen. Dijelaskan oleh Maz sebagai ‘rollercoaster’ dan Rafiz sebagai ‘eccentric’, album ini akhirnya akan dilepaskan ke dunia luar dengan kerjasama Muzium Muzik dan Jabatan Muzium Malaysia. Ketika ditanya mengenai konsep album ini, Maz menerangkan, “Bagi Maz, album ini seperti ‘anthology’ kerana setiap lagu memiliki ‘mood’ dan nuansa yang berbeza. Kami cuba membawa pendengar dalam perjalanan yang tidak terduga.” Rafiz menambahkan, “Mesej yang ingin disampaikan secara umum ialah ‘cinta’; itulah suasana proses awal penulisan lagu-lagu dalam album ini yang membuat kami memilih ‘Di Persembunyian’ sebagai judul album ini. Ia seolah-olah ‘bunyi yang bersembunyi’ seperti ‘perasaan yang bersembunyi’”. Turut diumumkan, Satwo akan melancarkan single ke-4 mereka, ‘Betapa Indah’, seiring dengan pelancaran album ini. Ilham, vokalis dan pemain gitar untuk kumpulan Pitahati, yang bertindak sebagai penerbit untuk album ini, menyampaikan perasaannya, “Album ini boleh dikatakan seolah ‘anak’ saya juga dan ia agak penting bagi saya sebab dalam kerjaya saya, ini album pertama yang saya terbit sepenuhnya. Album ini ‘special’ sebab dia ada nilai-nilai eccentric di dalam keindahan. Dalam proses pembikinannya saya cuba untuk mengeluarkan unsur unsur tersebut yang ada pada karekter mereka berdua dan menyuluhkannya dalam lagu mereka. Pada pendapat saya, mereka berdua sebagai pasangan merupakan pencipta lagu yang sangat unik dan bagus. Mereka mempunyai identiti dan gaya tersendiri. Impak album ini di dalam scene music tempatan saya sendiri tak dapat nak ramal, tetapi yang penting kami telah mencurahkan segala yang boleh dicurahkan ke dalam album ini dan saya gembira akhirnya ia dapat dilepaskan ke orang ramai.” Maz dan Rafiz turut berkongsi pengalaman mereka, “Kami sangat berbesar hati dapat bekerja dengan Ilham, seorang kawan lama. Sebelum menandatangani kontrak dengan Luncai Emas, kami berbicara dengan Ilham dan menyatakan keinginan kami untuk merakam album ini dengan piano akustik, dan Ilham memenuhi janji tersebut dan saya dapat juga merakam dengan piano Dato’ M Nasir di Studio Ronggeng.” “Untuk penulisan lirik, saya banyak menulis berdasarkan pengalaman orang sekitar dan mungkin ada sedikit elemen pribadi. Saya masih belajar untuk menulis lirik, bereksperimen di sana-sini, jadi jika ada hal yang tidak masuk akal dalam lirik saya, harap dimaklumi.” kata Rafiz dengan senyuman. Mengenai proses senireka album, Maz menceritakan, “Ini adalah kolaborasi antara kami, Ilham, dan Shah Azman, seorang ‘specialist conceptual photographer’ yang melakukan art direction/shoot untuk Ana Abu. Kami bersama-sama dengan Shah Azman untuk memastikan tema album kami sesuai dengan konsep album ini.” Rafiz menambah, “Secara simbolik, beg merah yang saya bawa adalah album kami. Ada beberapa simbolisme lain dalam album ini yang akan kami simpan sebagai kejutan.” Maz mengungkapkan, “Perasaan ini seperti ‘anticipation’, tapi ada ketakutan juga jika ada yang mengatakan, ‘Lah, tunggu bukan main lama, ini je hasilnya?’.” Rafiz menambahkan, “Berdebar-debar sebab akhirnya album ini berjaya terbit dan berada dalam tangan. Aku harap album ini dapat tempat di hati pendengar dan peminat yang selalu bertanya, ‘Bila album nak keluar?’ Terimalah ‘Di Persembunyian,’ anak sulung kami.” Album Di Persembunyian di bawah bimbingan Luncai Emas dijangka untuk memberikan pengalaman mendalam kepada pendengar dengan campuran rollercoaster emosi dan pesanan cinta yang mendalam. Satwo mengundang semua pencinta muzik dan peminat untuk hadir dalam pelancaran album dan sesi dengar lagu eksklusif mereka. Jangan lepaskan peluang untuk merasai persembahan langsung mereka dan menyambut kedatangan ‘Di Persembunyian.’ Kredit rakaman Di Persembunyian: Rafiz: Vokal, Gitar Maz: Vokal, Piano, Synthesizer Penerbit: Ilham Penerbit Eksekutif: Ilham Susunan Muzik: Satwo/ Ilham Musisi Undangan Drum: Mohamed Yasin, Aidil Azali Bass: Awang Masrin, Shadiq Sapian, Wan Watari, Tony Iskandar Gitar: Ezhar Hamdan, Mohamed Hidayat Synthesizer Tambahan: Mohamed Ilham Perkusi: Oly Fizly Susunan Strings: Rusli ‘Titik’ Anuar Pemain Strings: Presley Louis, Ahmad Aisamuddin, Tan Zi Ling, Alif Ridhzuan Suara Latar: Marine Lacoste Jurutera Rakaman: Mohd Akmar Soffian Juru Adunan: Husyairi Hamzah, Mohd Akmar Soffian Mastering: Sage Audio Kredit senireka Di Persembunyian: Rekaan Album: Shah Azman Jurufoto: Shah Azman Tajaan Pakaian: anaabu.co Urusan Pengurus Produksi: Rahman Saharddin Pengurus Satwo: Aiman Khairi Publishing: Luncai Emas Sdn Bhd Senarai lagu Di Persembunyian Untok Kita (Hanya Kita) Langit Jingga Gelap Sepasang Sayap Aku Mahu Akhirnya Serahan Jiwa Betapa Indah Cahaya Malam Sungai Peristiwa Post navigation Single Terbaharu Khai Bahar Bertajuk ‘Lemas’ Lagu “Pembunuh Malam” meraih gelaran Juara Lagu Terbaik dalam Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023