Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Aishah 40 Chapters of Love: Malam Nostalgia Mengimbau 40 Tahun Perjalanan Seni
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • music
  • News

Aishah 40 Chapters of Love: Malam Nostalgia Mengimbau 40 Tahun Perjalanan Seni

Farihin Azlan April 17, 2026 (Last updated: April 17, 2026) 3 minutes read
IMG_4179

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah, bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan, “Aishah 40 Chapters of Love”, yang akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Vox Nation Live ini merupakan konsert solo berskala besar pertama beliau, sekali gus menjanjikan sebuah malam yang bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan penuh emosi yang menghimpunkan cinta, kenangan serta perjalanan seni beliau sepanjang 40 tahun dalam industri muzik.

Mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta melalui muzik, konsert ini bakal membawa penonton menyelusuri setiap “bab” dalam karier gemilang beliau. Setiap lagu yang dipersembahkan bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, malah sarat dengan kisah yang pernah hidup dalam jiwa para peminat. Antara lagu yang pasti dinanti-nantikan termasuk “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang” dan “Kemaafan Dendam Yang Terindah”, selain pelbagai lagi karya malar segar yang telah menjadi runut bunyi kehidupan ramai rakyat Malaysia.

Menjelang konsert tersebut, Dato’ Aishah kini sedang giat melakukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal bagi memastikan setiap persembahan mencapai tahap terbaik. Beliau menyifatkan konsert ini sebagai hadiah istimewa buat para peminat setia yang sentiasa menyokong perjalanan seninya. Dalam masa sama, beliau meluahkan keterujaan untuk kembali ke pentas dan berkongsi momen bermakna bersama peminat, dengan harapan setiap lagu yang dipersembahkan mampu mengimbau kenangan serta menyentuh hati, sekali gus menjadikan malam itu sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang, menyifatkan konsert ini sebagai satu penghormatan kepada legasi seni seorang ikon negara. Menurut beliau, Dato’ Aishah merupakan antara nama yang membentuk sejarah muzik Malaysia dan konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi satu pengalaman yang akan menyentuh emosi penonton dari awal hingga akhir. Pihak penganjur turut komited untuk memastikan setiap detik, lagu dan kenangan yang dibawakan ke pentas dapat dirasai sepenuhnya oleh para peminat.

Tiket bagi konsert “Aishah 40 Chapters of Love” akan mula dijual pada 17 April 2026, jam 3.00 petang melalui laman web Ticket2U, dengan harga yang ditawarkan mengikut beberapa kategori bermula daripada RM168 hingga RM788, merangkumi kategori VVIP, VIP, Janji Manismu, Sensation, Paradise, Kasih Kita, Pulanglah dan Taman Keabadian.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada rakan radio dan media rasmi seperti Sinar FM, ERA FM, Mix FM, Lite FM, Gempak dan Meletop atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan konsert ini.

Dengan gabungan vokal yang luar biasa, susunan muzik yang menyentuh jiwa serta produksi bertaraf tinggi, “Aishah 40 Chapters of Love” bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya merupakan satu pengalaman istimewa yang bakal menghidupkan kembali kenangan dan dalam masa yang sama mencipta momen baharu yang sukar dilupakan.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: vivo V70 FE Berkolaborasi Bersama DOLLA, Tampil Dengan Edisi Fesyen dan Kamera 200MP di Malaysia
Next: Sime Motors Introduces BYD Mansion Showroom in Penang

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.