Afgan & Lyodra Bakal Membawa Pesona Melalui Konsert ‘ Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’

Pasangan ‘Ada’ yang sedang popular dari Indonesia, Afgan dan Lyodra, akan menghiburkan peminat-peminat mereka di Malaysia dalam konsert epik bertajuk ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka, Kharisma Music.

Sebagai penganjur utama, Kharisma Music bekerjasama dengan jenama kosmetik terkenal Alha Alfa, serta penganjur bersama, Intan Gelombang dan Futurace.

Setakat ini, butiran lengkap masih menjadi teka-teki dan akan dijelaskan dalam sidang media khas yang dijadualkan pada bulan Ogos nanti.

Jualan tiket akan bermula pada 10 Julai 2024 (Rabu) jam 12:00 tengahari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: 

  • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
  • Escape (RM338, harga biasa RM438)
  • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
  • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
  • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
  • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!